PKP datang lagi, income anda tak mencukupi! jom Milagro bantu anda Bisnes Dari Rumah. Jom ketahui 5 kelebihan baja Milagro sebagai baja organik untuk tanaman anda subur dan hasil berganda.
Waktu PKP ini ramai yang terjejas pendapatan mereka. Kepada yang terkesan akibat PKP, Jangan risau dan sedih, sekarang zaman dah canggih. kita boleh jana income dengan buat bisnes secara online je, Jimat masa dan tenaga kita. PKP ramai yang ‘work from home’, jadi ada masa untuk luangkan bersama keluarga dan bercucuk tanam. Lagi-lagi mereka yang terkesan kerana dibuang kerja akibat PKP 1.0 dan PKP 2.0.
Nutrisi yang lengkap kepada tumbuhan adalah sangat-sangat penting untuk tumbesaran dan kesuburan dari awal tanaman hingga hujung proses tuai hasil tanaman. Ianya dipanggil zat-zat yang diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan, tumbuh subur dan mengeluarkan hasil yang berkualiti dan baik. Dalam baja MilAgro mempunyai 12 nutrien penting yang diperlukan oleh pokok, jika kekurangan nutrien akan menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut atau terencat dan mengeluarkan hasil tanaman yang kurang berkualiti.
Baja MilAgro mempunyai kandungan nutrien yang lengkap dan sesuai untuk semua jenis peringkat. Adakah anda pernah dengar baja daripada tinja ayam? semua mesti tahu kan! dalam baja MilAgro ada tinja ayam sebagai bahan utama dan merupakan bahan organik yang mempunyai nutrien asas yang diperlukan oleh pokok untuk membesar. Penanaman tanaman secara organik kini sudah meluas dalam kalangan petani, suri rumah dan pekebun untuk dapatkan tanaman yang subur dan selamat di makan. Banyak kelebihan menggunakan tinja ayam sebagai baja organik dalam tanaman.
Antaranya ialah:
Menyuburkan tanah (tinja ayam akan mereput didalam tanah dengan bantuan mikrob atau mikro organisma bakteria baik dan memberikan nutrien lengkap yang diperlukan oleh tumbuhan)
Mempertahankan tahap kelembapan di sekitar akar tanaman (dengan menjaga lapisan atas tanah menjadi terlalu panas)
Memperbaiki struktur tanah dengan cara menjadikan tanah ringan. Jadi, mudah ditembus oleh akar dan pengudaraan yang sempurna di dalam tanah.
Meningkatkan KPK (Kapasiti Pertukaran Kation) atau CEC (Capacity Exchange Cantion) untuk proses mengikat kation menjadi lebih tinggi
KPK berupaya untuk manahan nutrien untuk keperluan tanaman dari masa ke masa “slow release”.
Memperbaiki pH tanah yang sesuai dengan tanaman untuk hidup subur
Mengekalkan atau mengoptimumkan kelembapan tanah dengan bantuan tinja ayam
Baja ini mengandungi lebih kurang 55% air yang dapat mengekalkan kelembapan di dalam tanah. Baja ini dapat meningkatkan kapasiti penyerapan air oleh tanah dan melambatkan kehilangan kandungan air di dalam tanah. Merpertahankan tahap kelembapan di sekitar akar tanaman dan menjaga lapisan atas tanah daripada menjadi terlalu panas. Mempunyai khasiat makronutrient (NPK) yang tinggi terutamanya nitrogen (3 x ganda lebih banyak berbanding tinja haiwan lain), fosforus dan potasium yang membantu dalam tumbesaran pokok. Nutrien akan dikeluarkan secara perlahan “Slow release” iaitu tahap pengambilan nutrien lambat di dalam tanah dan diserap oleh akar kerana akar berupaya untuk memegang nutrien di dalam baja. (mampu memberikan nutrien kepada tanaman sehingga 6 bulan). Dapat memperbaiki struktur tanah menjadi lebih ringan untuk akar memanjang dan menembusi tanah untuk mengambil sumber air & nutrient yang jauh.
Selain itu, baja organik MilAgro dapat bantu mencegah hakisan pada tanah dan mengekalkan kelembapan di dalam tanah. Dengan penggunaan tinja ayam ia dapat meningkatkan keupayaan tanah menyimpan nutrien pada baja untuk tempoh yang lebih lama.
Memperbaiki proses pereputan tinja ayam dengan campuran serbuk kayu akasia dan mahogani
*serbuk kayu mahogani *serbuk kayu akasia
Penguraian atau pereputan tinja ayam secara semula jadi (anaerobik) dengan bantuan mikroorganisma dan membekalkan zat-zat nutrien kepada tumbesaran tanaman dari masa ke masa secara berterusan. Dengan bantuan kedua-dua serbuk kayu dapat memperbaiki struktur pengudaraan dan pergerakan air didalam tanah menjadi lancar dan mengurangkan air bertakung di kawasan tanaman yang boleh menyebabkan pokok mati. Penggunaan serbuk kayu dalam campuran baja MilAgro juga dapat melembapkan dan melembutkan struktur tanah, jadi mudah untuk air mengalir dalam tanah semasa aktiviti menyiram pokok. Mengelakkan kepadatan kompos berlebihan dengan cara menyediakan sokongan struktur sebatian aktif. Mempunyai 33 flavonoid dalam serbuk kayu ini yang tahan terhadap serangga perosak dengan campuran habuk kayu mahogani. Fungsi lain flavonoid ialah mengatur pertumbuhan pada akar dan pucuk tanaman.
Mempunyai 2 jenis metabolit dominan sebagai smart enzim dan bakteria baik “basillus subtilis”
Terdapat 2 jenis metabolit adalah Phenol dan sterol sebagai smart enzim. Phenol sebagai antibodi atau ketahanan pokok hadapi serangan penyakit dengan cara merencatkan pertumbuhan patogen masuk kedalam pokok daripada awal penyerangan patogen seperti virus, bakteria, nematode dan kulat kepada tanaman. Sterol berfungsi mengawal kecairan dan kebolehtelapan sel membrane dengan cara membenarkan unsur-unsur yang diperlukan oleh pokok seperti air, oksigen, karbon dioksida dan nutrien untuk bergerak merentasi sel membrane secara bebas dan terkawal.
Sel membrane adalah pagar yang mengelilingi sel dan mengawal pintu keluar masuk unsur-unsur yang diperlukan pokok untuk tumbesaran. Memberi kekuatan dan ketahanan kepada sel pokok dari serangan patogen (penyakit), stress fizikal dan suhu ekstrim (panas). Proses pengkomposan baja tinja ayam “MilAgro” dengan melibatkan jenis mikrob atau bakteria baik “basillus subtilis” yang memecah dan menguraikan baja tinja ayam di dalam tanah. Selain itu, membantu pertumbuhan akar pokok lebih panjang dengan bantuan bakteria “Bacillus subtilis” untuk mendapatkan nutrien dan air di kawasan jauh.
Mempunyai 12 nutrient lengkap untuk tanaman hidup subur dan berkhasiat
Mempunyai kandungan nutrisi yang lengkap seperti makro & mikro nutrien. Makronutrien (NPK) seperti Nitrogen (N), fosforus (P) dan potasium (K) adalah nutrien asas untuk tumbesaran kepada tanaman pokok. Apabila baja organik MilAgro bercampur dengan tanah berpasir, kandungan nitrogen dalam tanah akan meningkat 40-60% dan untuk tanah jenis loam berpasir kandungan nitrogen dalam tanah akan meningkat 17% - 38%. Mikronutrien adalah nutrien tambahan kepada pokok seperti Calcium, Magnesium, Sulfur, Zink, Boron, Copper dan Ferum yang mempunyai fungsi tersendiri untuk pokok hidup subur dan mendapatkan hasil tanaman yang lebat. Hubungan ekologi antara tumbuhan, tanah dan alam sekitar dapat membantu menyeragamkan pengagihan nutrien ke dalam tanah supaya pokok dapat tumbuh dengan sihat walaupun dengan kepadatan nutrien yang rendah.
Kadar pelepasan nutrien yang perlahan “slow release” dan konsisten mampu mengelakkan kejutan kepada pokok untuk menerima nutrien. Kadar garam terlarut dalam tanah (saliniti tanah) juga akan meningkat apabila menggunakan baja MilAgro yang mempunyai sumber tinja ayam.
Garam terlarut ini akan diserap oleh akar tumbuhan untuk hidup lebih subur. Penggunaan baja MilAgro dapat menyuburkan tanah kerana baja organik di dalamnya akan membantu dalam proses pereputan dan seterusnya memberikan nutrien di dalam tanah dengan sempurna. Faktor yang menentukan kesuburan tanah ialah mempunyai unsur nutrien yang cukup dan seimbang dalam tanah. Selain itu, dengan bantuan hidupan mikrob dapat membantu pengaliran udara dalam tanah dengan baik. Selepas mencampurkan baja pada tanah perlu ditutup dan dikompos untuk kesan kesuburan tanah tahan lebih lama berbandin dengan aplikasi baja sebatian kimia.
Memperbaiki pH tanah & tekstur tanah
Menggunakan smart enzim untuk membaiki struktur tanah, meneutralkan pH tanah dan meningkatkan kandungan karbon dalam tanah. Kebanyakan nitrogen dalam tanah bersifat tidak larut. Bekalan nitrogen akan dilepaskan dan diserap oleh akar pokok secara perlahan. Kandungan nutrien, kelarutan dan pelepasan nutrient dalam baja organik adalah sederhana jika dibandingkan dengan baja kimia yang larut dengan cepat ketika waktu hujan.
Ini sangat penting untuk memastikan kecukupan dan keberadaan bekalan nitrogen untuk pokok pada setiap masa walaupun kesannya perlahan. Secara tidak langsung, baja organik MilAgro dapat meningkatkan kadar simpanan nutrien dalam tanah dan mengurangkan risiko baja terlebih. Peranan humus atau mikrob membantu dalam proses pereputan tinja ayam untuk tumbesaran pokok dan membantu memperbaiki struktur tanah. pH yang sesuai untuk pokok adalah 5.5 hingga 7.0 (neutral). Manfaat jangka panjang penggunaan baja organik ialah ia mampu meningkatkan kandungan karbon tanah disamping meningkatkan kesuburan tanah. Selain itu, dapat memperbaiki struktur tanah menjadi lebih ringan untuk akar memanjang dan menembusi tanah untuk mengambil sumber air & nutrien yang jauh.
Penggunaan baja yang sesuai perlu di titik berat untuk tanaman kita hidup subur, sihat dan berbuah dengan lebat. Lakukan aktiviti membaja untuk setiap dua minggu sekali untuk tanaman subur dan mempunyai nutrisi yang cukup. Jom kita amalkan tanaman organik, tanaman sihat untuk tubuh badan kita dan tidak mencemarkan alam sekitar. Pilihan di tangan anda. Jom kita bercucuk tanam! Waktu PKP ni kita luangkan masa dengan melakukan perkara yang berfaedah. Selamat mencuba 😊
Kalau hobi anda semua memang suka berkebun , sukakan tanaman?
Kita geng !
Jom join group facebook GengKebunOrganik😍
Slots - DrmCD
ReplyDeleteThere is no official 양산 출장안마 number for the slots. They may be 영주 출장샵 fake but there is a number. For the most part, you 군포 출장마사지 will know that most of you will only play at slots 하남 출장마사지 if 밀양 출장샵 you are