Monday, June 14, 2021

DIY KULIT BAWANG MERAH & PUTIH SEBAGAI RACUN SERANGGA PEROSAK (BIOPESTICIDE)

Anda ada masalah serangga serang tanaman anda! jom ikuti cara ini! Pokok bunga, sayuran atau buahan ada banyak semut dan serangga putih boleh cuba cara ini. Menggunakan kulit bawang merah dan putih sebagai racun serangga yang organik untuk mengawal serangga perosak.

Bawang merah dan putih sangat mudah dijumpai dan merupakan bahan penting dalam masakan sebagai penyedap masakan dan aroma. Banyak khasiat tersendiri yang terdapat dalam bawang merah dan putih untuk kesihatan tubuh badan manusia dari segi dalaman dan luaran. 

Kebiasaannya, kulit bawang akan dibuang ke dalam tong sampah dan dianggap sebagai bahan sisa makanan. Sebenarnya, kulit bawang putih dan merah boleh dijadikan sebagai racun serangga perosak (biopesticide) secara semula jadi tanpa tambahan bahan kimia dan selamat di pakai untuk semua jenis pokok buah dan sayuran.

Bawang merah mempunyai kebaikan tersendiri untuk tanaman:

  • Mempunyai senyawa “acetogenin” iaitu keistimewaan sebagai ‘anti-feeding’ atau mengelakkan daun, dahan dan buah tanaman dimakan atau diserang oleh serangga perosak. 

  • Memberi kesuburan kepada tanaman dan mempercepatkan proses pokok membesar.

  • Mempercepatkan pertumbuhan buah dan bunga


Bahan-bahan :

  • Kulit bawang merah & putih yang direndam

  • 4 Ulas kulit bawang putih & 3 ulas bawang merah (dikupas)

  • Botol plastik (besar) & air paip

  • Penapis & corong air

  • Botol spray


Cara-cara :

  1. Kumpulkan kulit bawang merah dan putih (4 ulas bawang putih & 3 ulas bawang merah)

  • Pastikan kulit bawang tiada jangkitan penyakit seperti bakteria atau kulat.

-Untuk mengelakkan pokok sayuran atau buahan tidak terdedah dengan penyakit apabila menggunakan kaedah ini

-Kulit bawang merah yang ada penyakit biasanya dia berbau sedikit , mempunyai kesan bintik-bintik hitam dan kulit yang lembap. 


-Manakala untuk bawang putih mempunyai kesan kehitaman pada kulit bawang punca daripada kulat. Kulit bawang yang sihat mempunyai permukaan yang licin.



  • Asingkan kulit bawang yang terdedah dengan penyakit.



  1. Masukkan kulit ke dalam botol plastik

  • Campurkan kedua-dua kulit bawang 

  • Masukkan semua ke dalam botol

  • Tambahkan air (mengikut saiz botol)





  • Rendamkan campuran untuk 24 jam (1 Hari)

  • Jangan biarkan rendaman disimpan terlalu lama, lebih dalam 1 bulan (akan menghasilkan bau yang terlalu busuk dan menyebabkan air rendaman basi)

  • Jika disembur atau disiram kepada pokok akan menyebabkan serangga perosak tertarik dengan bau tersebut

  • Maksima air rendaman ini boleh disimpan dalam masa 1-5 hari dan simpan dalam suhu bilik. Kadar simpanan untuk kegunaan setiap hari juga 1-5 hari sahaja. Jika perlu air rendaman perlu dibuat mengikut kepada bilangan serangan serangga perosak sama ada dalam bilangan yang sedikit atau banyak.


  1. Saringkan atau tapiskan air rendaman mengunakan penapis

  • Air rendaman disaring sebanyak 2 kali

  • Perlu disaring untuk mengasingkan kulit bawang dan air rendaman kulit bawang


  1. Pindahkan air saringan ke dalam botol spray

  • Jika tiada botol spray boleh gunakan DIY botol plastik 

-Dengan cara tebuk penutup plastik (dapat jimat duit)

  • Gunakan bekas botol spray yang sedia ada pon boleh



  1. Semburkan biopesticide 

  • Semburkan campuran tersebut di bahagian daun, buah dan tanah tanaman sayuran dan buahan yang mempunyai serangga perosak.

  • Semburkan pada tanaman 1 kali setiap 2 minggu. Semburkan pada awal pagi sebelum jam 10 pagi 

  • Semburkan pada tanaman yang mempunyai seranggan perosak seperti semut, hama, lalat buah, afid (kutu daun), ulat bulu dan lain-lain.

  • Hasilnya boleh lihat dalam masa 10 minit

  • Jangan semburkan pada waktu hujan. Lakukan semburan selepas waktu hujan untuk mengelakkan larutan air hilang meresap ke dalam tanah.


Penggunaan kulit bawang putih dan merah sangat berkesan untuk tanaman dan tidak mencemarkan alam sekitar. Proses ini juga sangat mudah untuk dipraktikkan dan menjimatkan kos. Penggunaan racun serangga perosak secara kimia perlu dikurangkan dan kita perlu amalkan sikap jaga alam sekitar dan bumi kita untuk kesejahteraan semua dengan menggunakan kaedah ini (Biopesticide kulit bawang).

Nak ketahui lebih lanjut tentang cara-cara membuat DIY RACUN SERANGGA SEMULA JADI.

Anda dapat sesuatu ilmu yang baru! jom kongsikan bersama rakan anda tentang ini. Anda suka bercucuk tanam! Kita geng !

Jom join group facebook GengKebunOrganik😍

No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...