Tuesday, July 13, 2021

5 TIPS PENTING MERAWAT TANAH BERMASALAH UNTUK DAPATKAN TANAH YANG SUBUR


Salah satu kunci utama untuk dapatkan tanaman yang sihat, sedap dan berkhasiat ialah dengan mempunyai keadaan tanah yang subur


Dalam pertanian tekstur, bau dan pH tanah di ambil kira sebelum proses penanaman di lakukan sama ada di kawasan ladang, kebun atau di dalam polibeg atau pasu.


Keadaan tanah yang subur mesti lah mempunyai tanah pH nuetral iaitu 5.5 - 7.5.


Jenis tanah juga memainkan peranan penting untuk tanaman, ia mengikut kepada jenis tanaman yang sesuai mengikut jenis tanah.


Tetapi walaupun berbeza jenis, kesuburan tanah untuk tanaman membesar adalah penting dalam pertanian

  • Bagaimana cara untuk merawat dan mengatasi masalah tanah yang kurang subur ini menjadi subur?

  • Ini dia antara teknik penting untuk dapatkan tanah yang subur.


  1. Membajak kawasan tanah yang keras


Aktiviti membajak tanah sama seperti kita mengemburkan tanah kita daripada tanah menjadi terlalu padat, mematahkan akar-akar kayu yang ada di dalam tanah & memulihkan pengudaraan yang sempurna di dalam tanah. Antara ciri tanah yang baik ialah tanah yang mudah digembur dan mempunyai struktur yang berongga. 



Selain itu, aktiviti ini dapat meningkatkan kadar kesuburan tanah dengan cara pengemburan tanah yang padat menjadi peroi dan mudah untuk air mengalir.


Akar yang terdapat dalam tanah juga hi di gembur menjadi Sebatian yang kecil dan memudahkan microorganisma mereputkan dengan cepat dan mudah untuk menghasilkan humus kepada tanah sebagai bahan organik semula jadi.


  1. Membuat sistem pengairan yang baik


Tanah yang baik harus mempunyai kadar kelembapan yang baik. Tanah yang terlalu gersang dan kering menunjukkan tanah tersebut tidak mengandungi air yang cukup untuk tanaman hidup. Untuk meningkatkan kadar kelembapan tanah, sistem pengairan perlu diwujudkan dengan sistematik. Dengan adanya sistem pengairan yang baik, ia akan meningkatkan lagi kesuburan tanah sekali gus aktiviti menanam boleh dilakukan.



  1. Proses pengkapuran di kawasan ladang atau kebun


Amalan pengkapuran amat sinonim dalam aktiviti pertanian. Aktiviti ini juga dapat merawat tanah daripada pH yang alkali atau asid kepada pH nuetral. Ia adalah proses mengubahsuai bacaan pH tanah itu sendiri. Tanah yang subur perlu mempunyai pH tanah nuetral iaitu 6.5 - 7.5. Walaubagaimanapun, kesesuaian pH tanah untuk tanaman secara keseluruhan antara 5.5 - 7.5 .



  1. Menambah bahan organik pada tanaman


Selain itu, ciri-ciri tanah yang subur perlulah mengandungi bahan organik yang tinggi di dalam tanah. Proses penambahan bahan organik ini sangat penting dalam pertanian dan biasanya ia dilakukan setiap kali habis musim menuai. Dimana, ia akan meletakkan pelepah-pelepah pokok yang dipotong dan biarkan is mereput, atau pun anda boleh gunakan tahi ayam sebagai baja bahan organik seperti baja Milagro. Bahan utama daripada bahan organik untuk tanaman. Hal ini kerana nutrisi dariapada tanah & bahan organik akan diserap oleh tanaman dan mengeluarkan hasil yang berkhasiat dan bahan organik ini dapat membantu memberikan kelembapan pada tanah. 






  1. Melakukan amalan pertanian yang baik


Dengan amalan pertanian yang baik akan menjurus ke arah proses pengurusan tanaman secara sistematik. Setiap tanaman memerlukan kuantiti nutrisi yang berbeza mengikut jenis tanaman, di samping dapat mengurangkan kehadiran serangga perosak yang sama. Anda perlu lakukan aktiviti merumput, mengembur tanah dan membaja untuk mendapatkan tanah yang subur untuk tanaman membesar sihat.



  • Kesimpulannya, Untuk mendapatkan tanah yang subur bukanlah bergantung kepada jenis tanah. Tetapi cara dan teknik untuk menyuburkan tanah, supaya tanah tersebut boleh digunakan untuk bercucuk tanam mengikut jenis tanaman yang sesuai


    Semoga bermanfaat untuk mereka yang ingin mencuba untuk tanam di rumah. Selamat mencuba dan selamat bercucuk tanam. 


    Anda minat bercucuk tanam. Jom kongsikan maklumat ini pada rakan-rakan anda. Yang ingin ketahui teknik untuk tanah yang subur. anda boleh cuba lakukan ini pada kebun atau ladang anda! anda suka bercucuk tanam! Kita geng! 


    Jom join group facebook Geng Kebun Organik 😍



No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...