Wednesday, July 7, 2021

DIY PERANGKAP LALAT BUAH PAKAI BOTOL AIR MINUMAN

 

 


🐝Mesti ramai yang mengalami masalah buah busuk disebabkan lalat buah yang menyerang tanaman anda

🐝Kita menggunakan kaedah menutup buah dengan menggunakan guni atau plastik untuk elakkan buah di serang serangga perosak

🐝Kebanyakannya lalat buah sangat mudah untuk menebuk kulit buah dan menyebabkan buah mempunyai perumah di dalam buah

🐝Diluar nampak cantik, tetapi di dalam rupa-rupanya ada telur lalat buah (larva kecil)

🐝Macam mana lalat buah ini menyebabkan buah kita busuk di dalam?

 

🌳Lalat buah atau nama saintifiknya Bactrocera carambolae mudah untuk menyerang buah dan sayur jika tidak ditutup dengan plastik,guni atau surat khabar

🌳Kebiasaanya sayur tidak ditutup, sayur akan disembur racun serangga

🌳Buah yang berkulit nipis, sering dijadikan lokasi bertelur seperti buah Belimbing, Mangga, Nangka, Betik, Peria, Petola, Timun, Terung dan sebagainya. 

🌳Kitaran lalat buah untuk hidup ialah selama 3 minggu 


  1. Lalat buah dewasa akan hinggap dan menyengat atau menusuk kulit buah menggunakan  alat mereka di bahagian belakang (yang tajam) 

 

  1. Lalat buah akan meletakkan telur ke dalam buah (telur akan membesar dalam 2-3 hari)

  2. Telur akan menjadi ulat selama 8-12 hari di dalam buah

  • Kemudian larva yang menetas akan memakan tisu buah dari dalam buah




  1. Ulat buah akan menjadi kepompong kecil dalam masa 4-6 hari

🐝Peringkat telur dan ulat akan berlaku di dalam buah atau sayur

🐝Peringkat kepompong akan terjadi di dalam tanah setelah buah gugur


 



🐝Lalat buah aktif pada waktu pagi jam 8-10 pagi, waktu petang jam 5-7 petang bergantung kepada cuaca


  • Bagaimana kita nak tahu tanda-tanda pokok kita diserang lalat buah?

🐝Buah kelihatan lebam, lembik dan berair. 

🐝Ada bintik-bintik hitam pada kulit buah

🐝Serangan lalat buah jika tidak dikawal boleh menyebabkan lebih 50% hasil kebun anda akan musnah. 

🐝Apa yang penting bagi petani adalah tahu bagaimana mereka hendak mengawal populasi lalat buah terutama untuk tanaman tertentu. 



BAHAN-BAHAN

1. Botol air minuman 
2. Pisau atau gunting
3. Gula pasir 
  • atau air sabun

  • Atau air limau

  • Atau yeast (ragi) penaik roti

  • racun lalat (superlureme)


  1. Kapas atau tisu

  2. Tali atau dawai

  3. Penebuk 




CARA-CARA 

  

  1. Potongkan bahagian kepala botol 

🐝Potongkan ¼ botol dibahagian atas

🐝Botol akan terpotong menjadi kepada 2 bahagian


  1. Letakkan kepala botol terbalik di bahagian atas 

🐝Buangkan penutup botol

🐝Jika tidak muat boleh potongkan sedikit dibahagian badan botol

🐝Pastikan kepala botol tidak longgar dan betul-betul masuk ke dalam botol satu lagi


  1. Sediakan larutan gula pasir

🐝Campurkan 2 sudu gula & ½ cawan air

🐝Larutkan air gula sehingga sebati

🐝Larutan gula dijadikan sebagai umpan untuk menarik perhatian lalat buah

🐝Kerana lalat buah suka kepada benda manis

🐝Letakkan kapas ke dalam air gula dan rendam kan sekejap

🐝Jika anda nak menggunakan larutan air itu, anda boleh letakkan sedikit di bahagian bawah botol

🐝Jika anda nak gunakan larutan air limau, sabun atau yeast (ragi) pun boleh

🐝Tapi di sini untuk lebih berkesan anda boleh gunakan racun lalat buah (superlureme)


  1. Gantungkan kapas menggunakan tali

🐝Gulungkan kapas dan ikatkan dengan tali

🐝Buatkan lubang di tengah-tengah bahagian bawah dan penutup botol (Lubang kecil sahaja)

🐝Ikatkan tali pada penutup botol sebagai penahan kapas

🐝Kapas berada di dalam botol secara tergantung


  1. Letakkan berhampiran pokok

🐝Gantungkan botol menggunakan tali

🐝Pastikan tali diikat dengan kuat untuk elakkan botol jatuh semasa angin kuat

🐝Biarkan seminggu 



🐝Lihat hasil perangkap lalat buah selepas seminggu



Q&A  

 

  1. Jika waktu hujan perangkap tu nak biarkan je ke?

🐝Boleh je. Sebab sudah ada penutup botol sebagai penahan tali dan lubang tu di masuki air semasa hujan

  1. Nak letakkan larutan air gula,yeast(ragi),air limau atau air sabun dalam botol saja boleh ke?

🐝Boleh saja, tetapi jangan terlalu banyak. Letakkan di bahagian bawah botol antara kepala botol dan badan botol. Jangan terlalu banyak


🐝Kesimpulannya, lalat buah sangat mudah untuk buat buah atau sayur kita rosak dalam sekelip mata
🐝Kita perlu cari cara atau kaedah untuk mengawal lalat buah ini dengan menggunakan DIY Perangkap lalat buah
🐝Sangat mudah, jimat dan ringkas
🐝Pastikan buah yang sudah tumbuh 16-18 cm perlu dibungkus dengan plastik, guni atau surat khabar untuk elakkan buah diserang lalat buah
🐝Kita perlu mencegah sebelum parah, kerana mencegah lebih baik daripada mengubati
🐝Anda minat bercucuk tanam. Jom kongsikan maklumat ini pada rakan-rakan anda. 🐝Anda ada mengalami lalat buah yang menyerang tanaman anda, anda boleh cuba lakukan ini dirumah! sangat mudah dan cepat, anda suka bercucuk tanam! Kita geng!
🐝Jom join group facebook Geng Kebun Organik 😍

No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...