Monday, July 5, 2021

BAGUSKAH AIR HUJAN UNTUK SIRAM PADA TANAMAN ANDA SEBAGAI SUMBER AIR

🌺 PKP datang lagi. Anda nak bayar bil air duit simpanan tak cukup. 

🌺Lagi-lagi untuk petani yang ingin sumber air pada tanaman mereka setiap hari

🌺Musim ini, adalah musim hujan. Jadi kita boleh gunakan masa ini untuk menadah air hujan hujan

🌺Dapat jimat duit kita nak bayar bil air

🌺Kebiasaan kita menggunakan air paip untuk menyiram tanaman kita setiap hari

🌺Untuk pekebun kecil mereka menggunakan tadahan air hujan sebagai sumber air untuk tanaman mereka

🌺Tetapi tahukah anda! baguskah air hujan digunakan sebagai siraman kepada tanaman kita?

🌺Adakah air hujan dapat menyuburkan tanaman kita? Apa impak kepada tanaman kita? Apa kesan jika terlebih?Haa nak tau. Teruskan membaca.

🌺Air hujan adalah sumber air semulajadi kepada tanaman yang memberi nutrien nitrogen kepada pokok untuk membesar dengan subur

🌺Ia dapat memberikan pertumbuhan positif pada tanaman, nak tau bagaimana air hujan dapat memberi impak positif kepada tanaman kita?

🌺Sudah bertahun terbukti, air hujan boleh menjadikan tanaman segar selepas hujan 

🌺Jika kita hirup dan lihat tanaman kita selepas hujan ia menghasilkan suasana yang ceria dan memberikan udara yang segar kepada tubuh badan kita

🌺Tetapi di Malaysia mempunyai beberapa jenis hujan yang berasid dan memudaratkan kesihatan kepada manusia, haiwan dan juga tanaman

🌺Jadi bagaimana kita hendak tahu air hujan ini berasid?


Adakah air hujan menyuburkan tanaman kita? Apa kesan kepada tanaman kita? Apa kepentingan kepada sektor pertanian?

  1. Air hujan merupakan sumber air secara semulajadi 

  • melalui proses kitaran air secara semulajadi daripada proses penyejatan dan kondensasi wap air daripada awan dan jatuh ke bumi yang dipanggil air hujan

  • Air hujan sangat penting untuk sektor pertanian terutamanya untuk petani sawah padi untuk dijadikan sumber air tanaman mereka

  • Air hujan dijadikan sumber air untuk tanaman mereka dengan cara membina empangan untuk mengalirkan air keluar masuk ke kawasan tanaman. 

  • bebas daripada bahan kimia seperti klorin, garam dan fluorida yang ada dalam air paip

  • Air hujan akan memberi nutrien kepada tanaman secara semula jadi dan sebagai penghindar bahan kimia kepada tanaman dengan kaedah ‘leaching’ 

  • Sewaktu hujan, ia akan membawanya bersama mengalir ke sungai atau laut

  • Sebab itu kita tidak digalakkan membaja secara terbuka pada waktu hujan

  1. Air hujan mengandungi nutrien nitrogen secara semulajadi

  • Kandungan nitrogen di udara sekitar 78% yang mempunyai unsur bukan senyawa. 

  • Nitrogen yang ada di udara tidak boleh diserap secara langsung oleh pokok 

  • Apabila hujan, unsur nitrogen di udara akan bertukar nitrat yang mudah diserap oleh pokok

  • Apabila hujan berselingan dengan petir kita akan ketakutan, tahukah anda petir juga ada manfaat tersendiri untuk tanaman kita 

  • Ia akan membuat tanaman kita subur dengan cara mempercepatkan dan meningkatkan penyerapan nitrogen dalam tanah 

  • Kerana hujan bersama ribut petir akan membantu membuka kunci nitrogen dari atmosfera

  • sambaran daripada petir akan membuat nitrogen bergabung dengan oksigen dan wap air di udara yang turun ketika hujan dan menyirami tanaman dengan air yang kaya dengan nitrat dan ammonium yang menyuburkan tanaman

  • Haba dan tekanan yang menghasilkan kilat daripada petir akan memberi tenaga untuk memecahkan dan menukar nitrogen di atmosfera menjadi nitrogen yang mudah diserap oleh pokok (nitrogen reaktif)

  1. Air hujan tidak mengandungi klorin yang tinggi berbanding air paip (bebas daripada bahan kimia)

  • Air paip mempunyai kadar klorin atau klorida yang tinggi 

  • Kehadiran klorin kepada tanaman akan mengganggu penyerapan nitrogen oleh akar pokok untuk membesar dengan sihat dan subur

  • Berbeza dengan menggunakan air hujan, ia membantu pokok hidup sihat

  • Kerana air hujan bebas daripada bahan kimia, garam dan mineral.

  • Tanah yang bebas daripada garam akan mempercepatkan pertumbuhan akar dan meningkatkan jumlah air yang dapat diserap oleh akar pokok daripada tanah 

  1. Air hujan mengandungi bahan organik apabila dia  mengalir dari atap rumah, air hujan dia mengalir sekali dengan sampah daun, kotoran haiwan seperti burung

  1. Membuat tanaman kelihatan segar dan menghijau

  • Apabila air hujan mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi dan mudah diserap oleh pokok ia akan menghasilkan daun pokok yang hijau dan segar selepas hujan

  • Nitrogen berfungsi untuk proses percambahan akar pokok dan proses fotosintesis berjalan dengan sempurna

  • Selain itu, air hujan dapat membantu membasuh debu kotor yang ada pada tanaman dan membuatkan tanaman kelihatan segar dan menghijau

  1. Air hujan mempunyai pH yang nuetral berbanding pH pada air paip dan ia mempunyai kekuatan ionik yang tinggi dan menjadikan air masin

Jadi bagaimana kita nak tahu air hujan ini berasid?

  • Daripada bau air hujan yang masam

  • Hujan yang menyebabkan tanah berasid

  • Mempunyai unsur elemen gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida (bercampur dan menghasilkan asid sulfurik)

  • Air hujan telah bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera


Kandungan air hujan

1.      Wap air

2.      Asid nitrik-zat kimia yang terdapat dalam air hujan. Hujan acid terjadi akibat pencemaran alam sekitar. Kandungan asid nitric yang berlebihan tidak baik. Asid nitric juga akan memberi kesan pada ph tanah. Air hujan yang normal mempunyai ph 6 manakal hujan asid mempunyai ph bawah 6 sekitar 5

3.      Karbon- berbentuk silika mengikat molekul-molekul pada air supaya terbentuknya hujan

4.      Asid sulfuric-zat yang ada pada air hujan jika berlebihan akan menyebabkab gangguan penapasan manusia

5.      Garam- juga terkandung dalam air hujan yang berasal dari laut kerana evaporasi proses. Kandungan garam dalam air hujan berubah. Air hujan akan mengandungi banyak garam apabila di kawasan daerah pantai.

Kesan tiada hujan

·  Pokok Nampak layu,x cukup air

·   Sungai /takungan air menjadi kering

·   Menganggu hasil pokok buah-buahan dan tanaman pad


☔Di dalam kitab al-Qur’an, telah disinggung tentang proses terjadinya hujan, manfaat hujan bagi makhluk hidup dan hujan pemberi kegembiraan bagi umat manusia.

☔Hal itu dibuktikan bahwa sejak zaman dulu, petani memang banyak menggunakan air hujan kerana air hujan dapat membantu meningkatkan hasil tanaman mereka. 

☔Kegunaan air hujan untuk aktiviti menyiram tanaman anda boleh dilakukan untuk menggantikan air paip dan elakkan terlebih menyiram

☔Untuk mengelakkan pokok mati kerana terlebih air


Adakah bagus air hujan untuk tanaman kita?🤔 Nak ketahui lagi lanjut tentang Baguskah air hujan untuk siraman tanaman anda?


Anda minat bercucuk tanam. Jom kongsikan maklumat ini pada rakan-rakan anda. Hobi anda suka bercucuk tanam, sukakan tanaman, anda boleh cuba lakukan ini dirumah! Kita geng! Jom join group facebook Geng Kebun Organik 😍


No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...