Showing posts with label TIPS DIY. Show all posts
Showing posts with label TIPS DIY. Show all posts

Friday, July 2, 2021

DIY TANAM SAYUR DAN POKOK BUNGA DALAM SATU TEMPAT PAKAI BEKAS TERPAKAI (upside downside)


🌱Untuk mereka yang duduk di apartmen atau rumah teres, tiada tanah dan ruang yang terhad untuk menanam sesuai pakai teknik ini

🌱Haaa, yang tak cukup ruang & yang tak cukup tanah untuk bercucuk tanam boleh lakukan DIY ni di rumah time PKP ni. Jimat ruang, tempat dan mudah dipraktik

🌱Kita tanam sayur atau pokok bunga kita dalam satu tempat. 

🌱Kita gantung tanaman kita atas lain bawah lain (upside dan downside)

🌱Haaa, nak tau teknik tanaman apa?

🌱Ini dipanggil teknik tanaman GANTER “Teknik penanaman Gantung terbalik”

GAN untuk GANTUNG & TER untuk TERBALIK. Jadi dipanggil GANTER

🌱Dengan menggunakan bahan yang kita boleh kitar semula

🌱Kita menggunakan bekas terpakai seperti botol air, botol minyak, bekas sabun baju, bekas cat, sabut kelapa, dan bekas-bekas yang sesuai. Pasu juga boleh.

🌱Kaedah ini sesuai untuk tanaman dalam pasu dan tanaman tidak terlalu besar

🌱Kaedah ini di luar negara sudah dipraktikkan dalam pertanian. Di Malaysia kita baru nak berjinak-jinak untuk menggunakan kaedah ini

🌱Haa nak tau teknik tanaman yang betul untuk DIY ni. Teruskan tengok live ini & jangan berganjak


BAHAN-BAHANNYA:

  1. Botol air yang besar

  2. Gunting atau pisau

  3. Tali (2 MTR) atau dawai atau tali kasut terpakai pon boleh

  4. Span 

  5. Media tanaman

  • Tanah loam

  • Sabut kelapa

  • Baja MILAGRO

  • Atau anda pakai saja cocopeat atau tanah compos (campuran tanah yang sudah dibuat dijual di kedai)

  1. Anak pokok bunga dan sayur

  • Pokok bunga tak kira pokok apa tapi bukan yg jenis menjalar

  • Sayur yang sesuai seperti daun sup, daun bawang (tak digalakkan untuk tanaman menjalar) boleh untuk pokok menjalar. Tapi perlu sediakan sokongan untuk pokok menjalar

  1. Alatan menanam

  • Scope

  • Sudu 

  • Penyangkut

  • Sarung tangan


CARA-CARA DIY:

  1. Potongkan dan lubangkan bekas botol air

🌺Lubangkan botol air dibahagian bawah untuk tanaman di bahagian atas

🌺Untuk kita masukkan tanah & anak pokok 

🌺Tak mengganggu akar anak pokok

🌺Untuk bahagian bawah penutup botol kita biarkan saja

🌺Buatkan lubang kecil di bahagian badan botol minuman

🌺Untuk air mengalir sempurna semasa kita siram

🌺Elakkan buat lubang terlalu banyak


  1. Buatkan ikatan tali untuk gantung botol

🌻Gunakan tali kasut atau baju yang terpakai pun boleh

🌻Untuk ikatan tali anda boleh tengok di segmen DIY yang sebelum ni ye. 

🌻Anda nak gunakan gantung yang dijual di kedai tanaman

  1. Gumpalkan segenggam tanah pada anak pokok (untuk tanaman di bawah/downside)

🌺Tanaman di bawah sesuai untuk tanaman yang menjalar

🌺Haa, macam mana nak masukkan anak pokok di bahagian bawah ni? 

🌺Kita nak masukkan pokok dulu, lepas itu tanah ke? 

🌺Haa, ini tips yang penting untuk teknik ni.

🌺kita tanam anak pokok dengan tanah sekali. 

🌺Kita menggunakan anak pokok yang sudah membesar

🌺mengeluarkan daun pucuk baru (3-4 minggu)

🌺Mengikut jenis tanaman itu sendiri

🌺Gumpalkan tanah yang dah sebati dengan akar anak pokok menjadi bulatan 

🌺Fungsi kita mampatkan adalah untuk akar anak pokok berpegang teguh pada tanah

🌺elakkan tanah melerai dan merosakkan akar anak pokok


  1. Masukkan anak pokok ke dalam botol (bahagian lubang bawah)

🌻Pastikan kita pegang tanah yang kita gumpal 

🌻atau mampatkan tu sewaktu kita masukkan dalam lubang botol

🌻Untuk elakkan tanah tu melerai atau hancur dan anak pokok tak jatuh

🌻Kita keluarkan daun anak pokok daripada lubang penutup botol secara perlahan

🌻Tanpa cederakan daun pokok.

🌻Potongkan span sebesar penutup botol, potongkan separuh dan letakkan span di bahagian celah dahan anak pokok

🌻Untuk mengelakkan air yang disiram tidak mengalir keseluruhan nya 

🌻Span memegang tanah & air

🌻Mampatkan tanah secara perlahan menggunakan tangan

🌻Kita boleh juga gunakan sabut kelapa untuk mengawal kelembapan tanah



  1. Masukkan media tanaman 

🌺Masukkan media tanaman ke dalam botol sampai penuh

🌺Anda nak gunakan tanah kompos atau cocopeat juga boleh

🌺Tanah kompos mudah untuk kita dapatkan di kedai bunga, kedai eco atau di DIY

🌺Tanah kompos adalah sejenis tanah yang diperbuat daripada bahan-bahan organik yang melalui proses pereputan (daun-daun kering,ranting kayu atau tinja haiwan) di dalam tanah

🌺Tanah kompos mempunyai ciri-ciri tanah yang ringkas dan ringan

🌺Kita buat campuran tanah sendiri juga boleh dan kita campurkan dengan baja MILAGRO

🌺Letakkan 3 scope tanah, 1 scope sabut kelapa (cocoapeat) dan 2 sudu baja MILAGRO.

🌺Kenapa kita gunakan 2 sudu baja Milagro sebab kita tanam 2 jenis tanaman dalam satu bekas

🌺Gaulkan tanah dengan sebati dan masukkan ke dalam bekas

🌺Boleh kita gunakan campuran ni untuk tanaman ini. Tapi perlu menggunakan kadar yang sesuai

🌺Sebab tanah mempunyai ciri-ciri yang berat untuk teknik tanaman ini


  1. Tanamkan anak pokok (untuk bahagian atas/upside) dan gantungkan

🌻Sebelum kita nak tanam anak pokok kita gantungkan dulu botol minuman

🌻Tanaman untuk bahagian atas sesuai tanaman seperti herba,ulam,pokok bunga, pokok hiasan dan tanaman yang tak menjalar

🌻Jenis tanaman yang kita nak tanam perlu bergantung kepada jenis tanah dan tempat tanaman itu sendiri

🌻Contoh nya seperti pokok orkid dia memerlukan tempat dan tanah yang lembap 

🌻Buah-buahan juga tak sesuai untuk saiz yang besar seperti durian, nangka, mangga dan lain-lain

🌻Kerana mempunyai akar yang besar dan memerlukan ruang yang banyak

🌻Akan bersaing untuk dapatkan nutrien dan air dalam satu tempat

🌻Tanamkan anak pokok di tengah-tengah dan timbuskan 



  1. Siram anak pokok

🌺Siramkan anak pokok seperti biasa 2 kali setiap hari pagi dan petang


TIPS PENTING

🌱Perlu ada pembajaan, penyiraman dan pemangkasan yang betul untuk pokok hidup subur dan sihat

🌱Cantas daun-daun dan ranting yang mati atau kering. Terutamanya, jenis tanaman yang menjalar

🌱Untuk teknik siraman pokok di bahagian bawah, kita boleh siram pada daun dan dahan pokok

🌱Untuk siraman pokok bahagian atas pula siraman seperti  biasa

🌱Untuk cara pembajaan, baja seperti biasa dibahagian atas, letakkan 1 ½  sudu baja MILAGRO dan siramkan

🌱Gemburkan tanah dahulu untuk baja mudah diserap oleh kedua-dua pokok

🌱Penggunaan tahi ayam dalam Baja MILAGRO sangat-sangat sesuai

🌱Kerana baja tahi ayam mengambil masa untuk diserap oleh akar pokok  dari hari ke hari untuk pokok membesar subur

🌱Pastikan bekas kuat untuk memegang tanah dan tanah tak jatuh

🌱Gantungkan di bawah net hitam untuk mengelakkan air hujan terkena terus pada tanaman dan menjatuhkan pokok bahagian bawah


Q & A

  1. Teknik ini sesuai ke untuk teknik semaian?

  • Boleh. Tapi sesuai untuk tanaman bahagian atas sahaja. Tak sesuai untuk tanaman di bahagian bawah. Kita perlu semai di dulang semaian dahulu. Baru kita tanam menggunakan anak pokok untuk teknik ini


  1. Dari segi nutrien pula bagaimana? Tak berebut ke antara pokok atas dan bawah?

  • Kita perlu bagi baja dengan jumlah yang secukupnya untuk pokok

  • Letakkan 1 ½  sudu satu kali untuk 2 minggu


  1. Ada tak kemungkinan untuk pokok di bahagian bawah atau atas untuk mati?

  • Setakat ni di Malaysia alhamdulillah baik-baik saja. Kita kena cuba benda yang baru. Tak cuba maka tak tahu. Dah tahu maka bolehlah kita mencuba 

  • Kita berbudi pada tanah, tanah akan berbudi pada kita balik


  1. Kenapa tanam pokok dibawah dia membengkok ke atas?

  • Tidak mengapa, itu kerana pokok mencari sumber cahaya matahari untuk membuat makanan melalui proses fotosintesis


  1. Macam mana nak kawal serangan serangga perosak?

  • Yang ini kita boleh gunakan racun serangga organik 

  • Ada kelebihan teknik tanaman ini, iaitu dapat mengurangkan tanaman diserang hama yang menular di permukaan dan dalam tanah kerana pokok bergantung dan tidak menyentuh tanah. Jadi ancaman penyakit akan menjadi berkurang

  • Udara juga mudah untuk mengalir melalui dahan pokok untuk akar pokok menyerap nutrien dan air melalui dahan pokok



🌱Kesimpulannya, teknik tanaman ini sangat jimat, mudah dan senang untuk dipraktikkan di rumah

🌱Suri rumah, mereka yang pencen dan mereka yang ada masa lapang time PKP ni. Jangan buang masa anda. Jom bercucuk tanam

🌱Kita nak memasak di rumah, bahan tak ada jangan risau. Petik saja di rumah, tak payah pergi kedai nak beratur lagi. Jimat masa dan duit anda

🌱Lagi-lagi PKP ni. Tak digalakkan keluar rumah jika tak penting

🌱Lagi satu kita boleh tanam tanaman yang organik dan sihat untuk kita makan bersama keluarga kita

🌱Nak beli sayur dan buah organik kat supermarket mahal sekarang ni. Jadi dengan gunakan Baja MILAGRO, kita boleh tanam sayur dan buah secara organik

🌱Jadi lebih terjamin untuk kita makan dan bebas daripada racun kimia. Lagi-lagi kepada mereka yang berniat untuk jaga kesihatan

🌱Nak ketahui lebih lanjut secara live bagaimana nak buat DIY ni? Boleh tengok live kami di DIY tanam bunga & sayur dalam satu bekas secara terbalik (GANTER)

🌱Anda minat bercucuk tanam. Jom kongsikan maklumat ini pada rakan-rakan anda.

🌱Hobi anda suka bercucuk tanam, sukakan tanaman, anda boleh cuba lakukan ini dirumah! Kita geng!

🌱Jom join group facebook Geng Kebun Organik 😍

 

Thursday, June 24, 2021

5 TIPS DIY HORMON PENGGALAK AKAR POKOK MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN DI DAPUR

PKP dilanjutkan lagi, dengan anggaran bilangan pesakit covid belum menurun sepenuhnya. Jadi kita perlu bersama-sama melandaikan angka ini dengan mematuhi  SOP yang dilaksanakan. Ramai yang terjejas akibat pelaksanaan PKP ini, jadi anda jangan termenung dan risau. Jom jana pendapatan side income bersama Milagro.  

Kebiasaan kita nak tanam pokok menggunakan keratan dahan kita akan rendamkan dahan tu sampai tumbuh akar untuk seminggu. Tak pon kita akan tanam je terus pada tanah. Kadar pertumbuhan setiap pokok adalah berbeza mengikut jenis tanaman. Mesti ada yang tau dan ada yang tak tahu kan kita juga boleh pakai hormon penggalak akar.  

Untuk kita tanam pakai keratan dahan pokok, dapat jimat masa jika kita nak rendamkan selama seminggu untuk akar pokok keluar. Kebiasaannya, hormon untuk akar pokok ni pekebun kecil akan beli je kat kedai tanaman. Ada 2 jenis hormon penggalak akar , ada yang jenis cecair dan ada yang jenis serbuk. Jika gunakan serbuk anda perlu bancuhkan dengan air mengikut sukatan dalam label cara penggunaan. Kita boleh buat sendiri hormon tu menggunakan bahan-bahan di dapur saja. Mudah, senang dan jimat.  

Ada pokok kita tanam pakai keratan dahan kita terus tanam, siram air letak baja tapi tak membesar. Jadi kita perlukan hormon akar pengakaran untuk pertumbuhan akar dengan cepat. Biasa nya hormon ini sangat sesuai untuk kaedah tanaman dengan cara tut atau cantuman dahan pokok. Jika akar pokok tidak bercambah dengan baik tak dapat la pokok nak membesar dengan sihat dan subur.

                                 

                     Akar sangat penting untuk pokok. Sebab apa

                        🌸Menyerap nutrien untuk pokok membesar

                        🌸Menyokong pokok dan memegang tanah

                        🌸Menyerap air daripada tanah

 
        Nak tau apa fungsi hormon akar ini untuk dahan pokok?


                     🌸Untuk mempercepatkan pertumbuhan akar pokok

        🌸Untuk tanaman subur dan sihat

        🌸Akar pokok tumbuh dengan elok dan sihat

        🌸Merangsang pertumbuhan akar baru

        🌸Nutrien mudah menyerap melalui akar baru

 

BAHAN-BAHAN

Gula perang (Brown sugar)
Ajinamoto
Belacan
Air redbull (energy drink) atau gunakan madu (jika tiada)
Bekas kecil (menyimpan cecair)
Dahan pokok untuk tanaman
Pasu & tanah


CARA-CARA MEMBUAT


1. Tuangkan 2 sudu besar gula perang 

 

🌻Gula perang bukan saja bagus untuk kesihatan tubuh badan kita 

🌻Tetapi ia juga dapat bantu beri nutrien pada pokok untuk mengeluarkan akar
🌻Banyak khasiat gula perang ni. 
🌻Diperbuat daripada tebu yang diproses menjadi gula dan mempunyai mineral penting seperti kalsium, magnesium dan beberapa jenis mineral lagi.
🌻Nak tau kenapa ia berwarna perang dan dipanggil gula perang?
🌻Nama nya ‘Molases’ yang ditambah dalam proses membuat gula perang ni
🌻Apa itu ‘Molases’? Ha mesti ramai tak tahu kan. Ia adalah bahan terakhir hasil daripada perahan tebu
🌻Ia pon mempunyai vitamin dan mineral yang tinggi
🌻Jadi anda rasa gula jenis mana yang baik untuk kesihatan?
🌻Gula yang dibuang kandungan mineralnya dan melalui proses peluntur atau yang masih kekal keasliannya.
🌻Mesti anda pilih gula perang kan.
🌻Untuk gula perang, kita gunakan untuk merangsang akar pokok keluar


                2. Letakkan 1 sudu besar ajinamoto

🌻Ajinamoto bukan saja sebagai penambah atau perisa kepada makanan atau masakan
🌻Untuk jadikan pokok subur pon boleh
🌻Tapi untuk segmen ni, ajinamoto digunakan untuk mengalakkan akar tumbuh dengan sihat dan subur
🌻Fungsi lain, ia boleh meningkatkan kadar kepekatan nitrogen dalam tanah. Jadi, jika nitrogen ada,ia akan membantu pertumbuhan akar pokok
🌻Fungsi utama untuk nitrogen mesti ramai dah tau kan ?
🌻Fungsi utama nya adalah kepada tumbesaran akar pokok
🌻Jadi tak ada nitrogen, terbantut la pokok kita nanti


                3. Letakkan 1 sudu besar belacan

🌻Belacan ni popular untuk orang jawa punya masakan
🌻Tak ada belacan tak sedap la 
🌻Belacan ni diperbuat daripada udang geragau 
🌻Fungsi udang atau belacan ini adalah sebagai penggalak tanaman yang bertindak untuk memberi ketahanan dan menguatkan imunisasi pokok daripada serangan serangga perosak
🌻Menguatkan akar pokok agar mudah menyerap nutrien dalam tanah
🌻Hancurkan belacan dengan sebati supaya senang larut 

               4. Tuangkan 5 sudu besar air red bull

🌻Gaulkan kesemua dengan sebati
🌻Pastikan ajinamoto & belacan hancur dan larut dalam air
🌻Jika anda tiada air ini tak apa
🌻Gunakan madu atau air biasa pon boleh


            5. Tuangkan cecair ke dalam bekas simpanan
🌻Cecair hormon pengakaran ni tahan untuk satu tahun
🌻Kaedah ni biasanya diguna pakai oleh petani di Thailand
🌻Jom kita buat sendiri kat rumah time PKP ni. Tak payah pergi kedai. Duduk rumah saja


CARA MEMAKAI HORMON 


          1. Sediakan dahan pokok

🌹Pastikan dahan atau keratan batang bebas daripada jangkitan penyakit
🌹Ambil keratan dahan yang sihat 

2. Buangkan ranting @ tinggalkan 1 pucuk sahaja 
🌹Kita buangkan ranting yang ada dan tinggalkan 1 sahaja
🌹Untuk keratan batang hasilkan dahan atau pucuk yang baru
🌹Fungsi nya untuk kurangkan persaingan kepada batang dan daun pokok menyerap nutrien daripada akar
🌹Akar peroleh daripada tanah

3. Rendamkan dahan ke dalam hormon pengakaran

 🌹Gaulkan dahan dengan cecair dan biarkan selama 15 minit. Untuk keratan dahan yang menggunakan kaedah tut, cecair boleh di sapukan pada dahan dan cantumkan

4. Tanamkan keratan dahan ke dalam pasu  
🌹Buatkan lubang sedalam 2 inci 
🌹Tanamkan keratan 

5. Siramkan pokok

🌹Siramkan pokok dan letakkan di  tempat yang redup 
🌹Dalam seminggu pokok akan mengeluarkan akar pokok dan pucuk baru

 

TIPS PENTING
🌸Pastikan anda mengikut sukatan yang telah ditetapkan untuk membuat hormon pengakaran ini untuk elakkan tanaman terbantut
🌸Larutan ini juga boleh digunakan sebagai baja untuk pokok 
🌸Sapukan pada hujung keratan batang untuk akar keluar
🌸Pastikan siram pokok setiap hari untuk pokok membesar dengan baik

🏵Boleh gunakan untuk semua jenis pokok ke?
-Boleh saja. Sesuai untuk keratan batang. Lagi-lagi untuk mereka yang nak tanam dengan kaedah tut keratan batang untuk durian ke, mangga pon boleh

🏵Tempoh berapa lama boleh simpan?
-boleh simpan untuk jangka masa setahun 
-Lepas anda buat DIY ni , anda marking date anda buat cecair ini bila

DIY ini sangat-sangat mudah,senang dan jimat. Anda dah tau apa kegunaan hormon penggalak akar ni. Jom lakukan di rumah, jangan kemana-mana jika tiada urusan penting. Sama-sama kita landaikan lengkungan covid 19 ni. Kita jaga kita. Jom bercucuk tanam di rumah. Nak ketahui lebih lanjut mengenai DIY HORMON PENGGALAK AKAR
Kalau hobi anda semua memang suka berkebun , sukakan tanaman?
Kita geng ! Jom join group facebook GengKebunOrganik😍

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...