🌱Untuk mereka yang duduk di apartmen atau rumah teres, tiada tanah dan ruang yang terhad untuk menanam sesuai pakai teknik ini
🌱Haaa, yang tak cukup ruang & yang tak cukup tanah untuk bercucuk tanam boleh lakukan DIY ni di rumah time PKP ni. Jimat ruang, tempat dan mudah dipraktik
🌱Kita tanam sayur atau pokok bunga kita dalam satu tempat.
🌱Kita gantung tanaman kita atas lain bawah lain (upside dan downside)
🌱Haaa, nak tau teknik tanaman apa?
🌱Ini dipanggil teknik tanaman GANTER “Teknik penanaman Gantung terbalik”
GAN untuk GANTUNG & TER untuk TERBALIK. Jadi dipanggil GANTER
🌱Dengan menggunakan bahan yang kita boleh kitar semula
🌱Kita menggunakan bekas terpakai seperti botol air, botol minyak, bekas sabun baju, bekas cat, sabut kelapa, dan bekas-bekas yang sesuai. Pasu juga boleh.
🌱Kaedah ini sesuai untuk tanaman dalam pasu dan tanaman tidak terlalu besar
🌱Kaedah ini di luar negara sudah dipraktikkan dalam pertanian. Di Malaysia kita baru nak berjinak-jinak untuk menggunakan kaedah ini
🌱Haa nak tau teknik tanaman yang betul untuk DIY ni. Teruskan tengok live ini & jangan berganjak
BAHAN-BAHANNYA:
Botol air yang besar
Gunting atau pisau
Tali (2 MTR) atau dawai atau tali kasut terpakai pon boleh
Span
Media tanaman
Tanah loam
Sabut kelapa
Baja MILAGRO
Atau anda pakai saja cocopeat atau tanah compos (campuran tanah yang sudah dibuat dijual di kedai)
Anak pokok bunga dan sayur
Pokok bunga tak kira pokok apa tapi bukan yg jenis menjalar
Sayur yang sesuai seperti daun sup, daun bawang (tak digalakkan untuk tanaman menjalar) boleh untuk pokok menjalar. Tapi perlu sediakan sokongan untuk pokok menjalar
Alatan menanam
Scope
Sudu
Penyangkut
Sarung tangan
CARA-CARA DIY:
Potongkan dan lubangkan bekas botol air
🌺Lubangkan botol air dibahagian bawah untuk tanaman di bahagian atas
🌺Untuk kita masukkan tanah & anak pokok
🌺Tak mengganggu akar anak pokok
🌺Untuk bahagian bawah penutup botol kita biarkan saja
🌺Buatkan lubang kecil di bahagian badan botol minuman
🌺Untuk air mengalir sempurna semasa kita siram
🌺Elakkan buat lubang terlalu banyak
Buatkan ikatan tali untuk gantung botol
🌻Gunakan tali kasut atau baju yang terpakai pun boleh
🌻Untuk ikatan tali anda boleh tengok di segmen DIY yang sebelum ni ye.
🌻Anda nak gunakan gantung yang dijual di kedai tanaman
Gumpalkan segenggam tanah pada anak pokok (untuk tanaman di bawah/downside)
🌺Tanaman di bawah sesuai untuk tanaman yang menjalar
🌺Haa, macam mana nak masukkan anak pokok di bahagian bawah ni?
🌺Kita nak masukkan pokok dulu, lepas itu tanah ke?
🌺Haa, ini tips yang penting untuk teknik ni.
🌺kita tanam anak pokok dengan tanah sekali.
🌺Kita menggunakan anak pokok yang sudah membesar
🌺mengeluarkan daun pucuk baru (3-4 minggu)
🌺Mengikut jenis tanaman itu sendiri
🌺Gumpalkan tanah yang dah sebati dengan akar anak pokok menjadi bulatan
🌺Fungsi kita mampatkan adalah untuk akar anak pokok berpegang teguh pada tanah
🌺elakkan tanah melerai dan merosakkan akar anak pokok
Masukkan anak pokok ke dalam botol (bahagian lubang bawah)
🌻Pastikan kita pegang tanah yang kita gumpal
🌻atau mampatkan tu sewaktu kita masukkan dalam lubang botol
🌻Untuk elakkan tanah tu melerai atau hancur dan anak pokok tak jatuh
🌻Kita keluarkan daun anak pokok daripada lubang penutup botol secara perlahan
🌻Tanpa cederakan daun pokok.
🌻Potongkan span sebesar penutup botol, potongkan separuh dan letakkan span di bahagian celah dahan anak pokok
🌻Untuk mengelakkan air yang disiram tidak mengalir keseluruhan nya
🌻Span memegang tanah & air
🌻Mampatkan tanah secara perlahan menggunakan tangan
🌻Kita boleh juga gunakan sabut kelapa untuk mengawal kelembapan tanah
Masukkan media tanaman
🌺Masukkan media tanaman ke dalam botol sampai penuh
🌺Anda nak gunakan tanah kompos atau cocopeat juga boleh
🌺Tanah kompos mudah untuk kita dapatkan di kedai bunga, kedai eco atau di DIY
🌺Tanah kompos adalah sejenis tanah yang diperbuat daripada bahan-bahan organik yang melalui proses pereputan (daun-daun kering,ranting kayu atau tinja haiwan) di dalam tanah
🌺Tanah kompos mempunyai ciri-ciri tanah yang ringkas dan ringan
🌺Kita buat campuran tanah sendiri juga boleh dan kita campurkan dengan baja MILAGRO
🌺Letakkan 3 scope tanah, 1 scope sabut kelapa (cocoapeat) dan 2 sudu baja MILAGRO.
🌺Kenapa kita gunakan 2 sudu baja Milagro sebab kita tanam 2 jenis tanaman dalam satu bekas
🌺Gaulkan tanah dengan sebati dan masukkan ke dalam bekas
🌺Boleh kita gunakan campuran ni untuk tanaman ini. Tapi perlu menggunakan kadar yang sesuai
🌺Sebab tanah mempunyai ciri-ciri yang berat untuk teknik tanaman ini
Tanamkan anak pokok (untuk bahagian atas/upside) dan gantungkan
🌻Sebelum kita nak tanam anak pokok kita gantungkan dulu botol minuman
🌻Tanaman untuk bahagian atas sesuai tanaman seperti herba,ulam,pokok bunga, pokok hiasan dan tanaman yang tak menjalar
🌻Jenis tanaman yang kita nak tanam perlu bergantung kepada jenis tanah dan tempat tanaman itu sendiri
🌻Contoh nya seperti pokok orkid dia memerlukan tempat dan tanah yang lembap
🌻Buah-buahan juga tak sesuai untuk saiz yang besar seperti durian, nangka, mangga dan lain-lain
🌻Kerana mempunyai akar yang besar dan memerlukan ruang yang banyak
🌻Akan bersaing untuk dapatkan nutrien dan air dalam satu tempat
🌻Tanamkan anak pokok di tengah-tengah dan timbuskan
Siram anak pokok
🌺Siramkan anak pokok seperti biasa 2 kali setiap hari pagi dan petang
TIPS PENTING
🌱Perlu ada pembajaan, penyiraman dan pemangkasan yang betul untuk pokok hidup subur dan sihat
🌱Cantas daun-daun dan ranting yang mati atau kering. Terutamanya, jenis tanaman yang menjalar
🌱Untuk teknik siraman pokok di bahagian bawah, kita boleh siram pada daun dan dahan pokok
🌱Untuk siraman pokok bahagian atas pula siraman seperti biasa
🌱Untuk cara pembajaan, baja seperti biasa dibahagian atas, letakkan 1 ½ sudu baja MILAGRO dan siramkan
🌱Gemburkan tanah dahulu untuk baja mudah diserap oleh kedua-dua pokok
🌱Penggunaan tahi ayam dalam Baja MILAGRO sangat-sangat sesuai
🌱Kerana baja tahi ayam mengambil masa untuk diserap oleh akar pokok dari hari ke hari untuk pokok membesar subur
🌱Pastikan bekas kuat untuk memegang tanah dan tanah tak jatuh
🌱Gantungkan di bawah net hitam untuk mengelakkan air hujan terkena terus pada tanaman dan menjatuhkan pokok bahagian bawah
Q & A
Teknik ini sesuai ke untuk teknik semaian?
Boleh. Tapi sesuai untuk tanaman bahagian atas sahaja. Tak sesuai untuk tanaman di bahagian bawah. Kita perlu semai di dulang semaian dahulu. Baru kita tanam menggunakan anak pokok untuk teknik ini
Dari segi nutrien pula bagaimana? Tak berebut ke antara pokok atas dan bawah?
Kita perlu bagi baja dengan jumlah yang secukupnya untuk pokok
Letakkan 1 ½ sudu satu kali untuk 2 minggu
Ada tak kemungkinan untuk pokok di bahagian bawah atau atas untuk mati?
Setakat ni di Malaysia alhamdulillah baik-baik saja. Kita kena cuba benda yang baru. Tak cuba maka tak tahu. Dah tahu maka bolehlah kita mencuba
Kita berbudi pada tanah, tanah akan berbudi pada kita balik
Kenapa tanam pokok dibawah dia membengkok ke atas?
Tidak mengapa, itu kerana pokok mencari sumber cahaya matahari untuk membuat makanan melalui proses fotosintesis
Macam mana nak kawal serangan serangga perosak?
Yang ini kita boleh gunakan racun serangga organik
Ada kelebihan teknik tanaman ini, iaitu dapat mengurangkan tanaman diserang hama yang menular di permukaan dan dalam tanah kerana pokok bergantung dan tidak menyentuh tanah. Jadi ancaman penyakit akan menjadi berkurang
Udara juga mudah untuk mengalir melalui dahan pokok untuk akar pokok menyerap nutrien dan air melalui dahan pokok
🌱Kesimpulannya, teknik tanaman ini sangat jimat, mudah dan senang untuk dipraktikkan di rumah
🌱Suri rumah, mereka yang pencen dan mereka yang ada masa lapang time PKP ni. Jangan buang masa anda. Jom bercucuk tanam
🌱Kita nak memasak di rumah, bahan tak ada jangan risau. Petik saja di rumah, tak payah pergi kedai nak beratur lagi. Jimat masa dan duit anda
🌱Lagi-lagi PKP ni. Tak digalakkan keluar rumah jika tak penting
🌱Lagi satu kita boleh tanam tanaman yang organik dan sihat untuk kita makan bersama keluarga kita
🌱Nak beli sayur dan buah organik kat supermarket mahal sekarang ni. Jadi dengan gunakan Baja MILAGRO, kita boleh tanam sayur dan buah secara organik
🌱Jadi lebih terjamin untuk kita makan dan bebas daripada racun kimia. Lagi-lagi kepada mereka yang berniat untuk jaga kesihatan
🌱Nak ketahui lebih lanjut secara live bagaimana nak buat DIY ni? Boleh tengok live kami di DIY tanam bunga & sayur dalam satu bekas secara terbalik (GANTER)
🌱Anda minat bercucuk tanam. Jom kongsikan maklumat ini pada rakan-rakan anda.
🌱Hobi anda suka bercucuk tanam, sukakan tanaman, anda boleh cuba lakukan ini dirumah! Kita geng!
🌱Jom join group facebook Geng Kebun Organik 😍
No comments:
Post a Comment