Showing posts with label sayur organik. Show all posts
Showing posts with label sayur organik. Show all posts

Thursday, March 26, 2020

10 JENIS TANAMAN YANG PALING SESUAI DITANAM PADA MUSIM PANAS

Sumber : Laman Impiana dan Wikipedia

10 Jenis Tanaman Paling Sesuai Ditanam Ketika Musim Panas - IMPIANA

Perkara yang paling dirisaukan dan dikhuatiri oleh para Petani pada masa kini adalah Musim Panas. Musim Panas yang berpanjangan menyebabkan bekalan air perlu digunakan secara minimum untuk memastikan bekalan air mencukupi.Bila matahari terik sayur sayuran dan tanaman yang berdaun akan mudah dan mulai layu.Hanya segelintir tanaman yang dapat disiram akan dapat diselamatkan dan aka nada juga yang tidak dapat diselamatkan.
Siraman yang kerap, penyediaan teduhan dan penggunaan sukupan adalah antara terbaik yang boleh dilakukan untuk mengawal keadaan ini.Berikut adalah beberapa jenis tanaman yang yang amat sesuai ditanam pada musim panas. Antaranya adalah seperti berikut :

1.    Jagung

Jagung adalah sejenis tanaman monoeciuos dimana bunga jantan dan bunga betina tumbuhan ini terpisah dalam satu tanaman. Jagung adalah dari keluarga Zea dan dari spesis Zea may spp Mexicana. Kebanyakkan benih jagung yang ditanam di Malaysia adalah jenis kacukan atau hybrid dari varieti mas madu, manis madu dan Thai Superweet. Di Malaysia, negeri Johor, Selangor, Perak dan Pahang merupakan kawasan penanaman jagung dan negeri Johor mengeluarkan 35% pengeluaran buah jagung manis.

 Jagung merupakan tanaman bijirin seperti gandum yang tidak memerlukan air yang banyak untuk menghasilkan buah yang berkualiti.Jenis batangnya yang disalut dengan lapisan kulit yang tebal dimana ia dapat menyekat dan melindungi struktur utamanya dari terik matahari. Secara tidak langsung kadar sejatan air dari batang dapat dikawal. Hal ini yang membolehkan tanaman jagung sesuai ditanam pada musim panas.

2.    Labu

Labu Manis (Cucurbita moschata) merupakan sejenis tanaman yang popular ditanam dikalangan petani di Malaysia sebagai tanaman komersil. Nama tempatan tanaman ini adalah seperti Labu Manis, Labu Lemak, Labu Taiwan dan ada yang kata Labu Madu (Terengganu). terdapat banyak varieti atau kultivar labu manis yang ditanam di Malaysia tetapi kini hanya beberapa varieti sahaja yang menjadi pilihan petani berdasarkan kepada permintaan pasaran.

Labu juga merupakan antara tanaman yang paling banyak ditanam di Negara- Negara yang beriklim panas seperti Arab dan Afrika. Musim panas menyebabkan produktiviti bunga labu meningkat dan mempercepatkan tempoh tuaian.

3.    Terung

Terung atau brinjal ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Solanaceae dan genus Solanum. Ia berasal dari India dan Sri Lanka, dan amat berkait dengan tomato dan ubi kentang.Nama botaninya  adalah Solanum melongena.

Daun terung yang berbulu berupaya menyimpan air. Oleh itu, walaupun pokok ini tidak disiram ia mampu kekal segar selama 2 hari walaupun pada musim panas.

4.    Tomato

Tomato (Solanum lycopersicum, dulu Lycopersicon lycopersicum) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai sayur dan ditanam sebagai makanan. Tomato berasal dari benua Amerika, iaitu di Amerika Tengah, Selatan dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru. Tomato banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur. Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Musim hujan adalah musim yang mencabar bagi tanaman tomato. Hal ini disebabkan batangnya yang mudah menyimpan air mudah dijangkiti penyakit apabila medium tanamannya sentiasa basah. Oleh kerana itu, tomato adalah tanaman yang paling sesuai ditanam pada musim panas. Tetapi penyiraman juga perlu dilakukan untuk mengelakkan  menyimpan batang yang kering.

5.    Kacang Hijau

Pokok kacang hijau atau dalam bahasa Inggeris Mung bean mempunyai nama saintifil (latin) Phaseolus radiatus L. dari kumpulan Leguminoceae. Kacang hijau banyak ditanam di sawah dan ladang yang bertanah lembab dan cukup mendapatkan sinar matahari.

 Batang bahagian pangkal pokok kacang tidak tahan kepada kelembapan. Ia mudah diserang kulat. Apabila setiap kali melalukan penyelenggaran tanaman, periksa bahagian pangkalnya juga. Pokok kacang hijau akan menghasilkan kekacangnya paling banyak ketika musim panas. Yang Penting siraman dilakukan sehari sekali dan pembajaan diberi setiap minggu.

6.    Lobak Merah

Lobak merah (Daucus carota subsp. sativus) merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan makanannya dalam umbi. Ia digunakan oleh manusia sebagai makanan. Warnanya jingga, namun warna ungu, merah, putih dan kuning juga ada. Lobak merah di kategorikan  sebagai sayuran dan menjadi bahan masakan utama yang digunakan secara meluas dalam masakan di ASEAN.

Lobak Merah tidak sesuai hidup dalam keadaaan medium tanaman yang sentiasa lembab. Perkara yang penting untuk lobak merah adalah untuk memastikan tanah sentiasa dalam keadaan gembur untuk menggalakkan pertumbuhannya. Penyiramannya hanya cukup sekali sehari sahaja. Jika terlalu lembab ia akan menjejaskan pertumbuhan dan isi lobak dan akan mudah diserang penyakit.


7.    Ubi Kayu

Ubi kayu ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.

Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi belanda dan cassava (bahasa Inggeris). Dalam penerbitan bahasa Inggeris, tanaman ini biasanya dirujuk dengan menggunakan nama-nama tempatannya, seperti mandioca, aipim, atau macaxeira (Brazil), kassav (Haiti), mandi´o (Paraguay), akpu atau ugburu (Nigeria), bankye (Ghana), mogo atau mihogo (kawasan di Afrika yang berbahasa Swahili), kappa (India), maniok (Sri Lanka), singkong (Indonesia), kamoteng kahoy atau balanghoy (Filipina), mushu (China), củ sắn or khoai mì (Vietnam) dan manioke atau manioca (Polynesia).

Ubi antara tanaman yang tahan lasak dan amat sesuai ditanam dalam apa jua keadaan medium. Lebih lama musim panasnya, lebih besar ubi yang akan anda perolehi kerana akarnya bekerja keras ketika musim panas mencari sumber makanannya terutamanya air.

8.    Kacang Panjang

Kacang panjang merupakan tumbuhan yang dijadikan sayur atau ulam. Ia tumbuh dengan cara memanjat atau melilit. Bahagian yang dijadikan sayur atau ulam adalah buah pokok tersebut.Ia mudah didapati di kawasan panas di Asia. Kacang Panjang juga merupakan salah satu tanaman atau sayuran yang mempunyai harga dipasaran. Kebiasaanya tanamana ini menjadi tanaman gentian bagi peladang ketika musim panas untuk mengembalikan nutrisi dan memperbaiki struktur tanah sebelum digantikan dengan tanaman lain. Siraman Nya hanya sekali sehari dan apabila cuaca panas lebih banyak buah yang dihasilkan.


9.    Petola

Petola atau juga dikenali sebagai petola segi (nama sains: Luffa acutangula) merupakan buah dalam kategori sayuran hijau. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Luffa atau Loofah/Lufah (dari bahasa Arab لوف) dan merupakan tumbuhan tropika dan sub tropika menjalar tahunan yang terdiri dari genus Luffa. Buah dari dua spesies, L. acutangula dan L. aegyptiaca, ditanam untuk dituai sebelum buah matang dan dimakan sebagai sayuran, dan popular dalam masakan Asia dan Afrika.

Petola amat serasi dengan iklim panas. Daun dan batangnya yang berbulu turut menyimpan kelembapan yang diperlukan walaupun da dalam cuaca panas memuncak.

10. Timun

Timun atau Mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu. Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan.

Timun yang juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.

Seperti Petola, timun adalah tanaman memanjat yang amat sesuai dan mudah untuk hidup dimana sahaja. Walaupun tanaman ini mempunyai buah mengandungi air yang tinggi tidak memerlukan air yang banyak untuk tumbuh sihat dan berbuat lebat. Cukuplah sekadar siraman dilakukan seawal pagi sekali sehari.




Monday, March 23, 2020

TIPS TANAM SAYUR-SAYURAN DALAM PASU




Bagi anda yang baru nak berjinak-jinak tanam sayur-sayuran, apetah lagi di kala Perintah Kawalan Pergerakan ni. Di sini terdapat 6 tips yang perlu diketahui apabila kita nak mula bercucuk tanam menggunakan pasu atau pot.

1. Lokasi pasu

Perkara pertama yang perlu kita ambil perhatian adalah dimana lokasi pasu kita ingin bercucuk tanam. Di mana tempat kita hendak meletakkan pasu dan bekas tanaman kita. Adalah lebih baik jika kita letak pada tempat yang ada cahaya matahari seperti di tepi tingkap dan di tepi bangunan.


2. Tanaman

Kita juga perlu tahu jenis tanaman apa yang hendak kita tanam di dalam bekas. Lain tanaman lain penjagaannya. Untuk yang baru nak mula menanam, dicadangkan untuk menanam kangkung dan bayam kerana kedua tanaman itu sangat senang tumbuh. 
Cuba tanam di dalam bekas terlebih dulu dan lihat perkembangannya di lokasi yang telah kita pilih. Kemudian apabila sudah menuai tanaman tersebut, boleh cuba dengan tanaman lain. Mulakan sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit. Apa yang penting? – Pengalaman.

3. Pengairan

Ramai yang ingat tanam menggunakan bekas tidak perlukan sistem pengairan yang baik. Jangan keliru istilah pengairan dengan penyiraman. Pengairan bermaksud air siraman diserap oleh pokok manakala lebihan air disalurkan keluar dari bekas tanaman.
Kebanyakan sayur dan pokok buah tidak tahan dengan air bertakung di dalam bekas. Akar tumbuhan akan lemas dan seterusnya boleh menyebabkan kematian pokok. Pastikan setiap bekas yang kita gunakan mempunyai lubang pengairan dibawahnya agar air siraman yang lebih boleh mengalir keluar dari pasu. Ingat! Kita tidak tanam pokok air tetapi kita tanam pokok darat.


4. Baja

Pembajaan amat penting kepada pokok yang tumbuh di dalam bekas. Jika di atas tanah, akar pokok boleh menjalar jauh mencari sendiri air dan nutrien tetapi tidak di dalam bekas. Oleh itu selalulah bekalkanbaja Milagro kepada tanaman di dalam bekas. 

5. Media tanaman

Media di sini dimaksudkan adalah jenis-jenis tanah yang boleh kita gunakan untuk bertanam. Ada yang guna tanah campur, tanah bakar ataupun kompos sebagai media dalam pasu kita. Untuk penanaman pasu, lebih elok kita guna media yang tidak berat seperti kompos. Campuran kompos dan tanah atas (top soil) sangat disarankan. Ringan adalah kunci utama untuk penanaman dalam pasu.


6. Penyiraman

Terdapat dua sistem siraman iaitu automatik dan manual. Biasanya kita lebih senang untuk menggunakan sistem siraman manual iaitu dengan terus menyiram dari paip air ataupun tong siraman. 
Dengan mengetahui 6 perkara asas ini, diharapkan anda dapat berkebun dengan bekas dengan lebih baik. Jangan lupa ilmu yang baik kena kongsi ya?


💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik

Thursday, February 6, 2020

SEMAI SAWI DALAM KULIT TELUR KURANGKAN RISIKO TANAMAN MATI


Image result for semai dalam kulit telur


Selalu semaian yang dialihkan ke tapak kekal mesti 20% daripadanya berisiko untuk mati. Ia disebabkan gangguan pada akar ketika proses pemindahan dilakukan. Untuk mengatasi masalah ini, admin kongsikan cara semaian mudah menggunakan kulit telur.

Menjadi kelebihan kaedah semaian ini, ketika pemindahan anak pokok kulit telur terus di tanam bersama anak pokok bagi mengelak ganguan pada akar tanaman.


Image result for semai dalam kulit telur


Secara tidak langsung, kulit telur tadi menjadi baja yang mengandungi kalsium yang amat diperlukan tumbesaran tanaman.


--------------------------------------------------------------------💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman? Follow FB Page Baja Milagro

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...