Showing posts with label berkebun. Show all posts
Showing posts with label berkebun. Show all posts

Tuesday, March 31, 2020

6 JENIS TANAMAN PENGHALAU NYAMUK





Nyamuk adalah salah satu serangga yang kecil tetapi ia sangat berbahaya kepada kesihatan kerana ia mampu menyebabkan pelbagai penyakit seperti malaria dan denggi. Berdasarkan statistik semasa, di rantau Asia, Malaysia ialah negara kedua tertinggi bagi kes denggi yang  dilaporkan. Menjaga kebersihan rumah adalah langkah penting yang perlu Selain menjaga  kebersihan di kawasan rumah seperti tidak membiarkan air bertakung, menggunakan  penyembur nyamuk terdapat juga beberapa cara lain untuk menghalau serangga pembunuh ini. Berikut merupakan antara alternative tumbuhan yang anda boleh gunakan untuk menghalau  nyamuk.



1. Lavender 


Pokok Lavender mungkin agak sukar untuk ditanam terutamanya negara seperti Malaysia ini  melainkan di Cameron Highland yang beriklim sederhana sejuk. Namun bau bunga  Lavendar ini, amat tidak digemari oleh nyamuk.Pokok ini mengandungi dua zat iaitu linalool dan lynalyl asetat yang sudah cukup membuatkan nyamuk lari.Kedua-dua komponen ini menyebabkan nyamuk ‘mengantuk’ dan ‘khayal’.Oleh sebab itu kebanyakkan mereka yang  mengetahui manfaat pokok bunga Lavendar ini meletakkan pokok ini di tingkap atau pintu  bagi menghalang nyamuk masuk ke dalam rumah.  Selain itu, aromanya yang harum dan menenangkan boleh membantu anda untuk mendapatkan  tidur yang berkualiti. Bukan itu sahaja, ia juga bersifat antiseptik dan anti-kulat. 


Cara-cara: 


Letakkan tanam ini berhampiran tingkap atau pintu.  Anda juga boleh menggosokkan bunganya pada kulit untuk mengeluarkan minyak Lavender. 




2. Serai 


Seterusnya, serai merupakan antara tanaman yang dapat menghalau nyamuk.Dalam banyak- banyak pokok yang disenaraikan, serai adalah tanaman yang paling mudah didapati malah ia antara bahan kegunaan seharian dalam masakan. Serai mempunyai kandungan citral yang tinggi dimana ia merupakan suatu komponen yang mempunyai pelbagai khasiat pada kesihatan manusia.Dengan kelebihan dan khasiat serai, pelbagai produk berasaskan serai juga banyak dihasilkan dan di komersialkan di pasaran malah termasuk sebagai alternatif sebagai penghalau nyamuk. Kajian dilakukan oleh sekumpulan pengkaji di Universiti of New Mexico, Amerika Syarikat mendapati serai bukan sahaja dapat menghalau nyamuk malah membunuh larva nyamuk.  Oleh kerana baunya agak kuat, serai dan minyak serai sering digunakan juga untuk menghalau serangga termasuklah nyamuk, lipas dan cicak. 


Cara-cara: 

Isikan beberapa tangkai serai yang masih segar ke dalam sebuah bekas.  Letakkan bekas tersebut di bahagian rumah yang menjadi tumpuan nyamuk. Ia berkesan untuk membunuh larva nyamuk atau jentik-jentik yang baru membiak. 



3. Bunga Cengkih dan Limau Nipis 


Cengkih yang anda beli di kedai sebenarnya adalah tunas bunga yang diambil sebelum ia sempat mekar dan dikeringkan. Cengkih mempunyai banyak kegunaan dan ianya bersifat aromatik dan kaya dengan perisa. Kebanyakan mereka tahu cengkih hanya digunakan dalam masakan sahaja, ternyata ia juga mampu menghalau nyamuk.Begitu juga dengan limau nipis yang berbau sitrus.  Apabila kedua-dua tanaman ini digabungkan, ia mampu menghasilkan bau yang tidak disenangi oleh nyamuk dan ia menjadi ramuan untuk racun nyamuk.Selain itu ia juga mampu untuk menghalau nyamuk secara semulajadi. 


Cara-cara:

Potong limau nipis kepada setengah bahagian. Cucukkan bunga cengkih pada limau tersebut. Letakkan berdekatan anda atau di kawasan yang banyak nyamuk. 



4. Daun Teh 



Teh sudah menjadi minuman ruji untuk rakyat Malaysia.Pokok teh atau nama saintifiknya Camellia sinensis. Daun teh ini kemudian dipetik dan diproses dengan cara yang berbeza, untuk mengeluarkan rasa dan aroma yang tertentu, dan menghasilkan pelbagai variasi teh yang ada. Pokok Teh ini kita boleh dapati banyak di Cameron Highland.  Daun teh bersifat anti-septik, anti-kulat, anti-viral, dan anti-bakteria. Pokok teh juga merupakan salah satu tanaman yang sangat digemari oleh mereka yang minat berkebun kerana ia mudah tumbuh dan dijaga. Pokok teh juga fleksibel kerana ia boleh ditanam secara besar-besaran di luar rumah atau kecil-kecilan di dalam sebuah bekas.Anda juga boleh letak sebuah pokok teh yang kecil di dalam rumah bagi menghalau nyamuk. 


Cara-cara:


Rendam beberapa helai daun teh di dalam air dan titiskan sedikit minyak biji anggur.  Biarkan selama sejam. Isi rendaman tersebut ke dalam bekas penyembur dan sembur bahagian rumah yang menjadi tumpuan. 


5. Daun Pudina 


Pokok pudina atau nama saintifiknya Mentha arvensis merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai banyak kegunaan. Ia merupakan spesies tumbuhan herba ini berasal daripada family Labiatae dan genus Mentha. Daun pudina juga banyak digunakan dalam resipi masakan Melayu dan Barat. Tak kira sama ada segar atau kering, pudina kekal dengan aromanya yang kuat, menyegarkan dan menenangkan. Walaupun baunya menyenangkan bagi manusia, ia sangat mengganggu bagi serangga nyamuk ini. 


Cara-cara:


Rendam beberapa helai daun di dalam air dan titiskan sedikit minyak biji anggur.  Biarkan selama sejam.  Isi rendaman tersebut ke dalam bekas penyembur dan sembur bahagian yang menjadi tumpuan.  Anda juga boleh letak sebuah pokok pudina yang kecil di dalam rumah bagi menghalau nyamuk. 


6. Vanilla



Vanila atau nama saintifiknya Vanilla Planifolia merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga  orkid (Orchidaceae) . Hari ini vanila mula popular dan ditanam dengan meluas hasil daripada galakan kerajaan yang ingin memartabatkan Malaysia sebagai pengeluar vanila yang ketika di dunia selepas Madagascar dan Indonesia.Walaupun cuaca di Malaysia panas, pokok vanilla masih boleh ditanam dan dijaga, asalkan ia menerima 30% hingga 40% cahaya matahari dan 60% hingga 80% kelembapan selama lapan bulan. Daun vanilla yang telah dikeringkan boleh mewangikan seluruh ruang di rumah, dan bau wanginya yang kuat mampu menghalau nyamuk. 


Cara-cara:


Isi beberapa helai daun vanilla yang kering di dalam sebuah bekas.  Letakkan bekas tersebut di mana-mana bahagian rumah yang menjadi tumpuan nyamuk.

Sumber : Mstar


💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik

Thursday, March 26, 2020

7 TANAMAN RENEK BERBUNGA YANG TAHAN PANAS DAN CUACA KERING


Idea Menarik "Container Garden" Tumbuhan Renek Ati-Ati - IMPIANA

Seperti yang kita tahu, kebiasaannya pada bulan Ramadhan, cuaca di Malaysia agak panas. Tetapi cuaca yang panas ini , kita janganlah jadikan iainya alasan untuk kita tidak bercucuk tanam.Untuk kali ini, saya ingin kongsikan 10 jenis taman renek berbunga yang tahan panas dan cuaca kering. Lebih panas dan kering, lebih banyak ia akan menghasilkan bunga.


1. Bunga Butang ( Gomphrena Globosa )


Bunga ini dipanggil bunga butang adalah disebabkan oleh bentuknya yang bulat seperti butang. Bunga butang ini terdapat beberapa pilihan warna antaranya pink, ungu, dan putih. Tanaman ini mudah dibiakkan melalai biji benihnya yang terdapat di dalam kuntuman bunga.

2.   Balong Ayam ( Celosia Argentea )

Pokok bunga ini dari keluarga yang sama dengan bunga butang, Balong ayam mempunyai warna-warna yang lebih terang seperti merah, kuning dan oren. Cara pembiakkannya juga melalai biji benih yang diambil dari bunga yang telah kering.

3.  Bunga Pentas ( Pentas Lanceolata )
Tanaman renek ini mempunyai bunga berbentuk bintang yang tumbuh dalam bentuk gugusan yang besar. Warna merah adalah antara rona yang kerap menjadi pilihan. Lakukn cantasan di bahagian hujung daun untuk memastikan ia sentiasa  berbunga. Jika tidak melakukan cantasan, tumbuhan ini akan naik lebih tinggi dan idak berbunga.

4.  Bunga Tahi Ayam ( Lantana Camara )
Seterusnya adalah bunga tahi ayam. Walaupun namanya adalah tahi ayam, tetapi baunya tidaklah sebusuk yang digambarkan.Tanaman yang berasal dari belukar ini amat digemari oleh serangga penghisap madu seperti rama - rama. Ia mempunyai 2-3 warna yang berbeza. Tanaman ini perlu keraplakukan cantasan untuk mengawal tumbesaran tanaman disamping mengalakkan penghasilan bunga yang optimum.

5. Ros Jepun ( Portuluca Spp )
         
Tumbuhan jenis menjalar ini mempunyai batang yang menyimpan air. Terdapat lebih daripada 20 jenis species didunia da nada diantaranya mempunyai khasiat untuk kulit. Terdapat pelbagai rona yang ceria dan mudah dibiakkan melalui keratan batang.


6.  Alamanda ( Allamanda Spp )
  
Alamanda mempunyai bunga yang berbentuk terompet berwarna kuning. Getahnya mempunyai khasiat terhadap kesihatan namun pada dos yang tertentu.Dahulunya, ia kerap dipilih sebagai tanaman pagaran kerana warnanya terang. Pokok ini mudah dibiakkan melalui keratan batang yang sesuai untuk semua jenis tanaman.


7. Marigold ( Tagetes Patula )
           
Bunga yang kerap digunakan bagi tujuan keagamaan terutamanya hindu. Walaupun baunya kurang menarik, warna orennya melambangkan kemewahan. Hasil kajian, Marigold mempunyai kandungan yang digeruni serangga seperti nyamuk dan serangga perosak. Tanaman ini menjadi pilihan sebagai tanaman di kebun untuk mengawal serangga bagi petani yang mengamalkan cara tanaman organik.


Wednesday, March 25, 2020

5 KHASIAT LUAR BIASA DAUN POKOK MANGGA



Buah Mangga adalah buah yang disukai dan dikenali oleh masyarat Malaysia. Sebelum itu kita juga perlulah mengetahui serba sedikit tentang jenis jenis pokok mangga yang terdapat di Malaysia.  

1. Mangga Harum Manis
2. Mangga Chokanan
3. Mangga Epal
4. Mangga Pelam Padi
5. Buah Bachang
6. Buah Kuini



Pokok mangga mudah untuk ditanam dan banyak tumbuh bagi menghiasi halaman rumah-rumah, tetapi kita sering tidak didedahkan dengan kelebihan daunnya untuk kesihatan.Sebenarnya banyak manfaat daun mangga yang kita boleh gunakan untuk kesihatan kita.
Berikut adalah manfaat daun pokok mangga yang jarang diketahui orang.
1. Ubat Selsema
Selsema lebih dikenali sebagai  flu.Ia disebabkan oleh Virus Influenza kumpulan A,B dan C.Influenza selalunya menyerang saluran pernafasan tubuh seseorang iaitu hidung, tekak dan paru-paru.Ianya merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan mudah merebak setiap tahun.

Seseorang yang sedang mengalami flu, kebiasaanya malas untuk mengambil ubat kerana kesannya menyebabkan mengantuk. Jangan risau, selepas ini anda boleh menggunakan cara ini menggunakan daun pokok mangga sebagai alternative. Selain buahnya buah mangga, daun mangga juga mengandung senyawa anti oksidan berbentuk Vitamin C, yang dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh, sehingga daun mangga dapat dimanfaatkan untuk mengubati flu.
Cara menggunakannya, tumbuk daun mangga dan campurkan dengan madu dan Limau nipis dan campurkannya.Ia boleh diambil dengan kerap sehingga flu beransur pulih.

2. Perawatan Wajah
Bintik bintik hitam, jeragat pada wajah amat membimbangkan para wanita.Ada yang sanggup menghabiskan beribu ringgit untuk menghilangkan bintik bintik hitam itu. Untuk merawat bintik bintik hitam pada wajah, ambil 1-2 helai daun mangga lalu tumbuk halus, lalu campurkan dengan sedikit yoghurt dan sapukan pada bagian wajah yang terdapat flek hitam ataupun berbintik hitam tersebut. Lakukan secara rutin hingga flek hitam ataupun bintik hitam agar wajah kembali cerah.
Selain dengan mengunakan ubat herbal dari daun mangga, anda juga perlu menyeimbangkannya dengan mengambil makanan buah buahan dan sayur sayuran organic, dimana ia sangat bagus untuk kecantikan dan kesihatan. Penjagaan dari segi pemakanan akan membantu anda untuk mempermudah proses penyembuahan dan perawataan wajah.

3. Pencegahan & Pengubat Varises
Varises adalah pembengkakan atau pelebaran pembuluh darah vena yang disebabkan oleh adanya gumpalan darah di dalam perbuluh tersebut.Varises terjadi karena gangguan pada pembuluh darah di bawah permukaan kulit yang terlihat menonjol. 
Varises boleh dicegah atau diubati dengan membuat ramuan berupa daun mangga yang ditumbuk halus dan disapukan ke bagian yang menderita varises. Cara lainnya, ambil beberapa helai daun mangga, lalu rebuslah. Minum air rebusan daun mangga ini dengan teratur supaya varises boleh diatasi.

4. Meningkatkan Kesuburan
Apabila anda dan pasangan saat ini tengah mendambakan kehadiran sang buah hati, maka dapat diusahakan untuk membuat teh dari daun mangga. Caranya ambil beberapa helai daun mangga, lalu keringkan daun mangga di bawah sinar matahari hingga kering. 
Seterusnya rebus secukupnya saja, air rebusan ini yang boleh diminum secara rutin supaya kesuburan organ reproduksi anda dan pasangan meningkat.Kesuburan sangat penting untuk seorang wantia, karena dengan kesuburan seorang wanita ini akan memberikan keturunan. Maka jangan sia-siakan kesihatan dengan sia sia.

5. Ubat Gout
Daun mangga dapat dikeringkan dan dijadikan teh, untuk dijadikan sebagai ubat alternative  dan untuk pencegahan.
Kesimpulannya banyak manfaat yang boleh diperolehi dari daun mangga Mulai sekarang jangan sia-siakan daun mangga di halaman rumah anda, kerana ternyata daun mangga bukanlah sekedar sampah, akan tetapi memiliki manfaat yang luar biasa untuk  kesihatan.



Sumber : Halosehat


Sekian dulu tips kali ini. Jangan lupa like page Baja Milagro untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian.

-----------------------------------------------------------------
Untuk dapatkan baja Milagro, hubungi ejen-ejen berhampiran anda sekarang!


Monday, March 23, 2020

TIPS TANAM SAYUR-SAYURAN DALAM PASU




Bagi anda yang baru nak berjinak-jinak tanam sayur-sayuran, apetah lagi di kala Perintah Kawalan Pergerakan ni. Di sini terdapat 6 tips yang perlu diketahui apabila kita nak mula bercucuk tanam menggunakan pasu atau pot.

1. Lokasi pasu

Perkara pertama yang perlu kita ambil perhatian adalah dimana lokasi pasu kita ingin bercucuk tanam. Di mana tempat kita hendak meletakkan pasu dan bekas tanaman kita. Adalah lebih baik jika kita letak pada tempat yang ada cahaya matahari seperti di tepi tingkap dan di tepi bangunan.


2. Tanaman

Kita juga perlu tahu jenis tanaman apa yang hendak kita tanam di dalam bekas. Lain tanaman lain penjagaannya. Untuk yang baru nak mula menanam, dicadangkan untuk menanam kangkung dan bayam kerana kedua tanaman itu sangat senang tumbuh. 
Cuba tanam di dalam bekas terlebih dulu dan lihat perkembangannya di lokasi yang telah kita pilih. Kemudian apabila sudah menuai tanaman tersebut, boleh cuba dengan tanaman lain. Mulakan sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit. Apa yang penting? – Pengalaman.

3. Pengairan

Ramai yang ingat tanam menggunakan bekas tidak perlukan sistem pengairan yang baik. Jangan keliru istilah pengairan dengan penyiraman. Pengairan bermaksud air siraman diserap oleh pokok manakala lebihan air disalurkan keluar dari bekas tanaman.
Kebanyakan sayur dan pokok buah tidak tahan dengan air bertakung di dalam bekas. Akar tumbuhan akan lemas dan seterusnya boleh menyebabkan kematian pokok. Pastikan setiap bekas yang kita gunakan mempunyai lubang pengairan dibawahnya agar air siraman yang lebih boleh mengalir keluar dari pasu. Ingat! Kita tidak tanam pokok air tetapi kita tanam pokok darat.


4. Baja

Pembajaan amat penting kepada pokok yang tumbuh di dalam bekas. Jika di atas tanah, akar pokok boleh menjalar jauh mencari sendiri air dan nutrien tetapi tidak di dalam bekas. Oleh itu selalulah bekalkanbaja Milagro kepada tanaman di dalam bekas. 

5. Media tanaman

Media di sini dimaksudkan adalah jenis-jenis tanah yang boleh kita gunakan untuk bertanam. Ada yang guna tanah campur, tanah bakar ataupun kompos sebagai media dalam pasu kita. Untuk penanaman pasu, lebih elok kita guna media yang tidak berat seperti kompos. Campuran kompos dan tanah atas (top soil) sangat disarankan. Ringan adalah kunci utama untuk penanaman dalam pasu.


6. Penyiraman

Terdapat dua sistem siraman iaitu automatik dan manual. Biasanya kita lebih senang untuk menggunakan sistem siraman manual iaitu dengan terus menyiram dari paip air ataupun tong siraman. 
Dengan mengetahui 6 perkara asas ini, diharapkan anda dapat berkebun dengan bekas dengan lebih baik. Jangan lupa ilmu yang baik kena kongsi ya?


💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik

Thursday, January 9, 2020

CARA MEMBUAT CANTUMAN TUT



Seringkali kita lihat pada pokok buah ataupun pokok-pokok bunga terdapat bonjolan yang dibalut dengan plastik putih yang diikat pada ranting kayu pokok.  Mungkin pada yang tidak tahu, pasti mereka ingatkan ia adalah satu teknik untuk merawat pokok daripada penyakit atau mungkin cara nak elak dari serangga? Bagi yang ingin tahu dan mahukan penjelasan yang jelas mengenai benda itu, perkongsian kali ini akan mendedahkan rasa ingin tahu anda.
Sebenarnya bonjolan dan kesan plastik yang diikat pada ranting pokok itu adalah satu kaedah secara cantuman untuk kita hasilkan anak pokok yang baru atau dengan kata yang mudah nak hasilkan anak pokok yang baru dari pokok yang asal.

Ia merupakan teknik pembiakan pokok yang mudah bagi pokok-pokok besar seperti buah-buahan dan pokok bunga. Terdapat beberapa kaedah pembiakan pokok, tetapi pada hari ini, admin akan menerangkan teknik cantuman tut atau marcotting

Teknik Cantuman Tut
Cara cantuman ini adalah sesuai untuk pokok yang berdahan keras seperti pokok buah-buahan. Pokok limau, rambutan, durian, buah tin dan lain-lain.  Kali ini saya akan ajar cara yang mudah untuk membuat tut pokok limau. Caranya sama boleh dipraktikkan pada pokok lain juga.
Peralatan yang diperlukan:
  1. Pisau belit
  2. Gunting

Bahan yang diperlukan:

  1. Hormon penggalak akar
  2. Tanah campuran
  3. Tali
  4. Plastik
  5. Cocopeat (sekiranya ada)
  6. Air

Langkah-langkah:

  1. Pilih dahan yang sihat dan tidak dijangkiti penyakit

  1. Kelar keliling dahan dan ke bawah mengunakan pisau dengan jarak 3-5 cm 
  1. Sapukan keliling kelaran dahan tadi dengan hormon pengalak akar

  1. Medium tanah dicampur dengan air sedikit dan digempalkan agar lembap dan tidak mudah kering apabila di balut dengan plastik.
  1. Tekupkan gempalan tanah tadi ke dahan yang telah disapu hormon.

  1. Letakkan cocopeat disekeliling gempalan tanah tadi, ia adalah bertujuan mengekalkan lagi kelembapan yang maksimun kepada tanah tadi.

  1. Kemudian, bungkuskan gempalan tadi dengan plastik

  1. Pastikan balutan plastik menutupi kesemua gempalan tanah tadi dan ikatkan dengan tali dengan kemas.

Cantuman ini menjadi sekiranya terdapat akar yang tumbuh penuh didalam bungkusan itu. Hasil selalunya dapat dilihat sekitar 4-8 minggu mengikut pada jenis pokok.
Apabila akar sudah kelihatan, kita boleh potong dibahagian bawah akar tersebut dan pindahkan tut ke dalam pasu atau bekas yang mengandungi tanah campuran. Letakkan pada tempat teduh untuk proses hardening.
Pemindahan perlulah dilakukan secara berhati-hati kerana akar masih tidak begitu kuat. Elakkan menekan pangkal tut apabila selesai menanam. Hanya perlu siram sahaja disekeliling.

selamat mencuba!

Kredit : MyAgri.com.my

Thursday, December 19, 2019

8 KHASIAT PERIA UNTUK KESIHATAN

Jom kenali khasiat peria.
Sayur peria memang terkenal dengan rasanya yang pahit. Tapi, sekiranya kena dengan cara masakan, peria yang pahit ini boleh bertukar menjadi satu hidangan lauk yang lazat.
Peria di Malaysia kebiasannya terdapat 2 jenis. Satu jenis bentuknya panjang dengan warna hijau muda dan satu jenis lagi juga dikenali dengan  nama ‘peria katak’  iaitu yang lebih kecil saiznya dan berwarna hijau tua.
Imej via akufisio
Orang tua-tua dahulu selalu menyebut bahawa makanan yang pahit adalah ubat dan penawar kepada penyakit. Oleh sebab itu, ia bagus diamalkan.
8 Khasiat Peria Untuk Kesihatan
1. Kawal Gula Dalam Darah
Imej via thyroidadvisor
Peria digunakan terutamanya sebagai terapi alternatif untuk menurunkan tahap gula dalam darah pada pesakit dengan diabetes mellitus jenis 2. Ia adalah sayur yang hebat dan popular untuk mengatasi masalah kencing manis melalui ubat alternatif.
2. Menguatkan Imunisasi Badan
Mengamalkan peria dalam diet harian dapat membantu anda cepat sembuh daripada penyakit dan mengurangkan risiko anda terhadap jangkitan. Peria kaya dengan antioksidan yang membentuk sistem pertahanan yang kuat untuk melawan virus.
Sayuran ini kaya dengan vitamin C, iaitu salah satu antioksidan yang kuat. Antioksidan berfungsi untuk menyerang radikal bebas dalam tubuh dan menghilangkan sebatian lain yang berbahaya yang boleh menyebabkan risiko penyakit.
3. Mengurangkan Risiko Asma
Peria juga boleh membantu mengurangkan gejala yang disebabkan oleh keadaan pernafasan seperti asma dan bronkitis. Peria mempunyai ciri anti-histamin, anti-radang, dan anti-virus, yang menjadikannya sebagai makanan tambahan yang ideal untuk mengekalkan pernafasan yang baik.
Ia juga membantu anda untuk tidur lena.
4. Kesihatan Kulit
Perubatan Cina tradisional dan Ayurveda telah menggunakan peria sebagai rawatan untuk penyakit kulit selama berabad-abad lamanya. Sebatian antifungus dan antibakteria yang terdapat pada peria melawan pelbagai jangkitan kulit termasuk kudis buta, dan juga psoriasi. Peria membantu menghentikan aktiviti guanylate cyclase yang bertanggungjawab untuk memburukkan lagi penyakit psoriasis.
Sapukan krim yang diekstrak dari peria ke kawasan kulit yang terjejas untuk mengurangkan bengkak dan kerengsaan.
5. Mengurangkan Tahap Kolesterol
Imej via dailyhealthpost
Peria juga digunakan secara meluas untuk membantu menurunkan tahap kolesterol yang tinggi. Hal ini dapat menghalang risiko pembentukan plak atherosclerosis di dinding arteri, seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung, penyakit jantung, dan strok.
6. Kesihatan Tulang
Peria juga kaya dengan Vitamin K, iaitu nutrien penting yang berperanan dalam mengawal pembekuan darah normal. Selain itu, vitamin K juga membantu pengagihan kalsium di seluruh badan. Hal ini meningkatkan ketumpatan tulang dan mengurangkan risiko kerapuhan tulang. Individu yang mempunyai osteoporosis sangat digalakkan untuk amalkan pemakanan yang mengandung vitamin K seperti peria.
Kekurangan vitamin K boleh menyebabkan keretakan tulang, mudah lebam, kerosakan sistem pembekuan darah dan pendarahan haid yang berlebihan.
7. Menghalang Pertumbuhan Sel Kanser
Radikal bebas mencari dan memusnahkan sel-sel yang sihat. Ia juga mempercepatkan penuaan dan menyebabkan banyak komplikasi termasuk kanser.
Peria kaya dengan antioksidan yang memerangi kesan radikal bebas serta meningkatkan imunisasi dengan mewujudkan pertahanan yang kuat untuk melawan penyakit. Antioksidan juga bersifat anti-kanser dan anti-karsinogen.
Ujian klinikal terkini dan kajian farmakologi memperlihatkan hubungan antara amalan pemakanan peria dan pengurangan tumor pada individu yang menghidap kanser payudara, serviks dan prostat.
Terdapat satu kajian lain yang dijalankan untuk menguji peranan peria dalam pencegahan kanser, sebagai alternatif kepada rawatan kemoterapi.
Kesan Sampingan Peria
Amalan pemakanan peria adalah selamat bagi kebanyakkan individu dalam jangka masa yang pendek iaitu selama 3 bulan. Namun ada juga yang mengalami ketidakselesaan perut ketika mengamalkan peria. Namun begitu, keselamatan untuk jangka masa panjang tidak dapat dipastikan kerana tiada kajian terperinci untuk mengesahkannya.
Namun begitu, langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh golongan tertentu untuk mengelakkan kemungkinan risiko-risiko yang boleh berlaku.

Kehamilan Dan Penyusuan Susu Ibu


Peria berkemungkinan tidak sesuai dimakan oleh ibu hamil. Ini kerana, bahan kimia tertentu dalam peria mungkin akan menyebabkan pendarahan dan keguguran. Namun begitu, kesan sampingan terhadap ibu menyusu tidak dapat diketahui kesahihannya. Untuk keselamatan, adalah lebih baik sekiranya ibu menyusu juga mengelakkan amalan pemakanan peria.

Diabetes

Peria boleh menurunkan tahap gula dalam darah. Sekiranya anda menghidap diabetes dan mengambil ubat-ubatan untuk menurunkan gula darah anda, amalan pemakanan peria mungkin membuat penurunan gula darah anda terlalu rendah.
Oleh itu, anda perlu memantau tahap gula dalam darah anda secara teliti. Namun, adalah lebih baik, anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkannya.

Pembedahan

Terdapat kebimbangan bahawa peria mungkin mengganggu kawalan gula darah semasa dan selepas pembedahan. Berhenti memakan peria sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh pembedahan anda.
Kesimpulan
Walaupun rasa peria tersangat pahit, namun khasiatnya banyak untuk kesihatan kita. Ia terkenal sebagai penawar kencing manis kerana bertindak seolah-olah insulin dalam badan. Ia juga selamat diamalkan dalam jangka masa yang pendek.
Namun, bagi mereka yang menghidap penyakit, adalah disarankan agar anda berbincang dengan doktor anda sebelum anda mengamalkan peria sebagai alternatif rawatan penyakit anda.
Rujukan:

  1. Karangkraf
  2. Naturalfoodseries
  3. Webmd

--------------------------------------------------------------------
💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman? 
Follow FB Group Geng Kebun Organik

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...