Showing posts with label ubat tradisional. Show all posts
Showing posts with label ubat tradisional. Show all posts

Monday, December 2, 2019

KHASIAT LOBAK PUTIH


Walau pun ia kurang popular dikalangan petani di Malaysia, LOBAK PUTIH merupakan sejenis sayur yang berkhasiat. Ia lazimnya ditanam secara komersil atau ada yang menanam sebagai tanaman keliling rumah. Sayur lobak putih mudah ditanam dengan benih yang bermutu.

Dari segi khasiat kesihatan, sayur ini mengatasi masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan keadaan ini sungguh menyakitkan seluruh badan. 

Ramai yang tidak mengetahui khasiat lobak putih yang didakwa mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat menyelesaikan masalah penghadaman.


JOM KETAHUI APAKAH KHASIAT LOBAK PUTIH :

1. Menghilangkan keputihan
2. Kencing tak lawas
3. Menurunkan berat badan
4. Memutihkan muka
5. Menyihatkan kulit
6. Menghancurkan batu karang
7. Menyembuhkan demam & panas badan
8. Menyembuhkan buasir dan sembelit
9. Membersihkan buah pinggang
10. Mengatasi masalah sistem penghadaman
11. Mencegah kanser
12. Baik untuk pesakit diabetes.
13. Mengurangkan bronkitis.
14. Mengurangkan sakit tekak.
15. Mengurangkan gejala asma.
16. Mengurangkan batuk.

17. Mengurangkan selesema.




Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?


Follow FB Group Geng Kebun Organik

Sunday, July 21, 2019

PENCEGAH SEMUJADI KANSER YANG AJAIB DENGAN POKOK DURIAN BELANDA


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kimo. Durian belanda adalah buah-buahan yang senang di tanam dan cepat berbuah, anggaran lebih kurang 2-3 tahun dah mula berbuah. Manakala daun durian belanda ialah pencegah dan penawar kanser paling kuat. 

Ada ke sesiapa yang belum tahu khasiat pokok buah durian belanda ni? Antara khasiat dan manfaat yang ada pada tanaman pokok durian belanda ini adalah

1. Mencegah Dan Mengubati Kanser
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua tapi sihat dan tidak dijangkiti penyakit. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air yang bersih. Tunggu sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum air yang di masak tadi sebanyak dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu semakin sembuh.

2. Merawat Sakit Pinggang
Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal sebanyak 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari. Amalkan sehingga sakit pinggang sembuh.

3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh Badan (Imun Sistem)
Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh badan. Ambil 5 helai daun durian belanda. Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas. Amalkan meminum sekali dalam sehari untuk ketahanan imun badan.

4. Mengatasi Penyakit Diabetis (Kencing Manis)
Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, ambil 20 helai daun belanda dan rebus dengan 4 gelas air, masak sehingga menjadi 1 gelas air, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.





5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi (High Blood presure)
Hipertensi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok. Penyakit stroke adalah gangguan fungsi otak akibat aliran darah ke dalam otak mengalami gangguan atau berkurang. Sekiranya anda menghidap tanda-tanda penyakit tersebut, segeralah minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.

6. Mengatasi Buasir atau simbelit - buang air besar tidak lawas
Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas sahaja. Setelah air suam, amalkan meminum sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.

7. Mengubati Sakit Urat/Saraf
Khasiat daun durian belanda juga mampu membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf. Rebus 10 helai daun durian belanda yang tua, tetapi warnanya masih hijau pekat dan sihat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, masak hingga mendidih dan biarkan menjadi 1 gelas. Amalkan meminum dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.



Kaedah penanaman bagi pokok durian belanda adalah boleh ditanam menggunakan biji benih yang boleh didapatkan daripada buah durian belanda yang sudah matang. Penjagaan yang rapi juga diperlukan bagi memastikan pokok durian belanda dapat membesar dan mengeluarkan hasil dengan baik dari segi pengairan, pembajaan, pemangkasan dan lain-lain juga. 

Aktiviti pemangkasan untuk pokok durian belanda biasanya memiliki bentuk pokok yang seimbang dan sesuai. Cantasan pembentukan dilakukan dengan memotong batang utama untuk membenarkan dahan membentuk pokok yang rimbun dan tidak terlalu tinggi. Dahan lain yang tidak sesuai dibuang agar keadaan pokok seimbang.

Sumber  : Pertanian satu perniagaan

Anda minat menanam ? Kita GENG !

Jom join Geng Kebun Organik


3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...