Showing posts with label manfaat. Show all posts
Showing posts with label manfaat. Show all posts

Tuesday, December 10, 2019

KEBAIKAN BETIK KEPADA KESIHATAN YANG WAJIB ANDA TAHU



Betik, antara buah yang memang sedap dan enak di makan terutamanya ketika sejuk. Kalau orang dulu kala, mereka akan amalkan makan betik seminggu sekali. Sebab tu pokok betik antara tanaman wajib di belakang rumah.

Nak tahu apa khasiatnya:



1. Mengubati sembelit dan buasir


Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.



2. Mencegah batu karang


Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.



3. Sebagai tonik tambahan


Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.



4. Mengubati sakit-sakit otot


Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.



5. Merawat masalah kulit

Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.



6. Mengubati tumit pecah-pecah


Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.



7. Ulam-ulaman


Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin. Buah betik mentah (yang masih hijau) enak jika dibuat kerabu.



8. Merawat Hemoroid


Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.



9. Kaya dengan vitamin C


Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.



10. Kaya dengan vitamin A


Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.





💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik

6 KHASIAT TIMUN YANG PERLU ANDA TAHU


Timun atau mentimun merupakan tanaman sayur yang sangat mudah ditanam dan mudah diperoleh di seluruh dunia. Timun khususnya di Malaysia sering disajikan sebagai ulam bersama nasi lemak dengan sambal belacan.
Timun yang sifatnya menyejukkan itu juga digunakan secara meluas di dalam masakan di negara kita. Ada yang gemar memakannya secara mentah iaitu dibuat ulam, diminum dalam bentuk jus dan ada juga yang memasaknya seperti masak bening dan sebagainya. Sebenarnya masih banyak lagi hidangan yang boleh dimasak berasaskan timun.
Timun mengandungi pelbagai nutrisi yang mampu menjaga dan meningkatkan kesihatan tubuh. Antara kebaikan timun terhadap kesihatan tubuh manusia ialah:
KHASIAT TIMUN
1. MENGHIDRATKAN TUBUH BADAN
  • Sekiranya kita terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, kita boleh terus makan timun yang sejuk kerana timun yang sejuk mengandungi 99% air.
2. MENYINGKIRKAN TOKSIN DALAM BADAN 
  • Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai ‘penyapu’ yang akan membersihkan semua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh kita. Dikatakan dengan memakan timun secara kerap, ia dapat melarutkan batu karang.
3. MEMBEKALKAN MINERAL KEPADA KULIT
  • Timun merupakan sayuran yang mengandungi potasium, magnesium dan silikon yang tinggi. Oleh sebab itu, kita dapat lihat kebanyakan pusat spa menggunakan timun sebagai bahan untuk kecantikan.
4. SUMBER VITAMIN HARIAN
  • Timun mengandungi semua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita sehari iaitu vitamin A, B, dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar lebih bertenaga dan berseri. Timun ini lebih sesuai dijadikan jus minuman yang dicampurkan dengan lobak merah dan daun bayam. Jus ini elok untuk kulit kerana ia mengandungi 12% vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit kita dalam sehari.
5.  DIKATAKAN DAPAT MERAWAT DIABETES, MENGURANGKAN KOLESTEROL DAN MENGAWAL TEKANAN DARAH
  • Jus timun mengandungi sejenis hormon yang diperlukan oleh pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetes. Ada penyelidik telah menemui sejenis bahan sebatian yang disebut sebagai ‘sterol’ pada timun yang dapat menurunkan paras kolesterol. Timun juga kaya dengan serat, potasium dan magnesium. Bahan ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Oleh itu, timun sangat baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.
6. MEMBANTU BUAH PINGGANG BERADA DALAM KEADAAN BAIK
  • Timun mampu merendahkan paras asid urin dalam tubuh kita sekali gus mampu memastikan buah pinggang kita sentiasa dalam keadaan baik.

Dah tahu khaisatnya, jadi bolehlah selalu ambil sayur ini dalam hidangan harian. Selain dimakan segar atau dijadikan jus, timun juga boleh dimasak dengan pelbagai cara hidangan. Antara yang boleh anda cuba ialah:

RESEPI MENGGUNAKAN TIMUN

1. TIMUN GORENG UDANG BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji timun |potong kecil
  • 5-7 ekor udang |bersihkan
  • 1 biji bawang merah |potong halus
  • 2 ulas bawang putih |cincang halus
  • 2 biji telur |kacau sedikit
  • Garam gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan layu.
  2. Kemudian masukkan udang dan timun dan goreng hingga masak.
  3. Tuangkan telur yang telah dikacau dan biar seketika. Apabila telur kelihatan sudah masak, gaul lagi bagi memastikan telur berketul. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

 2. SUP TIMUN
BAHAN-BAHAN:
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 5 ulas bawang putih |cincang halus
  • 1 biji bawang Holland saiz kecil |cincang halus
  • 1 sudu makan lemon jus
  • 1 batang timun saiz sederhana |buang isi tengah dan potong dadu kecil
  • ½ sudu teh garam
  • 125gm yogurt asli
CARA MEMASAK:
  1. Tumis bawang putih dengan minyak zaitun bersama bawang Holland, kemudian masukkan timun.
  2. Masukkan pula jus limau dan garam. Kecilkan api dan biar sejuk seketika. Ketepikan.
  3. Kisar semua bahan yang ditumis tadi hingga halus dan tuangkan ke dalam yogurt. Gaul sebati.
  4. Boleh dihidangkan secara suam atau disejukkan terlebih dahulu.

3. SMACKED CUCUMBER DRIED SHRIMP
BAHAN-BAHAN:
  • 3 biji timun jepun
  • 50gm udang kering
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ sudu teh minyak zaitun
  • 2 sudu teh jus lemon
  • Secubit garam
  • Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
  1. Timun diketuk sedikit sama ada menggunakan pisau besar atau diketuk di atas meja hingga agak layu/lembek. Tapi jangan sampai hancur.
  2. Potong timun menjadi bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk dan kemudian ketepikan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan masukkan udang kering.
  4. Apabila sudah masak, tuangkan ke dalam mangkuk berisi timun tadi. Masukkan ½ sudu teh minyak zaitun, dua sudu teh jus lemon dan secubit garam. Gaul sekata.
  5. Sedia dihidangkan.

4. TIMUN SUMBAT BERSAMBAL TOMATO
BAHAN-BAHAN:
  • 1 batang timun |hiris memanjang, nipis
BAHAN INTI:
  • 7-10 ekor udang |buang kulit dan dicincang
  • 1 biji bawang besar |cincang halus
  • 3 ulas bawang putih |Cincang halus
  • 1 sudu makan mentega
  • Gula garam secukup rasa
Bahan sambal tomato:
  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang Holland
  • 3 sudu makan cili giling
  • Sedikit jus lemon
  • Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
  1. Untuk membuat inti; Panaskan mentega. Tumis bawang putih dan bawang besar kemudian masukkan udang. Kacau sekata.
  2. Perasakan dengan gula dan garam. Apabila sudah masak, ketepikan. Biarkan sejuk.
  3. Untuk menyediakan sambal tomato; Kisar tomato bersama bawang hingga halus.
  4. Tumis bersama cili giling dan masak hingga pecah minyak dan sambal berubah warna gelap. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan sedikit jus lemon dan gaul sebati. Angkat dan sejukkan.
  6. Timun dihiris memanjang, masukkan inti dan gulung. Hidang bersama sambal tomato.

5. CUCUMBER MINT DRINK
BAHAN-BAHAN:
  • 500 ml air ais krim soda
  • Hirisan timun secukupnya
  • Daun pudina secukupnya
  • 1 sudu teh jus lemon
CARA MEMASAK:
  1. Tuangkan air ais krim soda di dalam gelas.
  2. Masukkan hirisan timun dan daun pudina.
  3. Masukkan jus lemon. Kacau sekata. Sejukkan di dalam peti sejuk.
  4. Keluarkan ketika hendak minum.

SELAMAT MENCUBA! 




💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik


Friday, December 6, 2019

KHASIAT DURIAN BELANDA


Khasiat Durian Belanda
Imej via Amazon
Ingin tahu khasiat durian belanda?
Sebenarnya durian belanda terlalu banyak khasiat untuk diceritakan.
Isi buah durian belanda yang lembut dan agak berair memang sedap sama ada dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus.
Sekarang bayangkan pula khasiat yang anda boleh dapati daripada sebiji durian belanda.
Kebaikkan Durian Belanda
#1 Durian belanda kaya dengan vitamin C, vitamin B, dan beberapa lagi nutrien penyumbang antioksidan.
#2 Selain buahnya, daun durian belanda juga mempunyai khasiatnya yang tesendiri. Ia dijadikan bahan untuk tujuan perubatan alami.
#3 Daunnya boleh dijadikan teh yang bagus untuk kesihatan di mana ia membersihkan perut dan memastikan sistem gastrousus untuk berfungsi dengan baik.
#4 Teh daun durian belanda juga telah lama dijadikan bahan untuk mengurangkan stres dan kebimbangan. Ini sekaligus membantu mereka yang mengalami masalah sukar tidur atau insomnia yang selalu terjadi kepada mereka yang mengalami stres dan kebimbangan.
#5 Anti keradangan yang didapati daripada durian belanda boleh melegakan kesakitan sendi seperti yang berlaku akibat gout dan artritis.
#6 Jika anda mengalami masalah berpunca daripada pernafasan seperti batuk, selesema dan yang berkaitan, pengambilan buah durian belanda boleh membantu menyembuhkan penyakit tersebut.
#7 Biji durian belanda boleh dijadikan serbuk yang kemudian diformulasikan menjadi astringen kulit. Ia membantu mengurangkan garis dan kedutan pada wajah, lantas membaiki tanda-tanda penuaan seperti bintik pada wajah.
#8 Kajian menunjukkan durian belanda membantu mengelakkan penyakit kanser dan dikaji sebagai alternatif kepada rawatan kanser.
#9 Sedikit buah durian belanda dalam diet anda dapat memberi kesan kepada kesihatan. Vitamin C merangsang pembentukan sel darah, manakala antioksidan meneutralkan radikal bebas dan menghalang penyakit kronik.
#10 Durian belanda berkesan membersihkan salur gastrousus dan membuang lebihan toksin serta garam dari dalam tubuh.
#11 Durian belanda bagus untuk meningkatkan sistem imun badan.
#12 Walaupun durian belanda mempunyai nutrien yang bagus untuk kesihatan, namun jika
anda mempunyai masalah kesihatan, anda dicadangkan untuk mendapatkan nasihat doktor
sebelum memasukkan durian belanda ke dalam diet anda.




💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...