Thursday, March 14, 2019

Fomulasi 4S pembuka rezeki

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam jumaat semua

Bertemu lagi kita di hari jumaat yang barakah ini :) 
Alhamdulillah, Allah izinkan kita untuk bernafas dimuka bumi ini

Minggu ni, team Milagro nak kongsikan tentang 4S pembuka rezeki.. Mesti ramai yang tidak tau kan apa yang terkandung dalam 4S tu...

Apakah itu 4S Pembuka Rezeki?

1) SOLAT

4S yang pertama adalah solat. Kenapa solat? Sebab solat ni adalah perkara yang telah menjadi kewajipan buat umat Islam. So thats why solat tu yang paling utama dalam pembuka rezeki. Solat ni juga adalah tempat umat Islam berkomunikasi dengan Allah. Kalau kita menjaga solat bermaksud kita juga telah menjaga waktu kita, bukan sahaja kita perlu menjaga solat fardhu tapi kita juga kena perbanyakkan solat sunat lebih-lebih lagi solat suna sebelum subuh sebab dalam hadis ada mengatakan: 

Daripada Aisya RA, bahawa Rasulullah bersabda:
                                  
                                 "Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya" 

So, jangan lupa untuk perbanyakkan solat sunat yaπŸ˜‰ solat sunat dhuha juga jangan dilupaπŸ’–

2) SABAR

4S yang kedua pula adalah sabar. Mesti ramai yang pelik kenapa sabar perlu  dikaitkan dengan pembuka rezeki, kan? Kalau nak tau, kesabaran ni la yang akan memudahkan urusan rezeki kita tau. Tidak semua sabar dalam menempuhi dugaan dan cabaran yang dilalui sebab melalui kesabaran yang kita terapkan dalam diri. Setiap orang ada tahap kesabaran masing-masing, ada yang sabar mencari rezeki siang dan malam, sabar dengan ujian yang melanda dan pelbagai lagi kerana kesabaran yang kita lalui akan mendapat habuan yang setimpal. So, kalau kita sabar dalam mencari rezeki, InshaAllah ia akan dipermudahkan sama ada lambat ataupun cepat. Sabar ni juga separuh daripada iman tau ! 

3) SEDEKAH

Sedekah ni adalah formulasi 4S pembuka rezeki. Sedekah ni walaupun nilainya sedikit atau kecil tapi balasan daripada sedekah tu boleh dapat berlipat kali ganda tau. Jangan pernah mindset kan dalam minda yang sedekah ni boleh menjadikan seseorang itu jatuh miskin, No ! Melalui sedekah ni lah yang akan menambahkan lagi sumber rezeki kita. Dalam al-Quran pun ada menyatakan bahawa Allah akan membalas orang yang bersedekah dengan 700 kali ganda. Setiap rezeki yang kita perolehi mungkin ada juga terselit rezeki orang lainπŸ˜‰

"Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan (sedekah), maka Allah akan menggantikanya dan Dia-lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya" (Qs, Saba' :39)"

So, mulakan hari kita dengan sedekah. Senyuman tu juga merupakan sedekah 😊😊

4) SIDDIQ (KEJUJURAN)

4S yang terakhir adalah siddiq iaitu kejujuran. Dalam berniaga ni, kejujuran tu penting tau. Yela, kita nak berniaga kena jujur dalam apa jua. Maksudnya, kita jujur dalam jual beli yang kita laksanakan tanpa ada unsur penipuan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Kalau kita jujur, orang akan percaya dan setia dengan kita tau sebab tu kita kena jujur. Kejujuran yang kita ada ni boleh melimpahkan lagi rezeki kita. So, kejujuran kena ada dalam diri tau !


Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍


Sunday, March 10, 2019

Khasiat bayam

MANFAAT DAN KHASIAT BAYAM
Bayam banyak digunakan dalam masakan di Malaysia. Bayam juga banyak di tanam dan dikomersialkan. Bayam adalah sejenis sayuran yang mempunyai dua jenis iaitu bayam merah dan bayam hijau. Tahukah anda sayur bayam ini memiliki khasiat bagi tubuh manusia? Namun begitu, terdapat golongan rakyat Malaysia yang kurang gemar mengambil sayur dalam makanan seharian.

Sayur bayam kaya dengan Vitamin A, Vitamin B, Vitaamin C, dan zat-zat seperti zat besi (Fe), fosforus (P), Kalium (K), mangan (Mn) dan zink (Zn). Bayam juga sering diambil sebagai ulam dan kebiasaannya akan diambil bersama sambal belacan, cencaluk dan sebagainya. 

Berikut merupakan khasiat bayam jika anda mengamalkan dalam seharian anda:

1. Merawat kanser
Bayam merupakan sayuran yang telah terbukti oleh pakar tentang keberkesanannya untuk melawan kanser. Sayur bayam kaya dengan sifat anti-kanser di dalamnya seperti flavonoid. Dengan mengamalkan makan bayam, kita mampu memperlambatkan perbentukan sel kanser pada kulit dan prostat. 

2. Menurunkan tekanan darah
Selain daripada merawat kanser, bayam juga dipercayai mampu menurunkan tekanan darah dalam tubuh. Khasiat yang terkandung dalam bayam seperti peptida telah terbukti dalam menurunkan tekanan darah. 

3. Menguatkan tulang
Dalam bayam juga terdapat Vitamin K yang dipercayai mampu mencegah osteoporosis (aktiviti dimana kalsium (Ca) bergerak keluar dari tulang yang menyebabkan tulang manusia menjadi berlubang dan berongga iaitu rapuh).

4. Anti-oksidan
Sayur bayam kaya dengan vitamin C, vitamin E, Mangan, Zink, dan Selenium yang mampu mencegah daripada berlakunya osteoporosis, aterosklerosis serta tekanan darah tinggi.

5. Manfaat untuk otak
Sayur bayam juga mempunyai fungsi yang besar terhadap otak. Banyaknya vitamin K dalam bayam membantu otak dan sistem saraf dalam badan kita.

6. Kebaikan untuk kulit
Bagi anda yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan sebagainya, anda boleh mengamalkan pemakanan sayur bayam secara rutin untuk mengubati masalah anda. Hal ini demikian kerana sayur bayam kaya dengan vitamin A. Vitamin A membantu untuk mengekalkan dan mengawal kelembapan pada lapisan epidermis kulit. Oleh itu, masalah kulit akan dapat diubati.

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍





Kredit: Tribunnews.com

References:
  1. https://www.hmetro.com.my/sihat/2018/02/313799/diet-super-lawan-kanser
  2. http://www.tribunnews.com/internasional/2015/04/02/konsumsi-bayam-sekali-sehari-baik-untuk-otak-anda
  3. https://sehinggit.blogspot.com/2016/11/11-khasiat-sayur-bayam-untuk-kesihatan.html


Tanaman Penyembuh Luka

Bagi yang memiliki luka yang sudah lama dan mengambil masa yang sangat lama untuk sembuh memang sering menjadi masalah bagi ramai orang. Apalagi jika luka tersebut terlihat dengan jelas di anggota tubuh akan memberikan perasaan kurang keyakinan.

Memang banyak produk yang menawarkan perawatan luka agar luka lebih cepat sembuh. Tapi masih ada cara lain yang boleh kita lakukan, iaitu dengan menggunakan bahan-bahan alami disekitar kita atau tanaman yang ada.

Secara faktanya, terdapat banyak tanaman herba yang boleh kita manfaatkan bagi penyembuhan luka di anggota badan bertindak dengan pantas. Dan dalam masa yang sama ianya dapat memberikan kesihatan yang baik pada dalaman diri kita.

Antara tanaman yang dapat mempercepatkan penyembuhan luka adalah

1. Lidah Buaya
Secara umumnya memang ramai yang tahu bahawa ekstrak daripada lidah buaya sangat bagus untuk penyembuhan luka terutamanya mengurangkan kesan parut luka yang ada. Ekstrak lidah buaya dapat mencegah aktiviti keradangan dan akan mempercepatkan penyembuhan luka.


Image result for kunyit
2. Kunyit
Sifat anti-inflamasi dan antibakteri dari kunyit dapat menyembuhkan luka. Sifat antiseptiknya mampu mengurangkan risiko infleksi. Kandungan kurkumin meningkatkan penyembuhan luka dengan memodulasi kolagen dan mengurangi spesis oksigen reaktif.

Image result for bawang putih3. Bawang putih
Bawang putih cukup efektif sebagai ramuan penyembuhan luka. Bawang putih bertindak sebagai anti keradangan, antioksidan, dan antibakteria. Ini mempercepatkan pematangan kolagen di jaringan kulit dan bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah infeksi.



Image result for kentang4. Kentang
Tempatkan beberapa potongan kentang di atas area yang terdedah dengan luka sambil menahannya dengan perlahan. Biarkan dalam semalaman dan ganti dengan kentang segar di siang hari. Tergantung pada infeksinya biasanya akan mengeluarkan nanah dalam 1-3 hari. Selain menggunakan bahan ini untuk penyembuhan luka dari luar, ianya juga penting untuk membantu proses penyembuhan luka dari dalam.

Sumber : Yustian

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik


Saturday, March 9, 2019

Ciri-ciri Usahawan Berjaya !

Mesti ramai yang nak jadi seoarang usahawan berjaya kan? Tapi tak tau nak mulakan macam mana dan tak tau cara nak jadi seorang yang berjaya. Kerap labelkan diri sendiri tak ada kelebihan la, tak ada itu , tak ada ini.. Kerap salahkan diri sendiri tak ada apa-apa.

Betul kan ?

Kat sini team Milagro akan menyenaraikan beberapa ciri untuk jadi seorang usahawan yang berjaya. Mana tau dengan perkongsian ini, ramai yang  memiliki ciri-ciri ini πŸ˜‰


Ciri-ciri Usahawan Berjaya !


  • Ubah Mindset 





Sebelum kita nak mulakan sesuatu kenalah ubah mindset kita terlebih dahulu. Kalau sebelum ni kita kerap think negative tentang diri kita sehinggakan kita tak lihat pun  kelebihan dalam diri kita. So, ubah mindset kita dari negative to positive. Ia akan bagi result yang memuaskan kalau kita always keep positive 😊. Dalam perniagaan ni, walaupun kita bermula hanya dengan menjadi seorang Dropship/ Agent jangan malu untuk memulakan sesuatu yang belum pernah kita cuba. Tetapi tetapkan dalam mindset kita walapun hanya bermula dari bawah, one day kita akan buka bisnes sendiri. Dont forget to change our mindeset !πŸ˜‰πŸ’ͺ
  • Menuntut Ilmu 




Menuntut ilmu ni adalah perkara yang paling utama dalam kehidupan kita, tak kira la muda ataupun tua sebab menuntut ilmu tidak kira usia kita berapa asalkan niat kita betul. Dalam agama juga menyuruh kita untuk menuntut ilmu sebab ia merupakan ibadah yang akan mendapatkan pahala. Jangan pernah malu atau merasa puas dengan ilmu yang ada teruskan dengan mencari dan dahagakan ilmu lebih-lebih lagi bagi mereka yang meminati perniagaan. Dalam perniagaan ni bukan hanya tau bagaimana nak jual dan sediakan produk, kita kena mantapkan ilmu kita tentang perniagaan untuk market kan lagi produk kita supaya pelanggan nampak, kenal, suka dan percaya dengan produk kita. So, apa lagi tuntut la ilmu tu sehingga roh berpisah dari jasad πŸ˜‰. Break a leg!πŸ’ͺ

  •  Keyakinan Diri



Keyakinan diri adalah ciri-ciri usahawan berjaya. Ia perlu ada dalam diri seorang usahawan sebab keyakinan diri akan memudahkan segala urusan kita berkenaan perniagaan, lebih-lebih lagi dalam memperkenalkan produk kepada orang ramai. Selain itu, keyakinan diri ni boleh memudahkan atau melancarkan proses komunikasi tau, sebab lau kita yakin atau berani kita mudah nak bercakap dihadapan orang ramai. Then, senang untuk promote produk tanpa ada perasaan malu atau takut untuk bercakap. So guys, keyakinan diri kena sentiasa mantapkan dalam diri kita tau.πŸ˜‰

  •  Sentiasa Memberi



Jika nak jadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat, kita kena sentiasa banyak memberi kepada orang tidak kiralah kuantiti yang kita beri tu banyak atau sedikit. Ingat ayat ini tau "tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah" supaya kita akan sentiasa memberi. Memberi tidak akan menyebabkan kita jatuh miskin atau kekurangan malah ia akan berlipat kali ganda dengan nilai yang kita beri dan segala urusan yang kita bakal lalui akan dipermudahkan.😊 So, jangan lupa set kat minda untuk sentiasa memberi πŸ˜‰

  • Tidak Mengejar Keuntungan Semata-mata



Sesiapa yang mempunyai perniagaan mesti nak keuntungan kan ? Nak bagitau ni , kalau kita utamakan sangat akan keuntungan kita akan lalai dengan banyak perkara walaupun sekecil zarah. So, untuk jadi usahawan yang berjaya, tidak perlulah letakan keuntungan ni adalah fokus yang paling utama. InshaAllah, kalau kita tidak terlalu mengejar kewangan, segala urusan jual beli kita akan dipermudahkan sebab apa yang kita miliki adalah nikmat rezeki daripada Allah. Semua nak kan keuntungan kan tapi kenalah seiring dengan usaha kitaπŸ˜‰


Anda minat menanam? Kita GENG😍😍 

Friday, March 8, 2019

Senyuman Ceria Pak Husin Dengan Milagro


Kenapa Pak Husin seronok sangat ni? Seronoklah kan bila tengok pokok orkid kita tanam sendiri berbunga tak putus-putus. Bukan itu je, boleh jana pendapatan lain tau.

Kata Pak Husin sebelum tabur baja milagro ni, pokok bunga orkid tak berbunga. Selepas dalam masa 10 hari atau 2 minggu, keluar bunga. Sampaikan menantu pun suka sebab sebelum ni bunga selalu gugur dan rosak. Dah letak baja milagro ni, bunga baru keluar. 


Pokok ubi pun Pak Husin letak. Tapi pokok ubi tu untuk makan daun sahaja. Dulu pokok ubi tu kurus je, sekarang bila dah tabur baja tu pokok jadi gemuk. 

Pokok orkid yang dah berbunga tu Pak Husin jual dengan harga RM20. Sampaikan ada orang ambil 3 kali dengan Pak Husin. 

'Kepada orang diluar sana yang belum pernah menggunakan baja milagro ni, CUBALAH. Mungkin pokok-pokok lain orang punya pun. Mungkin boleh jadi macam saya punya, takde bunga keluar bunga, mungkin yang tak berbuah nanti akan berbuah.' - Pak Husin 

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join  Geng Kebun Organik


Thursday, March 7, 2019

Zikir Pembuka Rezeki Yang Diamalkan oleh Rasullulah Paling Mujarab

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam Jumaat yang barakah :)

Mesti ramai tidak tahu zikir-zikir yang diamalkan oleh Rasulullah. Semoga perkongsian tentang zikir-zikir pembuka rezeki yang paling mujarab dapat dimanfaatkan oleh orang ramai sekaligus ia dapat melancarkan rezeki kita semua dengan amalan-amalan zikir ini :)


Sesungguhnya rezeki Allah itu luas...

Kadang-kadang, rezeki yang sedikit ni diberkati oleh Allah kerana ia lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tapi tak diberkati. Tidak menjadi masalah kalau rezeki yang diperoleh banyak atau sedikit kerana paling penting adalah rezeki tu cukup. Biar sedikit asalkan cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi.

Terdapat beberapa zikir atau surah yang boleh diamalkan supaya sentiasa mendapat rezeki yang melimpah. Amalkan zikir atau surah di bawah sebagai zikir harian :)


          1) Memperbanyakkan membaca:
 
                                                La Hawla Wala Quwwata Illah Billah

              Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

              Hadis Riwayat, At-Tabrani: "Barangsiapa yang rezekinya datang lambat hendaklah banyak                 mengucapkan 'La Hawla Wala Quwwata Illa Billah'. "

             
          2) Memperbanyakkan membaca: 

                                          La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin

              Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar

              Hadis Riwayat, Abu Nu'aim dan Ad Dailami: "Barangsiapa setiap hari membaca La Ilaha                  Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin maka, bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran                  dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur."

           

            3) Memperbanyakkan membaca: 

                                       Subahanallahi Wabihamdihi Subahanallahi 'Adziim

             

                  Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

                  Hadis Riwayat, Al-Mustagfiri dalam Ad-Da'awat: "Dari setiap kalimat itu seorang                              malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta'ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya                      itu diberikan untukmu."

              

            4) Membaca Surah Al-Ikhlas
           
                Hadis Riwayat, At-Tabrani: "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah                    maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan jirannya."

            

            5) Membaca Surah Al-Waqiah
   
                Hadis Riwayat, Al-Baihaqi: "Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap                      malam, maka tidak akan ditimpa dalam kesempitan hidup."

            

            6) Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi 

                Rasulullah bersabda:"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali selawat, maka                          Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkat darjatnya." 

Semoga zikir-zikir yang disenaraikan dapat memberi manfaat kepada kalian:)

Semoga juga rezeki kita sentiasa diberkati dan melimpah ruah:)

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik
           
             
             



Wednesday, March 6, 2019

Pasu Hiasan Yang Mudah dan Menarik


Terkadang niat di hati  teringin untuk membeli pasu-pasu hiasan yang menarik dan cantik-cantik. Tetapi di sebabkan faktor kewangan dan kekangan waktu keinginan tersebut tidak dapat tercapai.
Jadi, segmen DIY minggu ini akan berkongsi bagaimana untuk membuat pasu hiasan menggunakan barangan terpakai. Bukan sahaja menjimatkan wang tetapi pasu itu juga akan kelihatan sangat kreatif.





Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Pewarna air (water colour)
  • Botol kaca ( botol kicap botol sos cili pon bolehπŸ˜‰)
Hanya memerlukan dua bahan sahaja boleh menghasilkan pasu hiasan yang akan memukau siapa sahaja yang memandang😍 

Langkah 1 : Bancuhkan pewarna air (water colour). Boleh mengikut cita rasa untuk menggunakan warna yang diminati.

Langkah 2 : Tuangkan campuran tersebut di dalam botol kaca

Langkah 3 : Ratakan pewarna tersebut sehingga memenuhi seluruh ruang botol kaca dan biarkan ia kering seketika

Langkah 4 : Masukkan bunga hiasan ke dalam botol kaca tersebut

Dah siap!😍 Mudahkan. Boleh diletakkan di meja makan, meja belajar dan hiasan di rak televisyen. Wah! Tunggu apa lagi. Jom cuba sekarang!

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍



3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...