Bercakap
dan mengomel di hadapan tanaman memberikan kepuasan yang tidak
terhingga, apatah lagi apabila melihat tanaman mula membesar. Saat tangan bermain dengan tanah atau menanam biji benih membuatkan
seseorang leka dengannya dan dapat melepaskan tekanan yang ada dalam diri.
Bagi mereka yang menjadikan berkebun sebagai aktiviti harian selepas
pulang dari kerja. Mereka ini turut mengakui dengan melakukan aktiviti berkebun
di belakang rumah hidup lebih tenang dan ceria kerana bercakap dengan pokok umpama bercakap dengan manusia walaupun pokok tak dapat membalas balik.
Disebabkan kekangan waktu sesetengah orang yang menanam disebabkan bekerja, mereka hanya dapat meluangkan
masa melihat tanaman sebaik pulang ke rumah. Ada kalanya mereka sanggup
keluar ke kebun kecil mereka sendiri pada waktu malam untuk melihat tanaman
kesayangan bagi memastikan pertumbuhan tanaman terkawal. Bagi memudahkan urusan pengalihan tempat, kebanyakan tanaman akan ditanam di dalam pasu dan polibeg.
Bagi sesetengah orang yang tidak menanam, dia menganggap bercakap dengan pokok ini tidak waras kerana pokok tidak boleh bercakap. Tapi bagi mereka yang menggemarkan menanam, bercakap dengan pokok adalah salah satu proses untuk pokok itu membesar dan mengeluarkan hasil. Kalau tidak, pokok itu akan merajuk kata mereka. Agak kelakar tapi ianya adalah perkara yang memang sering orang akan lakukan.
Anda minat menanam? Kita GENG 😍
Jom join Geng Kebun Organik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH
Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...
-
Pokok Bakawali atau juga dikenali sebagai Akar Seruntun, Brotowali, Batang Wali mempunyai nama botani Tinospora crispa (Miers). Pokok ini me...
-
Peluang perniagaan dalam bidang pertanian memiliki prospek yang luas dan menjanjikan keuntungan yang menguntungkan. Terutama pada masa kini,...
-
Mesti ramai dalam kalangan kita yang impikan laman rumah yang cantik dan menarik. Antara cara mudah untuk kita mencantikkan laman rumah k...
No comments:
Post a Comment