
Menikmati sayur-sayuran serta buah-buahan segar yang ditanam sendiri
sememangnya mendatangkan kepuasan berbeza yang sukar digambarkan dengan
kata-kata oleh mereka yang sering bercucuk tanam. Selain segar dan menjimatkan kos, aktiviti berkebun menggunakan sebaik mungkin ruang yang ada di laman rumah mampu
mewujudkan suasana mendamaikan terutama ketika memandang tumbuhan hijau
itu.
Bercucuk tanam adalah hobi dan aktiviti yang mempunyai banyak manfaat dan boleh menyihatkan badan, dan sesuai dilakukan dalam pelbagai peringkat usia. Selain hobi, aktiviti ini memudahkan kita terutama apabila memerlukan bahan ketika memasak seperti serai atau kunyit dan lain-lain, hanya perlu ambil di laman rumah
Perkara paling menyeronokkan setiap kali melihat tanaman berbuah dengan lebih banyak. Hasil buahnya kita boleh dimakan atau dijual ataupun diberi kepada jiran dan ahli keluarga. Ada juga yang menggunakan hasil buah dijadikan makanan seperti buah mangga dijadikan jeruk atau air minuman. Ianya juga salah satu cara untuk kita jadikan sebagai pendapatan.

Disebabkan ditanam sendiri, kita tidak perlu bimbang dengan faktor
keselamatan dan kebersihan kerana segalanya telah dijaga sendiri bermula
daripada proses menanam sehinggalah menuai sampailah berbuah. Sukar digambarkan bagaimana hasilnya namun hanya individu yang meminati hobi ini
dapat memahami dan merasai nikmat sebenar hasil daripada bercucuk tanam.
Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍
Jom join
Geng Kebun Organik.
No comments:
Post a Comment