Kalau ditengok zaman sekarang dah ramai yang mencuba untuk bercucuk tanam sendiri. Paling selalu dijumpa mereka yang menanam sayur sendiri. Sayur sawi, kobis bunga, kunyit, serai, daun pandan, cili dan pelbagai jenis lagi lah.

Bukan apa, bila dah menanam sendiri mudah kita nak masak atau guna untuk kehidupan seharian kita. Bila nak masak petik je dari pokok yang kita tanam. Ini merupakan inisiatif yang bagus sebab kadang-kadang ada sesetengah orang yang tak sempat nak beli kat luar.
Bila takda bahan, nak memasak pun jadi tertangguh. Bagi memudahkan untuk masa akan datang, dengan menanam sendiri sahajalah merupakan cara terbaik. Ambil sahaja biji benih yang hendak ditanam kemudian
menyemai anak pokok itu di dalam pasu dan menunggu masa matang supaya
boleh dipetik.
Memang sangat menjimatkan dan memudahkan urusan memasak apabila kita tidak lagi perlu membelinya di kedai. Ini akan menambahkan minat memasak
menjadikan proses di dapur dapat dilakukan dengan lancar. Malah ada
tanaman yang turut boleh dijadikan ulam-ulaman seperti sabung nyawa, tenggek
burung, pegaga dan beluntas sebagai hidangan setiap hari

Menyentuh berkenaan penjagaan tanaman dengan
menggunakan baja organik yang diberikan dua minggu sekali. Kita perlu rajin menggemburkan
tanah, membuang rumput liar dan daun kering di kawasan sekeliling Kita juga perlu memastikan daun-daun dan batang
pokok bebas fungus dan kulat supaya ia kelihatan menghijau dan nampak
segar. Serangga dan ulat juga harus dipantau kerana boleh memusnahkan
daun-daun hijau ini.
Anda minat menanam? KITA GENG 😍😍
Jom join
Geng Kebun Organik
No comments:
Post a Comment