1. Lokasi pasu
Perkara yang perlu diberi perhatian ialah tempat dimana lokasi ingin menanam. Tempat yang kita hendak meletakkan pasu dan bekas tanaman. Lebih baik letakkannya pada tempat yang ada sinaran matahari seperti di tepi tingkap, atau tepi luar kawasan rumah supaya tanaman akan mendapat sumber cahaya yang mencukupi.
2. Tanaman
Perlu juga tahu jenis tanaman yang hendak ditanam di dalam bekas. Lain tanaman, lain juga penjagaannya. Untuk permulaaan, dicadangkan untuk menanam kangkung dan bayam kerana dua tanaman itu mudah tumbuh. Cuba tanam di dalam bekas dan lihat perkembangannya di lokasi yang dipilih. Apabila sudah menuai, boleh cuba tanaman lain.
3. Pengairan
Ramai menyangka tanam menggunakan pasu atau bekas tidak memerlukan sistem pengairan yang baik. Pengairan bermaksud air siraman diserap pokok manakala lebihan air disalurkan keluar dari bekas tanaman. Kebanyakan sayur dan pokok buah tidak tahan air bertakung di dalam bekas. Akar tumbuhan akan lemas dan akan menyebabkannya mati. Pastikan setiap bekas yang digunakan ada lubang pengairan di bawahnya agar air siraman yang lebih mengalir keluar dari pasu.
4. Pembajaan
Pembajaan penting kepada pokok yang tumbuh di dalam bekas atau pasu. Jika di atas tanah, akar pokok boleh menjalar jauh mencari sendiri air dan nutrien, tetapi tidak di dalam bekas atau pasu. Oleh itu, selalu bekalkan kompos sebagai baja organik kepada tanaman.
5. Media tanaman

6. Penyiraman
Ada dua sistem siraman iaitu automatik dan manual. Biasanya kita lebih senang menggunakan sistem siraman manual iaitu dengan terus menyiram dari paip air atau tong siraman. Ada beberapa jenis alatan atau bahan yang boleh digunakan untuk menyiram secara automatik.
Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍
Jom join Geng Kebun Organik
No comments:
Post a Comment