Apa yang penting, si kecil manja akan mendapat makanan yang segar dan berkhasiat. Apabila menyediakan
sendiri makanan bayi bukan saja dapat memastikan ia bersih dan selamat
untuk diberi, ia juga menjimatkan perbelanjaan keluarga.Membuat puri sendiri tanpa bahan pengawet akan menjadikan bayi lebih sihat.
Berikut beberapa jenis buah segar yang amat sesuai
diberikan kepada bayi berusia enam bulan ke atas
1. Epal
Puri daripada epal merah biasanya lembut
dan manis rasanya. Jenis inilah yang menjadikan puri epal disukai kebanyakan
bayi. Epal juga tinggi dengan vitamin C dan
serat. Kajian menunjukkan epal memberikan perlindungan hebat terhadap
asma. Buah yang serba guna ini sesuai dicampur dengan puri daripada
buah-buah lain, sayur-sayuran, daging atau ayam.
2. Pisang
Puri pisang dipercayai boleh melegakan
sakit perut dan mengatasi cirit-birit. Rasanya yang manis dan berkrim
dapat menyeimbangkan rasa daripada buah yang masam seperti strawberi
jika ingin dicampur bersama.
3. Avocado
Buah ini kaya omega-3 dan membuat puri menggunakan avokado amat mudah
kerana tidak perlu dimasak. Ia memang sedap dimakan begitu saja atau
dicampur dengan puri pisang untuk memberikan khasiat terbaik buat bayi.
Pilih buah yang masak dan lembut agar tidak rasa pahit untuk bayi makan.
4. Mangga
Buah mangga kaya dengan vitamin A dan pastinya disukai semua
peringkat umur dan tidak terkecuali bayi. Membuat puri mangga pun mudah kerana
tidak perlu memasak sebelum melumatkannya menjadi puri. Puri mangga juga
sesuai dan semestinya sedap dicampur bersama sayuran manis seperti ubi.
Betik adalah antara buah yang banyak mengandungi air dan tinggi
folat. Tidak perlu dimasak, betik hanya perlu dilumatkan dan dicampurkan
dengan bubur nasi atau puri pisang. Ia sesuai untuk bayi berusia 10
bulan ke atas.
6. Labu kuning
Labu kuning ini kaya dengan serat
dan dapat membantu bayi membuang air besar secara teratur. Walaupun
kelihatan keras, ia memiliki tekstur yang lembut sehingga mudah dicerna
oleh bayi. Buah
ini juga banyak mengandungi vitamin A, C, K, zat besi dan protein yang
baik untuk pertumbuhan tubuh bayi. Buah ini boleh diberikan kepada bayi
berusia enam bulan ke atas dalam bentuk bubur, dikukus kemudian dikisar
halus.
Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍
Jom join Geng Kebun Organik
No comments:
Post a Comment