Friday, March 1, 2019

Buah delima penuh bermanfaat

Buah delima adalah sejenis buah yang habitat aslinya dari negara Timur Tengah dan secara umumnya, buah delima hanya mempunyai tinggi sekitar empat hingga sembilan meter. Selain daripada rasanya yang enak, buah delima mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan kulit dan juga kesihatan dalaman sekiranya ia diambil secara teratur. Buah delima kaya dengan vitamin C, A dan E serta antioksidan dan zat besi mampu memperlambatkan proses penuaan serta memberi pelbagai khasiat pada kulit dan kesihatan.

Antara khasiat buah delima termasuk: 

1. Membantu mengatasi masalah kulit
Masalah kulit zaman sekarang cukup membimbangkan disebabkan ramai yang mengambil alternatif untuk lebih menggunakan produk yang mengandungi bahan yang kita sendiri tidak pasti apa kesannya samada dalam jangka masa panjang ataupun pendek. Buah delima mampu melindu­ngi lapisan kulit luar dan memperbaiki sel kulit dari dalam serta ia juga boleh menyembuhkan luka jika mengamalkan memakannya selalu.

2. Menghilangkan jerawat
Masalah jerawat sangat mengganggu bagi wanita yang sering bimbang penampilan diri akan terganggu dek jerawat. Buah delima mempunyai sumber vitamin C yang mampu mengatur pengeluaran zat berminyak yang diserap kulit. Buah delima juga mampu mengatasi masalah pencernaan serta mening­katkan peredaran darah menjadi lebih sihat sekali gus membantu menghilang­kan jerawat.

3. Mengatasi kulit kering
Buah delima memiliki struktur molekul yang tergolong kecil dan mampu meresap hingga ke dalam kulit serta mampu me­lembapkan kulit, mengatasi kulit bermasalah dan mengatasi kulit kering. Ia memberikan kelembapan semula jadi pada wajah.

4. Mengatasi kulit berminyak
Buah delima kebanyakan digunakan sebagai bahan semula jadi untuk produk kecantikan. Ini kerana, buah delima yang mengandungi minyak delima sangat bermanfaat dalam mengatasi kulit yang berminyak, mengatasi kedutan pada kulit serta menghilangkan jerawat.

5. Mencegah proses penuaan
Pengambilan buah delima atau jus delima secara konsisten dapat meremajakan kulit dan mampu melambatkan proses penuaan kulit wajah.

6. Melindungi kulit daripada sinaran matahari
Buah delima dapat membantu untuk melawan pancaran matahari yang menjadikan buah ini sangat bagus untuk kecantikan kulit. Ia mengandungi banyak antioksidan yang berperanan penting untuk mencegah kerosakan kulit yang terjadi kerana radikal bebas.

7. Menurunkan Tekanan Darah
Tekanan darah tinggi adalah salah satu faktor utama serangan jantung dan strok. Dalam satu kajian, individu yang mempunyai tekanan darah tinggi mempunyai penurunan tekanan darah yang ketara selepas minum 150 ml (5 oz) jus delima setiap hari selama 2 minggu. Kajian-kajian lain telah menemui kesan yang sama, terutamanya untuk tekanan darah sistolik (angka yang lebih tinggi dalam bacaan tekanan darah).


Anda minat menanam ? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik







No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...