Bagi yang dibesarkan dalam persekitaran kampung atau kawasan yang mempunyai tanah lapang di rumah ia memberi kelebihan kepada sesiapa sahaja menanam pelbagai jenis tanaman di kawasan tersebut seperti sayur dan buah. Ia akan menjadi rugi jika ada tanah lapang dibiarkan begitu saja tanpa diusahakan.Tambah pula apabila ada kesukaran mendapatkan sayur atau buah di pasar menyebabkan si peminat tanaman cukup teruja untuk menanam dibelakang rumah.
Apabila kita semakin mahir mengenai teknik menanam pokok dan cara penjagaan, kita boleh mula memberanikan diri untuk menanam dalam pasu.
Mulanya memang kita tidak akan percaya pasu ini dapat menampung akar pokok.
Selepas pokok semakin tinggi kita perlu memindahkannya ke kawasan yang lebih lapang bagi memudahkan penjagaan. Bagi sesiapa yang tidak tahu penanaman tumbuhan herba lebih mudah dijaga sepeti pudina, pegaga, kucai dan sebagainya. Ia tidak memerlukan penjagaan rapi seperti pokok bunga atau buah-buahanKita juga perlu melakukan aktiviti pembajaan setiap dua minggu dan semburan racun serangga perosak pada setiap minggu bagi memastikan tanaman bebas serangga serta mengelak daripada dimakan ulat dan siput.
Bagi yang memang minat menanam pasti gembira apabila menerima sokongan keluarga terutama dalam urusan membeli benih pokok dan peralatan tanaman. Selain itu pada hujung minggu ahli keluarga juga boleh turut membantu menyiram sayur-sayuran bersama-sama.
Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍
Jom join Geng Kebun Organik
No comments:
Post a Comment