Mesti ramai yang akan tersalah anggap bila tengok buah bidara ni serupa macam buah epal sebabkan bentuk dan warna yang hampir sama cuma saiz je yang berbeza. Rupa je sama, tapi khasiat dan nutrien dia lain tau.
Buah bidara segar kebanyakannya dibuat minuman atau dimakan secara langsung. Bukan itu je,
buah bidara juga dapat dibuat manisan. Buah bidara yang masih muda sedap
dimakan sebagai rojak atau dimakan cukup dengan menggunakan garam.
Buah
bidara memiliki kandungan yang baik bagi tubuh seperti vitamin A, C, lemak dan karotin.
Daun buah bidara yang masih muda boleh dimakan dengan cara diolah sebagai ulam.. Daun Bidara yang telah tua pula dapat dijadikan sebagai makanan haiwan ternak. Kebaikkan lain dari tanaman ini adalah untuk digunakan sebagai ubat bagi orang yang sedang demam dengan cara menggunakan daun Bidara untuk mandi.
Kenapa bagusnya buah bidara ini untuk kesihatan adalah sebab
1. Mengandungi antioksida
Kandungan antioksida di dalam buah bidara baik untuk mencegah radikal bebas. Radikal bebas merupakan penyebab penyakit yang datang darimana saja termasuk dari udara yang kita hirup setiap hari.
Radikal bebas juga menjadi salah satu datangnya penyakit kanser yang kita perlu awasi setiap hari.
2. Mengatasi penyakit mulut
Gusi berdarah, bibir pecah merupakan beberapa jenis penyakit mulut yang disebabkan banyak perkara dimana salah satunya adalah
disebabkan kurang menjaga kebersihan mulut. Daun dari buah bidara boleh digunakan
untuk mengatasi masalah gangguan mulut tersebut.
Daun bidara mempunyai kandungan antiseptik, maka ianya sangat bagus untuk merawat luka tidak kisah samada luka yang baru atau yang dah lama. Dengan khasiat daun bidara ini berguna untuk menyembuhkan luka dengan cepat dan melindungi dari serangan kuman.
Daun ini akan berfungsi untuk membantu menghentikan pendarahan dan mengeringkan luka sehingga cepat pulih.
Caranya : Ambil beberapa helai daun dan cuci lalu ditumbuk. Tampalkan pada luka dan balut dengan kain yang tidak tebal. Boleh juga menggunakan akar dengan cara dan tips yang sama.
4. Mengatasi masalah kewanitaan
Bagi golongan wanita yang mengalami masalah keputihan, haid yang tidak lancar dan lain- lain,
maka penggunaan daun bidara sesuai digunakan untuk mengatasi masalah tersebut.
5. Mengatasi penyakit perut
Daun
bidara dapat digunakan untuk mengatasi radang perut dan usus, gangguan pencernaan sehingga yang menyebabkan kanser perut.
Caranya : Sediakan 2 ibu jari kulit batang bidara, cuci dan rebus dengan 2 gelas air hingga jadi setengah. Minum 2 kali sehari secara kerap.
Sebenarnya selain untuk kesihatan dalaman dan luaran kita, pokok bidara ni sangat berguna dalam perubatan islam dimana pohon bidara ada disebut beberapa kali dalam Al-Quran juga.
Antaranya ialah memandikan jenazah. Di dalam hadis yang sudah disebutkan bahawa ketika memandikan jenazah digalakkan untuk menggunakan air yang dicampur
dengan daun bidara. Kerana di dalam daun bidara ada sejenis kandungan alami
untuk membersihkan kotoran.
Ianya
secara khusus digunakan juga dalam merawat penyakit-penyakit bersihat rohani
seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir.
Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama terdahulu yang
menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam mengatasi orang
yang terkena sihir.
Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍
Jom join Geng Kebun Organik
No comments:
Post a Comment