Haa tips DIY minggu ini akan menyelesaikan segala kerungsingan yang pembaca hadapi. Nak tau apa dia say ai 😍
Eh apa benda tu? Macam menarik ja. Haa kalau pembaca nak tau nilah dia kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan pokok kita mendapat air yang mencukupi walau pun kita tiada waktu untuk menyiram dan kita tinggalkan untuk pulang ke kampung. Jom saya kongsikan bagaimana nak menghasilkannya 😉
Bahan - bahan yang diperlukan :
- Botol plastik minuman 1.5L berserta dengan penutup
- Gunting
- Paku
- Penukul
- Pisau
Cara-caranya:
Anda minat menanam ? Kita GENG 😍😍
Jom join Geng Kebun Organik
Langkah 1 : Dengan menggunakan paku dan penukul tebuk satu lubang pada penutup botol dan tutup semula penutup pada botol.
P/s : Jumlah lubang bergantung kepada kelajuan air yang pembaca mahu. Lebih banyak lubang lebih laju air mengalir
P/s : Jumlah lubang bergantung kepada kelajuan air yang pembaca mahu. Lebih banyak lubang lebih laju air mengalir
Langkah 2 : Potong bahagian bawah botol kira-kira satu inci menggunakan pisau yang tajam.
P/s : Pastikan tidak memotong sehingga habis untuk memudahkan pengisian semula air dan elakkan jentik- jentik memasuki botol tersebut
Langkah 3 : Gali lubang berhampiran pokok dengan kedalaman 1/3 atau 1/2 daripada ketinggian botol. Masukkan botol ke dalam lubang dan pastikan bahagian penutup di posisi bawah.
Langkah 3 : Isi air di dalam botol. Mampatkan tanah di sekeliling botol.
Hanya dengan tiga langkah saja masalah dan kerungsingan dapat diatasi. Jadi tunggu apa lagi. Jomlah cuba kaedah penyiraman menggunakan bahan terpakai ni 😉
Jom join Geng Kebun Organik
No comments:
Post a Comment