Madu adalah sejenis cairan yang dihasilkan oleh tumbuhan yang kemudiannya dikumpulkan oleh lebah di saranganya. Lebah mengumpulkan madu ini sebenarnya bertujuan untuk menyediakan ubatan kepada manusia. Menurut Al-Quran melalui firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 69, dalam madu itu terdapat ubat yang tersedia sebagai penyembuh penyakit bagi manusia.
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia,’ kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (Quran Surat An-Nahl Ayat 68-69)
Hal ini bertambah menarik lagi apabila diceritakan oleh Al-Quran iaitu terdapat sungai madu di syurga bertujuan sebagai minuman bagi penghuninya melalui surah Muhammad ayat ke 15.
“(Apakah) perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?” (Quran Surat Muhammad Ayat 15)
Uniknya lebah ini bukan hanya pada madunya, tetapi menurut kajian sengatan lebah juga berupaya menyembuhkan beberapa penyakit. Tapi kepada pembaca, jangan cuba aksi peluk sarang lebah sebab sengatan yang berlebihan akan mendekatkan diri kita kepada Tuhan (mati). hehe.
Terdapat banyak jenis madu yang dihasilkan oleh ratusan spesis lebah atas muka bumi ini. Namun tahukah anda madu yang manakah paling terbaik? Ikuti rungkaian persoalan ini.
1. Madu Tualang - Merupakan antara madu terbaik tetapi sukar diperoleh kerana berada di tengah hutan tebal dan terletak di dahan pokok yang terlalu tinggi. Tidak ramai sanggup mempertaruhkan nyawa untuk mengambil madunya.
2. Madu Yaman/Yemen - Madu yang telah terbukti terbaik di dunia oleh para saintis tetapi harganya juga adalah termahal berbanding jenis madu lain.
3. Madu Ratu/Susu - Sejenis madu yang bewarna putih kekuningan seperti susu. Madu ini sangat sukar didapati kerana madu ini hanya diminum oleh Ratu lebah. Ratu lebah adalah lebah yang paling besar, sihat, dan panjang usianya. Oleh itu, ramai percaya sesiapa yang minum madu ratu/susu akan dapat kesan yang sama seperti ratu lebah itu.
4. Madu Kelulut - Madu yang dihasilkan oleh lebah kelulut. Biasanya lebah ini membina sarang di kawasan tunggul kayu atau tanah. Rasanya agak pahit kemanisan.
5. Madu Asli - Sejenis madu yang dimiliki oleh para suami tanpa pengetahuan isteri. Madu sejenis ini lebih pahit berbanding madu kelulut bagi isteri, tetapi manis pada suami. (jangan marah ya- hehehe)
Demikianlah antara jenis madu yang terbaik. Namun begitu, tahukah anda apakah khasiat madu? Baca kupasan kami untuk anda selanjutnya :)
1. Menambah bilangan sel darah merah (hemoglobin)
2. Sumber vitamin dan mineral
3. Pengganti gula
4. Bertindak sebagai pribiotik (membantu sistem penghadaman)
5. Bersifat anti kanser
6. Melegakan batuk yang teruk
7. Melegakan sakit perut
Artikel oleh: Muhammad Rafi
Artikel oleh: Muhammad Rafi
Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍
Jom join Geng Kebun Organik
No comments:
Post a Comment