Assalamualaikum, salam Jumaat dan salam 12 Ramadhan semua 😊
Minggu ni tips kejayaan nak kongsikan tentang dari hobi jadi wang ringgit. Haa, mesti korang tak pernah dengar tajuk ni kan 😏 Dan mesti juga ramai yang tak terfikir untuk jadikan hobi sebagai wang ringgit kan ?
Kalau nak tau, hobi yang kita miliki boleh dijadikan sebagai wang ringgit sebab hobi kalau makin diasah akan mendapat hasil. Sebagai contoh, jika anda meminat melukis dan bakat lukisan dapat diasah dengan lebih mahir dengan hasil lukisan kita dapat jual untuk jadikan wang ringgit.
Selain itu, hobi menjadi sumber rezeki dengan tanpa mengira jenis kemahiran yang dimiliki, ia tidak akan bermakna jika kita tidak menghargai dan menggunakannya dengan cara bijak apatah lagi jika hobi tu dapat menambah pendapatan sampingan bagi menghadapi cabaran ekonomi pada hari ini.
Di luar sana, ramai yang minat menanam dan hasil tanaman mereka dijadikan sebagai wang ringgit. Pada mulanya mereka hanya minat bercucuk tanam sahaja tapi disebabkan hasil tanaman yang banyak serta tak tau buat apa dengan hasil tersebut dengan menjual hasil tanaman untuk menambah pendapatan. Setiap manusia berbeza minat dan hobi, jadi tak salah untuk teruskan hobi kita tanpa rasa malu kerana hanya dengan hobi kita dapat jadikan ia sebagai wang ringgit kita.
Jadi, tanam hobi kita sehinggakan boleh jana pendapatan kita ! 😉
Jom join Geng Kebun Organik
No comments:
Post a Comment