Monday, May 20, 2019

Cara Mudah Tut Pokok Tin


TANAMAN POKOK TIN merupakan satu jenis tanaman yang semakin minat ramai terutama orang disekitar kota disekeliling rumah ataupun di rumah condominium. Pokok tin ialah sejenis pokok yang berbatang lembut, pertumbuhan agak cepat dan mempunyai akar rerambut yang banyak.  

Selain menggunakan kaedah keratan batang, pokok tin ini pun boleh dibiakkan melalui kaedah tut. Dimana kaedah tut ini ialah buatkan pokok tersebut keluarkan akar pada bahagian tertentu sampai keluar akar dan akan dicantas dan kemudian akan ditanam pada tanah. Dan tak semua tanaman sesuai menggunakan kaedah ini. Antara buah yang sesuai gunakan kaedah tut pokok betik, pokok limau, pokok tin.




Perkara yang pertama perlu dibuat adalah dengan mencarik sedikit batangnya menggunakan pisau. Carik disekeliling batang tersebut tapi jangan terlalu dalam. Dan kemudian boleh dikopekkan kulit batang pokok tin tersebut dan buangkan lapisan kulit. Nak buangkan lapisan kulit tersebut pun ada tipsnya dan ada pemilihan batang yang tertentu. Cara pemilihan bahagian batang yang sesuai adalah batangnya tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Dan juga tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil dimana senang untuk kita memotong lapisan kulitnya. 

Akar baru akan tumbuh dalam masa 4 minggu. Tapi masa yang sesuai untuk dipindahkan ke dalam polibeg adalah dalam 6 hingga 8 minggu. Disebabkan akar akan tumbuh dibahagian atas, perlu sapukan penggalakkan akar. Yang digunakan untuk kaedah ini adalah menggunakan serbuk kayu manis. Kemudiannya hanya perlu disapu pada bahagian batang yang dah dipotong.

        



Kemudian ambil satu botol kosong atau apa jenis botol plastik dipotong dan dibuat lubang pada bahagian bawah botol tersebut. Sebelum menebuk seeloknya ukur dahulu mengikut saiz batang yang bersesuaian. Bahagian yang telah dipotong pada botol itu perlu dilekatkan dengan lebih rapat bagi mengelakkan tanah yang akan diisi keluar. Jenis tanah yang digunakan adalah tanah sawit hitam. Dan boleh didapatkan di nurseri.Tanah yang diisi perlulah dimampatkan supaya tanah tersebut perlu kena pada bahagian batang yang dibuang kulitnya bagi menggalakkan pertumbuhan akar. 

Bila dah diisikan tanah, perlulah disiram atau dilembabkan sahaja tanah tersebut. Kemudian perlulah dibalut bahagian tersebut dengan plastik seeloknya plastik yang jernih dimana kita boleh nampak pertumbuhan akar tersebut. Perlulah diikat dengan kuat dan rapat supaya botol yang telah diisi tanah tersebut tidak akan tercabut.

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom joinGeng Kebun Organik

No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...