Assalamualaikum, hai :D Sedar tak sedar, sekejap jee kita dah masuk minggu ke-tiga Ramadhan kan. Tak lama lagi dah nak raya, dah buat persiapan untuk raya ke tu? hehe. Selalu minggu-minggu nak masuk raya ni meriah halaman-halaman rumah dengan pelita kan tapi dah jarang kita nampak pelita panjut yang dibuat daripada buluh. Selalu beli ja kat kedai dah siap. Meh kami kongsikan cara pembuatan pelita buluh panjut supaya boleh mengembalikan nostalgia pelita buluh ni😍😍
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Buluh
- Tin aluminium
- Drill/pisau/parang
- Kain buruk
- Minyak Tanah
Cara-caranya :
- Potong buluh mengikut panjang yang anda inginkan, 6-7 ruas dah cukup comel
- Bersihkan buluh dengan air untuk menghilangkan miang. Kang tak pasal tegaru garu sebab gatal hehe
- Tebuk lubang di tengah-tengah ruas menggunakan parang/pisau/screwdriver. Pastikan buluh tidak pecah dan lubang muat-muat sumbu sahaja
4. Potong tin aluminium, jadikan dalam bentuk kepingan dan gulungkan. Selepas digulung, masukkan sumbu pelita/kain buruk ke dalam gulungan tin tadi sebelum dimasukkan ke dalam lubang yang ditebuk pada buluh.
5. Tuang minyak tanah ke dalam lubang yang telah ditebuk pada buluh tadi
6. Nyalakan api dan dah siap! Meriahkan laman anda dengan pelita buluh raya ni tau 😍
Jom join Geng Kebun Organik
No comments:
Post a Comment