(CONTOH TANAMAN HIDROPONIK) |
Cara penanaman ini dipilih kerana dengan menggunakan kaedah hidroponik:
- Pertumbuhan pokok yang sangat cepat (Raya dah tak lama ni, cepat mulakan hidroponik).
- Hasil yang cenderung lebih banyak (Boleh masak untuk satu keluarga).
- Tidak memerlukan penyiraman yang kerap (So korang boleh la balik kampung dengan tenang).
- Tidak perlu bilangan pakerja yang ramai untuk proses pengemburan tanah dan kawalan rumpai.
- Kurang serangan serangga
- Sayuran yang lebih bersih
Namun begitu, tahukah anda bahwa tanaman hidroponik ni boleh kita buat sendiri kat rumah guna bahan terbuang dan bahan yang kos rendah? Jom tengok cara buat sistem hidroponik. Lepasni boleh laa tanam sendiri kat rumah, dah tak payah ke kedai nak beli sayuran :)
Bahan yang diperlukan adalah:
- Botol mineral besar yang tidak digunakan lagi.
- Rockwool
- Netpot
- Air
- Benih sayuran
Peralatan untuk mengolah bahan:
- Gunting
- Pisau
- Api
Untuk uollls yang tak tahu apa tu rockwool dan netpot, korang boleh tengok gambar kat bawah ni k. Actually barang-barang ni susah nak jumpa penjualnya. Tapi korang boleh je beli kat mudah.my atau laman e-commerce lain. Kalau nak lagi jimat, korang boleh gantikan Rockwool dengan span dan Netpot dengan cawan yang korang lubangkan kat bawah.
1. Rockwool
2. Netpot
Kalau korang nampak atas rockwool tu ada lubang kecil, dalam tu laa nanti korang letak biji benih sayuran. Rockwool ni sejenis kapas, so memang akan meresap dengan air. Ni akan bantu pokok dapat air yang cukup tanpa akar pokok sayuran kita lemas sebab terlalu lama terendam.
Netpot ni nanti akan jadi pasu korang. Korang akan letak rockwool tu dalam netpot ni. Pastikan netpot ni terendam sikit sahaja dengan air. Rockwool dalam netpot ni terendam 1/4 bahagian je tau.
Cara-caranya:
- Masukkan benih dalam lubang rockwool. Kemudian basahkan rockwool dengan air.
- Masukkan rockwool dalam netpot.
- Buat lubang bulat berdiameter sama dengan bahagian atas netpot pada botol mineral menggunakan pisau. Jika ingin mudah, gunakan pisau yang dipanaskan secukupnya.
- Isikan botol tersebut dengan air bersih.
- Masukkan netpot yang dalamnya terkandung rockwool dan biji benih tadi dalam botol.
- Biarkan dahulu hidroponik anda berada di tempat redup sehingga benih bercambah.
Mudah kan? Kalau korang nak tengok hasilnya, boleh tengok gambar di bawah ni. Selamat mencuba! Selamat berpuasa! Selamat menyambut hari lebaran!
No comments:
Post a Comment