Sunday, July 28, 2019

BUAH NAGA BANTU MENSTABILKAN TAHAP GULA DALAM DARAH DAN MEMUDAHKAN PENGHADAMAN




Antara buah yang memang jadi kegemaran rakyat Malaysia, boleh dimakan macamtu je. Tak kisah boleh juga dibuat jadi air atau pencuci mulut biasa sahaja. Buah naga juga dikenali dengan nama pitaya, ada kalanya mempunyai rasa manis atau masam mengikut jenisnya. Buah naga juga selamat dimakan oleh ibu hamil dan ibu menyusukan bayi di samping ia mengandungi vitamin C, kaya dengan asid lemak serta fosforus. 

Banyak khasiat yang ada pada buah naga ni yang ramai taktahu. Antaranya adalah :


1. Antipenuaan
Buah naga membantu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit. Ianya membantu menentang radikal bebas di seluruh badan untuk menghalang pengaktifan sel kanser. Buah naga adalah sumber yang baik untuk mendapatkan manfaat antioksidan kerana ia mengandungi vitamin C.


2.  Menghalang kanser
Selain kaya dengan vitamin C, buah naga juga mengandungi karotena yang dikaitkan dengan antikarsinogenik termasuk mengurangkan jumlah penghasilan tumor. Selain itu, kandungan likopena yang berfungsi memberi warna merah kepada buah naga juga sering dikaitkan dengan manfaat dalam mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.


3. Kesihatan kardiovaskular
Buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Buah eksotik ini juga adalah sumber yang baik bagi lemak garam mono yang membantu mengekalkan kesihatan fungsi jantung.

4.  Diabetes
Buah naga juga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah seseorang. Ia juga membantu merencatkan gula yang berlebihan ketika mengambil makanan yang tinggi indeks glisemik. Buah berkenaan juga mempunyai kesan yang berharga dalam tekanan oksidatif daripada kekejangan aorta, masalah yang dikaitkan dengan kencing manis.

5. Penghadaman
Ia membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman. Pengambilan buah ini boleh membantu mengurangkan masalah sembelit dan sindrom gangguan usus.


Kaedah penanaman buah naga ini terdapat DUA iaitu menggunakan biji benih atau keratan batang. 


KAEDAH BIJI BENIH
KAEDAH KERATAN BATANG

Anda minat menanam? KITA GENG !




1 comment:

  1. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...