Showing posts with label sihat. Show all posts
Showing posts with label sihat. Show all posts

Wednesday, November 27, 2019

SAIZ BENDI LEBIH BESAR DAN MONTOK



'Buah bendi jadi lebih bersih dan serangan penyakit pun berkurangan' - Puan Rosidah

'Memang sangat berbeza. Dari segi saiz buah, pokok dan daunnya juga sangat berbeza selepas menggunakan Milagro ni. Yang sangat teruja adalah dari segi serangan penyakit pun dah berkurangan.' - Puan Rosidah

'Ternyata Milagro dapat tingkatkan kualiti buah/sayur dan juga production' - Encik Abu Talangi

Rata-rata feedback dan hasil yang team Milagro sendiri dapat daripada pengguna Milagro sendiri. Percaya tak percaya? 


Kenapa perlu dapatkan Milagro? Sebabnya antara kebaikan Milagro adalah

1. Menyuburkan tanah dan meneutralkan nilai pH tanah
2. Menjimatkan kos
3. Tidak perlu membuat perkapuran sebabnya dalam Milagro dah ada 13% perkapuran
4. Penggunaan yang sedikit sahaja
5. Sesuai untuk semua jenis tanaman iaitu pokok buah, bunga dan sayur.
6. Mempunyai nilai NPK yang rendah
7. Tidak mempunyai bahan kimia, 100% organik. 




Lepas hujan, pucuk baru keluar selepas menggunakan baja Milagro. Hasil makin menjadi-jadi dengan Milagro


Selepas dibaja dengan Milagro, saiz bendi lebih besar dan montok


Pokok bendi nampak lebih gemuk-gemuk dan tumbuh lebih subur dan lebih hijau

Macam mana? Nak tak kami bantu anda untuk dapatkan hasil yang macamni. PM baja Milagro sekarang atau tekan link www.wasap.my/60126446220/VT27 (Cik Janna)



Anda minatkan tanaman? Dan nak dapatkan lebih banyak info mengenai tanaman?



Sunday, July 28, 2019

BUAH NAGA BANTU MENSTABILKAN TAHAP GULA DALAM DARAH DAN MEMUDAHKAN PENGHADAMAN




Antara buah yang memang jadi kegemaran rakyat Malaysia, boleh dimakan macamtu je. Tak kisah boleh juga dibuat jadi air atau pencuci mulut biasa sahaja. Buah naga juga dikenali dengan nama pitaya, ada kalanya mempunyai rasa manis atau masam mengikut jenisnya. Buah naga juga selamat dimakan oleh ibu hamil dan ibu menyusukan bayi di samping ia mengandungi vitamin C, kaya dengan asid lemak serta fosforus. 

Banyak khasiat yang ada pada buah naga ni yang ramai taktahu. Antaranya adalah :


1. Antipenuaan
Buah naga membantu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit. Ianya membantu menentang radikal bebas di seluruh badan untuk menghalang pengaktifan sel kanser. Buah naga adalah sumber yang baik untuk mendapatkan manfaat antioksidan kerana ia mengandungi vitamin C.


2.  Menghalang kanser
Selain kaya dengan vitamin C, buah naga juga mengandungi karotena yang dikaitkan dengan antikarsinogenik termasuk mengurangkan jumlah penghasilan tumor. Selain itu, kandungan likopena yang berfungsi memberi warna merah kepada buah naga juga sering dikaitkan dengan manfaat dalam mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.


3. Kesihatan kardiovaskular
Buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Buah eksotik ini juga adalah sumber yang baik bagi lemak garam mono yang membantu mengekalkan kesihatan fungsi jantung.

4.  Diabetes
Buah naga juga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah seseorang. Ia juga membantu merencatkan gula yang berlebihan ketika mengambil makanan yang tinggi indeks glisemik. Buah berkenaan juga mempunyai kesan yang berharga dalam tekanan oksidatif daripada kekejangan aorta, masalah yang dikaitkan dengan kencing manis.

5. Penghadaman
Ia membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman. Pengambilan buah ini boleh membantu mengurangkan masalah sembelit dan sindrom gangguan usus.


Kaedah penanaman buah naga ini terdapat DUA iaitu menggunakan biji benih atau keratan batang. 


KAEDAH BIJI BENIH
KAEDAH KERATAN BATANG

Anda minat menanam? KITA GENG !




3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...