Showing posts with label cara tanam. Show all posts
Showing posts with label cara tanam. Show all posts

Tuesday, March 24, 2020

PEMASUAN SEMULA




Tanaman hiasan memerlukan medium pemasuan yang kaya dengan nutrient untuk tumbuh dengan subur dan cantik. Kesuburan tanaman hiasan akan terganggu apabila nutrient di dalam pasu yang telah diambil oleh tanaman tidak digantikan semula. Seterusnya, ruang didalam pasu turut menjadi padat disebabkan pertambahan bilangan akar yang tumbuh. Keadaan ini memerlukan kerja–kerja pemasuan semula tanaman hiasan dijalankan. Hal yang demikian bertujuan untuk menyediakan kembali keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan pokok dengan sihat.


Pemasuan Semula

Pemasuan semula dilakukan adalah bertujuan untuk mengantikan medium yang kurang subur dan pasu yang tidak sesuai dengan pertumbuhan pokok. Medium dan pasu baru yang disediakan akan memberi keadaan yang baik untuk pertumbuhan pokok bagi mendapatkan nutrient, air dan pengudaraan akar.


Ciri-ciri tanaman hiasan yang memerlukan pemasuan semula:

Pertumbuhan yang kurang subur dan tidak segar dimana keadaan ini yang disebabkan oleh kandungan nutrient dalam medium berkurangan kerana telah diserap oleh pokok dalam pasu tersebut. 
  • Medium dalam pasu berkeadaan padat yang bermaksud medium didalam keadaan mantap yang menyebabkan pernafasan akar terganggu dan akar sukar menembusi medium untuk menyerap nutrient.
  • Pasu retak akibat pertumbuhan akar yang banyak dan padat. Saiz pasu tidak lagi sesuai dan memerlukan pasu yang lebih besar.
  • Air siraman bertakung dipermukaan medium didalam pasu dan mengakibatkan air sukar untuk meresap dari keadaan medium yang padat.
  • Akar padat dan kelihatan keluar dari lubang dasar pasu.

Tujuan Pemasuan Semula
  • Bagi memudahkan tumbuhan menerima bekalan nutrient, air, kelembapan dan cahaya
  • Untuk memudahkan pokok hiasan dialih ketempat yang hendak dihias
  • Ia memudahkan kerja kerja penjagaan

Memilih Bekas Pasu yang sesuai untuk Pemasuan Semula

Pelbagai bekas boleh digunakan untuk kerja pemasuan semula tanaman hiasan seperti pasu seramik, pasu tanah liat, pasu plastik sabut kelapa, kotak kayu, bekas terbuang dan  tayar tayar terpakai. Semasa membuat pemilihan pasu untuk tujuan pemasuan semula perkara berikut hendaklah di pertimbangkan :-

Saiz pasu yang lebih besar dari asal hendaklah digunakan bagi mengantikan pasu asal bagi menyediakan ruang untuk mengisi medium yang baru dan pertumbuhan akar asal bagi menyediakan ruang untuk mengisi medium yang baru dan pertumbuhan akar
  • Pasu yang mempunyai lubang saliran di dasarnya bagi tujuan menyalirkan air siramanyang berlebihan dan mengelakkan air dari bertakung yang boleh menyebabkan kerosakan akar.
  • Mudah untuk dibersihkan.
  • Kelihatan lebih kemas dan menarik dari segi bentuk dan warnanya.

Memilih Pasu atau Bekas


Terdapat pelbagai jenis bekalan yang dapat dijadikan pasu seperti pasu tanah liat, pasu plastik, pasu seramik, bekas terbuang, sabut kelapa, tayar lama dan sebagainya .Perkara yang harus diambil kira semasa memilih pasu termasuklah :

   a) Saiz Pasu
   b) Berlubang Saliran
   c) Berat Pasu
   d) Lokasi Pasu
   e) Mudah Dibersihkan
   f) Menarik dan Kemas

Pasu tanah liat yang baru perlu direndam dalam air semalaman supaya air memenuhi liang-liang roma pasu untuk mengelakkan pasu menyerap air dan hal ini membantu mengekalkan kelembapan pada medium. Lubang saliran hendaklah ditutup dengan serpihan batu atau pasu kecil .



Sumber : Tanaman Hiasan






💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik



Thursday, February 6, 2020

KAEDAH PEMBIAKAN TANAMAN PART 1 (BIJI BENIH)




Pembiakan adalah satu proses di mana tiap-tiap organisma menambah dari segi bilangan individu beranak dan berkembang dalam peredaran masa. Tumbuhan membiak dan berkembang dengan dua cara :

•seksual; contoh biji benih, spora•Tampang (vegetatif); contoh keratan, belahan, cantuman, organ-organ khas dan lain-lain.



Biji benih


Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji benih. Contohnya pokok-pokok bunga semusim, pokok saka dan juga daripada jenis renek walaupun pokok-pokok ini boleh dibiak secara tampang.


Kebaikan Pembiakan Secara Biji Benih


• Boleh menghasilkan baka-baka baru• Dapat menyediakan pokok-pokok sebagai pokok penanti untuk cantuman• Murah dan menghasilkan lebih banyak pokok• Anak pokok mungkin lebih cergas (hybrid vigour) berbanding dengan induknya.


Keburukan Pembiakan Secara Biji Benih

• Biji benih mungkin mempunyai masa rehat (dormancy)• Mengambil masa yang panjang untuk matang• Kemungkinan menghasilkan tumbuhan yang berbeza daripada induknya• Setengah tumbuhan hanya dapat dibiakkan pada masa-masa tertentu kerana pengeluaran buah dan biji benihnya bermusim


Pemilihan Biji benih


Biji benih dengan ciri-ciri berikut perlu dipilih:
• Matang• Tulen (tidak bercampur dengan biji benih dari baka lain)• Berisi, segar dan bersih dari kekotoran• Bernas (mempunyai keupayaan untuk bercambah)• Bebas dari penyakit dan perosak



Biji benih yang hendak digunakan mestilah diambil dari buah-buah yang matang atau masak. Biji itu dibersihkan. Biji-biji yang telah dipilih itu kemudian dikeringkan di tempat yang terbuka dan ternaung.


Biji benih perlu cukup kering supaya tahan lama. Dalam keadaan biasa seperti di Malaysia biji benih tidak dapat disimpan lama dan akan kehilangan daya percambahan dengan cepat. 

Jika hendak disimpan lama, biji benih perlulah disimpan di tempat bersuhu dan peratus lembapan yang rendah. Jika benih dibeli, periksa tarikh luputnya. Peratus percambahan benih menurun apabila disimpan terlalu lama.


Percambahan biji benih


Percambahan biji benih bergantung pada faktor-faktor seperti peratus lembapan, suhu, cahaya dan oksigen. Percambahan biji benih yang tidak serentak disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, fisiologikal dan persekitaran. Fenomena ini berlaku oleh kerana kulit biji benih (testa) tidak telap air atau biji benih mengeluarkan bahan beracun dan lain-lain faktor dalaman. Kadangkala biji benih memerlukan rawatan tertentu untuk mempercepatkan percambahan.


Rawatan percambahan biji benih


Terdapat beberapa cara rawatan untuk percambahan biji benih:

• Pelelasan (scarification)

Satu proses dimana kulit biji benih dirawat supaya biji benih telap air. Cara-caranya biasa dilakukan ialah membuang atau mengikis testa, merendam biji benih dalam asid atau air panas.

• Stratifikasi
Stratifikasi adalah proses melembutkan testa dengan meletakkan biji benih dalam timbunan pasir, tanah atau habuk papan yang basah pada suhu yang turun naik.


• Vernalisasi
Vernalisasi adalah satu proses menyebabkan biji-biji benih mengeluarkan hormon untuk percambahan dengan meletakkan biji benih pada suhu yang rendah.


• Pemeraman (fermentation)
Pemeraman adalah satu proses merendam biji benih ke dalam air atau menyimpannya dalam beg plastik yang diikat untuk menanggalkan selaput biji benih.



Menyemai Biji benih

a. Rawatan sebelum menyemai
Biji benih yang hendak disemai sebaik-baiknya dirawat terlebih dahulu bagi mengelakkan dari serangan penyakit terutama penyakit dari jenis kulat.



b. Medium Percambahan
Medium percambahan yang digunakan harus mempunyai ciri-ciri berikut:


• Mampu menyokong anak-anak benih,• Menyimpan air secukupnya• Mempunyai cukup rongga untuk pengudaraan dan penembusan akar• Bebas dari biji benih rumpai



c. Cara menyemai
Biji benih disemai mengikut saiznya. Terdapat perbezaan teknik menyemai untuk biji benih halus dan kasar.



  • Biji benih halus


1. Sediakan campuran tanah dan masukkan kedalam bekas semaian.
2. Siram bekas ini sehingga lembab.
3. Biji benih halus digaul dengan pasir halus dengan nisbah 1 bahagian benih : beberapa bahagian pasir halus dan kering untuk memudah dan meratakan taburan biji benih atas permukaan tanah.
4. Selepas ditabur, tutup biji benih dengan satu lapisan tanah peroi dan disiram.
5. Bekas menyemai boleh ditutup dengan gelas atau plastik lutsinar hingga benih bercambah.


  • Biji benih kasar


1. Sediakan medium percambahan, dan bekas semaian yang sesuai.2. Pilih biji benih yang bernas dengan merendamkannya di dalam air. Biji benih yang timbuldibuang. Semai secepat mungkin dengan menggunakan teknik yang betul.3. Setelah biji benih mengeluarkan 2-3 helai daun sebenar (true leaves) bolehlah diubah kedalam beg politena.


Sekian dulu tips kali ini. Jangan lupa like page Baja Milagro untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian.


-----------------------------------------------------------------Untuk dapatkan baja Milagro, hubungi ejen-ejen berhampiran anda sekarang!

Friday, January 24, 2020

TEKNIK GRAFTING ANAK POKOK DURIAN AGAR BERBUAH CEPAT DAN RENDAH





Artikel ini bertujuan untuk kongsikan cara mencantum (grafting) anak pokok durian melalui teknik cantuman baji.


Berikut adalah cara buat cantuman durian, lepas ni boleh la cuba buat.
































Nampak mudah kan?



Sekian dulu tips kali ini. Jangan lupa like page Baja Milagro untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian.


Kredit pic Impiana.


-----------------------------------------------------------------
Untuk dapatkan baja Milagro, hubungi ejen-ejen berhampiran anda sekarang!

Thursday, January 9, 2020

CARA MEMBUAT CANTUMAN TUT



Seringkali kita lihat pada pokok buah ataupun pokok-pokok bunga terdapat bonjolan yang dibalut dengan plastik putih yang diikat pada ranting kayu pokok.  Mungkin pada yang tidak tahu, pasti mereka ingatkan ia adalah satu teknik untuk merawat pokok daripada penyakit atau mungkin cara nak elak dari serangga? Bagi yang ingin tahu dan mahukan penjelasan yang jelas mengenai benda itu, perkongsian kali ini akan mendedahkan rasa ingin tahu anda.
Sebenarnya bonjolan dan kesan plastik yang diikat pada ranting pokok itu adalah satu kaedah secara cantuman untuk kita hasilkan anak pokok yang baru atau dengan kata yang mudah nak hasilkan anak pokok yang baru dari pokok yang asal.

Ia merupakan teknik pembiakan pokok yang mudah bagi pokok-pokok besar seperti buah-buahan dan pokok bunga. Terdapat beberapa kaedah pembiakan pokok, tetapi pada hari ini, admin akan menerangkan teknik cantuman tut atau marcotting

Teknik Cantuman Tut
Cara cantuman ini adalah sesuai untuk pokok yang berdahan keras seperti pokok buah-buahan. Pokok limau, rambutan, durian, buah tin dan lain-lain.  Kali ini saya akan ajar cara yang mudah untuk membuat tut pokok limau. Caranya sama boleh dipraktikkan pada pokok lain juga.
Peralatan yang diperlukan:
  1. Pisau belit
  2. Gunting

Bahan yang diperlukan:

  1. Hormon penggalak akar
  2. Tanah campuran
  3. Tali
  4. Plastik
  5. Cocopeat (sekiranya ada)
  6. Air

Langkah-langkah:

  1. Pilih dahan yang sihat dan tidak dijangkiti penyakit

  1. Kelar keliling dahan dan ke bawah mengunakan pisau dengan jarak 3-5 cm 
  1. Sapukan keliling kelaran dahan tadi dengan hormon pengalak akar

  1. Medium tanah dicampur dengan air sedikit dan digempalkan agar lembap dan tidak mudah kering apabila di balut dengan plastik.
  1. Tekupkan gempalan tanah tadi ke dahan yang telah disapu hormon.

  1. Letakkan cocopeat disekeliling gempalan tanah tadi, ia adalah bertujuan mengekalkan lagi kelembapan yang maksimun kepada tanah tadi.

  1. Kemudian, bungkuskan gempalan tadi dengan plastik

  1. Pastikan balutan plastik menutupi kesemua gempalan tanah tadi dan ikatkan dengan tali dengan kemas.

Cantuman ini menjadi sekiranya terdapat akar yang tumbuh penuh didalam bungkusan itu. Hasil selalunya dapat dilihat sekitar 4-8 minggu mengikut pada jenis pokok.
Apabila akar sudah kelihatan, kita boleh potong dibahagian bawah akar tersebut dan pindahkan tut ke dalam pasu atau bekas yang mengandungi tanah campuran. Letakkan pada tempat teduh untuk proses hardening.
Pemindahan perlulah dilakukan secara berhati-hati kerana akar masih tidak begitu kuat. Elakkan menekan pangkal tut apabila selesai menanam. Hanya perlu siram sahaja disekeliling.

selamat mencuba!

Kredit : MyAgri.com.my

Tuesday, December 10, 2019

CARA TANAM BAWANG PALING WIN!



Bawang merah ni kalau tiada di dapur masakan bini tidak berapa sedap kan... memang wajib ada untuk menambahkan lagi aroma masakan. Bawang merah dimasak dengan apa sahaja pastinya sedap dan menyelerakan terutama dicampur dengan Mee Sup Kota Belud!

Kegunaan lain bawang merah ni ialah daunnya boleh dicampurkan dengan sup untuk menaikkan lagi wangi sup tersebut. Kulit bawang merah pula boleh di dikumpul untuk dijadikan baja subur pada tanaman.




Bawang merah mudah ditanam di dalam pasu ataupun dalam botol terbuang, malah ada yang menanam bawang merah ni pada batang pokok pisang. Memang kreatif dan menjimatkan ruang.


Caranya buat lubang pada batang pisang tersebut, dan letakkan sedikit tanah pada lubang kemudian letakkan biji bawang, selepas beberapa minggu anda akan lihat daun bawang mula tumbuh. Daun bawang boleh digunakan untuk menu masakan anda.


Selain itu, bawang boleh disemai dalam tray telur. Mula-mula basahkan tray dengan air, masukkan bawang ke dalam, letak di tempat yang gelap. Spray atau siram dengan air setiap hari agar bawang tumbuh dengan cepat dan tidak kering.


 Untuk cara menanam dalam botol, lubangkan dahulu botol tersebut, masukkan bawang kedalam seperti dalam gambar dan tanah hitam campur cocopeat. Siram setiap hari.




Cara terakhir ialah melalui kaedah hidroponik menggunakan botol yang diisi dengan air dan baja Milagro, kat atas letak pasu semaian yang telah diisi tanah dan bawang, gunakan tali mop yang disambung dari lubang pasu kecil tadi ke dalam botol yang berisi air.


Mudah kan cara tanam bawang ni, tidak perlu ruang yang luas, hanya gunakan bahan terpakai. Paling best tak perlu beli bawang dan daun bawang di kedai lepas ni.


Selamat mencuba!



----------------------------------------------------------------------------
💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...