Anda nak bercuti?? Tapi risau tanaman anda mati??Apa yang akan terjadi kepada tanaman kesayangan anda?? Adakah anda sanggup untuk tidak pulang ke kampung halaman sewaktu cuti perayaan kerana takut tanaman anda mati?Jangan risau, pada hari ini saya akan kongsikan satu tips yang mudah dan murah yang anda boleh amalkan apabila anda ingin meninggalkan rumah dalam jangka masa beberapa ahari. Kaedah ini amat sesuai jika anda ingin meninggalkan rumah dan tanaman kesayangan anda dalam 3 hingga 4 hari. Tipnya adalah dengan menggunakan ..
SISTEM
PENGAIRAN TITISAN AIR
Kaedah ini merupakan penyelesaian yang
murah kerana hanya memerlukan botol plastik bagi setiap tanaman. Ianya sesuai
bagi anda yang berhasrat meninggalkan rumah dalam jangkamasa 3 hari hingga 4
hari.
Bagi tanaman berpasu, anda mungkin
memerlukan 2 botol plastik (contoh : botol air mineral 500 ml) untuk memastikan
air disebarkan secara sekata.
Langkah langkah yang perlu dilakukan:
2. Ambil botol mineral kosong tadi dan buka penutupnya, kemudian tebuk penutup tadi.(Buat lubang kecil, Isi botol plastik dengan air dan tutup semula dengan penutup yang telah ditebuk)
3. Korek tanah dalam pasu dan tanam botol plastik tadi dengan kedudukan tutup botol tertanam ke dalam tanah.
4. Selesai.
SISTEM TALI BASAH
Selain kaedah sistem titisan air, kaedah
ini merupakan antara salah satu penyelesaian yang anda boleh lakukan jika anda
mempunyai masalah untuk mendapatkan botol botol plastik untuk setiap tanaman
anda. Cara ini juga lebih murah dan mudah untuk dilakukan kerana hanya
memerlukan 1 tong air yang agak besar lebih kurang 5 hingga 6 litter isipadu
air. Ianya sesuai bagi anda yang berhasrat meninggalkan rumah dalam jangka masa
yang lebih lama. Jika anda rasa anda akan meninggalkan rumah dalam jangka masa
yang lebih lama, saiz tong air yang anda perlu gunakan perlulah lebih besar
sesuai dengan bilangan tanaman anda.
Langkah langkah yang perlu dilakukan:
1. Mula mula, sediakan tong air yang besar sesuai dengan bilangan tanaman anda dan bilangan hari yang anda akan tinggalkan tanaman kesayangan anda.
2. Sediakan tali yang jenis kain, yang boleh menyerap air. Jumlah tali yang perlu disediakan adalah mengikut jumlah tanaman yang anda ada. Setiap pasu memerlukan satu tali.
3. Isi kan tong air dengan penuh, untuk menggelakkan tali tadi terjatuh keluar, anda digalakkan untuk mengikat batu pada setiap hujung tali sebelum masukkan ke dalam tong air tadi.
4. Seterusnya, letakkan lagi satu hujung
tali kedalam tanah setiap pasu. Lembabkan tanah pasu anda dahulu sebelum
meletakkan tali tersebut. Tali tersebut akan menyerap air didalam tong untuk
disalurkan kedalam pasu.
No comments:
Post a Comment