Pemasuan Semula
Pemasuan semula dilakukan adalah bertujuan untuk mengantikan medium yang kurang subur dan pasu yang tidak sesuai dengan pertumbuhan pokok. Medium dan pasu baru yang disediakan akan memberi keadaan yang baik untuk pertumbuhan pokok bagi mendapatkan nutrient,
air dan pengudaraan akar.
Ciri-ciri tanaman hiasan yang memerlukan pemasuan semula:
Pertumbuhan yang kurang subur dan tidak segar dimana keadaan ini yang disebabkan oleh kandungan nutrient dalam medium berkurangan kerana telah diserap oleh pokok dalam pasu tersebut.
Pertumbuhan yang kurang subur dan tidak segar dimana keadaan ini yang disebabkan oleh kandungan nutrient dalam medium berkurangan kerana telah diserap oleh pokok dalam pasu tersebut.
- Medium dalam pasu berkeadaan padat yang bermaksud medium didalam keadaan mantap yang menyebabkan pernafasan akar terganggu dan akar sukar menembusi medium untuk menyerap nutrient.
- Pasu retak akibat pertumbuhan akar yang banyak dan padat. Saiz pasu tidak lagi sesuai dan memerlukan pasu yang lebih besar.
- Air siraman bertakung dipermukaan medium didalam pasu dan mengakibatkan air sukar untuk meresap dari keadaan medium yang padat.
- Akar padat dan kelihatan keluar dari lubang dasar pasu.
Tujuan Pemasuan Semula
- Bagi memudahkan tumbuhan menerima bekalan nutrient, air, kelembapan dan cahaya
- Untuk memudahkan pokok hiasan dialih ketempat yang hendak dihias
- Ia memudahkan kerja kerja penjagaan
Memilih Bekas Pasu yang sesuai untuk Pemasuan Semula
Pelbagai bekas boleh digunakan untuk kerja pemasuan semula tanaman hiasan seperti pasu seramik, pasu
tanah liat,
pasu plastik sabut kelapa, kotak kayu, bekas
terbuang dan tayar tayar terpakai. Semasa membuat pemilihan pasu untuk tujuan
pemasuan semula perkara berikut hendaklah di pertimbangkan :-
Saiz pasu yang lebih besar dari asal hendaklah digunakan bagi mengantikan pasu asal bagi menyediakan ruang untuk mengisi medium yang baru dan pertumbuhan akar asal bagi menyediakan ruang untuk mengisi medium yang baru dan pertumbuhan akar
- Pasu yang mempunyai lubang saliran di dasarnya bagi tujuan menyalirkan air siramanyang berlebihan dan mengelakkan air dari bertakung yang boleh menyebabkan kerosakan akar.
- Mudah untuk dibersihkan.
- Kelihatan lebih kemas dan menarik dari segi bentuk dan warnanya.
Memilih Pasu atau Bekas
Terdapat pelbagai jenis bekalan yang dapat dijadikan pasu seperti
pasu tanah liat, pasu plastik, pasu seramik, bekas terbuang, sabut kelapa,
tayar lama dan sebagainya .Perkara yang harus diambil kira semasa memilih pasu termasuklah :
a) Saiz Pasu
b) Berlubang Saliran
c) Berat Pasu
d) Lokasi Pasu
e) Mudah Dibersihkan
f) Menarik dan Kemas
Pasu tanah liat yang baru perlu direndam dalam air semalaman supaya
air memenuhi liang-liang roma pasu untuk mengelakkan pasu menyerap air dan hal
ini membantu mengekalkan kelembapan pada medium. Lubang saliran hendaklah ditutup dengan serpihan batu atau pasu kecil
.
Sumber : Tanaman Hiasan
💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?
Follow FB Group Geng Kebun Organik
No comments:
Post a Comment