Monday, October 5, 2020

DIY Pasu Gantung Bajet Yang Cantik Untuk Dirumah

Duduk dirumah kadang tak tahu nak buat apa. Haa masa camni la kita boleh cuba buat DIY dirumah untuk cantikkan kawasan perumahan. Sejuk mata memandang bila kita tengok setiap hari. Jadi harini nak tunjukkan cara buat pasu gantung untuk tanaman anda tanpa mengeluarkan modal yang banyak dengan hanya gunakan kayu palet.

Pasu-pasu pun akan nampak lebih tersusun bila digantung pada palet begini. Selain itu, memudahkan kalau nak alihkan. Angkat je palet. Bajet? Jangan risau. Tak tinggi mana bajetnya. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak susah sangat nak cari.


BAHAN - BAHAN DIPERLUKAN :


1 Palet
Pasu plastik - beli di kedai 2 ringgit
Tali guni untuk ikat pasu
Benih
Tanah secukupnya

JOM KITA BUAT SEKARANG!



Sediakan bahan-bahan iaitu palet, pasu, tali guni dan tanah serta biji benih. Pastikan benih sayur dah disemai awal. Pakukan kayu palet dan jadikan berbentuk segi empat tepat. Pastikan kukuh dan tahan kayu palet yang telah pun dipaku.

Setelah itu ,ikat pasu pada palet dengan menggunakan tali guni. Selepas selesai mengikat pasu, isikan pasu dengan tanah sesuai dengan tanaman. Seterusnya tanam benih yang dah disemai awal. Kalau nak semai terus benih sayur dalam tu pun boleh.


Kalau hobi anda semua memang suka berkebun , jangan lupa cuba buat dirumah! Kita geng!

Jom join group facebook Geng Kebun Organik 😍

No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...