Monday, October 12, 2020

Cara Tanam Herba Secara Kreatif. Dapur Jadi Cantik Dan Sangat Jimat!


Tanaman herba juga sesuai dijadikan pokok hiasan di ruang dapur dengan syarat ruang dapur kediaman anda ada sumber cahaya. Menariknya tanaman herba ini apabila di tanam di dalam bekas dan disusun rapi di ruang dapur akan menyuntik mood istimewa. Malah paling berbaloi bila kita melakukan idea ini kita dapat menjimatkan belanja dapur secara tidak langsung.

Dalam memilih tanaman herba yang sesuai dipraktikkan adalah seperti pokok pegaga, kesum, daun bawang, pudina, bawang putih, pandan dan beberapa jenis tanaman herba yang lainnya.

Sekiranya anda baru hendak berjinak-jinak untuk menanam tanaman herba, dinasihatkan mulakan dengan beberapa spesis herba sahaja dahulu. Kemudian apabila telah mahir barulah boleh hasilkan kebun ataupun garden kitchen dengan pelbagai gaya mengikut citarasa anda.

Sebenarnya menanam pokok-pokok herba ini bukan hanya sesuai ditanam di dalam pasu, malah jika lebih kreatif pelbagai jenis dan bentuk bekas boleh digunakan. Tidak dengan itu sahaja, malah boleh menggunakan apa-apa bekas terbuang yang terdapat di sekitar kediaman.

Antara idea menarik digayakan untuk tanaman herba diruangan dapur anda.

1. Botol Kosong


Olahan bekas daripada botol pelbagai warna apabila dijadikan bekas tanaman herba dan diletakkan di kawasan dapur nampak cantik dan menarik.

2. Penyagat Keju


Satu lagi idea cukup kreatif, apabila menggunakan penyagat keju sebagai sebagai bekas tanaman herba dan digantung pula bertingkat di ruangan dinding. Cukup mempersona!

3. Tin Susu


Susu yang habis digunakan, tinnya jangan dibuang. Sebaiknya jadikan sebagai bekas untuk menanam herba. Tampak begitu kreatif apabila diserikan bersama saduran cat atau pun ikatan reben bagi mencipta identiti berbeza.

4. Cawan


Pilihan cawan atau mug juga dijadikan bekas tanaman yang unik. Sama ada memilih dalam rona sekata atau berbeza corak, tetap memberi gaya dekorasi ruangan dapur tersendiri.

5. Bongkah Kayu


Menarik juga dihadirkan diruang dapur. Bongkah kayu diilhamkan ringkas dan alangkah bagusnya jika turut di label nama tanaman tersebut. Ini secara tidak lansung anak-anak dengan sendirinya dapat mengenali pelbagai jenis tanaman herba dari dapur kediaman anda.

Kalau hobi anda semua memang suka berkebun , sukakan tanaman boleh cuba buat dirumah! Kita geng!

Jom join group facebook Geng Kebun Organik 😍

No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...