Monday, October 26, 2020

(VIDEO) Menanam Menggunakan Batang Pisang Sebagai Media Semaian Untuk Biji Benih

Semua orang berkebun sekarang ni. Walau punya ruang sekangkang kera, tiada halangan untuk bercucuk tanam. Kita akan mulakan dengan proses semaian. Semaian tanaman ialah kawasan pembiakan anak benih atau keratan, dan penjagaan awal sebelum dipindahkan ke ladang atau dijual. Kawasan ini biasanya dilindungi dengan jaring plastik atau pokok teduhan untuk mengelakkan cahaya langsung matahari. Kawasan ini biasanya dilengkapi dengan sistem penyiraman. Selalunya ia membekalkan keperluan tanaman hiasan kepada institusi atau ladang peribadi. Jenis media semaian yang biasa kita gunakan adalah seperti rockwool,cocopeat atau serkam padi.

Seperti perkongsian dari Youtube Baja Milagro. Hanya menggunakan batang pisang sahaja boleh berjaya dijadikan sebagai media semaian untuk biji benih. Bukan sahaja menjimatkan tapi disamping itu dapat memudahkan proses penyemaian itu.


Nak tahu lebih lagi mengenai tanaman mari tengok di Youtube Baja Milagro. Boleh tambah lagi ilmu berkaitan tanaman.

Kalau hobi anda semua memang suka berkebun , sukakan tanaman boleh cuba buat dirumah! Kita geng!

Jom join group facebook Geng Kebun Organik 😍

No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...