Tuesday, June 1, 2021

5 CARA DAPATKAN ANAK POKOK PISANG YANG BANYAK MENGGUNAKAN BONGGOL PISANG DENGAN MUDAH


 Pokok pisang merupakan tanaman yang popular dan mudah dijumpai di Malaysia. Kebanyakan tanaman pisang di tanam secara komersial dan kecil-kecilan oleh peladang dan pekebun kecil. Disebabkan oleh permintaan pisang yang tinggi ia menjadi antara tanaman penting di Malaysia. Kebanyakan pisang yang dimakan hari ini merupakan keturunan daripada Musa acuminata dan Musa balbisianaPisang adalah sekumpulan tanaman berbuah dan herba yang diketahui berasal dari kawasan tropika. 

    Berdasarkan kajian, tanaman pisang dianggap berasal dari rantau Asia Tenggara, terutama semenanjung Tanah Melayu, Filipina dan India. Tumbuhan ini juga dikelaskan sebagai tanaman monokot atau biji tunggal. Pisang bukanlah pokok kayu kerana tidak mempunyai batang kayu. Salah satu keunikan tanaman ini ialah menghasilkan buah dalam jumlah banyak.

    Pisang adalah buah yang sangat berkhasiat yang merupakan sumber vitamin, mineral dan karbohidrat yang bagus. Antara kelebihan dan khasiat nya ialah:
1. Mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 
2. Kulit pisang dapat digunakan untuk membuat cuka melalui proses penapaian alkohol dan cuka 
3. Menurunkan tekanan darah
4. Mengatasi masalah sembelit
5. Memberi tenaga dengan segera
6. Mengurangkan cirit-birit

    Untuk menanam pokok pisang, cara yang mudah ialah kita menggunakan anak pokok pisang yang tumbuh di tepi pokok pisang.


    
    Ia menjadi kebiasaan untuk petani dan pekebun-pekebun kecil untuk pokok pisang tumbuh dengan banyak dan cepat. Ia sesuai untuk pekebun kecil sahaja untuk kaedah ini kerana ia tidak memerlukan kuantiti anak pokok pisang yang banyak. Untuk mereka yang mempunyai ladang kaedah yang sesuai untuk menanam pokok pisang ialah dengan menggunakan bonggol pisang.


    Kebiasaan, dari bonggol yang telah di tebang pokok nya untuk tujuan di tuai,
ia mampu menghasilkan lebih daripada 5 anak pokok dalam satu masa. Namun ia bergantung kepada jenis dan saiz bonggol pisang.


CARA-CARA

Berikut adalah cara-cara penghasilan anak pokok pisang dari bonggol nya.
1. Pilih bonggol pisang yang sihat dan bersihkan dari segala kotoran.

    Kenapa kita perlu ambil bonggol pisang yang sihat? Ia untuk mengelakkan anak pokok yang kita tanam bebas daripada penyakit. Pokok pisang sangat mudah dan sensitif untuk terkena serangan penyakit. Penyakit yang popular mudah dijangkiti pokok pisang ialah pokok layu akibat bakteria yang menyerang batang dan daun pokok pisang. Daun pokok pisang menjadi kuning dan bertukar coklat dan menyebabkan dahan layu dan mati. Menyebabkan tempoh pengeluaran hasil menjadi lambat. Jadi pastikan akar bonggol pisang tidak diserang bakteria Ralstonia solanacearum. Macam mana anda nak tahu diserang bakteria? Pastikan bonggol yang kita ambil daripada pokok pisang yang sihat dan daun tidak kekuningan atau layu. Kebiasaannya, bonggol pisang juga akan layu.

2. Potong bonggol pisang mengikut kesesuaian mata tunas. Kebiasaannya, saiz yang digunakan adalah 12 x 12cm.

    Pastikan pisau atau parang yang anda gunakan untuk memotong tajam dan bersih. Maksud bersih di sini ialah alatan memotong bebas daripada sebarang penyakit daripada tanaman lain untuk mengelakkan bonggol pisang dijangkiti


3. Bonggol yang telah siap dipotong tadi direndam ke dalam larutan anti fungus, dan racun serangga selama 15 minit

    Kenapa perlu direndam ke dalam larutan anti fungus? Ia untuk menghapuskan fungus atau bakteria yang ada pada bonggol pisang tersebut. Elakkan akar pokok dijangkiti penyakit dan menyebabkan tanaman mati
Jumlah larutan perlu mengikut sukatan yang telah ditetapkan.


4. Benih yang telah direndam boleh ditoskan dan terus disemai ke dalam medium semaian.
Pastikan benih tidak terlalu basah semasa disemai atau ditanam

    Untuk medium semaian bonggol pisang, ia memerlukan tanah yang mempunyai saliran yang baik. Oleh itu, medium serbaguna yang telah siap perlu dicampur dengan pasir pada nisbah 1:1. Jangan lupa campurkan baja Milagro pada medium tanaman anda sebanyak 1 sudu teh dan gaulkan dengan sebati.

5. Semaian perlu disimpan di bawah tempat tertutup untuk tempoh 1 bulan. 

    Setelah 1 bulan, pindahkan ke tempat terbuka. Setelah anak pokok berusia 3 bulan, barulah ia sesuai ditanam terus di tempat kekal.



    Antara tip penting tanaman pokok pisang yang ramai tak tahu! Macam mana kita nak dapatkan buah yang sihat, subur dan banyak. Ini dia tips penting yang mudah kita praktikkan:

1. Selepas 3 bulan anak pokok pisang membesar dan kita pindahkan di kawasan yang luas (Kawasan tanaman).
2. Jika jantung pisang sudah keluar kita boleh cantas daun pokok pisang di bahagian bawah. Kita tinggalkan 5-6 helai daun pisang.
3. Bila jantung pisang sudah dibuang, cantas daun pisang juga. Tinggalkan 4 helai daun pisang.
4. Apabila ada 2-3 daun layu, buah pisang boleh dipetik dan bahagian atas pokok pisang boleh dipotong.
5. Tinggalkan separuh bahagian batang pokok pisang untuk menggalakkan tunas baru tumbuh. Mengapa perlu dicantas daun tersebut? Tujuan nya adalah untuk:

    Untuk mempercepatkan proses pokok berbuah dengan cepat, mengurangkan persaingan nutrien yang diperlukan oleh buah dan daun pokok pisang dan menjadikan pokok pisang mengeluarkan hasil yang sihat dan subur.

Haa ada yang tahu tak tips penting ni! Mesti ada yang baru tahu kan. Kita geng! Jom kita bercucuk tanam.

Jom join Facebook page kami di Geng Kebun Organik 😊


No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...