Halia merupakan sejenis tumbuhan yang digunakan dalam masakan sebagai rempah yang berakar dan mempunyai khasiat tersendiri untuk kesihatan dan perubatan kepada tubuh badan manusia. Pada zaman dinasti China, halia digunakan sebagai ubat untuk loya, membantu kawal kolestrol dan mengawal kesakitan haid.
Halia disebut dalam Al-quran Surah Al-insan ayat (Q:76:17), firman Allah yang bermaksud “Dan mereka dalam syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya halia (zanjabil) ”. Fungsi halia dalam masakan adalah memberikan aroma dan penyedap dalam masakan. Tetapi ianya juga memberi manfaat untuk manusia. Antara khasiat yang terdapat dalam halia sebagai ubat ialah:
Merawat kembung perut dan sakit perut
Membantu penghadaman makanan lebih lancar
Membantu mengeluarkan angin dalam badan
Mengekalkan peredaran darah secara normal
Membantu meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam usus (merangsang rembesan enzim gastrik dan enzim pankreas yang bantu penyerapan nutrien).
Mencegah demam dan selsema
Mencegah barah usus
Mnegurangkan kesakitan dan keradangan
Melawan masalah pernafasan
Menguatkan imuniti
mengurangkan risiko strok dengan cara menghalang lemak melekat pada arteri
Untuk jus halia ianya dapat menghilangkan lendir dan kahak
Kebanyakannya, halia yang dibeli tidak digunakan kesemuanya. Ada yang kecut sebab terlalu lama disimpan di dalam peti ais yang bersuhu sejuk. Jika ada halia yang disimpan sudah mengeluarkan tunas anda boleh tanam menggunakan tunas tersebut sebagai benih untuk tanaman halia.
Cara tanam halia yang paling mudah dipraktikkan:
Cuci halia dan potong halia mengikut mata tunas yang sudah tumbuh
Perlu potong tanpa melukakan tunas halia
Pastikan alatan pemotong bebas daripada patogen seperti bakteria, fungus dan sebagainya
Kerana ia akan bertindak balas terhadap permukaan halia yang terbuka selepas dipotong
Potong halia seperti di dalam gambar di bawah:
Rendamkan halia kedalam air bancuhan racun kulat selama 1-2 hari
Racun kulat menggunakan ‘Dithane NT’. Bancuh racun menggunakan sukatan yang disyorkan.
Racun kulat berfungsi untuk membunuh kulat atau fungi yang ada pada halia
Dengan rendaman juga melembapkan kulit halia dan menggalakkan pertumbuhan akar lebih mudah untuk keluar daun baru dan membuat proses fotosintesis untuk pokok membesar
Jika tidak mahu rendam boleh pakai ‘hormon penggalak akar’ sebagai penggalak untuk akar tumbuh lebih cepat dan mengelakkan pokok terbantut
Ada dua jenis hormon penggalak akar iaitu dari segi serbuk atau cecair.
Anda nak bancuh sendiri pun boleh untuk DIY hormon penggalak akar ini. Hanya gunakan bahan-bahan di dapur sahaja.
Keringkan halia selama setengah hari (tidak terlalu kering)
Mengelakkan jangkitan kulat pada halia kerana kulat akan cepat tumbuh dalam keadaan lembap
Keringkan dengan cara menyelerakkan halia untuk proses pengeringan di bawah cahaya matahari
Tanamkan ke dalam pasu atau polibeg dengan media tanaman yang sesuai
Tanah atas (top soil), sabut kelapa (cocopeat) dan baja Milagro. Menggunakan nisbah 2:1:1.
Fungsi sabut kelapa ialah sebagai bio udara kepada tanah dengan memberikan pengudaraan yang baik untuk tumbesaran akar dan tanaman. Campuran dalam cocopeat mempunyai perlite untuk mengurangkan masalah pengudaraan akar.
2 scope untuk tanah, 1 scope untuk sabut kelapa dan 1 sudu untuk baja Milagro. Campurkan ke semua media tanaman dengan sebati.
Masukkan ke dalam polibeg ¾ dengan saiz polibeg 16 inci x 16 inci.
Manakala pasu perlu berisipadu 15Liter ke atas dengan ketinggian pasu 30 cm dan ukurlilit 25cm agar akar halia dapat berkembang dengan bagus.
Buatkan lubang sebesar 2 inci dibahagian tengah polibeg.
Masukkan halia ke dalam tanah dan timbuskan dengan tanah. Jangan timbus terlalu dalam untuk mengelakkan tunas halia terhalang untuk membesar
Tunas juga memerlukan cahaya matahari untuk pertumbuhan daun baru bagi proses membuat makanan (fotosintesis).
Siramkan halia yang baru ditanam dan letakkan di tempat yang teduh untuk 1 - 2 minggu.
Selepas 2 minggu tunas pokok mula tumbuh dan pokok halia hasilkan daun yang baru, pindahkan pokok ke tempat tanaman yang terdedah kepada cahaya matahari.
Siram pokok halia sebanyak 2 kali sehari (pagi dan petang) dan membaja pokok sebanyak 2 minggu sekali.
Halia adalah tanaman yang banyak memerlukan baja berbanding tanaman lain.
Sebelum membaja pastikan tanah perlu digemburkan dahulu dan buangkan rumput yang tumbuh di kawasan tanaman. Jumlah untuk membaja ialah sebanyak 1 sudu teh dengan menggunakan baja MilAgro.
Pastikan siram pokok halia di kawasan tanah tanaman dan air mengalir dengan lancar melalui lubang polibeg.
Tujuannya adalah untuk mengelakkan air bertakung di dalam polibeg dan menyebabkan pokok mati.
Dengan simptom daun pokok halia kekuningan.Ini akan menyebabkan pokok tidak dapat melakukan proses fotosintesis dengan lancar untuk memberikan makanan kepada pokok dan menyebabkan pokok terbantut dan mati.
Menanam halia di dalam pasu atau polibeg sangat sesuai untuk suri rumah atau pekebun kecil. Selain itu, jika tiada kawasan tanah yang luas untuk menanam juga boleh menggunakan cara ini. Tiada halangan untuk mereka yang duduk dikawasan rumah untuk bercucuk tanam jika tidak mempunyai tanah untuk menanam.
Anda minat menanam. Jom kita bercucuk tanam di laman rumah 😊
Anda suka bercucuk tanam! Kita geng! Jom join group facebook GengKebunOrganik😍 untuk anda tau lebih banyak tips tanaman yang dapat memberi manfaat kepada semua.
No comments:
Post a Comment