Showing posts with label kebaikan. Show all posts
Showing posts with label kebaikan. Show all posts

Tuesday, March 24, 2020

PEMASUAN SEMULA




Tanaman hiasan memerlukan medium pemasuan yang kaya dengan nutrient untuk tumbuh dengan subur dan cantik. Kesuburan tanaman hiasan akan terganggu apabila nutrient di dalam pasu yang telah diambil oleh tanaman tidak digantikan semula. Seterusnya, ruang didalam pasu turut menjadi padat disebabkan pertambahan bilangan akar yang tumbuh. Keadaan ini memerlukan kerja–kerja pemasuan semula tanaman hiasan dijalankan. Hal yang demikian bertujuan untuk menyediakan kembali keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan pokok dengan sihat.


Pemasuan Semula

Pemasuan semula dilakukan adalah bertujuan untuk mengantikan medium yang kurang subur dan pasu yang tidak sesuai dengan pertumbuhan pokok. Medium dan pasu baru yang disediakan akan memberi keadaan yang baik untuk pertumbuhan pokok bagi mendapatkan nutrient, air dan pengudaraan akar.


Ciri-ciri tanaman hiasan yang memerlukan pemasuan semula:

Pertumbuhan yang kurang subur dan tidak segar dimana keadaan ini yang disebabkan oleh kandungan nutrient dalam medium berkurangan kerana telah diserap oleh pokok dalam pasu tersebut. 
  • Medium dalam pasu berkeadaan padat yang bermaksud medium didalam keadaan mantap yang menyebabkan pernafasan akar terganggu dan akar sukar menembusi medium untuk menyerap nutrient.
  • Pasu retak akibat pertumbuhan akar yang banyak dan padat. Saiz pasu tidak lagi sesuai dan memerlukan pasu yang lebih besar.
  • Air siraman bertakung dipermukaan medium didalam pasu dan mengakibatkan air sukar untuk meresap dari keadaan medium yang padat.
  • Akar padat dan kelihatan keluar dari lubang dasar pasu.

Tujuan Pemasuan Semula
  • Bagi memudahkan tumbuhan menerima bekalan nutrient, air, kelembapan dan cahaya
  • Untuk memudahkan pokok hiasan dialih ketempat yang hendak dihias
  • Ia memudahkan kerja kerja penjagaan

Memilih Bekas Pasu yang sesuai untuk Pemasuan Semula

Pelbagai bekas boleh digunakan untuk kerja pemasuan semula tanaman hiasan seperti pasu seramik, pasu tanah liat, pasu plastik sabut kelapa, kotak kayu, bekas terbuang dan  tayar tayar terpakai. Semasa membuat pemilihan pasu untuk tujuan pemasuan semula perkara berikut hendaklah di pertimbangkan :-

Saiz pasu yang lebih besar dari asal hendaklah digunakan bagi mengantikan pasu asal bagi menyediakan ruang untuk mengisi medium yang baru dan pertumbuhan akar asal bagi menyediakan ruang untuk mengisi medium yang baru dan pertumbuhan akar
  • Pasu yang mempunyai lubang saliran di dasarnya bagi tujuan menyalirkan air siramanyang berlebihan dan mengelakkan air dari bertakung yang boleh menyebabkan kerosakan akar.
  • Mudah untuk dibersihkan.
  • Kelihatan lebih kemas dan menarik dari segi bentuk dan warnanya.

Memilih Pasu atau Bekas


Terdapat pelbagai jenis bekalan yang dapat dijadikan pasu seperti pasu tanah liat, pasu plastik, pasu seramik, bekas terbuang, sabut kelapa, tayar lama dan sebagainya .Perkara yang harus diambil kira semasa memilih pasu termasuklah :

   a) Saiz Pasu
   b) Berlubang Saliran
   c) Berat Pasu
   d) Lokasi Pasu
   e) Mudah Dibersihkan
   f) Menarik dan Kemas

Pasu tanah liat yang baru perlu direndam dalam air semalaman supaya air memenuhi liang-liang roma pasu untuk mengelakkan pasu menyerap air dan hal ini membantu mengekalkan kelembapan pada medium. Lubang saliran hendaklah ditutup dengan serpihan batu atau pasu kecil .



Sumber : Tanaman Hiasan






💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik



Tuesday, December 10, 2019

KEBAIKAN BETIK KEPADA KESIHATAN YANG WAJIB ANDA TAHU



Betik, antara buah yang memang sedap dan enak di makan terutamanya ketika sejuk. Kalau orang dulu kala, mereka akan amalkan makan betik seminggu sekali. Sebab tu pokok betik antara tanaman wajib di belakang rumah.

Nak tahu apa khasiatnya:



1. Mengubati sembelit dan buasir


Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.



2. Mencegah batu karang


Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.



3. Sebagai tonik tambahan


Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.



4. Mengubati sakit-sakit otot


Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.



5. Merawat masalah kulit

Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.



6. Mengubati tumit pecah-pecah


Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.



7. Ulam-ulaman


Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin. Buah betik mentah (yang masih hijau) enak jika dibuat kerabu.



8. Merawat Hemoroid


Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.



9. Kaya dengan vitamin C


Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.



10. Kaya dengan vitamin A


Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.





💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...