Showing posts with label peria. Show all posts
Showing posts with label peria. Show all posts

Thursday, December 19, 2019

8 KHASIAT PERIA UNTUK KESIHATAN

Jom kenali khasiat peria.
Sayur peria memang terkenal dengan rasanya yang pahit. Tapi, sekiranya kena dengan cara masakan, peria yang pahit ini boleh bertukar menjadi satu hidangan lauk yang lazat.
Peria di Malaysia kebiasannya terdapat 2 jenis. Satu jenis bentuknya panjang dengan warna hijau muda dan satu jenis lagi juga dikenali dengan  nama ‘peria katak’  iaitu yang lebih kecil saiznya dan berwarna hijau tua.
Imej via akufisio
Orang tua-tua dahulu selalu menyebut bahawa makanan yang pahit adalah ubat dan penawar kepada penyakit. Oleh sebab itu, ia bagus diamalkan.
8 Khasiat Peria Untuk Kesihatan
1. Kawal Gula Dalam Darah
Imej via thyroidadvisor
Peria digunakan terutamanya sebagai terapi alternatif untuk menurunkan tahap gula dalam darah pada pesakit dengan diabetes mellitus jenis 2. Ia adalah sayur yang hebat dan popular untuk mengatasi masalah kencing manis melalui ubat alternatif.
2. Menguatkan Imunisasi Badan
Mengamalkan peria dalam diet harian dapat membantu anda cepat sembuh daripada penyakit dan mengurangkan risiko anda terhadap jangkitan. Peria kaya dengan antioksidan yang membentuk sistem pertahanan yang kuat untuk melawan virus.
Sayuran ini kaya dengan vitamin C, iaitu salah satu antioksidan yang kuat. Antioksidan berfungsi untuk menyerang radikal bebas dalam tubuh dan menghilangkan sebatian lain yang berbahaya yang boleh menyebabkan risiko penyakit.
3. Mengurangkan Risiko Asma
Peria juga boleh membantu mengurangkan gejala yang disebabkan oleh keadaan pernafasan seperti asma dan bronkitis. Peria mempunyai ciri anti-histamin, anti-radang, dan anti-virus, yang menjadikannya sebagai makanan tambahan yang ideal untuk mengekalkan pernafasan yang baik.
Ia juga membantu anda untuk tidur lena.
4. Kesihatan Kulit
Perubatan Cina tradisional dan Ayurveda telah menggunakan peria sebagai rawatan untuk penyakit kulit selama berabad-abad lamanya. Sebatian antifungus dan antibakteria yang terdapat pada peria melawan pelbagai jangkitan kulit termasuk kudis buta, dan juga psoriasi. Peria membantu menghentikan aktiviti guanylate cyclase yang bertanggungjawab untuk memburukkan lagi penyakit psoriasis.
Sapukan krim yang diekstrak dari peria ke kawasan kulit yang terjejas untuk mengurangkan bengkak dan kerengsaan.
5. Mengurangkan Tahap Kolesterol
Imej via dailyhealthpost
Peria juga digunakan secara meluas untuk membantu menurunkan tahap kolesterol yang tinggi. Hal ini dapat menghalang risiko pembentukan plak atherosclerosis di dinding arteri, seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung, penyakit jantung, dan strok.
6. Kesihatan Tulang
Peria juga kaya dengan Vitamin K, iaitu nutrien penting yang berperanan dalam mengawal pembekuan darah normal. Selain itu, vitamin K juga membantu pengagihan kalsium di seluruh badan. Hal ini meningkatkan ketumpatan tulang dan mengurangkan risiko kerapuhan tulang. Individu yang mempunyai osteoporosis sangat digalakkan untuk amalkan pemakanan yang mengandung vitamin K seperti peria.
Kekurangan vitamin K boleh menyebabkan keretakan tulang, mudah lebam, kerosakan sistem pembekuan darah dan pendarahan haid yang berlebihan.
7. Menghalang Pertumbuhan Sel Kanser
Radikal bebas mencari dan memusnahkan sel-sel yang sihat. Ia juga mempercepatkan penuaan dan menyebabkan banyak komplikasi termasuk kanser.
Peria kaya dengan antioksidan yang memerangi kesan radikal bebas serta meningkatkan imunisasi dengan mewujudkan pertahanan yang kuat untuk melawan penyakit. Antioksidan juga bersifat anti-kanser dan anti-karsinogen.
Ujian klinikal terkini dan kajian farmakologi memperlihatkan hubungan antara amalan pemakanan peria dan pengurangan tumor pada individu yang menghidap kanser payudara, serviks dan prostat.
Terdapat satu kajian lain yang dijalankan untuk menguji peranan peria dalam pencegahan kanser, sebagai alternatif kepada rawatan kemoterapi.
Kesan Sampingan Peria
Amalan pemakanan peria adalah selamat bagi kebanyakkan individu dalam jangka masa yang pendek iaitu selama 3 bulan. Namun ada juga yang mengalami ketidakselesaan perut ketika mengamalkan peria. Namun begitu, keselamatan untuk jangka masa panjang tidak dapat dipastikan kerana tiada kajian terperinci untuk mengesahkannya.
Namun begitu, langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh golongan tertentu untuk mengelakkan kemungkinan risiko-risiko yang boleh berlaku.

Kehamilan Dan Penyusuan Susu Ibu


Peria berkemungkinan tidak sesuai dimakan oleh ibu hamil. Ini kerana, bahan kimia tertentu dalam peria mungkin akan menyebabkan pendarahan dan keguguran. Namun begitu, kesan sampingan terhadap ibu menyusu tidak dapat diketahui kesahihannya. Untuk keselamatan, adalah lebih baik sekiranya ibu menyusu juga mengelakkan amalan pemakanan peria.

Diabetes

Peria boleh menurunkan tahap gula dalam darah. Sekiranya anda menghidap diabetes dan mengambil ubat-ubatan untuk menurunkan gula darah anda, amalan pemakanan peria mungkin membuat penurunan gula darah anda terlalu rendah.
Oleh itu, anda perlu memantau tahap gula dalam darah anda secara teliti. Namun, adalah lebih baik, anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkannya.

Pembedahan

Terdapat kebimbangan bahawa peria mungkin mengganggu kawalan gula darah semasa dan selepas pembedahan. Berhenti memakan peria sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh pembedahan anda.
Kesimpulan
Walaupun rasa peria tersangat pahit, namun khasiatnya banyak untuk kesihatan kita. Ia terkenal sebagai penawar kencing manis kerana bertindak seolah-olah insulin dalam badan. Ia juga selamat diamalkan dalam jangka masa yang pendek.
Namun, bagi mereka yang menghidap penyakit, adalah disarankan agar anda berbincang dengan doktor anda sebelum anda mengamalkan peria sebagai alternatif rawatan penyakit anda.
Rujukan:

  1. Karangkraf
  2. Naturalfoodseries
  3. Webmd

--------------------------------------------------------------------
💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman? 
Follow FB Group Geng Kebun Organik

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...