Showing posts with label kegunaan. Show all posts
Showing posts with label kegunaan. Show all posts

Thursday, December 19, 2019

8 KHASIAT PERIA UNTUK KESIHATAN

Jom kenali khasiat peria.
Sayur peria memang terkenal dengan rasanya yang pahit. Tapi, sekiranya kena dengan cara masakan, peria yang pahit ini boleh bertukar menjadi satu hidangan lauk yang lazat.
Peria di Malaysia kebiasannya terdapat 2 jenis. Satu jenis bentuknya panjang dengan warna hijau muda dan satu jenis lagi juga dikenali dengan  nama ‘peria katak’  iaitu yang lebih kecil saiznya dan berwarna hijau tua.
Imej via akufisio
Orang tua-tua dahulu selalu menyebut bahawa makanan yang pahit adalah ubat dan penawar kepada penyakit. Oleh sebab itu, ia bagus diamalkan.
8 Khasiat Peria Untuk Kesihatan
1. Kawal Gula Dalam Darah
Imej via thyroidadvisor
Peria digunakan terutamanya sebagai terapi alternatif untuk menurunkan tahap gula dalam darah pada pesakit dengan diabetes mellitus jenis 2. Ia adalah sayur yang hebat dan popular untuk mengatasi masalah kencing manis melalui ubat alternatif.
2. Menguatkan Imunisasi Badan
Mengamalkan peria dalam diet harian dapat membantu anda cepat sembuh daripada penyakit dan mengurangkan risiko anda terhadap jangkitan. Peria kaya dengan antioksidan yang membentuk sistem pertahanan yang kuat untuk melawan virus.
Sayuran ini kaya dengan vitamin C, iaitu salah satu antioksidan yang kuat. Antioksidan berfungsi untuk menyerang radikal bebas dalam tubuh dan menghilangkan sebatian lain yang berbahaya yang boleh menyebabkan risiko penyakit.
3. Mengurangkan Risiko Asma
Peria juga boleh membantu mengurangkan gejala yang disebabkan oleh keadaan pernafasan seperti asma dan bronkitis. Peria mempunyai ciri anti-histamin, anti-radang, dan anti-virus, yang menjadikannya sebagai makanan tambahan yang ideal untuk mengekalkan pernafasan yang baik.
Ia juga membantu anda untuk tidur lena.
4. Kesihatan Kulit
Perubatan Cina tradisional dan Ayurveda telah menggunakan peria sebagai rawatan untuk penyakit kulit selama berabad-abad lamanya. Sebatian antifungus dan antibakteria yang terdapat pada peria melawan pelbagai jangkitan kulit termasuk kudis buta, dan juga psoriasi. Peria membantu menghentikan aktiviti guanylate cyclase yang bertanggungjawab untuk memburukkan lagi penyakit psoriasis.
Sapukan krim yang diekstrak dari peria ke kawasan kulit yang terjejas untuk mengurangkan bengkak dan kerengsaan.
5. Mengurangkan Tahap Kolesterol
Imej via dailyhealthpost
Peria juga digunakan secara meluas untuk membantu menurunkan tahap kolesterol yang tinggi. Hal ini dapat menghalang risiko pembentukan plak atherosclerosis di dinding arteri, seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung, penyakit jantung, dan strok.
6. Kesihatan Tulang
Peria juga kaya dengan Vitamin K, iaitu nutrien penting yang berperanan dalam mengawal pembekuan darah normal. Selain itu, vitamin K juga membantu pengagihan kalsium di seluruh badan. Hal ini meningkatkan ketumpatan tulang dan mengurangkan risiko kerapuhan tulang. Individu yang mempunyai osteoporosis sangat digalakkan untuk amalkan pemakanan yang mengandung vitamin K seperti peria.
Kekurangan vitamin K boleh menyebabkan keretakan tulang, mudah lebam, kerosakan sistem pembekuan darah dan pendarahan haid yang berlebihan.
7. Menghalang Pertumbuhan Sel Kanser
Radikal bebas mencari dan memusnahkan sel-sel yang sihat. Ia juga mempercepatkan penuaan dan menyebabkan banyak komplikasi termasuk kanser.
Peria kaya dengan antioksidan yang memerangi kesan radikal bebas serta meningkatkan imunisasi dengan mewujudkan pertahanan yang kuat untuk melawan penyakit. Antioksidan juga bersifat anti-kanser dan anti-karsinogen.
Ujian klinikal terkini dan kajian farmakologi memperlihatkan hubungan antara amalan pemakanan peria dan pengurangan tumor pada individu yang menghidap kanser payudara, serviks dan prostat.
Terdapat satu kajian lain yang dijalankan untuk menguji peranan peria dalam pencegahan kanser, sebagai alternatif kepada rawatan kemoterapi.
Kesan Sampingan Peria
Amalan pemakanan peria adalah selamat bagi kebanyakkan individu dalam jangka masa yang pendek iaitu selama 3 bulan. Namun ada juga yang mengalami ketidakselesaan perut ketika mengamalkan peria. Namun begitu, keselamatan untuk jangka masa panjang tidak dapat dipastikan kerana tiada kajian terperinci untuk mengesahkannya.
Namun begitu, langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh golongan tertentu untuk mengelakkan kemungkinan risiko-risiko yang boleh berlaku.

Kehamilan Dan Penyusuan Susu Ibu


Peria berkemungkinan tidak sesuai dimakan oleh ibu hamil. Ini kerana, bahan kimia tertentu dalam peria mungkin akan menyebabkan pendarahan dan keguguran. Namun begitu, kesan sampingan terhadap ibu menyusu tidak dapat diketahui kesahihannya. Untuk keselamatan, adalah lebih baik sekiranya ibu menyusu juga mengelakkan amalan pemakanan peria.

Diabetes

Peria boleh menurunkan tahap gula dalam darah. Sekiranya anda menghidap diabetes dan mengambil ubat-ubatan untuk menurunkan gula darah anda, amalan pemakanan peria mungkin membuat penurunan gula darah anda terlalu rendah.
Oleh itu, anda perlu memantau tahap gula dalam darah anda secara teliti. Namun, adalah lebih baik, anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkannya.

Pembedahan

Terdapat kebimbangan bahawa peria mungkin mengganggu kawalan gula darah semasa dan selepas pembedahan. Berhenti memakan peria sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh pembedahan anda.
Kesimpulan
Walaupun rasa peria tersangat pahit, namun khasiatnya banyak untuk kesihatan kita. Ia terkenal sebagai penawar kencing manis kerana bertindak seolah-olah insulin dalam badan. Ia juga selamat diamalkan dalam jangka masa yang pendek.
Namun, bagi mereka yang menghidap penyakit, adalah disarankan agar anda berbincang dengan doktor anda sebelum anda mengamalkan peria sebagai alternatif rawatan penyakit anda.
Rujukan:

  1. Karangkraf
  2. Naturalfoodseries
  3. Webmd

--------------------------------------------------------------------
💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman? 
Follow FB Group Geng Kebun Organik

Monday, July 8, 2019

DAUN DURIAN BELANDA PALING KUAT MELAWAN KANSER. BEGINI CARANYA...



Durian belanda adalah buah-buahan yang senang ditanam dan cepat berbuah. Anggaran lebih kurang 2-3 tahun pokok dah mula berbuah. Tapi tahukah anda bahawa daun durian belanda sangat-sangatlah berkesan untuk merawat penyakit kanser dengan izin-Nya.


Ambil 10 helai daun durian belanda yang telah tua tapi sihat dan tidak dijangkiti penyakit. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air yang bersih. Tunggu sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum air yang telah dimasak tadi dan minum selama 2 minggu/ sehingga kanser yang dihidapi itu semakin sembuh.

Selain daripada merawat kanser, daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan badan. Ambil 5 helai daun durian belanda. Rebus dengan sukatan 4 gelas air, masak sehingga menjadi satu gelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas air sahaja. Minum sehari sekali untuk kekuatan badan.



Sumber : Pertanian satu perniagaan

Anda minat menanam? Kita GENG ! 

Jom join Geng Kebun Organik

Tuesday, July 2, 2019

ANGGUR SEMAKIN SIHAT, DAUN HIJAU-HIJAU DAN BESAR-BESAR!



Pokok anggur pon boleh dengan baja Milagro ni tau! Jom ikuti kisah salah seorang peserta #Cabaran30HariMilagro, Puan Rosnani omar  terhadap pokok beliau.

"Hobi saya berkebun, bak kata orang walau sesibuk mana pun pokok tetap di hati"

Puan Rosnani ada menanam pokok anggur tapi hidup segan, mati tak mahu. Daun kekuningan dan berpenyakit pulak tu. Alahai suram rasa hati kalau tanaman kita tak menjadi kan!

Tapi selepas Puan Rosnani menggunakan baja Milagro pokok anggur beliau berubah 100 peratus. Pokok hidup subur daun hijau-hijau dan besar-besar. Berbunga bunga hati Puan Rosnani bila hasil tanaman beliau menunjukkan perubahan yang positif.

Puan Rosnani berkata pada pokok dah cukup makan kenalah berbunga dan berbuah pulak. Kadang-kadang pokok ni akan faham kalau kita sering bercakap dengannya. Oleh itu sering-seringlah bercakap dengan pokok ya! Hihi


Sebelum

Selepas

Anda minat menanam? Kita GENG !

Jom join Geng Kebun Organik








Sunday, June 30, 2019

BEGINI CARANYA TANAM TERUNG DENGAN MUDAH DAN SENANG UNTUK MENGELUARKAN HASIL YANG BANYAK...


Terung atau nama saintifiknya dikenali sebagai Solanum melongena ini merupakan sayuran buah yang dipercayai berasal dari negara Sri Langka dan India. Tapi sekarang pokok terung ditanam diseluruh dunia termasuklah di Malaysia dengan pelbagai jenis. Buah terung mempunyai bermacam warna seperti ungu, hijau keputihan, ungu gelap, hijau berbelang ungu dan lain-lain. 

Sangat mudah untuk menanam terung ni sebab kaedahnya yang pertama adalah menggunakan biji benih yang boleh didapatkan daripada kedai-kedai pertanian. Boleh juga mendapatkan benih terung daripada buah terung yang telah matang/tua. Caranya belah terung yang matang dan asingkan benihnya serta keringkan di bawah sinaran matahari atau biarkan terdedah dengan haba di kawasan terlindung dan selamat. 

Boleh juga menggunakan kaedah tradisional dengan membelah 4 secara memanjang dari hujung buah hingga ke pangkal tangkai buah terung. Tetapi tidak dibelah secara terpisah. Sangkutkan buah terung yang matang/tua di tempat yang selamat dan masih terkena haba bagi membolehkannya kering secara perlahan-lahan. Sesudah kering bolehlah terus menyemai bersama benih dan buah yang kering itu, tidak perlu diasingkan Benih dan buah yang telah kering.

Jika menggunakan biji benih perlulah disemai terlebih dahulu diatas tray semaian atau bekas-bekas semaian yang mudah didapati. 


 Antara bahan media yang boleh dicuba untuk menyemai benih terung ialah:
1. Media campuran dengan nisbah 2:1:1 di mana 2 bahagian untuk tanah hitam/lom, 1 bahagian untuk pasir sungai dan 1 bahagian untuk kompos. Penjelasannya ialah anda boleh menggunakan apa-apa bekas untuk menyukatnya seperti gelas atau tin kecil. Maksudnya nisbah 2:1:1 ini mewakili masing-masing dengan 2 gelas tanah lom/hitam. 1 gelas pasir sungai dan 1 gelas kompos. Gaulkan ketiga-tiga campuran tersebut dan anda boleh menggunakannya.
2. Tanah kebun yang dicampurkan dengan kompos.
3. Cocopeat/sabut kelapa yang digiling halus yang dicampurkan dengan kompos dan sedikit pasir.
4. Peat-moss atau lumut gambut yang boleh dibeli di kedai.
5. Topsoil atau tanah atas yang bokeh dibeli di kedai.
Selepas 2 minggu atau 3 minggu, benih terung sudah boleh dialihkan ke batas. Siram anak benih pokok terung terlebih dahulu untuk mudah dicabut. Pembajaan boleh dilakukan selepas 2 minggu anak pokok dialihkan di atas batas. Tabur baja di setiap pokok terung dengan anggaran 3 sudu besar. 
Buah terung sudah boleh dituai selepas 1 bulan setengah hingga 2 bulan. Petik buah terung yang matang dengan melihat kulit buahnya yang berkilat
Sumber : Tanomkinotuan
Anda minat menanam? Kita GENG ! 

Jom join Geng Kebun Organik



Friday, May 24, 2019

Panduan Menanam Timun Melalui Biji Benih Dengan Mudah Dalam Pasu

Timun adalah kategori sayuran buah yang sememangnya ramai gemar nak makan samada secara mentah atau dimasak lagi-lagi dijadikan ulam pada sesiapa yang memang mengamalkan pemakanan yang sihat. Timun ni memang kaya dengan pelbagai khasiat yang mungkin ramai taktahu.

Kemajuan cara dan teknik menanam dalam bidang pertanian semakin maju dan berkembang. Banyak cara yang boleh kita buat untuk menanam sekarang samada menanam di tanah, di pasu, secara hidroponik dan macam-macam lagilah. Bagi mereka-mereka yang tinggal di bandar pun boleh menanam mengikut kaedah yang sesuai seperti menanam dalam pasu. Ini kerana menanam dalam pasu mudah di mana memerlukan sedikit media, pasu boleh dialihkan dan pembajaan juga tidak perlukan jumlah yang banyak cukup 2 sudu dalam 2 minggu sudah memadai. 

Image result for timun dalam pasuLangkah awal bagi memulakan untuk menanam timun dalam pasu adalah dengan mencari biji benih yang bersesuaian. Biji benih mudah untuk kita dapatkan di nurseri atau kedai-kedai pertanian.  Namun begitu, pemilihan mencari biji benih pun kena berhati-hati supaya bila kita dah semai pokok tersebut akan menjadi. 

Semai terlebih dahulu dalam cawan plastik dan simpan ditempat selamat. Cara menyemainya ialah masukkan media ke dalam cup plastik buat lubang sedalam 2 inci. Masukkan benih dan timbus semula kemudian siram dengan air. Tunggu hingga 2 minggu atau anak pokok timun sudah mengeluarkan daun sebenar dan barulah alihkan ke pasu.

Setelah benih disemai, dapatkan pasu pula. Pemilihan pasu pun agak penting bagi menanam timun supaya pokok timun dapat membesar dengan lebih tinggi dan memberi keselesaan pada akar pokok untuk bebas bergerak.  

Pemilihan media juga penting dalam pertumbuhan pokok. Walaupun media bukan syarat utama dalam penanaman tetapi sekurang-kurangnya menggunakan media yang baik akan memberikan pertumbuhan yang baik kepada tanaman pokok timun.

Proses sebelum menambah media ke dalam pasu, masukkan dua genggam rumput kering atau daun kering yang mudah diperolehi di laman rumah. Jika tidak ada, boleh juga menggunakan batu kerikil. Rumput kering atau batu kerikil ini bertujuan agar air di bawah pasu cepat keluar dan tidak berlebihan atau bertakung di bawah pasu. Akar akan lemas dan mudah terkena jangkitan sekiranya media terlalu basah akibat air bertakung di bawahnya.

Genap 3 minggu lebih, pokok timun akan menghasilkan bunga jantan dengan banyak diikuti oleh bunga betina. Buah timun akan membesar dan membesar dan setelah lebih kurang 2 bulan lebih atau 3 bulan, pokok timun anda sudah bersedia untuk dituai hasilnya.

Anda minat menanam ? Kita GENG 😍😍

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...