Tuesday, April 9, 2019

RACUN SERANGGA ORGANIK

Hai. Assalamualaikum. Minggu ini tips diy ingin berkongsi satu tips bagaimana untuk membuat racun serangga organik dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Pembaca nak tau ke nak sangat tau. Hehe.


Pasti pembaca semua pernah mengalami masalah serangan seperti ini kan. Jadi tips diy akan kongsikan cara membuat racun serangga organik yang akan membaik pulih masalah ini dan tidak akan menjejaskan tanaman anda😍

Bahan A (kisar dan perap selama 24 jam) :
  • Bawang putih - 1 labu
  • Cili padi - 6 biji
  • Air - 300ml (satu cawan biasa)
Bahan B :
  • Minyak masak ( apa -apa jenis minyak masak pon boleh) - 1 sudu makan
  • Sabun pencuci pinggan - tak kisah jenama apa pun - 1 sudu teh
Alat :
  • Penapis
  • Penyembur 1.5l
Cara-cara : 
  1. Tapis bahan A dan ambil patinya. Hampasnya boleh diletakkan di pokok sebagai baja.
  2. Simpan pati di dalam bekas dan simpan di dalam peti ais untuk tahan lama
  3. Masuk 100ml pati dan bahan B ke dalam botol penyembur dan isi air sehingga penuh
  4. Goncang sehingga semua bahan menjadi sebati
  5. Sembur daun yang bermasalah terutama bahagian bawah daun dengan kadar 3 hari sekali
  6. Jika pokok tiada masalah serangga boleh juga disembur sebagai kawalan.
Haa mudah je kan cara nak buat racun organik ni. Jom kita cuba πŸ˜‰ Lebih jimat lebih mudah dan lebih tahan lama dan yang paling penting ianya organik!



Sumber : Kebun Bandar

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik 



Sunday, April 7, 2019

MUDAHNYA TANAM POKOK TOMATO

Salah satu bahan masakan yang selalu kita guna antaranya adalah tomato. Betul tak? Sebenarnya tomato ni adalah kategori buah bukan sayur. Tapi kebanyakannya anggap tomato ni kategori sayur sebabkan ianya sesuai untuk dalam masakan seperti sayuran yang lain. Pokok buah tomato ni pun senang nak ditanam terutamanya dikawasan keliling rumah samada luar dan juga dalam pun boleh.

Langkah pertama macam biasa kita tahu adalah bermula dengan biji benih. Biji benih buah tomato ni pun senang kita nak dapat dari nurseri atau kedai-kedai. Atau boleh juga dapatkan benih dari buah tomato yang dibeli dari pasar. Caranya, potong biji tomato tersebut dan keluarkan benih tomato dari buahnya. Masukkan benih tomato ke dalam satu bekas tambah air dan tapis menggunakan penapis agar dapat mengasingkan benih dari sisa buah. Pastikan benih tersebut tidak basah untuk elakkan benih tu rosak sebelum dapat untuk kita semai.

Kemudian, sediakan bekas semaian.
Boleh juga menggunakan bekas semaian seperti pasu, kontena dan polibag.Tapi, kalau nak kurangkan kos boleh juga gunakan bekas dari bahan-bahan yang terbuang seperti botol mineral, botol minyak masak yang besar pun boleh digunakan. Bekas semaian boleh didapatkan mengikut ruang yang ada dalam rumah. Sangat mudah sebab rumah yang tiada tanah pun boleh juga tanam pokok buah tomato ini sebab dalam pasu pun pokok buah ni boleh membesar. 


Penyediaan media semaian pun penting juga. Gunakan campuran tanah dengan nisbah 2:1:1 iaitu dua bahagian tanah loam, satu bahagian kompos dan satu bahagian pasir sungai. Tanah loam boleh diganti dengan tanah hitam atau tanah kebun manakala kompos boleh digantikan dengan tinja binatang

Kemudian, penyemaian biji benih tomato boleh dilakukan. Terdapat dua cara untuk menyemai benih tomato pertama tabur rawak di atas media semaian kemudian timbus sedikit tanah. Kedua, buat alur kira-kira 1/4 kedalaman secara memanjang di atas pasu atau kontena dan semai benih tomato ke dalam alur yang dibuat tadi. Seterusnya jangan lupa siram selepas di semai. Setelah benih tomato disemai, letakkan benih yang telah disemai di kawasan terkena suhu matahari. 

Pembajaan pun penting bagi pokok tomato yang baru ditanam. Lebih bagus kalau menggunakan baja organik kerana bila hasil keluar kualitinya lebih terjamin. Menjaga pokok tomato tidak serumit menjaga tanaman sayuran lain. Kita hanya perlu rajin merumput dengan mencabut rumput rumpai pada batas dan sekelilingnya. Batasnya juga perlu sentiasa dalam keadaan lembab dan juga tidak boleh terlalu kering dan tidak boleh terlalu basah kerana ia akan menyebabkan pokok tomato kita menjadi layu.

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik 

Rahsia Kejayaan Seorang Usahawan

Hai dan Assalamualaikum ...
Selamat berhujung minggu semua...

Mesti tak tau nak buat apa untuk hujung minggu ni kan ? Meh sini team kami isikan masa lapang anda yang terluang dengan topik menarik ! Hari ni topik tentang Rahsia Kejayaan Seorang Ushawan !

Ramai usahawan yang kita lihat berjaya dalam perniagaan yang mereka jalankan sehinggakan kita pun tertanya-tanya bagaimana mereka boleh berjaya dan apa rahsianya kan ? Jadi, anda semua jangan risau, dibawah ada beberapa perkara rahsia kejayaan mereka sehingga boleh bergelar usahawan berjaya. 

Antara rahsia kerjayaan seorang usahawan adalah :

1) TIADA KEJAYAAN DATANG TANPA USAHA



Seseorang yang hendak berjaya kenalah usaha lebih supaya mendapat hasil yang setimpal dengan usaha kita. Ni tidak, nak berjaya tapi tak usaha langsung pun. Hanya ungkapkan kat mulut nak berjaya, nak berjaya tapi satu tindakan pun kita tidak lakukan. Kalau nak berjaya, kenalah seiring matlamat dengan usaha kita sebab kalau kita hanya cakap kosong memang tak ada hasil pun. Lagipun, kejayaan atau hasil yang lumayan  tidak datang bergolek begitu sahaja tanpa kita selitkan usaha kita yang bersungguh-sungguh inginkan hasil. 

Kalau kita ada pengalaman pun dah cukup memadai kerana dengan pengalaman banyak benda yang kita boleh lakukan dan ia boleh mendorong kita kearah untuk memilik kerjayaan. Jadi, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya usaha dan tindakan kena bergerak seiring supaya hasil yang kita peroleh memuaskan hati dan kejayaan yang kita capai menjadi pembakar semangat untuk mencapai kejayaan yang beripat kali ganda lagi. Never give up ! πŸ’ͺ


2) TIDAK MALU MENJUAL


Point yang ni menarik . Nak jadi usahawan kena pandai komunikasi dengan orang ramai. Tidak kira dalam golongan muda atau tua. Siapa nak jadi seorang usahawan kena belajar berkomunikasi dari sekarang sebab kalau dah bergelar usahawan nak praktikkan tu agak mengambil masa yang lama. Sebagai permulaan, boleh belajar berkomunikasi dengan orang sekeliling kita. 

Lagi satu, kalau kita dah ada produk sendiri kenalah beranikan diri untuk promote produk kepada orang lain, jangan malu untuk kenalkan produk kita kepada orang lain. Kalau kita hanya berdiamkan diri dan kurang bergaul dengan orang lain akan menyebabkan kita akan lagi berasa malu untuk keluar berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Tak kiralah kita nak jadi seorang usahawan ataupun tidak, komunikasi tu sangat penting. Jangan pernah malu untuk bercakap dengan orang lain !


3) CARI ALTERNATIF JIKA GAGAL, BUKAN MERUNGUT


Setiap manusia tidak pernah lari dari dugaan yang mendatang. Kadang-kadang lepas satu dugaan yang datang, datang lagi dengan lebih mencabar. Jadikan dugaan yang datang tu sebagai pembakar semangat untuk terus maju tanpa merungut. Jika cara marketing kita tu salah atau tidak berjaya boleh guna cara yang lain, cari alternatif lain yang boleh membantu untuk tingkatkan cara marketing dengan betul. 

Nak memulakan perniagaan tapi duit tidak cukup, cari alternatif lain iaitu membuat pinjaman dengan keluarga atau sahabat, tak pun boleh try buat loan bank kalau mampu untuk bayar semula. Kegagalan yang kita hadapi bukan penyebab kita untuk gagal selama-lamanya, dengan kegagalan yang kita lalui tu lah yang perlu kita usaha lebih supaya kegagalan tidak berulang lagi. Sedangkan Edison mencuba banyak kali untuk menghasilkan mentol lampu walaupun gagal banyak kali, tapi Edison gunakan kegag alan tu adalah penambahbaik untuk hasilkan mentol lampu yang kita gunakan sampai hari ini. Jika gagal, jangan merungut tapi cari jalan lain untuk selesaikan. Tak ada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya πŸ˜‰

4) TIDAK SOMBONG DAN SENTIASA MESRA DENGAN PELANGGAN



Kunci untuk menjadi ahli perniagaan yang sering diingati oleh pelanggan adalah dengan sentiasa mesra dengan pelanggan. Tidak sombong dengan pelanggan. Sentiasa meraihkan pelanggan. Pelanggan  kerap kaitkan 'Customer always right' kepada perniagaan dan kita hendaklah mengiyakan supaya mereka akan berasa selesa dengan kita. Selain itu, apabila kita dapat eratkan hubungan dengan pelanggan, mereka akan berasa seronok dan mungkin akan menjadi pelanggan setia kita sebab kita sentiasa memuliakan pelanggan.



Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍





Friday, April 5, 2019

Hujan Pandan Puan Masra

Bila dah bercucuk tanam sendiri ni, bagi sesetengah orang seronok selain menjimatkan, masa yang terluang pun takkan membazir sebab kita habiskan masa untuk bercucuk tanam bagi mendapatkan hasil untuk dimakan sendiri. Tak perlu sampai nak membeli kat pasaraya atau kedai runcit, sebab kadang-kadang penggunaannya sikit je tapi bila nak beli terpaksa beli dalam kuantiti yang banyak. 

Tapi,  bila dah menanam sendiri ni, macam-macam masalah terjadi pada tanaman.

Testimoni daripada Puan Masra sendiri, kekecewaan yang dialami oleh adiknya terhadap tanaman pandannya sampai sanggup biarkan pasunya kosong. Puan Masra pun ambil tindakan menggunakan pasu kosong tersebut dengan menanam semula pandan yang baru.

 Bila dah gunakan baja Milagro ni, daun pandan nampak lebih segar dan banyak memberikan kesan yang baik kepada Puan Masra kerana katanya beliau sudah tidak perlu ke pasar untuk mencari daun pandan , hanya perlu petik sahaja di kawasan rumah.

Nak tahu lebih lanjut tekan link ni : Hujan Pandan Puan Masra

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

5 TIPS MENCARI KEBERKATAN REZEKI


Assalamualaikum dan salam Jumaat semua. Minggu ini nak kongsikan beberapa tips bagaimana untuk mencari keberkatan rezeki😊




Allah SWT telah berpesan kepada hambanya untuk bersungguh-sungguh dan berusaha keras dalam mencari rezeki yang halal. Melalui rezeki halal yang diperolehi, kita dapat bersedekah kepada orang lain untuk mendapatkan keberkatan dan memperoleh pahala. Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman:

“Orang-orang yang membelanjankan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mekera tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan mengungkit-ungkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan bersedih.” (Surah Al-Baqarah, ayat : 262)


Maksud diatas menerangkan tentang pentingnya membelanjakan rezeki Allah dijalan yang benar. Berikutan adalah tips untuk mendapatkan keberkatan rezeki dan harta benda iaitu:

1) Mencari rezeki yang halal dengan bekerja bersungguh-sungguh, rajin dan gigih serta menepati syariat Islam.

2) Sentiasa berasa mencukupi serta panjatkan rasa syukur kepada Allah SWT dengan nikmat rezeki yang dikirimkan.

3) Bersikap Redha dan Qana’ah dengan nikmat yang diperolehi dan tidak berat tangan untuk menghulurkan sesuatu kepada orang lain.

4) Sentiasa niatkan dalam diri untuk memperbanyakkan bersedekah walaupun kuantiti yang sedikit.

5)  Sedekah wajib seperti zakat fitrah dan zakat harta yang memenuhi syarat ditentukan oleh syara’.

Anda Minat Menanam ? Kita GENG 😍😍


Jom join Geng Kebun Organik


Thursday, April 4, 2019

PAGAR BOTOL WARNA WARNI

Hai. Assalamualaikum. Minggu ini tips diy ingin berkongsi satu tips untuk mencantikkan laman anda menggunakan  bahan terbuang. Pasti pembaca di luar sana ingin membuat laman anda kelihatan tersusun dan menarik.




Haa cantik bukan, tak teringin ke pembaca mempunyai laman cantik macam ni kan hehe. Jom tips diy kongsikan bagaimana untuk membuat pagar yang menarik ini 😍

Bahan - bahan :

1) Botol plastik 1.5 L
2) Spray / cat
3) Soletip

Cara-cara :

1) Spray botol mineral menggunakan warna yang diingini

2) Buat longkang di sekeliling tanaman

3) Tanam botol plastik kira-kira 1/3 inci

4) Soletip sekeliling botol untuk mengukuhkan.





Dah siap . Mudah kan. Jom kita mencantikkan laman kita dengan barangan terbuang niπŸ˜‰

Anda Minat Menanam ? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik


Wednesday, April 3, 2019

TIPS HIASAN UNTUK RUANG TAMU

Hai Assalamualaikum. Apa khabar pembaca semua. Semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Minggu ini segmen tips dekorasi ingin berkongsi satu tips yang menarik untuk menceriakan ruang tamu anda semua. Kadang kala susana rumah terasa suram dan tidak menarik kerana tiada hiasan seperti bunga bungaan. Bunga bukan sahaja boleh menyinari ruang tamu ia juga boleh memberikan aura positif kepada penghuni dan sesiapa yang melihatnya.


Haa menarik bukan sekiranya ruang tamu di hiasi oleh bunga bungaan. Terasa sejuk mata memandang. Tetapi pemilihan bunga haruslah bersesuaian supaya suasana ruang tamu sedap mata memandang dan tidak kelihatan serabut. Mari tips dekorasi kongsikan tipsnya.😍😍

1) Pastikan memilih jenis pasu yang sesuai untuk jambangan bunga, sama ada berkonsepkan moden atau klasik. Selalunya konsep moden lebih ringkas .

2) Pastikan jenis bunga bertepatan dengan gubahan dan konsep ruang yang akan dihias

3) Gubahan bunga tidak perlu terlalu sarat dengan warna warni. Cukup hanya memainkan dalam dua warna sahaja untuk mengelakkan kelihatan serabut.

4) Menyusun bunga bungaan secara bersahaja dan memastikan ada yang tinggi di belakang atau di tengah dan yang rendah di hadapan atau di pinggir pasu.

5) Selain dari bunga bungaan, boleh menghias dengan tumbuhan yang berdaun. Warna kehijauan boleh mendatangkan ketenangan 😍

Wah banyak tips yang dikongsikan pada minggu ini. Semoga ruang tamu pembaca semua semakin berseri seri dengan gubahan-gubahan bunga dan daun ini






Sumber : impiana

Anda Minat Menanam ? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...