Thursday, April 9, 2020

5 TANAMAN YANG MENGUNTUNGKAN, MUDAH DITANAM DAN CEPAT MENGELUARKAN HASIL

Ini 5 Sayuran Kaya Antioksidan, Basmi Radikal Bebas dalam Tubuh ...


Peluang perniagaan dalam bidang pertanian memiliki prospek yang luas dan menjanjikan keuntungan yang menguntungkan. Terutama pada masa kini, masyarakat banyak prihatin terhadap kesihatan, di mana mereka lebih memilih untuk makan makanan sihat seperti sayur sayuran dan buah buahan yang ditanam secara organik. Lebih-lebih lagi banyak kelebihan dan kemudahan yang boleh diperolehi sekarang seperti adanya teknologi moden yang sangat membantu dalam dunia pertanian.


Dengan adanya teknologi pertanian yang canggih, hasil tanaman yang dapat dituai juga akan bertambah di mana ia dapat meningkatkan pendapatan petani dan juga dapat meningkatkan ekonomi dalam bidang pertanian. Keuntungan yang anda akan peroleh akan berlipat kali ganda jika anda tahu dan menanam tanaman pertanian yang paling menguntungkan. Dengan mengetahui jenis tanaman pertanian yang menguntungkan anda akan mendapatkan keuntungan yang lebih besar dibandingkan dengan menanam tanaman pertanian biasa.

Ramai para petani yang telah berhasil menanam tanaman pertanian yang paling menguntungkan dalam waktu yang singkat. Maksud tanaman menguntungkan ialah tanaman yang memiliki nilai jual yang tinggi, mudah ditanam, mendapat permintaan yang tinggi serta dapat menghasilkan hasil yang banyak. Bukan itu sahaja, tanaman tersebut juga boleh dituai dalam waktu yang lebih cepat.

Dengan mengetahui apa saja tanaman pertanian yang menguntungkan, anda akan lebih mudah dan semangat untuk menanamnya. Bukan hanya tahu tanaman apa yang dapat menghasilkan keuntungan, tetapi anda juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih mengenai cara penjagaan dan perawatan tanaman yang anda ingin tanam. Bila anda salah pilih tanaman, bukan keuntungan yang diperolehi tetapi kerugian yang akan anda dapatkan.


Berikut merupakan 5 Tanaman yang Mudah Ditanam dan Menguntungkan:


1. Sayur Bayam


Nama Tempatan adalah Bayam Hijau, Bayam Merah. Manakala nama saintifik adalah Amaranthus sp. Bayam terdapat beberapa jenis yang kita boleh perolehi seperti bayam hijau dan bayam merah. Bayam Hijau daunya berwarna hijau sama ada berbentuk bulat atau bujur. Manakala Bayam Merah daun berbentuk bulat dan berwarna kemerahan di bahagian tepi dan tengah daun. Bayam dianggap tanaman yang berpotensi kerana khasiatnya yang tinggi dan juga ramai orang yang menyukai sayuran ini. Anda mesti pernah melihat dan menjumpai sayuran ini tumbuh liar di berbagai tempat seperti di pinggir jalan. Hal itu membuktikan bahwa tanaman ini mudah dalam penanamannya. Selain itu, perkara yang semakin menguntungkan sewaktu mengutip hasilnya, anda hanya perlu memotong bagian batang dan daunnya saja, tidak perlu mencabut sampai akarnya. Dengan begitu anda tidak perlu menanamnya kembali sebab rantingnya yang baru akan tumbuh semula.


Keperluan Asas Tanaman 
Suhu : 23-35° C. 
Jenis tanah : Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong . 
pH tanah : 5.5 - 6.5 


Amalan Kultur 
Penyedian Kawasan : 
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk 1.2 m lebar dan tinggi 20-30 cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada kadar 3 - 5 tan/ha bagi tanah mineral. Tahi ayam ditabur di batas pada kadar 3 - 5 tan/ha. 


Penanaman di ladang : 
Jenis bahan tanaman : Biji benih 
Keperluan biji benih : 6 - 7 kg 
Rawatan biji benih : Guna racun thiram pada kadar 3g/1000g biji benih 
Teknik menanam : Biji benih dicampur dengan pasir halus dan ditabur terus ke atas batas 
Penjarangan : Penjarangan dibuat 14 hari selepas menabur 
Jarak tanaman : 20 cm di antara baris dan 10 cm di antara pokok. 


Pengurusan Air : 
Bayam memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan. Siraman dibuat 2 kali sehari ketika cuaca panas dan dilakukan secara manual atau sistem pengairan renjis. 


Pembajaan : 
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Jenis Tanah
Jenis Baja
Kadar
(t/ha/musim)
Masa
(Minggu lepas tanam)
Cara
1. Bris
Rudua
Tahi ayam
NPK15:15:15
  5.0  
0.6
-1 *
2,3 & 4
Gaul dalam tanah keliling pokok
Baging
Tahi ayam
NPK15:15:15
15-20 
1.0
-1 *
2,3 & 4
Gaul dalam tanah keliling pokok
2. Bekas Lombong
Pasir
Tahi ayam
NPK15:15:15
20
0.8
-1 *
2,3 & 4
Gaul dalam tanah keliling pokok
3. Gambut
NPK15:15:15
0.7
1, 2
Keliling pokok
4. Mineral
Tahi ayam
NPK15:15:15
3.0-5.0
0.6
 -1 *
2,3 & 4 
Gaul dalam tanah keliling pokok
* Satu minggu sebelum tanam

Pengurusan Perosak

Jenis Serangga
/Penyakit
Simptom
Cara Kawalan
Ulat Pangkas
(Agrotis ypsilon)
Memotong batang dan daun anak pokok
di paras tanah pada waktu malam.
Guna umpan trichlorfon dan dedak
dengan kadar 1:20 atau sembur
dengan chlorfluazon atau fenvalerate.
Ulat ratus 
(Spodoptera litura)
Makan daun dan pucuk, menyerang secara
kelompok.
Guna racun trichlorfon, permethrin atau
fenvalerate. Musnah serangga dan daun
yang diserang.
Hawar melecuh
(Cystopus bliti)
Tompok-tompok putih di bahagian bawah
daun.
Guna racun kulat benomyl dan amalkan
tanaman giliran.
Lecuh anak benih
(Pythium butleri)
Menyerang anak benih.
Rawat benih dengan captan, elak
menanam di kawasan lembab.
Guna racun benomyl jika perlu.


Kutipan Hasil dan Pengendalian Pascatuai 
Masa kutipan hasil : 28 - 30 hari selepas menyemai . 




2. Pokok Cili



Berikutnya adalah pokok cili atau dikenali sebagai Lada, Cabai, Cili Hijau dan Cili Merah. Nama Saintifiknya adalah Capsicum annum merupakan antara tanaman yang menguntungkan. Fungsinya adalah sebagi penambah cita rasa pedas sangat penting bagi setiap masakan. Jika kita tengok harga cili dipasaran harga cili tidak pernah stabil karena boleh mengalami kenaikan harga pada waktu waktu tertentu.Harga cili memang dikenali sering mengalami kenaikan. Dengan Anda menanamnya di kawasan yang luas pasti akan membuahkan hasil. Hasil yang diperolehi akan semakin menambah keuntungan sewaktu mengutip hasil. Tambahan pula, cara penanaman dan penjagaan yang mudah serta kos yang agak rendah berbanding tanaman lain membuatkan tanaman cili ini menjadi antara tanaman yang menguntungkan. 


Keperluan Asas Tanaman


Suhu : 20-33 ° C . 
Taburan hujan : 1500-2000 mm/tahun. 
Ketinggian : Sehingga 500 m atas parat laut 
Jenis tanah :Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong. 
pH tanah :5.5 - 6.8 


Amalan Kultur 
Penyedian Kawasan : 
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm.
Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan.
Kadar mengapur adalah 20-25 tan/ha. Batas ditutup dengan sungkupan plastik selepas pembajakan asas dengan baja organik . 


Penyediaan anak benih: 
Jenis bahan tanaman : Biji benih 
Keperluan biji benih : 300-500 gm 
Rawatan biji benih : Guna racun captan pada kadar 3g/ 1000 g biji benih . 
Masa menyemai : Enam minggu sebelum menanam 
Tempat menyemai : Di atas batas, polibeg atau di dalam kotak semaian 


Penanaman di ladang : 
Umur anak benih : 6 minggu 
Jarak tanaman : 90 cm di antara pokok di dalam satu baris dan 120 cm di antara baris 
Kepadatan tanaman : 8,570 pokok. 
Menyulam : 1 minggu selepas menanam 
Junjung pokok : Gunakan kayu pancang untuk sokong 1 bulan selepas menanam 


Pengurusan Air : 
Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. 
Kos bahan bagi sistem ini adalah RM5,000-RM8,000 sehektar. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina untuk menyalir air bertakung ke parit utama . 


Pembajaan : 
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Jenis Tanah
Jenis Baja
Kadar
(t/ha/musim)
Masa
(Minggu lepas tanam)
Cara
1. Bris
Rudua
Tahi ayam
NPK12:12:17:2
10 
2
-1 *
2,8 & 14  
Gaul dalam tanah keliling
pokok
Baging
Tahi ayam
NPK12:12:17:2
30 
3
-1 *
2,8 & 14
Gaul dalam tanah keliling
pokok
2. Bekas Lombong
Pasir
Tahi ayam
NPK12:12:17:2
20
3
-1 *
2,8 & 14
Gaul dalam tanah keliling
pokok
3. Gambut
NPK12:12:17:2
2
2,8 & 14
Keliling pokok
4. Mineral
Tahi ayam
NPK12:12:17:2
5
1.5
-1 *
2,8 & 14 
Gaul dalam tanah keliling
pokok
* Satu minggu sebelum tanam

Pengurus Perosak

Jenis Serangga/
Penyakit
Simptom
Cara Kawalan
Kutu Daun
(Aphis spp.)
[Vektor virus]
Daun kerekot, bunga gugur dan buah
terbantut .
Sembur dengan chlorpyrifos atau
imidachloprid selepas mengubah
ke ladang. Selepas 2.5 bulan di
ladang, sembur dengan permethrin,
cypermethrin atau dimethoate apabila
serangan virus melebihi 20% populasi
pokok yang ditanam.
Kutu Trips
(Thrips spp.)
[Vektor virus]
Daun kerekot dan bunga gugur .
Sembur dengan chlorpyrifos atau
imidachloprid selang 7-10 hari sehingga
pokok berumur 2.5 bulan. Sembur
racun chlorpyrifos atau malathion
jika serangan virus melebihi 20%
selepas pokok berumur 2.5 bulan
Lalat buah
(Bactrocera  spp.)
Daun bertukar menjadi kekuningan, akhirnya
perang, kering serta berkedut. .
Sembur dengan chloryrifos pada masa
mula berbuah. Sembur dengan 'protien bait'
yang dicampur dengan racun perosak.
Antraknos
(Colletotrichum capsici)
Bintik yang lekok dan berpusar berwarna
keperangan terdapat di kulit buah. Bintik
bertukar menjadi kehitaman. .
Rawat biji benih dengan captan . Musnah
buah yang diserang Sembur mancozeb
(0.01 % b.a)
Bintik daun
(Cercospora capsici)
Bintik kecil berwarna perang pada daun.
Musnah bahagian yang diserang penyakit.
Sembur dengan benomyl. Amalkan tanaman
giliran dengan sayuran lain.
Reput pangkal
(Sclerotium  rolfsii)
Daun-daun kelihatan layu. Pangkal dan akar
menjadi hitam dan reput.
Cabut dan bakar pokok yang diserang.
Layu bakteria
(Pseudomonas
solanacearum)
Daun-daun kelihatan layu dan menjadi kuning.
Jika akar atau batang dipotong dan direndam
dalam air, ianya mengeluarkan cecair jaluran
putih.
Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit.
Tentukan saliran baik. Gilirkan tanaman.
Kutipan Hasil Dan Pengendalian Pascatuai 


Masa kutipan hasil : 2.0 - 2.5 Bulan selepas menyemai . 
Hasil (kg/ha) : 15000 
Tempoh kutipan hasil : 3 - 6 bulan 
Ciri buah masak : Hijau tua kemerahan - pasaran segar. Merah sepenuhnya. 
Cara memungut : Buah dipetik dengan tangkainya. 
Masa mengutip : Pagi atau lewat petang. 
Pengendalian hasil : Pemilihan, pembasuhan, penggredan an pembungkusan. 
Penyimpanan : Suhu 5 - 8 °C dan kelembapan relatif 90 - 95%, boleh tahan selama 3-6  minggu. 

3. Tanaman Kangkung


Seterusnya,nama tempatannya dikenali sebagai Kangkung. Manakala nama Saintifiknya IIpomea reptans. Terdapat 2 jenis kangkung iaitu Kangkong Darat dimana daunnya panjang menirus dan Kangkong Air daunnya bujur.Tempoh tanaman yang singkat dan kurang serangan penyakit ini berasal dari keluarga Convolvulaceae. Kangkung juga disebut dengan nama Weng Cai oleh masyarakat China, swapcabbage, water convovulus dan water spinach.


Sayuran kangkung merupakan sejenis makanan yang sangat digemari oleh masyarakat dunia kerana ianya berkhasiat untuk mencegah pelbagai jenis penyakit. Selain itu, kangkung merupakan sayuran termurah berbanding sayuran yang lain.Tanaman ini hidup subur pada kawasan bersuhu iklim tropika dan subtropika.Ianya juga dijumpai ditanam di kawasan Asia, Afrika, Amerika Selatan & Amerika Utara dan kawasan Ocenia.


Pokok Sayur kangkung ini juga merupakan tanaman yang mudah ditanam dan mudah untuk dijaga. Caranya adalah anda perlu memberinya air yang mencukupi. Kangkung bukan hanya menjadi tanaman yang menguntungkan dalam perniagaan, malah kandungan zat di dalamnya juga sangat bermanfaat untuk tubuh badan kita. 


Keperluan Asas Tanaman 
Suhu :24 °C 
Jenis tanah :Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong 
pH tanah : 5.5 - 6.5 


Amalan Kultur 
Penyedian Kawasan : 
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30cm.
Pengapuran dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada
kadar 3-5 tan/ha bagi tanah mineral. Baja organik diberi pada kadar 3-5 tan/ha. 


Penyediaan anak benih : 
Jenis bahan tanaman : Biji benih 
Keperluan biji benih : 30 kg 
Rawatan biji benih : Guna racun thiram pada kadar 3g/1000g biji benih. 


Penanaman di ladang : 
Cara menanam : Biji benih ditanam terus ke atas batas. Iaitu di dalam alur yang dibuat 
merintangi batas 
Penjarangan : Dibuat 10 hari selepas menanam 
Jarak tanaman : 20 cm di antara baris dan 10 cm di antara pokok 


Pengurusan Air : 
Kangkong memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dilakukan
secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis. 


Pembajaan : 
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Jenis Baja
Kadar
(t/ha/musim)
Masa
(Minggu lepas tanam)
Cara
Organik
4.0
- 1 * 
Gaul dalam tanah
Inorganik
0.5
2, 3
Keliling pokok
* Satu minggu sebelum menanam 


Pengurusan Perosak

Jenis Serangga/Penyakit
Simptom
Cara Kawalan
Karat Putih
(Albugo ipomoeae aquaticae)
Kelihatan tompok-tompok putih
di bahagian atas daun
Amalkan tanaman giliran.
Sembur racun mancozeb


Kutipan Hasil Dan Pengendalian Pascatuai 
Masa kutipan hasil : 30 hari selepas menanam . 
Hasil (kg/ha) : 10,000 - 15,000 
Cara memungut :Pokok dicabut bersama akarnya . 
Masa mengutip : Pagi atau lewat petang. 
Pengendalian hasil : Pemilihan, pembersihan, penggredan dan pembungkusan
Penyimpanan : Pada suhu 1 - 3°C dengan 90 - 95% kelembapan relatif. Boleh tahan selama 1 minggu. 



4. Sayur Timun



Timun atau Mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu. Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan.Timun yang juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C. Timun banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia terletak dalam famili yang sama dengan tembikai dan labu. 

Timun merupakan sejenis pokok memanjat dan sesuai untuk ditanam pada pagar. Ia boleh membiak daripada biji benih. Sayur ini banyak digunakan dalam pelbagai makanan. Oleh itu permintaan pasaran terhadap timun sering mendapat permintaan yang tinggi. Tanaman ini tidak memerlukan jangka masa yang panjang untuk mendapatkan hasil tuaiannya. Oleh sebab itu, permintaan pasaran terhadap timur
sentiasa diperlukan. 


Keperluan Asas Tanaman 
Suhu : 18 - 35°C 
Taburan hujan : 300 mm/musim 
Jenis tanah : Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut dan tanah berpasir 
pH tanah : 4.8 - 6.5 


Amalan Kultur 
Penyedian Kawasan : 
Kawasan dibajak dan digembur, batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm.
Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada kadar 3-7.5 tan/ha (tanah gambut), 1-3 tan/ha (tanah BRIS) dan 3-5 tan/ha (tanah mineral). 


Penanaman di ladang : 
Jenis bahan tanaman : Biji benih 
Keperluan biji benih : 1.3 - 1.4kg 
Rawatan biji benih : Guna racun thiram pada kadar 3g/1000 g benih . 
Jarak tanaman : 60 cm antara pokok 60 cm antara baris 
Kepadatan tanaman : 21,333 pokok 
Penjarangan : 1 minggu selepas menanam 
Pemasangan junjung/penyokong : 2 minggu selepas menanam 


Pembajaan : Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut

Jenis Tanah
Jenis Baja
Kadar
(t/ha/musim)
Masa
(Minggu lepas tanam)
Cara
1. Bris
Rudua
Tahi ayam
NPK12:12:17:2
10
1
-1 *
2, 4 & 6  4  
Gaul dalam tanah keliling pokok
Baging
Tahi ayam
NPK12:12:17:2
20
1.5
-1 *
2, 4 & 6   
Gaul dalam tanah keliling pokok
2. Bekas Lombong
Pasir
Tahi ayam
NPK12:12:17:2
20
1.5
-1 *
Gaul dalam tanah keliling pokok
* Satu minggu sebelum menanam 


Pengurusan Kultur
Jenis Serangga/
Penyakit
Simptom
Amalan Kultur
Cara Kawalan
Kutu Daun
(Aphis gosgypii)
Daun menjadi kerekot,
bungagugur dan buah
terbantut.
-
i. malathion
ii. dimethoate
iii. profenfos
iv. bendiocarb
Kumbang daun
(Aulacophora spp.) 
Daun dan akar rosak.
-
i. malathion
ii. Carbaryl
Lalat buah
(Bactrocera spp.)
Terdapat lubang pada
buah.
Musnahkan buah-buah
yang diserang.
-
Kulapuk Downy
(Pseudoperonospora)
Terdapat bintik-bintik
kekuningan diatas daun.
Musnahkan daun-daun
yang diserang. 
i. mancozeb
ii. cholorothalonil
Kulapuk berdebu
(Erysiphe
cichoracearum)
Terdapat tompok-tompok
berdebu kelihatan di
permukaan daun.
Musnahkan daun-daun
yang diserang.
i. benomyl
ii. folpet
Lecuh anak benih
(Pythium sp.)
Anak benih didapati layu
dan mati.
-
i. captan
Antraknos
(Colletorichum
lindemuthianum)
Bintik-bintik kehitaman
pada
bahagian yang diserang. 
-
i. thiram
i. maneb
i. mancozeb


Kutipan Hasil Dan Pengendalian Pascatuai 

Masa kutipan hasil : 5 - 6 minggu selepas menyemai . 
Hasil (kg/ha) :20,000 - 25,000 
Tempoh kutipan hasil : 60 hari 
Cara memungut : Buah dipetik dengan tangkainya . 
Masa mengutip : Pagi atau lewat petang. 
Pengendalian hasil : Pemilihan, penggredan dan pembungkusan. 


5. Jagung Manis

Jagung atau dalam bahasa Inggerisnya Maize, merupakan bijirin makanan ruji dari Mesoamerica, spesies Zea mays ssp. mays. Jagung merupakan tanaman yang ditanam berasal dari teosinte Zea mays ssp. parviglumis, tumbuhan asal di sungai Balsas Lembah di Mexico selatan, dengan sehingga 12% bahan genetik di dapati dari Zea mays ssp. mexicana melalui introgression.Tanaman jagung memerlukan masa yang sedikit panjang untuk menuai hasilnya.Tetapi jika anda memberikan penjagaan dan perawatan rapi yang tepat, masa untuk menuai hasilnya boleh menjadi lebih pendek dari waktu yang dijangkakan dan jagung yang dihasilkan lebih banyak dan bersaiz besar. Dengan hasil yang berkualiti dan saiz yang besar, harga jualnya adalah tinggi. Jagung manis mampu memberikan keuntungan yang besar apabila dijual di pasaran kerana buah jagung banyak digunakan dalam produk makanan. Anda hanya perlu memberikan perawatan yang baik maka hasil yang didapati akan sangat memberangsangkan. 


Keperluan Asas Tanaman 
Suhu : 30°C hingga 35°C . 
Taburan hujan : 500 - 700 mm/tahun. 
Jenis tanah : Kedalaman tanah > 50 cm, selain dari pasir yang tak bertekstur dan lempung. 
pH tanah : 5.0 - 6.5 


Amalan Kultur 
Penyediaan Kawasan :Kawasan dibajak piring sedalam 22cm dan dibajak putar sekali. 
Tanah gambut perlu dikapur dengan kadar 1 - 2 t/ha/musim. 


Penanaman di ladang : 
Jenis bahan tanaman : Biji benih 
Keperluan biji benih/ha : 10kg/ha 
Jarak tanaman : 50cm dalam baris, 75 cm dalam baris 
Teknik tanaman : 1 - 2 biji benih ditanam sedalam 3 - 4 cm. 


Pengurusan Air : 
Penyiraman boleh dibuat secara manual atau pun menggunakan sistem pengairan renjis. 
Anggaran kos sistem renjis adalah antara RM5,000 - RM8,000/ha. 


Kawalan Rumpai : 
Campurkan 4.6 liter alachlor (Lasso) dengan 500 liter air digunakan sebagai racun 
pracambah bagi kawasan 1 ha. Merumput secara manual juga dibuat dari hari ke sehari. 


Pembajaan : 
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Jenis Baja
Masa Membaja
Kadar
Bahan organik
Sehari sebelum menanam
5 mt/ha
NPK 12:12:17:2+TE
Sehari sebelum menanam
500kg/ha
Urea
20 hari sebelum menanam
130kg/ha
Urea
40 hari sebelum menanam
130kg/ha

Pengurusan Perosak 

Penyakit :

Perosak
Simptom
Kawalan
Serangga pengorek
batang
(Ostrinia salentalis)
Ibu perosak bertelur di atas daun
dan larva yang keluar memakan
daun dan ke batang yang
menyebabkan terowong. Perosak
meninggalkan kesan najis atau frass
Pemerthrin
Ulat daun
(Spodoptera litura)
Larva memakan daun, pucuk pokok
dan kadangkala rerambut dan
hujung tongkol.
Cabaryl
Pengorek buah
(Helicoverpa armigera)
Larva mengorek tongkol dan
merosakkan biji jagung.
Phenthoate
Karat daun
(Puccinia polysora)
Bintik lonjong berwarna
perang di urat daun
Benomyl
Kulapok Downy
(Sclerophthora rayssiae)
Jalur kekuningan pada daun
Metalaxyl
Hawar upeh/daun
(Rhizoctonia solani)
Bintik kelabu dengan garis perang
Musnahkan tanaman
yang diserang dan amalkan
tanaman bergilir
Reput batang
(Erwinia carotovora)
Batang reput dan berbau busuk
Perbaiki saliran dan
amalkan tanaman bergilir

Kutipan Hasil Dan Pengendalian Pascatuai 


Masa kutipan hasil : 68 - 72 hari selepas menanam . 
Teknik kutipan hasil : Tongkol jagung dipetik dengan tangan yang dilakukan pada pagi atau petang sahaja. 
Pengendalian pascatuai : Pada suhu biasa, jagung segar boleh disimpan selama 24 - 36 jam. Pada suhu 3 - 5°C, ia boleh disimpan selama 3 minggu.


Anda inginkan info-info menarik mengenai tanaman? Follow Geng Kebun Organik

Monday, April 6, 2020

5 TANAMAN YANG BOLEH TANPA CAHAYA MATAHARI

Setiap tanaman kebiasaannya memerlukan cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis untuk mendapatkan makanan dan terus hidup sihat. Namun, di beberapa buah negara seperti di India terdapat beberapa jenis tanaman yang boleh hidup tanpa memerlukan cahaya matahari. Berikut merupakan jenis tanaman berbunga yang boleh hidup tanpa cahaya matahari.


1. Fuschia 


Fuchsia adalah sebuah tanaman hiasan dari keluarga Onargaceae. Tanaman ini berasal dari Amerika Selatan. Terdapat sekitar 100 spesies tanaman yang tergolong dalam kategori ini. Bunga fuchsia mempunyai bunga warna-warni yang hidup dan beragam. Warna merah dan  merah muda adalah warna yang paling digemari untuk bunga ini. Perkembangan terbaik bagi furchsia adalah di tempat teduh dan tidak terus terkena pada sinar matahari. Tanaman ini dapat berbunga selama 12 minggu atau lebih. Sebagai tanaman hiasan, tanaman dalam golongan ini dinilai agak sukar untuk dijaga dan dipelihara. Tanaman ini juga sesuai untuk ditanam pada kawasan yang sejuk dan memerlukan banyak air. 


2. Bleeding Heart 


Nama saintifik tanaman ini adalah Clerodendrum thomsoniae. Tanaman ini berkembang di tempat yang teduh dan lingkungan lembab. Untuk menanamnya, anda harus memiliki tanah yang kaya akan bahan organik. Ini merupakan salah satu tanaman yang memerlukan perhatian penuh agar dapat tumbuh dengan baik. Terdapat lebih daripada 400 spesis pokok bunga bleeding heart di seluruh dunia. Ini termasuklah jenis memanjat pokok renek, dan tanaman herba. Pokok bunga bleeding heart merupakan pokok hiasan jenis lama dan ia kurang dikenali oleh generasi muda sekarang. Pokok jenis memanjat ini mengeluarkan bunga berwarna putih dengan empat atau lima kelopak dan berjambak. Bunga ini akan menghasilkan buah pada bahagian tengah bunga dan apabila masak buahnya akan merekah. Bahagian dalam buahnya berwarna merah akan kelihatan dan ini menyebabkan ia dikenali dengan nama bleeding heart atau hati yang berdarah (terluka). 


3. Primrose 


Bunga ini dapat berkembang dengan baik di daerah berbatu. Primrose merupakan salah satu tanaman yang penuh kasih dan sangat indah. Primrose atau lebih dikenali sebagai evening primrose mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam. Habitat bagi tumbuhan ini boleh dijumpai di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Ia tumbuh di tepi-tepi jalan, tebing landasan, tanah terbuka yang kering, padang rumput dan padang lama. Pokok primrose biasanya hidup selama dua tahun dan tumbuh dengan sendiri. Tumbuhan ini agak tinggi iaitu kira-kira 4 hingga 5 kaki.


Batang pokok ini sentiasa berdiri tegak, bersaiz gempal, berbulu lembut, kemerahan dan  bercabang. Saiz daunnya pula adalah sebesar 3 hingga 6 inci manakala permukaannya yang kasar dan berbulu mengeluarkan bau limau. Akar tunjang primrose biasanya panjang, kekuningan di bahagian luar dan keputihan ditengah-tengah. Bunganya pula mempunyai duri setinggi 21/2 inci di bahagian cabang, berwarna kuning dan mempunyai empat kelopak. Kelopak bunga primrose akan mekar pada sebelah malam dan kuncup pada sebelah siang. Bunga tersebut yang mengeluarkan bauan yang wangi seperti haruman manis yang sering menarik rama-rama melakukan pendebungaan. 


Daun pokok primrose boleh direbus dan dimakan seperti sayur manakala akarnya pula mengeluarkan air manis yang enak seperti kentang apabila direbus. Sementara itu, bunga primrose pula boleh dijadikan manisan tambahan untuk salad. Selain akarnya yang mempunyai pelbagai khasiat, minyak yang terhasil daripada biji primrose dikatakan mengandungi sejenis asid lemak yang sangat berguna. 




4. Begonia 


Antara yang paling sesuai dijadikan pokok hiasan dalaman ialah resam batu (Begonia), sejenis pokok lendair yang mempunyai daun dan bunga berwarna-warni. Ia juga boleh ditanam dalam bekas seperti pasu gantung. Pokok resam batu berasal daripada keluarga Begomiaceae dan mempunyai lebih kurang 900 species, termasuklah jenis herba, berimbun dan menjalar. Tanaman begonia dapat menjadi salah satu penghias ruangan yang indah. Diperlukan sedikit perawatan dan perhatian seperti memberikan pupuk sebulan sekali untuk membuatnya tetap segar dan tumbuh dengan baik. 


5. Hosta Lily 



Tidak memerlukan banyak penjagaan untuk tanaman ini. Cukup menanamnya di dalam tanah yang kaya akan nutrisi dan lembab. Tanaman ini berasal dari keluarga lily dengan daun yang cukup padat. Hosta sangat popular bukan sahaja kerana berbunga yang indah, tetapi juga kerana hiasan daun. Ciri-ciri ini dimainkan dengan sempurna dalam reka bentuk landskap: tumbuhan digabungkan dengan bunga dan pokok lain. Tanaman ini perlu ditanam dikawasan yang teduh dan tidak terdedah secara langsung dengan cahaya matahari.




💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik

Friday, April 3, 2020

7 POKOK HIASAN YANG BERFUNGSI SEBAGAI PENAPIS UDARA




Hai, Assalamualaikum. Para pembaca dah dapatkan ke sepaket baja organik untuk raya ni? Tak nak ke laman meriah dan meletop masa raya nanti? Hihi. Hari ni admin nak kongsikan bagaimana untuk hias rumah anda untuk raya ni.


Pada masa kini, udara yang bersih dan berkualiti amat penting bagi menjamin kesihatan kita semua. Banyak produk dan teknologi yang canggih telah diperkenalkan dipasaran kepada kita dimana ia berfungsi untuk penapis udara kotor yang tidak sihat. Harga yang ditawarkan dipasaran agak tinggi dimana ia agak tidak mampu bagi sesiapa yang berpendapatan sederhana dan rendah. Anda jangan risau, jika anda tidak mampu untuk mendapatkan penapis udara ini anda boleh dapatkannya secara semulajadi. Setiap kejadian yang Allah ciptakan dimuka bumi ini mempunyai fungsi-fungsinya dan manfaatnya.



Persoalannya mengapa masa kini lebih ramai yang suka pokok tiruan dijadikan hisan rumah berbanding pokok hidup? Adakah mungkin disebabkan kerana ia mudah dijaga? Tetapi tahukah anda, ada pokok yang boleh diletakkan di dalam rumah tanpa memerlukan cahaya  matahari yang terik dan harganya jauh lebih murah berbanding pokok tiruan?



KENAPA TANAM POKOK HIASAN INI LEBIH BAIK BERBANDING POKOK TIRUAN?


Pokok hiasan dalam rumah ini bertindak sebagai penapis udara semula jadi di dalam rumah kita. Selain menapis udara, ia juga sudah pasti mencantikkan ruang rumah yang menjadikan pokok-pokok ini cukup berguna selain boleh menggantikan penapis udara yang berharga ribuan ringgit. Berikut adalah pokok-pokok hiasan yang merupakan penapis udara efisien untuk ditanam di dalam ruang rumah atau pejabat.


1. RUBBER PLANT (FICUS ELASTICA)

Rubber Plant adalah antara salah satu tanaman yang boleh berfungsi sebagai penapis udara yang baik. Kelebihan daun ini ialah mampu mengeluarkan racun dari udara, memerlukan kurang cahaya daripada banyak tumbuhan lain dan mengatasi semua ficus lain. Daun besar tumbuhan ini mengeluarkan sejumlah besar karbon dioksida yang dikeluarkan, menghapuskan bakteria dan spora di udara. Tanaman ini mampu mencapai tinggi sehingga 50 kaki.


2. MONEY PLANT (EPIPREMNUM AUREUM)


Pokok Money Plant ataupun Epipremnum Aureum adalah sangat mudah untuk berkembang dan sangat tahan terhadap jangkitan serangga dan mampu menampung lebihan banyak air. Ia adalah salah satu tumbuhan yang terbaik untuk membersihkan udara yang tercemar dengan bahan kimia sintetik dari perabot dan ia mampu menjadi penyelesaian pembersihan.



3. ARECA PALM (DYPSIS LUTESCENS)

Areca Plant mampu menghilangkan formaldehid, benzena, karbon monoksida dan dikenali sebagai salah satu pelembap semula jadi yang terbaik. Pokok ini lebih mudah untuk dijaga. Anda hanya perlu meletakkan di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari.



4. SPIDER PLANT (CHLOROPHYTUM COMOSUM)

Spider Plant atau pokok labah-labah adalah tumbuhan dengan nama botaninya adalah Chlorophytum Comosum. Tanaman ini adalah jenis tanaman hiasan yang berasal dari Afrika dan kini tersebar ke seluruh dunia. Ia mudah ditanam diatas tanah atau di dalam pasu. Diberi nama Spider Plant kerana rupa bentuk daunnya seakan kaki labah-labah dengan mempunyai ketinggian mencapai 60cm. Pokok ini sangat popular dan mudah dijaga. Kelebihan tanaman ini adalah ia boleh mengeluarkan bahan pencemar udara dalaman yang berbahaya seperti karbon monoksida, xylena, benzena, formaldehid dan bau yang tidak baik dari udara. Tumbuhan ini lebih suka cahaya matahari tidak langsung yang terang, tanah kering dan sejuk seperti suhu purata.




5. SNAKE PLANT (SANSEVIERIA)




Snake Plant atau dikenali sebagai lidah mertua adalah tanaman yang mudah ditanam. Sangat mudah berkembang kerana dapat menangani keadaan cahaya yang rendah dan sangat sedikit air. Adalah idea yang baik untuk menjaga salah satu tumbuhan ini di dalam bilik tidur kerana ia adalah satu-satunya tumbuhan yang menyerap karbon monoksida dan melepaskan oksigen pada waktu malam.Ia juga boleh diletakkan satu di bilik mandi bagi membantu mengawal kelembapan. Ada dakwaan dengan hanya 5 helai daun lidah mertua dewasa dalam rumah ia mampu menyerap dan membersihkan ruangan seluas 100 m3 dari berbagai jenis bahan polutan. Snake Plant adalah antara tumbuhan penapis udara terbaik untuk mengeluarkan benzena, formaldehid dan toksin berbahaya yang lain.




6. DRACAENA

Dracaena adalah sebuah tanaman yang terkenal dan berasal dari Madagascar dan pulau-pulau lautan India yang lain. Nama asal tumbuhan ini berasal dari perkataan Yunani kuno drakaina atau "naga wanita," kerana ia seperti gusi merah di batang Dracaena yang disamakan dengan darah naga. Tumbuhan Dracaena juga dikenali sebagai Song of India dan Pleomele. Penjagaan Dracaena agak mudah. Paling penting, Dracaena membantu membersihkan udara yang kita hirup. Dracaena merah dan Warneck Dracaena sama-sama berkesan untuk mengeluarkan formaldehid dari udara di rumah termasuk benzena, trikloretilena dan xilena. Pokok ini sesuai untuk dijadikan sebagai tanaman yang sesuai ditanam didalam atau diluar rumah di dalam iklim subtropika.Ia mencapai ketinggian kira-kira tiga kaki di dalam rumah, dan mempunyai jenis penampilan pokok lebat. Daun berkilatnya boleh tumbuh sehingga satu kaki panjang dan beberapa inci lebar.



7. UMBRELLA PLANT (SCHEFFLERA)




Schefflera atau pokok payung mempunyai daun hijau yang panjang, berkilat, bujur yang meleleh dengan anggun dari tangkai pusat. Schefflera yang matang mempunyai 12 hingga 16 selebaran dari tangkai tunggal, sementara Schefflera yang tidak matang lebih cenderung mempunyai empat hingga enam. Mereka boleh tumbuh hingga ketinggian tiga kaki.Tumbuhan ini mampu membuat udara di dalam rumah bersih walaupun terdapat perokok dalam keluarga. Schefflera mungkin mudah berkembang, tetapi terdapat beberapa perosak yang boleh menyebabkan masalah di taman anda. Tumbuhan ini mudah terdedah kepada pepijat mealy, hama labah-labah, aphids, dan serangga yang dikenali sebagai skala. Umbrella atau Schefflera adalah salah satu daripada tumbuhan dalaman yang paling terkenal untuk menyaring asap tembakau dan menyerap bahan berbahaya yang disediakannya.


Minat menanam? Kita GENG ! Jangan lupa join Geng Kebun Organik okey .










3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...