Showing posts with label bunga cantik. Show all posts
Showing posts with label bunga cantik. Show all posts

Friday, June 18, 2021

5 TIPS CANTAS PUCUK POKOK BUNGA ATI-ATI UNTUK DAUN RENEK DENGAN LEBAT DAN CANTIK DI LAMAN RUMAH ANDA

🌿Inginkan laman rumah yang cantik dan indah dipandang sama ada di bahagian ruang tamu di luar rumah atau di dalam rumah 
🌿pokok bunga ati-ati boleh jadi salah satu pokok hiasan di di laman rumah supaya rumah nampak lebih ceria  dan sedap mata memandang.  
🌿Kebanyakan masalah untuk pokok ati-ati ialah cara penjagaan yang  
betul yang ramai orang tak tahu.  
🌿Nak pokok bunga hidup cantik dan subur boleh tabur dengan Baja Milagro.

🌿Pokok bunga ATI-ATI (Coleus blumei) merupakan sejenis tumbuhan hiasan (ornamental) daripada keluarga Lamiaceae yang mudah dijumpai dan ditanam di Malaysia.  
🌿Pokok ati-ati mempunyai pelbagai warna daun yang berbeza dan unik  
dengan kombinasi satu atau beberapa warna yang menarik.   
🌿Warna daun yang kebiasaannya di jumpai di Malaysia ialah merah hati ditengah dan hijau dikeliling daun.  
🌿Ada juga daun yang berwarna hijau dan merah hati keseluruhan daun.  
🌿Tumbuhan ini juga mempunyai batang dan daun yang lembut.  
🌿Pokok ati-ati juga dikenali sebagai “pokok nilam” atau pokok “bangun-bangun”.  
🌿Pokok bunga ini sangat digemari dan disukai oleh suri rumah kerana warna daun yang cantik dipandang dan berwarna-warni. 

🌿Penjagaan untuk pokok bunga ini sangat memerlukan ketelitian daripada segi air,  
pencahayaan cahaya matahari dan membaja.  
🌿Tumbuhan ini sangat memerlukan air yang banyak kerana ia berbatang lembut.  
🌿Pokok berbatang lembut lebih cepat  penyejatan atau kehilangan air dalam proses transpirasi.  
🌿Transpirasi adalah proses pergerakan air melalui tumbuhan dan penyejatannya dari bahagian yang terdedah seperti daun, batang dan bunga. Selain itu, proses dimana tumbuhan kehilangan air dalam bentuk wap air melalui stomata pada daun


INI DIA 5 TIPS PENTING CANTAS PUCUK BUNGA ATI-ATI NAMAPAK LEBAT DAN CANTIK

1. Penyiraman air pada pokok mengikut masa dan cuaca yang sesuai

🌱Pokok ati-ati memerlukan kawasan tanah yang sentiasa lembap.   
🌱Dari segi keperluan air pada musim kemarau pokok bunga ati-ati perlu disiram 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang. 
🌱Pada waktu pagi pokok perlu disiram diawal pagi sebelum jam 10 pagi. 
Manakala waktu petang pula pokok perlu disiram selepas jam 4 petang dan sebelum jam 7 petang. 
🌱Manakala di hari biasa dan jika pokok berada di dalam rumah (indoor) pokok perlu disiram 1 kali sehari pada waktu pagi. 
🌱Pastikan pokok disiram dipangkal pokok (akar) dan bukan pada keseluruhan pokok untuk memudahkan akar mendapatkan air dan mengangkutnya ke dalam sel-sel pokok.  

            2. Lokasi tanaman yang strategik

🌱Pokok ati-ati tidak memerlukan cahaya matahari yang terlalu banyak kerana akan menyebabkan pokok layu. 
🌱Lokasi yang sesuai untuk pokok bunga ati-ati ialah dikawasan yang teduh. 
🌱Sama ada teduhan dibawah pokok atau menggunakan teduhan buatan seperti net. 
🌱Jika pokok bunga ati-ati diletakkan terdedah secara langsung kepada cahaya matahari akan menyebabkan pokok layu dan mati kerana kekurangan air.  
🌱Tetapi untuk mendapatkan corak dan warna yang terang dan menarik pokok boleh diletakkan dibawah cahaya matahari untuk sementara waktu. 
🌱Manakala, warna daun akan menjadi pudar dan tidak terdapat corak yang banyak pada daun kerana pokok tidak dapat pencahayaan yang lengkap. 
 
 



3. Memangkas (pruning), cantas atau pinching dahan pokok dengan betul

🌱Potong atau pangkas (pruning) pucuk untuk menggalakkan pertumbuhan ranting dan merimbunkan pokok.
🌱Pokok ati-ati yang ditanam dan telah matang mengeluarkan bunga kecil dalam satu jambak sekaligus mengeluarkan daun muda dimana ia akan berhenti. 
🌱Selepas pokok berbunga, disyorkan untuk memangkas (pruning) dahan bunga untuk menggalakkan pertumbuhan daun baru dan pertumbuhan yang lebih sihat dan cantik. 
🌱Memangkas dahan pokok perlulah dengan cara yang betul tanpa melukakan daun pokok. 
🌱Memangkas menggunakan gunting untuk elakkan pokok dipangkas dengan cantik.
🌱Perlu memangkas dengan memesong ke bawah untuk mengalakkan air turun ke bawah ketika hujan.
🌱Keratan dahan pokok bunga ati-ati yang dipangkas boleh digunakan untuk tanaman baru.

 



🌱Untuk pokok ati-ati kelihatan berimbun dan cantik perlulah melakukan proses pinching. 
🌱Proses cubitan (pinching) adalah proses membuang pucuk pada tumbuhan untuk membenarkan dua dahan yang baru tumbuh. 
🌱Proses ini perlu dilakukan apabila pokok muncul atau sudah tumbuh daun ke empat pada minggu ke 2 atau 3. 
🌱Selepas minggu ke 8 atau 9 aktiviti pinching sebagai cubitan kedua boleh dilakukan.

 

 
4. Cara pembajaan yang betul 
 
🌱Cara pembajaan yang betul akan memastikan pokok bunga ati-ati hidup dengan sihat. 
🌱Pokok bunga ati-ati perlu dibaja 1 kali untuk 2 minggu.
🌱Semasa membaja tanah perlu digembur dahulu dan gunakan 2 sudu baja MilAgro, taburkan di keliling batang pokok tanpa terkena pada batang atau dahan pokok ati-ati kerana akan menyebabkan dahan pokok layu dan melecur. 
🌱Selepas itu, tutupkan baja dengan tanah dan gaulkan sebati bersama tanah untuk mengawal bau tinja ayam.  
🌱Jika tanah digembur akan memudahkan akar pokok menerima nutrien dan proses pengudaraan di dalam tanah dan pokok tumbuh subur dan membentuk rumpun yang menarik.


 

5. Rebahkan batang pokok secara mengiring

🌱Batang pokok ati-ati perlu direbahkan secara mengiring untuk menggalakkan pertumbuhan ranting atau dahan yang banyak.
🌱Untuk dahan bunga ati-ati begini perlu direbahkan mengiring dan tahankan dengan batang kayu.


Kesimpulannya, penjagaan pokok bunga ati-ati memerlukan penjagaan yang teliti  
dan tidak boleh terdedah kepada matahari untuk jangka masa yang terlalu lama.  
Tetapi ia sangat mudah dijaga jika kita mengikut waktu penyiraman dan pembajaan pokok. Teknik untuk merimbunkan pokok juga sangat penting untuk dipraktikkan  
supaya pokok kelihatan cantik dan menarik sebagai halaman rumah di hari raya. 
 
Anda dapat sesuatu ilmu yang baru! jom kongsikan bersama rakan anda tentang ini. Anda suka  bercucuk tanam! Kita geng ! 
Jom join group facebook GengKebunOrganik😍

Friday, April 3, 2020

7 POKOK HIASAN YANG BERFUNGSI SEBAGAI PENAPIS UDARA




Hai, Assalamualaikum. Para pembaca dah dapatkan ke sepaket baja organik untuk raya ni? Tak nak ke laman meriah dan meletop masa raya nanti? Hihi. Hari ni admin nak kongsikan bagaimana untuk hias rumah anda untuk raya ni.


Pada masa kini, udara yang bersih dan berkualiti amat penting bagi menjamin kesihatan kita semua. Banyak produk dan teknologi yang canggih telah diperkenalkan dipasaran kepada kita dimana ia berfungsi untuk penapis udara kotor yang tidak sihat. Harga yang ditawarkan dipasaran agak tinggi dimana ia agak tidak mampu bagi sesiapa yang berpendapatan sederhana dan rendah. Anda jangan risau, jika anda tidak mampu untuk mendapatkan penapis udara ini anda boleh dapatkannya secara semulajadi. Setiap kejadian yang Allah ciptakan dimuka bumi ini mempunyai fungsi-fungsinya dan manfaatnya.



Persoalannya mengapa masa kini lebih ramai yang suka pokok tiruan dijadikan hisan rumah berbanding pokok hidup? Adakah mungkin disebabkan kerana ia mudah dijaga? Tetapi tahukah anda, ada pokok yang boleh diletakkan di dalam rumah tanpa memerlukan cahaya  matahari yang terik dan harganya jauh lebih murah berbanding pokok tiruan?



KENAPA TANAM POKOK HIASAN INI LEBIH BAIK BERBANDING POKOK TIRUAN?


Pokok hiasan dalam rumah ini bertindak sebagai penapis udara semula jadi di dalam rumah kita. Selain menapis udara, ia juga sudah pasti mencantikkan ruang rumah yang menjadikan pokok-pokok ini cukup berguna selain boleh menggantikan penapis udara yang berharga ribuan ringgit. Berikut adalah pokok-pokok hiasan yang merupakan penapis udara efisien untuk ditanam di dalam ruang rumah atau pejabat.


1. RUBBER PLANT (FICUS ELASTICA)

Rubber Plant adalah antara salah satu tanaman yang boleh berfungsi sebagai penapis udara yang baik. Kelebihan daun ini ialah mampu mengeluarkan racun dari udara, memerlukan kurang cahaya daripada banyak tumbuhan lain dan mengatasi semua ficus lain. Daun besar tumbuhan ini mengeluarkan sejumlah besar karbon dioksida yang dikeluarkan, menghapuskan bakteria dan spora di udara. Tanaman ini mampu mencapai tinggi sehingga 50 kaki.


2. MONEY PLANT (EPIPREMNUM AUREUM)


Pokok Money Plant ataupun Epipremnum Aureum adalah sangat mudah untuk berkembang dan sangat tahan terhadap jangkitan serangga dan mampu menampung lebihan banyak air. Ia adalah salah satu tumbuhan yang terbaik untuk membersihkan udara yang tercemar dengan bahan kimia sintetik dari perabot dan ia mampu menjadi penyelesaian pembersihan.



3. ARECA PALM (DYPSIS LUTESCENS)

Areca Plant mampu menghilangkan formaldehid, benzena, karbon monoksida dan dikenali sebagai salah satu pelembap semula jadi yang terbaik. Pokok ini lebih mudah untuk dijaga. Anda hanya perlu meletakkan di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari.



4. SPIDER PLANT (CHLOROPHYTUM COMOSUM)

Spider Plant atau pokok labah-labah adalah tumbuhan dengan nama botaninya adalah Chlorophytum Comosum. Tanaman ini adalah jenis tanaman hiasan yang berasal dari Afrika dan kini tersebar ke seluruh dunia. Ia mudah ditanam diatas tanah atau di dalam pasu. Diberi nama Spider Plant kerana rupa bentuk daunnya seakan kaki labah-labah dengan mempunyai ketinggian mencapai 60cm. Pokok ini sangat popular dan mudah dijaga. Kelebihan tanaman ini adalah ia boleh mengeluarkan bahan pencemar udara dalaman yang berbahaya seperti karbon monoksida, xylena, benzena, formaldehid dan bau yang tidak baik dari udara. Tumbuhan ini lebih suka cahaya matahari tidak langsung yang terang, tanah kering dan sejuk seperti suhu purata.




5. SNAKE PLANT (SANSEVIERIA)




Snake Plant atau dikenali sebagai lidah mertua adalah tanaman yang mudah ditanam. Sangat mudah berkembang kerana dapat menangani keadaan cahaya yang rendah dan sangat sedikit air. Adalah idea yang baik untuk menjaga salah satu tumbuhan ini di dalam bilik tidur kerana ia adalah satu-satunya tumbuhan yang menyerap karbon monoksida dan melepaskan oksigen pada waktu malam.Ia juga boleh diletakkan satu di bilik mandi bagi membantu mengawal kelembapan. Ada dakwaan dengan hanya 5 helai daun lidah mertua dewasa dalam rumah ia mampu menyerap dan membersihkan ruangan seluas 100 m3 dari berbagai jenis bahan polutan. Snake Plant adalah antara tumbuhan penapis udara terbaik untuk mengeluarkan benzena, formaldehid dan toksin berbahaya yang lain.




6. DRACAENA

Dracaena adalah sebuah tanaman yang terkenal dan berasal dari Madagascar dan pulau-pulau lautan India yang lain. Nama asal tumbuhan ini berasal dari perkataan Yunani kuno drakaina atau "naga wanita," kerana ia seperti gusi merah di batang Dracaena yang disamakan dengan darah naga. Tumbuhan Dracaena juga dikenali sebagai Song of India dan Pleomele. Penjagaan Dracaena agak mudah. Paling penting, Dracaena membantu membersihkan udara yang kita hirup. Dracaena merah dan Warneck Dracaena sama-sama berkesan untuk mengeluarkan formaldehid dari udara di rumah termasuk benzena, trikloretilena dan xilena. Pokok ini sesuai untuk dijadikan sebagai tanaman yang sesuai ditanam didalam atau diluar rumah di dalam iklim subtropika.Ia mencapai ketinggian kira-kira tiga kaki di dalam rumah, dan mempunyai jenis penampilan pokok lebat. Daun berkilatnya boleh tumbuh sehingga satu kaki panjang dan beberapa inci lebar.



7. UMBRELLA PLANT (SCHEFFLERA)




Schefflera atau pokok payung mempunyai daun hijau yang panjang, berkilat, bujur yang meleleh dengan anggun dari tangkai pusat. Schefflera yang matang mempunyai 12 hingga 16 selebaran dari tangkai tunggal, sementara Schefflera yang tidak matang lebih cenderung mempunyai empat hingga enam. Mereka boleh tumbuh hingga ketinggian tiga kaki.Tumbuhan ini mampu membuat udara di dalam rumah bersih walaupun terdapat perokok dalam keluarga. Schefflera mungkin mudah berkembang, tetapi terdapat beberapa perosak yang boleh menyebabkan masalah di taman anda. Tumbuhan ini mudah terdedah kepada pepijat mealy, hama labah-labah, aphids, dan serangga yang dikenali sebagai skala. Umbrella atau Schefflera adalah salah satu daripada tumbuhan dalaman yang paling terkenal untuk menyaring asap tembakau dan menyerap bahan berbahaya yang disediakannya.


Minat menanam? Kita GENG ! Jangan lupa join Geng Kebun Organik okey .










Sunday, March 29, 2020

7 IDEA TANAMAN HIASAN YANG SESUAI DITANAM DI DALAM RUMAH

21 Small Indoor Plants for Apartment Living | ProFlowers


Buntu nak tanam pokok apa didalam rumah? Tiada ruang untuk bercucuk tanam? Terutama bagi anda yang tinggal di rumah pangsa, flat ataupun bagi mereka yang terlalu sibuk dengan tugasan harian, keinginan memiliki taman atau tumbuhan mungkin agak terbatas. 

Sebenarnya anda masih boleh bercucuk tanam dan memiliki tumbuhan-tumbuhan yang amat mudah dijaga malah boleh dibesarkan di dalam rumah dengan penjagaan yang minima tanpa memerlukan ruang yang besar. 

Seperti yang kita tahu, semua tumbuhan memerlukan penjagaan yang baik, tetapi tidak semua tumbuhan memerlukan penjagaan yang rapi. Malah ada di antaranya boleh hidup dengan baik dengan hanya meletakkannya ke dalam air dan diberikan sumber cahaya yang cukup dari tingkap rumah atau lampu yang cukup terang. Jadi apa yang penting adalah anda mendapatkan tumbuhan yang sesuai dan juga menyediakan keperluannya yang cukup. 

Kaum wanita, terutamanya golongan mak-mak, suri rumah sentiasa akan mencantikkan rumahnya dengan pelbagai jenis hiasan yang menarik. Disamping ia dapat membersihkan udara di dalam rumah. Namun tidak semua pokok hiasan sesuai untuk diletakkan di dalam rumah kerana ia akan menyebabkan keracunan toksid. Oleh hal yang demikian, adalah sangat penting untuk anda mengetahui pokok hiasan jenis mana yang sesuai untuk ditanam di dalam rumah agar tidak memberi kemudaratan kepada kesihatan anda. 

Berikut adalah beberapa tumbuhan yang dimaksudkan :

             1. Sirih Gading ( Epipremnum Aureum )


Sirih Gading ataupun Epipremnum aureum adalah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Araceae, yang berasal dari Mo'orea, Polynesia Perancis. Epipremnum Aureum merupakan salah satu tumbuhan yang teramat mudah untuk ditanam di dalam rumah. Ia bukan sahaja boleh ditanam menggunakan tanah malah ia juga boleh ditanam dengan menggunakan tanah, batu kerikil, leca, dan apa sahaja medium tanaman. 

Anda juga boleh meletakkannya terus ke dalam air dan meletakkannya di tempat yang menyediakannya sumber cahaya yang cukup. Pokok istimewa ini adalah tumbuhan yang paling sesuai ditanam sekiranya anda terlalu sibuk untuk meluangkan masa memberikan penjagaan kepada tumbuhan anda. 

Pokok ini juga dikenali dengan pelbagai nama di merata-rata tempat dan adakalanya dikenali sebagai Philodendron oleh penjual-penjual utama tumbuhan. Ia boleh didapati tumbuh dengan mudah di kawasan-kawasan beriklim tropika dan sederhana. 

2. Lidah Buaya
     

Pokok hiasan yang seterusnya adalah pokok Aleo Vera ataupun dikenali sebagai pokok lidah buaya (Aloe vera) bukan sahaja mudah tumbuh di dalam rumah, malah tidak memerlukan penjagaan yang banyak juga. Kebiasaannya Aleo Vera akan ditanam didalam pasu hiasan yang bersaiz sederhana akan memberi kesan yang menarik dan menyegarkan pandangan mata. Selain itu, anda tidak perlu menyiramnya setiap hari, tetapi anda perlu memastikannya untuk diletakkan di tempat yang sesuai dengan cahaya dan kehangatan yang cukup. Lidah buaya selain cantik untuk dijadikan hiasan, ia juga mempunyai kebaikan untuk merawat masalah rambut gugur, masalah kulit seperti mengelakkan parut dan merawat masalah kulit seperti jerawat. 

Daun Lidah buaya ini juga sebenarnya mempunyai kemampuan untuk menyerap semua bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam udara di rumah anda seperti benzena dan formaldehyde.Ia juga memerlukan tanah yang tidak menakung air, oleh itu anda tidak perlu menyiramnya setiap hari. Pastikan juga ia tidak mempunyai terlalu banyak anak untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Anda perlu segera memindahkan anak pokok lidah buaya ini ke medium lain agar tidak menganggu pertumbuhan pokok induknya.

3. Peace Lily
            

Peace lily (Spathiphyllum) juga merupakan sejenis tumbuhan dari kawasan tropika Amerika dan juga Aisa Tenggara. Ia sememangnya tumbuhan yang cantik terutamanya apabila ia mula mengeluarkan bunga. Peace Lily adalah yang paling popular sebagai tumbuhan hiasan dalaman, tetapi anda juga boleh menanam peace lily ini di luar dengan jayanya jika anda hidup dalam iklim yang hangat. 

Penjagaannya yang mudah membolehkan ia ditanam di dalam dan juga di luar rumah. Walau bagaimanapun, menjaga Peace Lily yang ditanam di luar kawasan rumah ia mempunyai sedikit perbeza daripada yang disimpan di dalam rumah. Peace Lily akan menjadi lebih cantik dan baik jika mendapat sinaran matahari yang terang. Selain itu, Ia juga memerlukan tanah yang agak lembab dan kelembapan tinggi menambahkan lagi kesegaran kepadanya. Jadi, anda perlu menyediakan kawasan yang teduh dengan cahaya yang cukup untuk mendapatkan hasil yang baik daripada pokok ini. Ia juga membantu untuk membersihkan udara di dalam rumah.

4. Monstera Deliciosa

Monstera Deliciosa adalah pokok hiasan dalam rumah yang terkenal di Malaysia malah ia merupakan pokok hiasan dalam rumah yang digemari di seluruh dunia.Ia juga banyak dijual di merata tempat. Ia menjadi pilihan ramai wanita kerana kecantikkan dan penjagaan yang mudah. 

Walaupun tidak berbunga, ia masih dapat menarik perhatian ramai wanita. Bukan sahaja berfungsi sebagai pokok hiasan, malah ia juga mampu memperbaiki kualiti udaradalam rumah dengan cara menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam dan mampu menyerap formaldehyde. 

5. Jade Plant

Jade Plant (Crassula ovata) juga merupakan pokok yang sesuai di tanam di dalam rumah dan mudah dijaga. Mempunyai daun yang menyimpan air, ia tidak perlu disiram secara kerap. Jadi anda perlu menyediakan tanah yang sedikit berpasir untuk mengelakkan air bertakung. Tumbuhan ini berasal dari Afrika Selatan dan Mozambique yang membolehkan ia menyesuaikan dengan keadaan suhu bilik dengan mudah. Apa yang penting, anda perlulah menyediakan pencahayaan yang cukup. Jade plant merupakan antara pokok hiasan dalaman yang cukup popular kerana ia mudah dibentuk dan tumbuh untuk jangkamasa yang lama.

6. Bunga Keladi (Dieffenbachia)

Dieffenbachia kebiasaannya dikenali sebagai bunga keladi dan mempunyai beberapa spesis yang sememangnya setelah sekian lama dijadikan sebagai tanaman hiasan dalaman. Ia adalah tumbuhan yang berasal dari kawasan tropika Amerika Selatan dan kini mudah didapati di kawasan tropika lain di dunia.Pokok Bunga Keladi ini memerlukan tanah yang sedikit lembab dan cahaya yang sederhana hingga terang. 

Penjagaannya tidak terlalu rumit dan cerewet. Apa yang penting sekiranya anda ingin memiliki tumbuhan ini anda perlulah berhati-hati dengan getahnya yang boleh menyebabkan iritasi pada kuli, terutamanya kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif.Tanaman ini kebiasaannya juga diletakkan di halaman rumah kerana saiznya yang agak besar kurang sesuai untuk diletakkan didalam rumah. 

7. Peperomia

Peperomia terdiri daripada kumpulan tumbuhan yang banyak dan ada di antaranya sesuai dijadikan tanaman hiasan. Oleh kerana ia memerlukan sedikit cahaya, persekitaran yang agak redup dan kelembapan, suasana dalaman rumah merupakan tempat yang sesuai untuk tumbuhan ini. 

Ia berasal dari kawasan yang berbeza-beza iaitu dari kawasan tropika sehingga ke kawasan beriklim sederhana. Jadi anda perlu mengetahui serba sedikit mengenai keperluan cahaya dan suhu yang sesuai untuk spesis yang anda pilih. Namun kebiasaannya peperomia tumbuh di kawasan yang redup dan lembab.

Sumber : Mimir Ensiklopedia


Ada tak yang minat bercucuk tanam bermula dari perkongsian dilaman sosial ? Kita GENG 😍😍


Jom join kami di Facebook page Geng Kebun Organik 



Thursday, March 26, 2020

7 TANAMAN RENEK BERBUNGA YANG TAHAN PANAS DAN CUACA KERING


Idea Menarik "Container Garden" Tumbuhan Renek Ati-Ati - IMPIANA

Seperti yang kita tahu, kebiasaannya pada bulan Ramadhan, cuaca di Malaysia agak panas. Tetapi cuaca yang panas ini , kita janganlah jadikan iainya alasan untuk kita tidak bercucuk tanam.Untuk kali ini, saya ingin kongsikan 10 jenis taman renek berbunga yang tahan panas dan cuaca kering. Lebih panas dan kering, lebih banyak ia akan menghasilkan bunga.


1. Bunga Butang ( Gomphrena Globosa )


Bunga ini dipanggil bunga butang adalah disebabkan oleh bentuknya yang bulat seperti butang. Bunga butang ini terdapat beberapa pilihan warna antaranya pink, ungu, dan putih. Tanaman ini mudah dibiakkan melalai biji benihnya yang terdapat di dalam kuntuman bunga.

2.   Balong Ayam ( Celosia Argentea )

Pokok bunga ini dari keluarga yang sama dengan bunga butang, Balong ayam mempunyai warna-warna yang lebih terang seperti merah, kuning dan oren. Cara pembiakkannya juga melalai biji benih yang diambil dari bunga yang telah kering.

3.  Bunga Pentas ( Pentas Lanceolata )
Tanaman renek ini mempunyai bunga berbentuk bintang yang tumbuh dalam bentuk gugusan yang besar. Warna merah adalah antara rona yang kerap menjadi pilihan. Lakukn cantasan di bahagian hujung daun untuk memastikan ia sentiasa  berbunga. Jika tidak melakukan cantasan, tumbuhan ini akan naik lebih tinggi dan idak berbunga.

4.  Bunga Tahi Ayam ( Lantana Camara )
Seterusnya adalah bunga tahi ayam. Walaupun namanya adalah tahi ayam, tetapi baunya tidaklah sebusuk yang digambarkan.Tanaman yang berasal dari belukar ini amat digemari oleh serangga penghisap madu seperti rama - rama. Ia mempunyai 2-3 warna yang berbeza. Tanaman ini perlu keraplakukan cantasan untuk mengawal tumbesaran tanaman disamping mengalakkan penghasilan bunga yang optimum.

5. Ros Jepun ( Portuluca Spp )
         
Tumbuhan jenis menjalar ini mempunyai batang yang menyimpan air. Terdapat lebih daripada 20 jenis species didunia da nada diantaranya mempunyai khasiat untuk kulit. Terdapat pelbagai rona yang ceria dan mudah dibiakkan melalui keratan batang.


6.  Alamanda ( Allamanda Spp )
  
Alamanda mempunyai bunga yang berbentuk terompet berwarna kuning. Getahnya mempunyai khasiat terhadap kesihatan namun pada dos yang tertentu.Dahulunya, ia kerap dipilih sebagai tanaman pagaran kerana warnanya terang. Pokok ini mudah dibiakkan melalui keratan batang yang sesuai untuk semua jenis tanaman.


7. Marigold ( Tagetes Patula )
           
Bunga yang kerap digunakan bagi tujuan keagamaan terutamanya hindu. Walaupun baunya kurang menarik, warna orennya melambangkan kemewahan. Hasil kajian, Marigold mempunyai kandungan yang digeruni serangga seperti nyamuk dan serangga perosak. Tanaman ini menjadi pilihan sebagai tanaman di kebun untuk mengawal serangga bagi petani yang mengamalkan cara tanaman organik.


Thursday, January 9, 2020

CARA MEMBUAT CANTUMAN TUT



Seringkali kita lihat pada pokok buah ataupun pokok-pokok bunga terdapat bonjolan yang dibalut dengan plastik putih yang diikat pada ranting kayu pokok.  Mungkin pada yang tidak tahu, pasti mereka ingatkan ia adalah satu teknik untuk merawat pokok daripada penyakit atau mungkin cara nak elak dari serangga? Bagi yang ingin tahu dan mahukan penjelasan yang jelas mengenai benda itu, perkongsian kali ini akan mendedahkan rasa ingin tahu anda.
Sebenarnya bonjolan dan kesan plastik yang diikat pada ranting pokok itu adalah satu kaedah secara cantuman untuk kita hasilkan anak pokok yang baru atau dengan kata yang mudah nak hasilkan anak pokok yang baru dari pokok yang asal.

Ia merupakan teknik pembiakan pokok yang mudah bagi pokok-pokok besar seperti buah-buahan dan pokok bunga. Terdapat beberapa kaedah pembiakan pokok, tetapi pada hari ini, admin akan menerangkan teknik cantuman tut atau marcotting

Teknik Cantuman Tut
Cara cantuman ini adalah sesuai untuk pokok yang berdahan keras seperti pokok buah-buahan. Pokok limau, rambutan, durian, buah tin dan lain-lain.  Kali ini saya akan ajar cara yang mudah untuk membuat tut pokok limau. Caranya sama boleh dipraktikkan pada pokok lain juga.
Peralatan yang diperlukan:
  1. Pisau belit
  2. Gunting

Bahan yang diperlukan:

  1. Hormon penggalak akar
  2. Tanah campuran
  3. Tali
  4. Plastik
  5. Cocopeat (sekiranya ada)
  6. Air

Langkah-langkah:

  1. Pilih dahan yang sihat dan tidak dijangkiti penyakit

  1. Kelar keliling dahan dan ke bawah mengunakan pisau dengan jarak 3-5 cm 
  1. Sapukan keliling kelaran dahan tadi dengan hormon pengalak akar

  1. Medium tanah dicampur dengan air sedikit dan digempalkan agar lembap dan tidak mudah kering apabila di balut dengan plastik.
  1. Tekupkan gempalan tanah tadi ke dahan yang telah disapu hormon.

  1. Letakkan cocopeat disekeliling gempalan tanah tadi, ia adalah bertujuan mengekalkan lagi kelembapan yang maksimun kepada tanah tadi.

  1. Kemudian, bungkuskan gempalan tadi dengan plastik

  1. Pastikan balutan plastik menutupi kesemua gempalan tanah tadi dan ikatkan dengan tali dengan kemas.

Cantuman ini menjadi sekiranya terdapat akar yang tumbuh penuh didalam bungkusan itu. Hasil selalunya dapat dilihat sekitar 4-8 minggu mengikut pada jenis pokok.
Apabila akar sudah kelihatan, kita boleh potong dibahagian bawah akar tersebut dan pindahkan tut ke dalam pasu atau bekas yang mengandungi tanah campuran. Letakkan pada tempat teduh untuk proses hardening.
Pemindahan perlulah dilakukan secara berhati-hati kerana akar masih tidak begitu kuat. Elakkan menekan pangkal tut apabila selesai menanam. Hanya perlu siram sahaja disekeliling.

selamat mencuba!

Kredit : MyAgri.com.my

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...