Tuesday, July 13, 2021

5 TIPS PENTING MERAWAT TANAH BERMASALAH UNTUK DAPATKAN TANAH YANG SUBUR


Salah satu kunci utama untuk dapatkan tanaman yang sihat, sedap dan berkhasiat ialah dengan mempunyai keadaan tanah yang subur


Dalam pertanian tekstur, bau dan pH tanah di ambil kira sebelum proses penanaman di lakukan sama ada di kawasan ladang, kebun atau di dalam polibeg atau pasu.


Keadaan tanah yang subur mesti lah mempunyai tanah pH nuetral iaitu 5.5 - 7.5.


Jenis tanah juga memainkan peranan penting untuk tanaman, ia mengikut kepada jenis tanaman yang sesuai mengikut jenis tanah.


Tetapi walaupun berbeza jenis, kesuburan tanah untuk tanaman membesar adalah penting dalam pertanian

  • Bagaimana cara untuk merawat dan mengatasi masalah tanah yang kurang subur ini menjadi subur?

  • Ini dia antara teknik penting untuk dapatkan tanah yang subur.


  1. Membajak kawasan tanah yang keras


Aktiviti membajak tanah sama seperti kita mengemburkan tanah kita daripada tanah menjadi terlalu padat, mematahkan akar-akar kayu yang ada di dalam tanah & memulihkan pengudaraan yang sempurna di dalam tanah. Antara ciri tanah yang baik ialah tanah yang mudah digembur dan mempunyai struktur yang berongga. 



Selain itu, aktiviti ini dapat meningkatkan kadar kesuburan tanah dengan cara pengemburan tanah yang padat menjadi peroi dan mudah untuk air mengalir.


Akar yang terdapat dalam tanah juga hi di gembur menjadi Sebatian yang kecil dan memudahkan microorganisma mereputkan dengan cepat dan mudah untuk menghasilkan humus kepada tanah sebagai bahan organik semula jadi.


  1. Membuat sistem pengairan yang baik


Tanah yang baik harus mempunyai kadar kelembapan yang baik. Tanah yang terlalu gersang dan kering menunjukkan tanah tersebut tidak mengandungi air yang cukup untuk tanaman hidup. Untuk meningkatkan kadar kelembapan tanah, sistem pengairan perlu diwujudkan dengan sistematik. Dengan adanya sistem pengairan yang baik, ia akan meningkatkan lagi kesuburan tanah sekali gus aktiviti menanam boleh dilakukan.



  1. Proses pengkapuran di kawasan ladang atau kebun


Amalan pengkapuran amat sinonim dalam aktiviti pertanian. Aktiviti ini juga dapat merawat tanah daripada pH yang alkali atau asid kepada pH nuetral. Ia adalah proses mengubahsuai bacaan pH tanah itu sendiri. Tanah yang subur perlu mempunyai pH tanah nuetral iaitu 6.5 - 7.5. Walaubagaimanapun, kesesuaian pH tanah untuk tanaman secara keseluruhan antara 5.5 - 7.5 .



  1. Menambah bahan organik pada tanaman


Selain itu, ciri-ciri tanah yang subur perlulah mengandungi bahan organik yang tinggi di dalam tanah. Proses penambahan bahan organik ini sangat penting dalam pertanian dan biasanya ia dilakukan setiap kali habis musim menuai. Dimana, ia akan meletakkan pelepah-pelepah pokok yang dipotong dan biarkan is mereput, atau pun anda boleh gunakan tahi ayam sebagai baja bahan organik seperti baja Milagro. Bahan utama daripada bahan organik untuk tanaman. Hal ini kerana nutrisi dariapada tanah & bahan organik akan diserap oleh tanaman dan mengeluarkan hasil yang berkhasiat dan bahan organik ini dapat membantu memberikan kelembapan pada tanah. 






  1. Melakukan amalan pertanian yang baik


Dengan amalan pertanian yang baik akan menjurus ke arah proses pengurusan tanaman secara sistematik. Setiap tanaman memerlukan kuantiti nutrisi yang berbeza mengikut jenis tanaman, di samping dapat mengurangkan kehadiran serangga perosak yang sama. Anda perlu lakukan aktiviti merumput, mengembur tanah dan membaja untuk mendapatkan tanah yang subur untuk tanaman membesar sihat.



  • Kesimpulannya, Untuk mendapatkan tanah yang subur bukanlah bergantung kepada jenis tanah. Tetapi cara dan teknik untuk menyuburkan tanah, supaya tanah tersebut boleh digunakan untuk bercucuk tanam mengikut jenis tanaman yang sesuai


    Semoga bermanfaat untuk mereka yang ingin mencuba untuk tanam di rumah. Selamat mencuba dan selamat bercucuk tanam. 


    Anda minat bercucuk tanam. Jom kongsikan maklumat ini pada rakan-rakan anda. Yang ingin ketahui teknik untuk tanah yang subur. anda boleh cuba lakukan ini pada kebun atau ladang anda! anda suka bercucuk tanam! Kita geng! 


    Jom join group facebook Geng Kebun Organik 😍



Friday, July 9, 2021

NAK TANAM ANGGUR DI RUMAH TETAPI TAKUT POKOK TIDAK BERBUAH? INI FEEDBACK DARIPADA PENGGUNA BAJA MILAGRO. TANAM ANGGUR DAN BERBUAH DENGAN LEBAT!

 


Pokok anggur di Malaysia kebanyakannya mudah ditanam di tempat yang mempunyai cuaca yang sejuk dan sesuai di tanam di bahagian berbukit kerana sesuai dengan cuaca untuk pertumbuhan pokok anggur itu sendiri.Anda ada niat nak cuba tanam pokok anggur di rumah dengan menggunakan biji benih. Boleh saja, asalkan kita ada usaha untuk cuba sesuatu yang baru.


Walaupun cuaca di kawasan tanaman kita tidak sesuai tetapi kita boleh gunakan kaedah yang sesuai untuk tanaman ini. Dengan cara tanam di dalam rumah hijau atau green house. Jika anda nak jimat anda boleh bina sendiri rumah untuk tanaman pokok anggur dengan menggunakan kayu dan jaring hitam sebagai teduhan dan pokok anggur memanjat.



Ini dia testimoni daripada pengguna Baja MILAGRO yang telah menanam pokok anggur dan mendapatkan hasil yang lumayan. Pokok anggur yang ditanam tidak pernah berbuah, kini berbuah dengan lebat. 


  1. Puan Normah salah seorang pengguna baja organik Milagro yang gembira dengan hasil yang diterima. 


"Buah anggur saya lebat buah dia... Sebelum ini kecil dan tak berapa lebat.." - 


Puan Normah impikan hasil tanaman lebat dan berganda? Baja Milagro dapat membantu untuk memulihkan dan menyuburkan tanah anda. Selain itu, dalam baja itu juga mengandungi 12 nutrien lengkap untuk pokok tumbuh dengan sihat dan subur. Jika tanah tanaman subur dan pokok mendapat nutrien yang lengkap untuk membesar, ia akan menghasilkan buah yang sedap dan lebat.



  1. Selain itu, En. Jasni juga antara pengguna dan ejen Baja Milagro yang menanam pokok anggur sudah 5 tahun. Beliau mempunyai masalah tanaman berbuah hanya 2 kali sahaja. Untuk yang pertama kali pokok hanya berbuah 2 tangkai sahaja. Alhamdulillah selepas menggunakan baja Milagro pokok anggur En. Jasni tumbuh 15 tangkai dan mengeluarkan hasil buah yang lebat. Nak ketahui lebih lanjut boleh tengok video penerangan En. Jasni tentang pokok anggur beliau pokok anggur En. Jasni selepas menggunakan baja Milagro.




Nak tahu bagaimana cara untuk menanam pokok anggur menggunakan biji benih daripada anggur yang anda beli di pasar raya. Boleh klik link video ini Cara menanam pokok anggur daripada biji benih.





Semoga bermanfaat untuk mereka yang ingin mencuba untuk tanam pokok anggur di rumah. Selamat mencuba dan selamat bercucuk tanam.


Anda minat bercucuk tanam. Jom kongsikan maklumat ini pada rakan-rakan anda. Yang ingin mencuba tanam pokok anggur di rumah. anda boleh cuba lakukan ini dirumah! anda suka bercucuk tanam! Kita geng!


 Jom join group facebook Geng Kebun Organik 😍


Wednesday, July 7, 2021

DIY PERANGKAP LALAT BUAH PAKAI BOTOL AIR MINUMAN

 

 


🐝Mesti ramai yang mengalami masalah buah busuk disebabkan lalat buah yang menyerang tanaman anda

🐝Kita menggunakan kaedah menutup buah dengan menggunakan guni atau plastik untuk elakkan buah di serang serangga perosak

🐝Kebanyakannya lalat buah sangat mudah untuk menebuk kulit buah dan menyebabkan buah mempunyai perumah di dalam buah

🐝Diluar nampak cantik, tetapi di dalam rupa-rupanya ada telur lalat buah (larva kecil)

🐝Macam mana lalat buah ini menyebabkan buah kita busuk di dalam?

 

đŸŒŗLalat buah atau nama saintifiknya Bactrocera carambolae mudah untuk menyerang buah dan sayur jika tidak ditutup dengan plastik,guni atau surat khabar

đŸŒŗKebiasaanya sayur tidak ditutup, sayur akan disembur racun serangga

đŸŒŗBuah yang berkulit nipis, sering dijadikan lokasi bertelur seperti buah Belimbing, Mangga, Nangka, Betik, Peria, Petola, Timun, Terung dan sebagainya. 

đŸŒŗKitaran lalat buah untuk hidup ialah selama 3 minggu 


  1. Lalat buah dewasa akan hinggap dan menyengat atau menusuk kulit buah menggunakan  alat mereka di bahagian belakang (yang tajam) 

 

  1. Lalat buah akan meletakkan telur ke dalam buah (telur akan membesar dalam 2-3 hari)

  2. Telur akan menjadi ulat selama 8-12 hari di dalam buah

  • Kemudian larva yang menetas akan memakan tisu buah dari dalam buah




  1. Ulat buah akan menjadi kepompong kecil dalam masa 4-6 hari

🐝Peringkat telur dan ulat akan berlaku di dalam buah atau sayur

🐝Peringkat kepompong akan terjadi di dalam tanah setelah buah gugur


 



🐝Lalat buah aktif pada waktu pagi jam 8-10 pagi, waktu petang jam 5-7 petang bergantung kepada cuaca


  • Bagaimana kita nak tahu tanda-tanda pokok kita diserang lalat buah?

🐝Buah kelihatan lebam, lembik dan berair. 

🐝Ada bintik-bintik hitam pada kulit buah

🐝Serangan lalat buah jika tidak dikawal boleh menyebabkan lebih 50% hasil kebun anda akan musnah. 

🐝Apa yang penting bagi petani adalah tahu bagaimana mereka hendak mengawal populasi lalat buah terutama untuk tanaman tertentu. 



BAHAN-BAHAN

1. Botol air minuman 
2. Pisau atau gunting
3. Gula pasir 
  • atau air sabun

  • Atau air limau

  • Atau yeast (ragi) penaik roti

  • racun lalat (superlureme)


  1. Kapas atau tisu

  2. Tali atau dawai

  3. Penebuk 




CARA-CARA 

  

  1. Potongkan bahagian kepala botol 

🐝Potongkan ¼ botol dibahagian atas

🐝Botol akan terpotong menjadi kepada 2 bahagian


  1. Letakkan kepala botol terbalik di bahagian atas 

🐝Buangkan penutup botol

🐝Jika tidak muat boleh potongkan sedikit dibahagian badan botol

🐝Pastikan kepala botol tidak longgar dan betul-betul masuk ke dalam botol satu lagi


  1. Sediakan larutan gula pasir

🐝Campurkan 2 sudu gula & ½ cawan air

🐝Larutkan air gula sehingga sebati

🐝Larutan gula dijadikan sebagai umpan untuk menarik perhatian lalat buah

🐝Kerana lalat buah suka kepada benda manis

🐝Letakkan kapas ke dalam air gula dan rendam kan sekejap

🐝Jika anda nak menggunakan larutan air itu, anda boleh letakkan sedikit di bahagian bawah botol

🐝Jika anda nak gunakan larutan air limau, sabun atau yeast (ragi) pun boleh

🐝Tapi di sini untuk lebih berkesan anda boleh gunakan racun lalat buah (superlureme)


  1. Gantungkan kapas menggunakan tali

🐝Gulungkan kapas dan ikatkan dengan tali

🐝Buatkan lubang di tengah-tengah bahagian bawah dan penutup botol (Lubang kecil sahaja)

🐝Ikatkan tali pada penutup botol sebagai penahan kapas

🐝Kapas berada di dalam botol secara tergantung


  1. Letakkan berhampiran pokok

🐝Gantungkan botol menggunakan tali

🐝Pastikan tali diikat dengan kuat untuk elakkan botol jatuh semasa angin kuat

🐝Biarkan seminggu 



🐝Lihat hasil perangkap lalat buah selepas seminggu



Q&A  

 

  1. Jika waktu hujan perangkap tu nak biarkan je ke?

🐝Boleh je. Sebab sudah ada penutup botol sebagai penahan tali dan lubang tu di masuki air semasa hujan

  1. Nak letakkan larutan air gula,yeast(ragi),air limau atau air sabun dalam botol saja boleh ke?

🐝Boleh saja, tetapi jangan terlalu banyak. Letakkan di bahagian bawah botol antara kepala botol dan badan botol. Jangan terlalu banyak


🐝Kesimpulannya, lalat buah sangat mudah untuk buat buah atau sayur kita rosak dalam sekelip mata
🐝Kita perlu cari cara atau kaedah untuk mengawal lalat buah ini dengan menggunakan DIY Perangkap lalat buah
🐝Sangat mudah, jimat dan ringkas
🐝Pastikan buah yang sudah tumbuh 16-18 cm perlu dibungkus dengan plastik, guni atau surat khabar untuk elakkan buah diserang lalat buah
🐝Kita perlu mencegah sebelum parah, kerana mencegah lebih baik daripada mengubati
🐝Anda minat bercucuk tanam. Jom kongsikan maklumat ini pada rakan-rakan anda. 🐝Anda ada mengalami lalat buah yang menyerang tanaman anda, anda boleh cuba lakukan ini dirumah! sangat mudah dan cepat, anda suka bercucuk tanam! Kita geng!
🐝Jom join group facebook Geng Kebun Organik 😍

Monday, July 5, 2021

BAGUSKAH AIR HUJAN UNTUK SIRAM PADA TANAMAN ANDA SEBAGAI SUMBER AIR

đŸŒē PKP datang lagi. Anda nak bayar bil air duit simpanan tak cukup. 

đŸŒēLagi-lagi untuk petani yang ingin sumber air pada tanaman mereka setiap hari

đŸŒēMusim ini, adalah musim hujan. Jadi kita boleh gunakan masa ini untuk menadah air hujan hujan

đŸŒēDapat jimat duit kita nak bayar bil air

đŸŒēKebiasaan kita menggunakan air paip untuk menyiram tanaman kita setiap hari

đŸŒēUntuk pekebun kecil mereka menggunakan tadahan air hujan sebagai sumber air untuk tanaman mereka

đŸŒēTetapi tahukah anda! baguskah air hujan digunakan sebagai siraman kepada tanaman kita?

đŸŒēAdakah air hujan dapat menyuburkan tanaman kita? Apa impak kepada tanaman kita? Apa kesan jika terlebih?Haa nak tau. Teruskan membaca.

đŸŒēAir hujan adalah sumber air semulajadi kepada tanaman yang memberi nutrien nitrogen kepada pokok untuk membesar dengan subur

đŸŒēIa dapat memberikan pertumbuhan positif pada tanaman, nak tau bagaimana air hujan dapat memberi impak positif kepada tanaman kita?

đŸŒēSudah bertahun terbukti, air hujan boleh menjadikan tanaman segar selepas hujan 

đŸŒēJika kita hirup dan lihat tanaman kita selepas hujan ia menghasilkan suasana yang ceria dan memberikan udara yang segar kepada tubuh badan kita

đŸŒēTetapi di Malaysia mempunyai beberapa jenis hujan yang berasid dan memudaratkan kesihatan kepada manusia, haiwan dan juga tanaman

đŸŒēJadi bagaimana kita hendak tahu air hujan ini berasid?


Adakah air hujan menyuburkan tanaman kita? Apa kesan kepada tanaman kita? Apa kepentingan kepada sektor pertanian?

  1. Air hujan merupakan sumber air secara semulajadi 

  • melalui proses kitaran air secara semulajadi daripada proses penyejatan dan kondensasi wap air daripada awan dan jatuh ke bumi yang dipanggil air hujan

  • Air hujan sangat penting untuk sektor pertanian terutamanya untuk petani sawah padi untuk dijadikan sumber air tanaman mereka

  • Air hujan dijadikan sumber air untuk tanaman mereka dengan cara membina empangan untuk mengalirkan air keluar masuk ke kawasan tanaman. 

  • bebas daripada bahan kimia seperti klorin, garam dan fluorida yang ada dalam air paip

  • Air hujan akan memberi nutrien kepada tanaman secara semula jadi dan sebagai penghindar bahan kimia kepada tanaman dengan kaedah ‘leaching’ 

  • Sewaktu hujan, ia akan membawanya bersama mengalir ke sungai atau laut

  • Sebab itu kita tidak digalakkan membaja secara terbuka pada waktu hujan

  1. Air hujan mengandungi nutrien nitrogen secara semulajadi

  • Kandungan nitrogen di udara sekitar 78% yang mempunyai unsur bukan senyawa. 

  • Nitrogen yang ada di udara tidak boleh diserap secara langsung oleh pokok 

  • Apabila hujan, unsur nitrogen di udara akan bertukar nitrat yang mudah diserap oleh pokok

  • Apabila hujan berselingan dengan petir kita akan ketakutan, tahukah anda petir juga ada manfaat tersendiri untuk tanaman kita 

  • Ia akan membuat tanaman kita subur dengan cara mempercepatkan dan meningkatkan penyerapan nitrogen dalam tanah 

  • Kerana hujan bersama ribut petir akan membantu membuka kunci nitrogen dari atmosfera

  • sambaran daripada petir akan membuat nitrogen bergabung dengan oksigen dan wap air di udara yang turun ketika hujan dan menyirami tanaman dengan air yang kaya dengan nitrat dan ammonium yang menyuburkan tanaman

  • Haba dan tekanan yang menghasilkan kilat daripada petir akan memberi tenaga untuk memecahkan dan menukar nitrogen di atmosfera menjadi nitrogen yang mudah diserap oleh pokok (nitrogen reaktif)

  1. Air hujan tidak mengandungi klorin yang tinggi berbanding air paip (bebas daripada bahan kimia)

  • Air paip mempunyai kadar klorin atau klorida yang tinggi 

  • Kehadiran klorin kepada tanaman akan mengganggu penyerapan nitrogen oleh akar pokok untuk membesar dengan sihat dan subur

  • Berbeza dengan menggunakan air hujan, ia membantu pokok hidup sihat

  • Kerana air hujan bebas daripada bahan kimia, garam dan mineral.

  • Tanah yang bebas daripada garam akan mempercepatkan pertumbuhan akar dan meningkatkan jumlah air yang dapat diserap oleh akar pokok daripada tanah 

  1. Air hujan mengandungi bahan organik apabila dia  mengalir dari atap rumah, air hujan dia mengalir sekali dengan sampah daun, kotoran haiwan seperti burung

  1. Membuat tanaman kelihatan segar dan menghijau

  • Apabila air hujan mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi dan mudah diserap oleh pokok ia akan menghasilkan daun pokok yang hijau dan segar selepas hujan

  • Nitrogen berfungsi untuk proses percambahan akar pokok dan proses fotosintesis berjalan dengan sempurna

  • Selain itu, air hujan dapat membantu membasuh debu kotor yang ada pada tanaman dan membuatkan tanaman kelihatan segar dan menghijau

  1. Air hujan mempunyai pH yang nuetral berbanding pH pada air paip dan ia mempunyai kekuatan ionik yang tinggi dan menjadikan air masin

Jadi bagaimana kita nak tahu air hujan ini berasid?

  • Daripada bau air hujan yang masam

  • Hujan yang menyebabkan tanah berasid

  • Mempunyai unsur elemen gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida (bercampur dan menghasilkan asid sulfurik)

  • Air hujan telah bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera


Kandungan air hujan

1.      Wap air

2.      Asid nitrik-zat kimia yang terdapat dalam air hujan. Hujan acid terjadi akibat pencemaran alam sekitar. Kandungan asid nitric yang berlebihan tidak baik. Asid nitric juga akan memberi kesan pada ph tanah. Air hujan yang normal mempunyai ph 6 manakal hujan asid mempunyai ph bawah 6 sekitar 5

3.      Karbon- berbentuk silika mengikat molekul-molekul pada air supaya terbentuknya hujan

4.      Asid sulfuric-zat yang ada pada air hujan jika berlebihan akan menyebabkab gangguan penapasan manusia

5.      Garam- juga terkandung dalam air hujan yang berasal dari laut kerana evaporasi proses. Kandungan garam dalam air hujan berubah. Air hujan akan mengandungi banyak garam apabila di kawasan daerah pantai.

Kesan tiada hujan

·  Pokok Nampak layu,x cukup air

·   Sungai /takungan air menjadi kering

·   Menganggu hasil pokok buah-buahan dan tanaman pad


☔Di dalam kitab al-Qur’an, telah disinggung tentang proses terjadinya hujan, manfaat hujan bagi makhluk hidup dan hujan pemberi kegembiraan bagi umat manusia.

☔Hal itu dibuktikan bahwa sejak zaman dulu, petani memang banyak menggunakan air hujan kerana air hujan dapat membantu meningkatkan hasil tanaman mereka. 

☔Kegunaan air hujan untuk aktiviti menyiram tanaman anda boleh dilakukan untuk menggantikan air paip dan elakkan terlebih menyiram

☔Untuk mengelakkan pokok mati kerana terlebih air


☔ Adakah bagus air hujan untuk tanaman kita?🤔 Nak ketahui lagi lanjut tentang Baguskah air hujan untuk siraman tanaman anda?


☔ Anda minat bercucuk tanam. Jom kongsikan maklumat ini pada rakan-rakan anda. Hobi anda suka bercucuk tanam, sukakan tanaman, anda boleh cuba lakukan ini dirumah! Kita geng! Jom join group facebook Geng Kebun Organik 😍


3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...