Sunday, April 21, 2019

ADA APA DENGAN POKOK CEKUR

Siapa yang tak kenal tanaman cekur ni memang sinonim dalam masakan orang Melayu. Tanaman ini biasanya ditemui atau ditanam di sekitar kampung dan jarang ditemui di bandar. Khasiatnya yang pelbagai dan juga cara memasaknya yang mudah menjadikan sayuran cekur ni suatu tanaman yang digemari ramai juga.

Daun cekur sangat berkhasiat bagi ibu yang baru bersalin dan bayi di mana daun ini akan dihancur dan dilumatkan lalu ditampal di payudara ibu bagi meransang penghasilan susu.

Air rebusan daun cekur manis ini boleh diminum bagi pemulihan rahim terutama bagi ibu yang bersalin, mengubati demam panas, masalah pembuangan air kecil, rawatan sakit kepala dan penyakit kardiovaskular. Jika mengambil daun cekur ni secara berlebihan, ada yang mengatakan ia akan menyebabkan seseorang itu berasa pening. Ianya mungkin kerana cekur mempunyai sifat yang berangin ketika dimakan.

Pokok cekur boleh dibiakkan melalui keratan batang atau ditanam secara biji benih. Lazimnya pekebun lebih gemar menanam secara keratan batang kerana ia cepat bercambah dan tumbuh subur berbanding menaman secara biji benih yang akan lambat untuk tumbuh.

Pokok cekur ini sesuai ditanam atas pelbagai jenis tanah. Sekiranya cuaca terlampau panas hingga menyebabkan tanah rasa kering, pokok cekur ni perlulah disiram pada permukaan tanah agar tanah sentiasa lembap bagi menggalakkan pertumbuhan tunas dan pucuk.

Untuk pertumbuhan cekur yang terbaik, keratan batang boleh di semai secara menegak di dalam polibeg dan diletakkan di kawasan yang agak terlindung dari cahaya matahari. Keratan batang ini perlulah disiram sekali sehari dan dilindungi dengan sungkupan.  Pokok cekur yang telah bercambah dan mengeluarkan tunas boleh dipindahkan ke atas batas.

Selain itu, cara mudah tanam cekur bagi yang jarang nak menyiram dengan menggunakan pasu. Dan yang pasti pasu tersebut mempunyai lubang dan sediakan tuala serta bekas kosong. Kaedah ini adalah cara menanam semula.

Mula-mula masukkan kain ke dalam pasu yang berlubang sebelum dimasukkan tanah. Ianya bagi memudahkan penyerapan air berlaku dan kemudian baru letakkan medium tanah dan buat lubang dibahagian tengah dan tanamkan semula daun cekur itu. Kemudian ambil bekas kosong tersebut isikan air dan letakkan pasu tersebut diatas bekas kosong itu.







Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik


















No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...