Friday, May 24, 2019

Panduan Menanam Timun Melalui Biji Benih Dengan Mudah Dalam Pasu

Timun adalah kategori sayuran buah yang sememangnya ramai gemar nak makan samada secara mentah atau dimasak lagi-lagi dijadikan ulam pada sesiapa yang memang mengamalkan pemakanan yang sihat. Timun ni memang kaya dengan pelbagai khasiat yang mungkin ramai taktahu.

Kemajuan cara dan teknik menanam dalam bidang pertanian semakin maju dan berkembang. Banyak cara yang boleh kita buat untuk menanam sekarang samada menanam di tanah, di pasu, secara hidroponik dan macam-macam lagilah. Bagi mereka-mereka yang tinggal di bandar pun boleh menanam mengikut kaedah yang sesuai seperti menanam dalam pasu. Ini kerana menanam dalam pasu mudah di mana memerlukan sedikit media, pasu boleh dialihkan dan pembajaan juga tidak perlukan jumlah yang banyak cukup 2 sudu dalam 2 minggu sudah memadai. 

Image result for timun dalam pasuLangkah awal bagi memulakan untuk menanam timun dalam pasu adalah dengan mencari biji benih yang bersesuaian. Biji benih mudah untuk kita dapatkan di nurseri atau kedai-kedai pertanian.  Namun begitu, pemilihan mencari biji benih pun kena berhati-hati supaya bila kita dah semai pokok tersebut akan menjadi. 

Semai terlebih dahulu dalam cawan plastik dan simpan ditempat selamat. Cara menyemainya ialah masukkan media ke dalam cup plastik buat lubang sedalam 2 inci. Masukkan benih dan timbus semula kemudian siram dengan air. Tunggu hingga 2 minggu atau anak pokok timun sudah mengeluarkan daun sebenar dan barulah alihkan ke pasu.

Setelah benih disemai, dapatkan pasu pula. Pemilihan pasu pun agak penting bagi menanam timun supaya pokok timun dapat membesar dengan lebih tinggi dan memberi keselesaan pada akar pokok untuk bebas bergerak.  

Pemilihan media juga penting dalam pertumbuhan pokok. Walaupun media bukan syarat utama dalam penanaman tetapi sekurang-kurangnya menggunakan media yang baik akan memberikan pertumbuhan yang baik kepada tanaman pokok timun.

Proses sebelum menambah media ke dalam pasu, masukkan dua genggam rumput kering atau daun kering yang mudah diperolehi di laman rumah. Jika tidak ada, boleh juga menggunakan batu kerikil. Rumput kering atau batu kerikil ini bertujuan agar air di bawah pasu cepat keluar dan tidak berlebihan atau bertakung di bawah pasu. Akar akan lemas dan mudah terkena jangkitan sekiranya media terlalu basah akibat air bertakung di bawahnya.

Genap 3 minggu lebih, pokok timun akan menghasilkan bunga jantan dengan banyak diikuti oleh bunga betina. Buah timun akan membesar dan membesar dan setelah lebih kurang 2 bulan lebih atau 3 bulan, pokok timun anda sudah bersedia untuk dituai hasilnya.

Anda minat menanam ? Kita GENG 😍😍

1 comment:

  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...