Showing posts with label bunga telang. Show all posts
Showing posts with label bunga telang. Show all posts

Tuesday, November 5, 2019

POKOK LEBIH GEMUK DAN SIHAT


Siapa yang taknak kan kalau tanaman kita jadi lebih gemuk dan sihat segar bugar? 

Perkongsian testimoni daripada pengguna Milagro sendiri (blckbrdx_). Pokok nampak lebih gemuk dan sihat bila tabur Milagro.  Guna pun sekali seminggu je. Tabur je dekat tanah kemudian siramkan sedikit supaya serbuk baja tu tak berterbangan. 

Lagi satu cerita ..

Pokok yang pada awalnya beli banyak je bunga tapi bunga asyik gugur dan nampak macam nak mati, kemudian taburkan Milagro tak sampai 2 minggu dah berbunga. (intanfadly) Best kan 😍 

                 

Pokok bunga boleh ke?

Mestilah boleh. Penggunaan 2 minggu sekali je. Tabur tak perlu terlalu kerap pun tapi perlu juga adanya penjagaan tanaman dengan baik juga. Untuk mereka yang ada tanaman tapi takde hasil, tak keluar bunga, ada bunga pun kerap gugur dengan menggunakan Milagro In Shaa Allah menjadi-jadi hasil yang kita semua inginkan.

                    

Boleh nampak perbezaan sebelum dan selepas penggunaan Milagro. Hasil yang sangat berpuas hati boleh nampak selepas 2 minggu gunakan Milagro. 

Ada yang minat menanam? KITA GENG! 



 


Wednesday, July 3, 2019

PETUA TURUNKAN KENCING MANIS DENGAN BIJI RAMBUTAN. RAMAI YANG TAK TAHU. BEGINI CARANYA...




Ramai yang tidak tahu sebenarnya biji rambutan boleh mengawal gula dalam darah/kencing manis/diabetes.

Cara penggunaanya ialah ambil 5 biji rambutan dan goreng sehingga masak. Kemudian, tumbuk sehingga hancur dan menjadi tepung. Selepas itu, campurkan dengan air sejuk dan minum. Amalkan minum dua kali sehari iaitu waktu pagi dan sebelum tidur.

Kajian yang telah dilakukan di Eropah pada tahun 2014 terbukti berjaya membebaskan seramai 17,524 pesakit kencing manis tahap 2 di seluruh dunia.

Kalau ada bahan semula jadi macam ni buat apa kita nak bergantung kepada ubat-ubatan kimia serta insulin tu kan.

Amalkan meminum ramuan daripada biji rambutan kerana ia mampu membebaskan kita daripada diabetes.

Selamat mencuba! Semoga ilmu ini bermanfaat buat semua pembaca


Minat menanam? Kita GENG !

Jangan lupa join Geng Kebun Organik okey 

Friday, June 28, 2019

GAMBAR RAYA PALING 'AWESOME' TAHUN NI


Sedar tak sedar kita dah berada di penghujung syawal. Lagi beberapa hari sahaja Syawal akan melabuhkan tirai. Pasti korang kat luar sana ada gambar masa raya tu kan! Tu benda wajib lah akan dibuat pagi raya sebagai tanda kenang- kenangan. Jom Milagro kongsikan beberapa gambar raya yang paling awesome raya 2019 ni!


Haa. Cantik sungguh kan gambar raya ni? Dengan dihiasi bunga-bungaan di laman menaikkan lagi seri si tiga pingitan ni. πŸ’“


Gambar ini pulak sejuk jee mata memandang dengan aura kehijauan di sekeliling. Nak marah pun tak jadilah kalau bergambar dengan laman cantik macam ni! hehe


Haa yang ketiga ni mesti korang pelik. Cuba korang cari benda yang tersembunyi hihi. Si cantik manis ada terselit tu haa di bawah rimbunan bunga yang sungguh lebat. Memang awesome lah!


Amboi-amboi seronoknya dua dara pingitan ni bergambar di laman yang cantik ni ya! Dengan gabungan pokok-pokok bunga dan pokok kelapa menjadikan gambar ni berunsur alami. Nice sangat!



Yang terakhir ni pula memang tenang jee tengok. Warna hijau boleh memberi ketenangan tau pada manusia. Lagi-lagi kalau hijau sawah padi digabungkan dengan warna biru langit. Memang sangat terbaikk!!


Haa. Tahun depan boleh laa korang tangkap gambar di laman yang awesome macam tu kan!😍

3 gambar teratas sebenarnya adalah pemenang #LamanLetopsMilagro yang berlansung pada 5 Jun-20 Jun tempoh hari tau! Tahniah kepada pemenang! 😍😍


Minat menanam? Kita GENG ! Jangan lupa join Geng Kebun Organik okey 

Monday, June 17, 2019

MULA-MULA TAU DARIPADA AYAH, LAMA-LAMA JATUH CINTA

Masih ingat lagi tak #Cabaran30HariMilagro yang Cik Mila buat masa puasa haritu? Haa harini Cik Mila nak kongsikan kisah perjalanan salah seorang peserta #Cabaran30HariMilagro iaitu Cik Siti Amyra. Menarik sangat-sangat tau kisah dia ni! Jom kita baca!




"Saya dapat tahu baja ni daripada ayah sebab ayah memang seorang yang memperjuangkan organik dan menggunakan baja organik, Ayah jugalah yang memberitahu saya baja ni bagus untuk buah, sayur dan bunga😍"

Cik Siti Amyra pun mencuba membeli baja Milagro dan membeli sepokok pudina untuk melihat hasil baja Milagro terhadap tanamannya.

" Dari semangkuk pudina saya pindahkan ke pasu besar dan sekarang pasu besar saya dah penuh sekali lagi gara-gara guna Milagro. Padahal baru sebulan , laju betul pokok membiak"



Cik Siti Amyra juga memberitahu disebabkan pudina yang menjadi-jadi sampai jiran sebelah rumah tegur dan mintak pokok pudina tersebut sebab terlalu mabuk daun!😍😍



Haa hebat kan baja Milagro ni sampaikan jiran sebelah pon tegur dan nak tau apa rahsia tanaman menjadi-jadi!

Kepakaran Milagro ialah dapat membantu menyuburkan tanah dan sesuaikan digunakan pada semua tanaman. Bila tanah dah subur ia boleh menghidupkan ekosistem di dalam tanah seperti cacing dan sebagainya. Cacing inilah sebagai bukti bahawa tanah kita cukup subur


Anda minat menanam? Kita GENG ! 

Jom join Geng Kebun Organik

Monday, June 10, 2019

KOLEKSI PELITA RAYA YANG BOLEH ANDA BUAT DI RUMAH

Pelita merupakan hiasan yang lazimnya digunakan menjelang hari raya aidilfitri dalam masyarakat nusantara. Pada kebiasaannya, pelita akan dinyalakan pada bulan Ramadhan iaitu pada 10 malam terakhir. Pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk menghasilkan pelita seperti buluh, tempurung, atau membelinya di kedai.

Di Malaysia, ada sesetengah kawasan yang masyarakatnya sangat suka menjadikan pelita sebagai hiasan sehinggakan mereka mampu mengukir imej dengan hanya menggunakan cahaya api pelita. Disini saya kongsikan supaya anda boleh meniru ukiran yang menarik bagi anda untuk dibuat di rumah. Jadi, jommmm kita tengok mana yang paling kretif.

1. Pelita membentuk masjid.

(Kemain besar lagi bulan dengan bintang dia)


















2. Ucapan Salam Aidilfitri.  
(macam sedap jee kuih pelita ni)

















3. Tak pasti tapi min syak dia cuba buat labah-labah.
(Abah labah-labah tu nak makan kita ke?)















4. Masjid 
(masjid betul taknak pergi, masjid pelita rajin pulak budak ni pergi)


















5. Kapal terbang di lapangan. Siap ada menara kawalan lagi tu.


















6. Rumah lama.
















7. Yang ni pelita paling meriah. Sekampung boleh nampak. hehe
(Jangan tiru aksi ini dirumah)















Anda minat menanam? Kita GENG

Saturday, June 1, 2019

DARI 3 PAKET TERUS KE SATU KOTAK!

#Cabaran30HariMilagro telah pon melabuhkan tirainya pada 26/5/2019 yang lalu. Tahniah kepada pengguna Milagro yang berjaya memenangi contest tersebut. Yang gagal menang jangan risau ada banyak lagi contest yang akan Milagro jalankan selepas ini. Minggu ini kami ingin kongsikan perjalanan kisah salah seorang pemenang iaitu Encik William Yee.

Jom ikuti kisah beliau!



Pada permulaanya Encik William tahu mengenai Milagro melalui facebook dan telah mencuba membeli 3 paket Milagro. Masalah tanaman yang sering dihadapi oleh Encik William ialah daun kuning dan pokok terkena banyak penyakitπŸ˜“

"Saya memang sentiasa memperjuangkan organik, tidak menggunakan baja kimia. Selama ni saya pakai baja organik lain pokok tidak berbuah, daun kuning dan ada bintik-bintik penyakit"

" Pokok Mangga kalau berbuah pun hanya 5-8 biji sahaja. Tapi selepas menggunakan baja Milagro mangga saja berbuah sehingga kira-kira 80 biji!"



Setelah melihat ada perubahan positif pada tanaman beliau, Encik William mengambil keputusan untuk membeli terus satu kotak!


Pokok terung Encik William juga lebih besar dari tapak tangan dia sendiri! Wah, hebat sungguh Milagro!





















Tak nak ke dapar hasil macam Encik William ni?


Minat menanam? Kita GENG ! Jangan lupa join Geng Kebun Organik okey 

Monday, May 27, 2019

BUNGA TELANG BOLEH MENGATASI STRESS DAN DIJADIKAN DETOX?


Bunga telang atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Fabaceae. Tumbuhan ni amat jarang ditemui, memang wajib korang tanam depan rumah sebab banyak khasiatnya. Di Kelantan ia dikenali sebagai bunga nasi kerabu kerana ia digunakan untuk memasak nasi kerabu hingga menjadi warna ungu.

Tumbuhan ini mudah ditanam melalui keratan batang atau dari biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pagar ataupun sebagai tanaman dalam pasu. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun tanpa musim.

Cara menyemainya ialah biji benih perlu direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam pasu atau tapak semaian. Biasanya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari.

Cara untuk menanam dari keratan batang pula ialah perlu semai dalam pasir yang lembap dan pastikan sentiasa lembab. Tumbuhan ini perlu selalu dicantas atau pruning untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.

Jom ketahui manfaat bunga telang yang masih ramai tidak tahu.


1. Meningkatkan kewanitaan
Tumbuhan ini diguna secara tradisional untuk merawat kitaran haid , ketidaksuburan dan penyakit seksual. Untuk membetulkan kitaran haid, ambil bunga dan akarnya lalu dimasukkan dalam air mendidih. Rebus bersama sedikit gula dan diminum.


2. Mengecutkan jerawat dengan cara ambil daun pokok bunga telang dihancurkan dan tampal pada jerawat tersebut dan dibiarkan selama 30 minit barulah dibilas.
3. Melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini dipercayai mampu mengkilatkan rambut dan menyuburkan kulit kepala. Caranya, ramas bunga telang tersebut dalam sebekas air dan kemudian cuci rambut dengan air ramasan tersebut seperti biasa menggunakan syampu.
4. Dijadikan sebagai detox dengan mengamalkan air rendaman bunga telang pada setiap pagi untuk menguruskan badan.
5. Mengurangkan sakit kepala dengan cara mengambil daun atau bunga telang, masukkan dalam kain hingga menjadi bantal dan digunakan untuk dijadikan pelapik semasa tidur.
6. Mencuci darah kotor dengan mengamalkan air rebusan bunga telang kerana air tersebut berfungsi untuk mencuci darah.
7. Mengatasi sembelit iaitu biji kacang telang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap untuk mengatasi masalah ini. Dan dijadikan air untuk diminum apabila mengalami sembelit.
8. Mengatasi stress. Kandungannya yang bersifat anti depresan yang ada di dalam bunga ini mampu memberikan ketenangan dan rasa damai yang mampu mengatasi stress. Amalkan meminum air rebusan setiap hari.
Semoga bermanfaat dengan perkongsian kali ini.
Anda minat menanam? Kita GENG ❤
Jom join Geng Kebun Organik

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...