Showing posts with label TIPS DIY DAN TIPS DEKORASI. Show all posts
Showing posts with label TIPS DIY DAN TIPS DEKORASI. Show all posts

Monday, March 16, 2020

TIADA MASA UNTUK SIRAM POKOK DI RUMAH ANDA?

Hai assalamualaikum. Ada tak pembaca-pembaca yang selalu tiada masa untuk menyiram tanaman tapi sangat minat menanam? Ada tak yang selalu rungsing nak balik kampung musim panas ni sebab takut tanaman tak dapat air yang mencukupi?

Haa tips DIY minggu ini akan menyelesaikan segala kerungsingan yang pembaca hadapi.  😍






Eh apa benda tu? Macam menarik ja. Haa kalau pembaca nak tau inilah dia kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan pokok kita mendapat air yang mencukupi walau pun kita tiada waktu untuk menyiram dan kita tinggalkan untuk pulang ke kampung. Jom saya kongsikan bagaimana nak menghasilkannya 😉

Bahan - bahan yang diperlukan :


  • Botol plastik minuman 1.5L berserta dengan penutup
  • Gunting
  • Paku
  • Penukul
  • Pisau
Cara-caranya:

Langkah 1 : Dengan menggunakan paku dan penukul tebuk satu lubang pada penutup botol dan tutup semula penutup pada botol.

P/s : Jumlah lubang bergantung kepada kelajuan air yang pembaca mahu. Lebih banyak lubang lebih laju air mengalir

Langkah 2 : Potong bahagian bawah botol kira-kira satu inci menggunakan pisau yang tajam. 

P/s : Pastikan tidak memotong sehingga habis untuk memudahkan pengisian semula air dan elakkan jentik- jentik memasuki botol tersebut


Langkah 3 : Gali lubang berhampiran pokok dengan kedalaman 1/3 atau 1/2 daripada ketinggian botol. Masukkan botol ke dalam lubang dan pastikan bahagian penutup di posisi bawah.

Langkah 3 : Isi air di dalam botol. Mampatkan tanah di sekeliling botol. 


Hanya dengan tiga langkah saja masalah dan kerungsingan dapat diatasi. Jadi tunggu apa lagi. Jomlah cuba kaedah penyiraman menggunakan bahan terpakai ni 😉



Team MILAGRO juga nak kongsikan pada anda, macam mana pokok tu tetap susah nak hidup walaupun disiram dan solusi untuk masalah itu sendiri.
Solusi yang ke 4 tu sememangnya ramai yang dah cuba dan efektif pada tanaman mereka. Bukan tu saja, solusi yang ke 4 juga dapat mempercepatkan dan menggandakan hasil tanaman anda.






Anda minat menanam ? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik



Tuesday, December 10, 2019

CARA TANAM BAWANG PALING WIN!



Bawang merah ni kalau tiada di dapur masakan bini tidak berapa sedap kan... memang wajib ada untuk menambahkan lagi aroma masakan. Bawang merah dimasak dengan apa sahaja pastinya sedap dan menyelerakan terutama dicampur dengan Mee Sup Kota Belud!

Kegunaan lain bawang merah ni ialah daunnya boleh dicampurkan dengan sup untuk menaikkan lagi wangi sup tersebut. Kulit bawang merah pula boleh di dikumpul untuk dijadikan baja subur pada tanaman.




Bawang merah mudah ditanam di dalam pasu ataupun dalam botol terbuang, malah ada yang menanam bawang merah ni pada batang pokok pisang. Memang kreatif dan menjimatkan ruang.


Caranya buat lubang pada batang pisang tersebut, dan letakkan sedikit tanah pada lubang kemudian letakkan biji bawang, selepas beberapa minggu anda akan lihat daun bawang mula tumbuh. Daun bawang boleh digunakan untuk menu masakan anda.


Selain itu, bawang boleh disemai dalam tray telur. Mula-mula basahkan tray dengan air, masukkan bawang ke dalam, letak di tempat yang gelap. Spray atau siram dengan air setiap hari agar bawang tumbuh dengan cepat dan tidak kering.


 Untuk cara menanam dalam botol, lubangkan dahulu botol tersebut, masukkan bawang kedalam seperti dalam gambar dan tanah hitam campur cocopeat. Siram setiap hari.




Cara terakhir ialah melalui kaedah hidroponik menggunakan botol yang diisi dengan air dan baja Milagro, kat atas letak pasu semaian yang telah diisi tanah dan bawang, gunakan tali mop yang disambung dari lubang pasu kecil tadi ke dalam botol yang berisi air.


Mudah kan cara tanam bawang ni, tidak perlu ruang yang luas, hanya gunakan bahan terpakai. Paling best tak perlu beli bawang dan daun bawang di kedai lepas ni.


Selamat mencuba!



----------------------------------------------------------------------------
💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik

Wednesday, December 4, 2019

DIY GARDENING APRON DARIPADA SELUAR JEANS TERPAKAI

No photo description available.



Rasanya ini masalah sejagat para pekebun yang nak bercucuk tanam tapi terpaksa berulang alik dek tertinggal gunting/pruner. Kadang sampai terlupa terus. Jenuh mencari. Ada terfikir nak beli porch bag ke apa-apa yang sesuai untuk letak barang-barang gardening.


Sebelum anda membeli apron gardening di luar, apa kata kita cuba DIY sendiri menggunakan seluar jeans terpakai 


Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah:
1. Seluar jeans yang terpakai
2. Gunting
3. Jarum dan benang



No photo description available.

Potongkan seluar jeans kepada beberapa bahagian.

No photo description available.

Jahitkan beberapa bahagian seluar jeans mengikut banyak mana ruang yang anda perlukan

No photo description available.

Mudah je kan? Selepas ni pasti lebih bersemangat untuk bercucuk tanam.


Image may contain: outdoor


Klik video untuk lebih detail : ⬇⬇





💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik



Friday, November 29, 2019

DIY BEKAS TANAMAN ORKID PALING MUDAH DAN JIMAT


Sebelum penggunaan pasu kayu dan plastik untuk tanaman orkid, sabut kelapa telah menjadi pilihan utama suatu ketika dahulu. Ia berupaya mengekalkan kadar kelembapan yang diperlukan oleh orkid untuk tempoh yang lama dan tidak perlu disiram secara kerap.


Ini salah satu cara yang digunakan oleh nenek moyang kita bagi mengurangkan tugas penyelenggaraan pada tanaman orkid mereka. Semakin menuju kemodenan, kaedah ini semakin dilupakan. Sabut kelapa hanya digunakan sebagai medium tanaman dalam bentuk potongan atau sabut bagi sokongan medium orkid.

Hakikatnya, penggunaan sabut kelapa sebagai pasu dan medium tanaman orkid lebih jimat dan mudah. Berikut cara DIY sabut kelapa untuk menjadi wadah tanaman orkid


Bahan-bahan: 
1. Sabut kelapa 
2. Dawai besi
3. Pokok orkid


Belahkan buah kelapa yang sudah agak kering kepada beberapa bahagian



Leraikan sabut kelapa dari tempurung kelapa


Gunakan dawai besi untuk mengikat sabut kelapa




Masukkan arang orkid. Arang merupakan medium yang sesuai. Sebelum menanam, pecahan arang perlulah direndam semalaman untuk menghilangkan garam yang biasanya terdapat di dalam kayu bakau

Selang seli kan juga campuran arang bersama serpihan tempurung kelapa yang telah dipecah-pecahkan

Pilih orkid yang sesuai untuk ditanam





Kredit : coconuts_sm / Impiana




💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik

Friday, November 15, 2019

RESEPI RACUN SERANGGA "POWER" DARI BUNGA CENGKIH

Image result for bunga cengkih


Agak sukar untuk mengawal serangan serangga atau haiwan perosak tanpa penggunaan racun serangga. Namun, kebiasaannya racun serangga jenis kimia sentiasa menjadi pilihan kerana ia lebih cepat berkesan.


Tanpa kita sedar, kebanyakkan racun serangga di pasaran mengandungi bahan kimia berbahaya yang mempunyai kesan jangka panjang terhadap sistem tubuh badan kita. Apa kata, mulai hari ini anda ubah dan set diminda untuk menggunakan racun serangga organik.


Terdapat beberapa resepi racun serangga organik yang telah dikongsikan di Facebook Page facebook.com/BajaMilagro. Ada yang diperbuat dari bahan-bahan mudah seperti bawang putih, cili, air beras dan sebagainya.


Hari ini, admin ingin berkongsi satu lagi resepi racun serangga yang paling mudah dan mujarab dengan hanya menggunakan BUNGA CENGKIH.


MANFAAT PENGGUNAAN RACUN SERANGGA DARI BUNGA CENGKIH:


1. Boleh digunakan untuk mengawal serangga dan haiwan perosak seperti lintah bulan, siput, nyamuk, semut dan sebagainya
2. Rendah kandungan toksin
3. Selamat untuk persekitaran
4. Mengawal rumpai dan kulat
5. Membantu menarik kehadiran agen pendebungaan terutamanya lebah dan rama-rama


RESEPI RACUN SERANGGA DARI BUNGA CENGKIH:


Bahan-bahan: 
  • 50gm bunga cengkih
  • 1 liter air panas
  • Air bersih


Cara-cara: 

1. Tumbuk kasar bunga cengkih
2. Masukkan bunga cengkih yang telah di tumbuk ke dalam bekas yang mengandungi air panas
3. Rendamkan dalam tempoh 1 jam dalam keadaan bekas yang tertutup
4. Setelah sejam, tapiskan dan asingkan sisa
5. Campurkan 1 bahagian pati air rendaman cengkih bersama 5 bahagian air bersih


Cara penggunaan: 

Semburkan bancuhan air bunga cengkih pada keseluruhan pokok dan permukaan tanah sekurang-kurangnya 2 minggu sekali


Sumber : Impiana.my



💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik

Friday, November 8, 2019

SELF WATERING POT YANG SUPER JIMAT DAN MUDAH


Terpaksa tinggalkan rumah dalam tempoh masa yang lama tapi risau pokok mati? Boleh selesaikan masalah tersebut dengan buat pasu Self Watering Pot seperti yang dikongsikan En. Mohd Azrin Roselan. Kita buat takungan air di dalam pasu. Tidak perlu nak siram selalu dan bimbang kalau nak tinggalkan rumah kerana bekalan air untuk pokok sentiasa ada.


Bahan-bahan:

Pasu tanpa lubang

Penapis
Paip PVC
Span

Cara-cara:



1. Bekas penapis plastik dipotong untuk dapat ketinggian 3 inci. Kegunaan bekas penapis plastik untuk dijadikan pemisah antara tanah dan air takungan.


2. Potong paip PVC 1/2 hingga 1 inci. Tujuan paip PVC diletakkan didalam pasu sebagai saluran air. Bekas penapis plastik menjadi pemisah antara tanah dan takungan air.


3. Potong kain kraf Felt ikut saiz bulatan bekas penapis plastik.


4. Buat tanda had maksimum level takungan air.


5. Buat lubang air lebihan @ overflow. Pastikan kedudukan lubang ini dibawah level maksimum yang ditanda supaya ada sedikit ruang udara diantara takungan air dan tanah.


6. Potong paip PVC 2 inci untuk dijadikan saluran overflow


7. Contoh pemasangan paip over flow


8. Paip saluran overflow


9. Tutup penapis dengan felt dan tuang tanah ke dalam pasu


10. Pindah pokok ke dalam pasu


11. Tuang air ke dalam saluran paip sehingga air keluar di saluran overflow



Senang kan? Apa lagi..cubalah ya..

--
Berminat nak dapatkan Milagro? Komen dibawah atau tinggalkan no telefon anda.


Berminat dengan tanaman ? Jom join Geng Kebun Organik


3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...