Showing posts with label pokok tin. Show all posts
Showing posts with label pokok tin. Show all posts

Wednesday, December 4, 2019

DIY GARDENING APRON DARIPADA SELUAR JEANS TERPAKAI

No photo description available.



Rasanya ini masalah sejagat para pekebun yang nak bercucuk tanam tapi terpaksa berulang alik dek tertinggal gunting/pruner. Kadang sampai terlupa terus. Jenuh mencari. Ada terfikir nak beli porch bag ke apa-apa yang sesuai untuk letak barang-barang gardening.


Sebelum anda membeli apron gardening di luar, apa kata kita cuba DIY sendiri menggunakan seluar jeans terpakai 


Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah:
1. Seluar jeans yang terpakai
2. Gunting
3. Jarum dan benang



No photo description available.

Potongkan seluar jeans kepada beberapa bahagian.

No photo description available.

Jahitkan beberapa bahagian seluar jeans mengikut banyak mana ruang yang anda perlukan

No photo description available.

Mudah je kan? Selepas ni pasti lebih bersemangat untuk bercucuk tanam.


Image may contain: outdoor


Klik video untuk lebih detail : ⬇⬇





💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik



Thursday, October 17, 2019

CARA TANAM POKOK TIN

Image may contain: plant and food

Siapa sini ada tanam pokok Tin? Cubalah tanam atau pergi cari anak pokok Tin untuk dijaga. Buah pokok Tin banyak khasiat, dan ia antara tumbuhan yang disebut di dalam Al Quran. Tak rugi tanam pokok Tin ni. Ia boleh ditanam dan dibiakkan menerusi dua cara, iaitu keratan batang dan juga teknik Tut.

Pokok Tin memerlukan cahaya matahari yang agak banyak. Jadi, kena letak di kawasan yang mudah nak terima cahaya matahari. Lagi satu ia perlu dibaja dengan baik. Kalau jarang dibaja, buah akan lambat keluar.


Nak tahu cara-cara 'pembenihan' pokok TIN guna teknik Tut? Ikuti langkah-langkah mudah di bawah ni.

Image may contain: plant, outdoor and nature
1. Pilih cabang dahan dari bahagian batang pokok Tin matang iaitu bahagian batang yang dah ada buah.


2. Lepas tu, dengan menggunakan pisau lipat atau pisau belit, anda buang bahagian kulit luar pada dahan tu. Pastikan keratan tu cuma buang kulit luar sahaja (keliling), dan mestilah di pangkal dahan dari batang matang.

Image may contain: one or more people, people sitting, people eating, food and outdoor
3. Ambil tanah dan gumpal lepas tu letak pada bahagian keratan dahan yang dah dibuang kulit tu. Tanah tersebut boleh dicampurkan dengan baja Milagro, sabut dan dicampur dengan tanah biasa.

Image may contain: plant and outdoor
4. Pastikan tanah ni kelilingi bahagian keratan tu. Biar sekata. Kedap-kedapkan.

Image may contain: plant and outdoor
5. Lepas tu balut dengan plastik lutsinar. Ikat kedua-dua hujung balutan supaya tanah tak terkeluar.


6. Biarkan balutan tersebut paling kurang dua minggu atau sehingga nampak akar tumbuh. Anda boleh lihat terus dan akan nampak tu bercambah dari plastik lutsinar tu.


7. Bila dah ada akar, maka kerat atau potong dahan tu.


8. Sediakan pasu atau polybeg untuk letakkan anak pokok Tin yang baharu.


9. Semasa nak masukkan anak pokok Tin yang baru ni, barulah buka ikatan balutan Tut tu. Tanam sekali dengan tanah yang ada pada Tut tadi. Jangan sampai lerai sebab akar pokok masih muda, takut nanti rosak.


Buah Tin ni banyak khasiatnya ya. Itu sebab sangat bagus untuk tanam pokok ni.


Malah, kalau rajin membiakkan pokok buah Tin, anda boleh jana income sampingan yang agak baik sama seperti ejen Milagro di Shah Alam, Encik Abu Talangi Milagro


Kredit : Hasrul Hassan



💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...