Tuesday, March 31, 2020

6 JENIS TANAMAN PENGHALAU NYAMUK





Nyamuk adalah salah satu serangga yang kecil tetapi ia sangat berbahaya kepada kesihatan kerana ia mampu menyebabkan pelbagai penyakit seperti malaria dan denggi. Berdasarkan statistik semasa, di rantau Asia, Malaysia ialah negara kedua tertinggi bagi kes denggi yang  dilaporkan. Menjaga kebersihan rumah adalah langkah penting yang perlu Selain menjaga  kebersihan di kawasan rumah seperti tidak membiarkan air bertakung, menggunakan  penyembur nyamuk terdapat juga beberapa cara lain untuk menghalau serangga pembunuh ini. Berikut merupakan antara alternative tumbuhan yang anda boleh gunakan untuk menghalau  nyamuk.



1. Lavender 


Pokok Lavender mungkin agak sukar untuk ditanam terutamanya negara seperti Malaysia ini  melainkan di Cameron Highland yang beriklim sederhana sejuk. Namun bau bunga  Lavendar ini, amat tidak digemari oleh nyamuk.Pokok ini mengandungi dua zat iaitu linalool dan lynalyl asetat yang sudah cukup membuatkan nyamuk lari.Kedua-dua komponen ini menyebabkan nyamuk ‘mengantuk’ dan ‘khayal’.Oleh sebab itu kebanyakkan mereka yang  mengetahui manfaat pokok bunga Lavendar ini meletakkan pokok ini di tingkap atau pintu  bagi menghalang nyamuk masuk ke dalam rumah.  Selain itu, aromanya yang harum dan menenangkan boleh membantu anda untuk mendapatkan  tidur yang berkualiti. Bukan itu sahaja, ia juga bersifat antiseptik dan anti-kulat. 


Cara-cara: 


Letakkan tanam ini berhampiran tingkap atau pintu.  Anda juga boleh menggosokkan bunganya pada kulit untuk mengeluarkan minyak Lavender. 




2. Serai 


Seterusnya, serai merupakan antara tanaman yang dapat menghalau nyamuk.Dalam banyak- banyak pokok yang disenaraikan, serai adalah tanaman yang paling mudah didapati malah ia antara bahan kegunaan seharian dalam masakan. Serai mempunyai kandungan citral yang tinggi dimana ia merupakan suatu komponen yang mempunyai pelbagai khasiat pada kesihatan manusia.Dengan kelebihan dan khasiat serai, pelbagai produk berasaskan serai juga banyak dihasilkan dan di komersialkan di pasaran malah termasuk sebagai alternatif sebagai penghalau nyamuk. Kajian dilakukan oleh sekumpulan pengkaji di Universiti of New Mexico, Amerika Syarikat mendapati serai bukan sahaja dapat menghalau nyamuk malah membunuh larva nyamuk.  Oleh kerana baunya agak kuat, serai dan minyak serai sering digunakan juga untuk menghalau serangga termasuklah nyamuk, lipas dan cicak. 


Cara-cara: 

Isikan beberapa tangkai serai yang masih segar ke dalam sebuah bekas.  Letakkan bekas tersebut di bahagian rumah yang menjadi tumpuan nyamuk. Ia berkesan untuk membunuh larva nyamuk atau jentik-jentik yang baru membiak. 



3. Bunga Cengkih dan Limau Nipis 


Cengkih yang anda beli di kedai sebenarnya adalah tunas bunga yang diambil sebelum ia sempat mekar dan dikeringkan. Cengkih mempunyai banyak kegunaan dan ianya bersifat aromatik dan kaya dengan perisa. Kebanyakan mereka tahu cengkih hanya digunakan dalam masakan sahaja, ternyata ia juga mampu menghalau nyamuk.Begitu juga dengan limau nipis yang berbau sitrus.  Apabila kedua-dua tanaman ini digabungkan, ia mampu menghasilkan bau yang tidak disenangi oleh nyamuk dan ia menjadi ramuan untuk racun nyamuk.Selain itu ia juga mampu untuk menghalau nyamuk secara semulajadi. 


Cara-cara:

Potong limau nipis kepada setengah bahagian. Cucukkan bunga cengkih pada limau tersebut. Letakkan berdekatan anda atau di kawasan yang banyak nyamuk. 



4. Daun Teh 



Teh sudah menjadi minuman ruji untuk rakyat Malaysia.Pokok teh atau nama saintifiknya Camellia sinensis. Daun teh ini kemudian dipetik dan diproses dengan cara yang berbeza, untuk mengeluarkan rasa dan aroma yang tertentu, dan menghasilkan pelbagai variasi teh yang ada. Pokok Teh ini kita boleh dapati banyak di Cameron Highland.  Daun teh bersifat anti-septik, anti-kulat, anti-viral, dan anti-bakteria. Pokok teh juga merupakan salah satu tanaman yang sangat digemari oleh mereka yang minat berkebun kerana ia mudah tumbuh dan dijaga. Pokok teh juga fleksibel kerana ia boleh ditanam secara besar-besaran di luar rumah atau kecil-kecilan di dalam sebuah bekas.Anda juga boleh letak sebuah pokok teh yang kecil di dalam rumah bagi menghalau nyamuk. 


Cara-cara:


Rendam beberapa helai daun teh di dalam air dan titiskan sedikit minyak biji anggur.  Biarkan selama sejam. Isi rendaman tersebut ke dalam bekas penyembur dan sembur bahagian rumah yang menjadi tumpuan. 


5. Daun Pudina 


Pokok pudina atau nama saintifiknya Mentha arvensis merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai banyak kegunaan. Ia merupakan spesies tumbuhan herba ini berasal daripada family Labiatae dan genus Mentha. Daun pudina juga banyak digunakan dalam resipi masakan Melayu dan Barat. Tak kira sama ada segar atau kering, pudina kekal dengan aromanya yang kuat, menyegarkan dan menenangkan. Walaupun baunya menyenangkan bagi manusia, ia sangat mengganggu bagi serangga nyamuk ini. 


Cara-cara:


Rendam beberapa helai daun di dalam air dan titiskan sedikit minyak biji anggur.  Biarkan selama sejam.  Isi rendaman tersebut ke dalam bekas penyembur dan sembur bahagian yang menjadi tumpuan.  Anda juga boleh letak sebuah pokok pudina yang kecil di dalam rumah bagi menghalau nyamuk. 


6. Vanilla



Vanila atau nama saintifiknya Vanilla Planifolia merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga  orkid (Orchidaceae) . Hari ini vanila mula popular dan ditanam dengan meluas hasil daripada galakan kerajaan yang ingin memartabatkan Malaysia sebagai pengeluar vanila yang ketika di dunia selepas Madagascar dan Indonesia.Walaupun cuaca di Malaysia panas, pokok vanilla masih boleh ditanam dan dijaga, asalkan ia menerima 30% hingga 40% cahaya matahari dan 60% hingga 80% kelembapan selama lapan bulan. Daun vanilla yang telah dikeringkan boleh mewangikan seluruh ruang di rumah, dan bau wanginya yang kuat mampu menghalau nyamuk. 


Cara-cara:


Isi beberapa helai daun vanilla yang kering di dalam sebuah bekas.  Letakkan bekas tersebut di mana-mana bahagian rumah yang menjadi tumpuan nyamuk.

Sumber : Mstar


💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik

1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.biz...^_~
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...