Showing posts with label biji benih. Show all posts
Showing posts with label biji benih. Show all posts

Thursday, July 1, 2021

9 TIPS ASAS SEMAI BIJI BENIH DALAM DULANG SEMAIAN YANG PERLU DITITIKBERATKAN

             🌱Penanaman melalui biji benih sangat sukar jika tidak melakukan mengikut langkah yang betul

🌱Semai biji benih dengan menggunakan kualiti biji benih yang bagus antara salah satu faktor pokok menghasilkan hasil tanaman yang subur dan berkualiti


🌱Ada dua jenis saiz biji benih iaitu biji benih halus dan biji benih kasar


🌱Biji benih halus ialah biji benih saiz sekitar 1-5 mm diameter dan biji benih kasar mempunyai saiz 6mm


🌱Antara biji benih halus ialah :

    🌳Biji benih bayam, sawi, kailan dan salad


🌱Manakala biji benih kasar ialah:

    🌳Durian, manggis, rambutan, cuku, duku, cempedak dan sebagainya



BAHAN-BAHAN

  1. Biji benih

  2. Bekas rendaman

  3. Dulang semaian

  4. Tanah

  5. Sabut kelapa (cocopeat)

  6. Baja Milagro

  7. Tisu

  8. Penapis

  9. Surat khabar

  10. Plastik hitam



CARA-CARA SEMAI BIJI :


  1. 1. Rendam biji benih

    🌱Biji benih perlu direndam ke dalam air bersih untuk memilih biji benih yang sihat dan berkualiti

    🌱Jika biji benih terapung di atas air ianya merupakan biji benih yang tidak sihat.

    🌱Manakala biji benih yang tenggelam merupakan biji benih yang sihat.

    🌱Ianya terapung kerana isi dalam biji benih sudah kosong

    🌱Proses ini sangat penting untuk kita ketahui biji benih yang berkualiti dan bercambah dengan baik mengikut waktu untuk anak pokok hidup sihat dan subur

    🌱Untuk elakkan biji benih di serang fungus atau kulat, biji benih perlu di rawat dengan antimikrob atau antifungus (racun kulat)


  1. Asingkan biji benih


🌱Asingkan biji benih yang terapung dan tenggelam 

🌱Ambil biji benih yang terapung menggunakan penapis

🌱Gunakan biji benih yang tenggelam sebagai biji semaian

🌱Pastikan biji benih yang tenggelam dirawat dengan antimikrob dahulu

🌱Untuk elakkan serangan fungus pada anak benih




  1. Keringkan biji benih


🌱Biji benih yang terpilih perlu dikeringkan sepenuhnya sebelum ditanam dalam dulang semaian

🌱Ini untuk mengelakkan kehadiran fungus kepada akar anak pokok kerana keadaan yang lembap pada kulit biji benih menjadi tempat tinggal untuk fungus

🌱Kering kan diatas tisu selama 1-2 hari


  1. Isikan medium/media tanaman ke dalam dulang semaian


🌱Pastikan menggunakan campuran media tanaman yang sesuai. Apa itu media tanaman? Media tanaman ialah bahan-bahan penting untuk tanaman hidup sihat dan subur. 

🌱Media tanaman yang sesuai untuk semaian biji benih adalah:

🌿Halus

🌿Memegang kelembapan dengan baik

🌿Mempunyai pengudaraan yang baik

🌿Bebas daripada serangga perosak & penyakit


🌱Semai biji benih dalam tray atau dulang semaian:

🌿Media tanaman untuk semaian biji benih menggunakan dulang semaian (sowing tray)

🌿Gunakan peat moss seperti sabut kelapa hancur (cocopeat) untuk semai biji benih. 

🌿Boleh juga menggunakan tanah organik yang dibeli di nursery. 

🌿Apa itu peat moss? Peat moss ialah salah satu medium semaian tanaman untuk membesar. 

🌿Peat moss daripada sabut kelapa sesuai digunakan untuk proses semaian biji benih, menanam pokok dan sebagai campuran media tanaman kerana ia bersifat menyerap air seperti span dan menjadi pengikat kepada tanah berpasir.

🌿Menggunakan tanah sahaja sebagai media tanaman tidak sesuai untuk tanaman subur dan sihat

🌿Kerana tanah mempunyai sifat yang berat, mampat, tidak mempunyai pengaliran air dan pengudaraan yang baik.

🌿Tanah campuran yang kaya dengan bahan organik adalah bagus untuk pokok membesar 


                        
                            Gunakan tanah campuran: 

🌿3 scope tanah (top soil)

🌿1 scope sabut kelapa (cocopeat)

🌿1 sudu teh baja MILAGRO

🌿Dengan nisbah 3:1:1

🌿Gaulkan campuran dengan sebati

🌿Isikan sehingga 90-95% penuh ke dalam tray dan ditekan sedikit untuk memadatkan tanah (jangan tekan terlalu kuat kerana ia akan mengganggu pertumbuhan akar benih menjadi lambat untuk membesar)

🌿Elakkan menggunakan tanah campuran atau tanah bakar untuk mengelakkan serangan patogen terutamanya pada akar anak pokok di awal penanaman 




  1. Masukkan biji benih ke dalam setiap lubang


🌱Buatkan lubang di bahagian tengah pot dulang semaian sedalam 1 inci dengan menggunakan jari 

🌱letakkan 1 biji benih pada setiap lubang pot dulang semaian (Jika anda hendak letakkan 2 atau 3 biji benih juga boleh) 

🌱Timbuskan tanah setiap lubang dulang semaian

🌱Elakkan tanam biji benih terlalu dalam (untuk memudahkan tunas/pucuk keluar)



  1. Siramkan dulang semaian sehingga basah


🌱Untuk anak benih mengeluarkan tunas ia memerlukan media tanaman yang lembap

🌱Siramkan secara perlahan-lahan (untuk elakkan biji benih terkeluar daripada dulang semaian)

🌱Untuk lebih selamat:

🌿Titiskan air selepas tanam biji benih

🌿Siramkan media tanaman sebelum tanam biji benih



  1. Tutupkan dengan surat khabar & basahkan


🌱Dulang semaian ditutup dengan surat khabar 

🌱Basahkan surat khabar (jangan terlalu basah)

🌱Untuk menggalakkan akar dan tunas biji benih keluar



  1. Bungkus dulang semaian dengan plastik hitam atau silvershine


🌱Tutupkan tray dengan plastik hitam atau plastik silvershine untuk mengalakkan akar biji benih keluar 

🌱Letakkan di tempat yang redup dan elakkan pencahayaan terus kepada matahari

🌱Biarkan sehingga 4-5 hari di kawasan redup. Hari ke-5 anda boleh buat intaian pada dulang semaian untuk melihat kadar percambahan biji benih




  1. Dedahkan pada cahaya matahari selepas tunas biji benih sudah keluar


🌱Jika tunas sudah kelihatan, bukakan plastik dan dedahkan anak benih kepada cahaya matahari 

🌱Tujuan dedahkan kepada cahaya matahari adalah untuk pokok membesar dan melakukan proses fotosintesis

🌱Selepas 20-25 hari, tibalah masa pindah anak pokok daripada dulang semaian ke dalam polibeg atau pasu




TIPS PENTING:

  1. Pastikan medium peat moss sentiasa lembap ketika disimpan di dalam plastik hitam untuk mengelakkan anak benih mati

🌱Bagaimana nak pastikan peat moss sudah kering? Peat moss yang basah akan kelihatan berwarna hitam dan kering akan kelihatan coklat keperangan.


  1. Pastikan media tanaman tiada jangkitan kulat sebelum diletakkan di dalam dulang semaian.


  1. Pastikan biji benih sihat & tiada jangkitan daripada kulat, bakteria atau virus. 



🌳Kesimpulannya, penanaman melalui biji benih memerlukan langkah yang betul untuk menanam daripada awal semaian sehingga lah hasil tuai.

🌳Jika tidak mengikut langkah-langkah yang betul untuk mengawal kehadiran patogen atau penyakit daripada awal semai biji benih ia akan menganggu tumbesaran pokok untuk hidup sihat dan subur

🌳Jangan lupa lakukan rendaman biji benih dahulu dan keringkan dengan cara yang betul untuk dapatkan hasil tanaman yang sihat

🌳Pastikan tanah bersaliran baik untuk mengelakkan pokok berpenyakit berpunca daripada serangan di bahagian akar pokok

🌳Campurkan baja Milagro dalam tanah untuk mempercepatkan pertumbuhan cili dan kurangkan risiko serangan serangga perosak.

🌳Anda minat bercucuk tanam. Jom kongsikan maklumat ini pada rakan-rakan anda.

🌳Hobi anda suka bercucuk tanam, sukakan tanaman, anda boleh cuba lakukan ini dirumah! Kita geng!

🌳Jom join group facebook Geng Kebun Organik 😍

Thursday, February 6, 2020

KAEDAH PEMBIAKAN TANAMAN PART 1 (BIJI BENIH)




Pembiakan adalah satu proses di mana tiap-tiap organisma menambah dari segi bilangan individu beranak dan berkembang dalam peredaran masa. Tumbuhan membiak dan berkembang dengan dua cara :

•seksual; contoh biji benih, spora•Tampang (vegetatif); contoh keratan, belahan, cantuman, organ-organ khas dan lain-lain.



Biji benih


Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji benih. Contohnya pokok-pokok bunga semusim, pokok saka dan juga daripada jenis renek walaupun pokok-pokok ini boleh dibiak secara tampang.


Kebaikan Pembiakan Secara Biji Benih


• Boleh menghasilkan baka-baka baru• Dapat menyediakan pokok-pokok sebagai pokok penanti untuk cantuman• Murah dan menghasilkan lebih banyak pokok• Anak pokok mungkin lebih cergas (hybrid vigour) berbanding dengan induknya.


Keburukan Pembiakan Secara Biji Benih

• Biji benih mungkin mempunyai masa rehat (dormancy)• Mengambil masa yang panjang untuk matang• Kemungkinan menghasilkan tumbuhan yang berbeza daripada induknya• Setengah tumbuhan hanya dapat dibiakkan pada masa-masa tertentu kerana pengeluaran buah dan biji benihnya bermusim


Pemilihan Biji benih


Biji benih dengan ciri-ciri berikut perlu dipilih:
• Matang• Tulen (tidak bercampur dengan biji benih dari baka lain)• Berisi, segar dan bersih dari kekotoran• Bernas (mempunyai keupayaan untuk bercambah)• Bebas dari penyakit dan perosak



Biji benih yang hendak digunakan mestilah diambil dari buah-buah yang matang atau masak. Biji itu dibersihkan. Biji-biji yang telah dipilih itu kemudian dikeringkan di tempat yang terbuka dan ternaung.


Biji benih perlu cukup kering supaya tahan lama. Dalam keadaan biasa seperti di Malaysia biji benih tidak dapat disimpan lama dan akan kehilangan daya percambahan dengan cepat. 

Jika hendak disimpan lama, biji benih perlulah disimpan di tempat bersuhu dan peratus lembapan yang rendah. Jika benih dibeli, periksa tarikh luputnya. Peratus percambahan benih menurun apabila disimpan terlalu lama.


Percambahan biji benih


Percambahan biji benih bergantung pada faktor-faktor seperti peratus lembapan, suhu, cahaya dan oksigen. Percambahan biji benih yang tidak serentak disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, fisiologikal dan persekitaran. Fenomena ini berlaku oleh kerana kulit biji benih (testa) tidak telap air atau biji benih mengeluarkan bahan beracun dan lain-lain faktor dalaman. Kadangkala biji benih memerlukan rawatan tertentu untuk mempercepatkan percambahan.


Rawatan percambahan biji benih


Terdapat beberapa cara rawatan untuk percambahan biji benih:

• Pelelasan (scarification)

Satu proses dimana kulit biji benih dirawat supaya biji benih telap air. Cara-caranya biasa dilakukan ialah membuang atau mengikis testa, merendam biji benih dalam asid atau air panas.

• Stratifikasi
Stratifikasi adalah proses melembutkan testa dengan meletakkan biji benih dalam timbunan pasir, tanah atau habuk papan yang basah pada suhu yang turun naik.


• Vernalisasi
Vernalisasi adalah satu proses menyebabkan biji-biji benih mengeluarkan hormon untuk percambahan dengan meletakkan biji benih pada suhu yang rendah.


• Pemeraman (fermentation)
Pemeraman adalah satu proses merendam biji benih ke dalam air atau menyimpannya dalam beg plastik yang diikat untuk menanggalkan selaput biji benih.



Menyemai Biji benih

a. Rawatan sebelum menyemai
Biji benih yang hendak disemai sebaik-baiknya dirawat terlebih dahulu bagi mengelakkan dari serangan penyakit terutama penyakit dari jenis kulat.



b. Medium Percambahan
Medium percambahan yang digunakan harus mempunyai ciri-ciri berikut:


• Mampu menyokong anak-anak benih,• Menyimpan air secukupnya• Mempunyai cukup rongga untuk pengudaraan dan penembusan akar• Bebas dari biji benih rumpai



c. Cara menyemai
Biji benih disemai mengikut saiznya. Terdapat perbezaan teknik menyemai untuk biji benih halus dan kasar.



  • Biji benih halus


1. Sediakan campuran tanah dan masukkan kedalam bekas semaian.
2. Siram bekas ini sehingga lembab.
3. Biji benih halus digaul dengan pasir halus dengan nisbah 1 bahagian benih : beberapa bahagian pasir halus dan kering untuk memudah dan meratakan taburan biji benih atas permukaan tanah.
4. Selepas ditabur, tutup biji benih dengan satu lapisan tanah peroi dan disiram.
5. Bekas menyemai boleh ditutup dengan gelas atau plastik lutsinar hingga benih bercambah.


  • Biji benih kasar


1. Sediakan medium percambahan, dan bekas semaian yang sesuai.2. Pilih biji benih yang bernas dengan merendamkannya di dalam air. Biji benih yang timbuldibuang. Semai secepat mungkin dengan menggunakan teknik yang betul.3. Setelah biji benih mengeluarkan 2-3 helai daun sebenar (true leaves) bolehlah diubah kedalam beg politena.


Sekian dulu tips kali ini. Jangan lupa like page Baja Milagro untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian.


-----------------------------------------------------------------Untuk dapatkan baja Milagro, hubungi ejen-ejen berhampiran anda sekarang!

Sunday, December 1, 2019

CARA MUDAH NAK SEMAI BENIH BUAH NANAS

Kaedah Biji (Seeds) dalam menyediakan benih nanas merupakan satu kaedah yang jarang dibincangkan secara terbuka. Dalam pembiakan pokok nanas, terdapat banyak kaedah yang selalu boleh dilakukan seperti menggunakan Sulur Tanah (Suckers), Sulur Udara (Aerial suckers), Jambul (Crown), Kultur Tisu (Tissue Culture), Keratan Daun (Leaf cutting), Keratan Tunggul Batang (Stem Cutting), Kaedah Sukuan (Quartering) dan sebagainya. Kesemua kaedah ini dilakukan mengikut apakah tujuan pembiakan.

Pada kebiasaannya kita hanya mendengar cara menanam nanas daripada jambul nanas itu sendiri, tetapi hari ini admin nak kongsikan cara untuk tanam nanas melalui biji benih buah nanas.


1. Potong buah nanas yang segar dan keluarkan biji



2. Semai biji benih nanas di dalam tisu yang dibasahkan sehingga nanas mengeluarkan tunas

3. Apabila biji benih nanas mula bertunas, alihkan biji benih di medium tanaman.



4. Jika nanas sudah mula matang, alihkan di kawasan yang lebih besar pada jarak yang sesuai






Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik


3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...